Jumaat, 25 April 2014

Rambut Gugur Selepas Bersalin?



Semenjak dah beranak dua ni, memang tersangatlah sibuk menguruskan rumahtangga. Walaupun hari cuti hujung minggu, mesti ada saja kerja rumah yang mesti dilaksanakan, bak kata orang memang kerja rumah ni tidak ada titik nokhtahnya. Dari memasak sampailah mengemas rumah, apa lagi time menyapu, aduss memang geram tengok rerambut yang gugur punyalah banyak. Rasanya inilah dilema ibu beranak kecil, banyak sangat rambut gugur kan..
Sampai lah Mikail suda 6 bulan, terus mintak izin dengan incik suami, " Dear, mo gunting rambutlah, banyak gugur ni. Payah jugak pagi2 mo pegi keja, urus anak, urus rambut lagi..haiihhh memang nda cukup tangan." Alhamdulillah permintaanku dipenuhi..Yeay, maka pergilah kami anak beranak ke Bangi, kedai Hair Profile sebab ni memang salon kegemaran incik suami. Kedai ni pun di urus oleh suami isteri chinese yang memang sangat peramah. Di dalam kedai, ada pulak jual tudung..huhu
Dalam bilik khas, mengeluhlah daku dengan isteri pemilik salon ni, rambut banyak gugur la..Apa yg dia cakap, 'Lor baguslah, banyak rambut baru mau tumbuh maa..".. oh gitu rupanya..;-)
Sebenarnya,memang dilema setiap ibu selepas bersalin mengalami masalah rambut gugur. Berkemungkinan kita boleh hilang 50-100 urat rambut setiap hari. Huishh banyak tuh!

Setiap Ibu MESTI tahu!!

# Keguguran rambut selepas Bersalin adalah NORMAL.
# Anggaran rambut wanita adalah 100,000 helai dan purata 100 helai gugur setiap hari.
# Pertambahan hormon progesteron dan estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan banyak. Kebiasaannya, rambut akan lebih tebal dan lebih sihat pada ketika ini.
# Selepas bersalin, paras hormon kembali NORMAL.
# Dua hingga tiga bulan ibu akan mengalami keguguran rambut agak teruk kerana banyak folikel rambut masuk fasa 'berehat'.
# Masalah keguguran rambut TIDAK dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
# Selepas setahun, pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali normal kepada keadaan sebelum ibu hamil.

Apa yang PERLU Ibu lakukan?

1- Jaga pemakanan yang berkhasiat yang kaya dengan protein dan zat besi. Contohnya telur, daging ayam, sayuran hijau, tauge, makanan gandum, buah-buahan, makanan laut, salmon, kunyit dan jintan.



2- Jangan buat rawatan rambut seperti mengeriting, warnakan atau luruskan.
3- Potong rambut jika panjang untuk elakkan rambut gugur dengan banyak dan memudahkan dalam menguruskan si kecil.



4- Guna syampu yang kaya dengan vitamin B atau yang berasaskan organik.



Set Penjagaan Rambut PROSANTE SHAKLEE
5- Elakkan sikat rambut ketika basah kerana struktur rambut lebih rapuh dan mudah gugur.
6- Minum air yang cukup sekurang- kurangnya 8 gelas sehari.
7- Mengambil supplemen tambahan seperti multivitamin dan mineral, zink dan protein.



Supplemen B Kompleks, ESP, Vitalea dan Zink untuk rambut gugur
8- Dapatkan rehat dan tidur yang cukup serta kurangkan tekanan.




Syioknya tengok baby tidur..;-)
  
Tapi berhati-hati jugak sebab kalau rambut masih gugur dengan banyak, mungkin ada petanda lain iaitu postpartum thyroiditis. Jadi, untuk ibu- ibu, bagus segera berjumpa doktor untuk menerima rawatan selanjutnya ya, takut menjadi serius pulak. Wallahu'alam..
Untuk sebarang pesanan, boleh hubungi ibum2m di talian 013-6341955..
Salam Sayang semua..:-)

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...