Rabu, 7 Mei 2014

5 Sebab Kenapa Ibum2m Suka Gilak Dengan Shaklee?

Raya 2012

Assalamualaikum semua dan salam bahagia..

Hari ni ibum2m mo kongsi kenapalah ibum2m suka betul (sangat) dengan Shaklee ni? Apalah ada pada produk ni yang membuatkan ibum2m jatuh chenta at the first sight katanya..huhu

1. Dekat di Hati

Ibum2m start diperkenalkan produk shaklee ni oleh officemate merangkap Group Leader dalam bisnes Shaklee, group Naila kami iaitu Puan Ainul. Masa tu, baru ja pindah ofis dari Kota Kinabalu ke Cheras dan sedang menyusu Maisha, anak pertama. Pada masa itu, azam memang kuat untuk menyusukan Maisha sepenuhnya selama 2 tahun. Tapi badan selalu rasa letih, selera makan macam dinasour tapi kurang bertenaga. Sejujurnya, mo maintain pengeluaran susu yang meriah setiap hari memang sangat mencabar bagi ibu yang bekerjaya.
 
Tapi alhamdulillah, diperkenalkan starter pack untuk ibu menyusu lengkap Vitamin B, Vitamin C, Vitalea (Multivitamin) dan supplemen ajaib, penggalak susu iaitu Alfalfa. Sangat jatuh chenta dengan Alfalfa sampaikan sehari amik paling maksimum 8 biji dan walla....susu sangat- sangat meriah dan Maisha time tu memang sangat- sangat bam bam. Ibu manala yang tidak semangat kalau anaknya Bam Bam kan..siap digelar Baby Michelin lagi..huhu..Alhamdulillah syukurla nakkk!
 


Maisha Nuwairah, 5 bulan
 

2. Sangat Berkesan

Sejujurnya, bagi ibum2m, produk ni sangat- sangat berkesan. Makan jam segini, tidak sampai sejam suda terasa kesannya.
 
Contohnya Alfalfa. Setiap hari di tempat kerja, ibum2m akan pam susu 3 kali sehari dan setiap 3 jam, sesi 1 : 8/9 pagi, sesi 2: Jam 11.30pagi /12tengahari dan sesi 3 : Jam 3.00/3.30 petang. Ibum2m memang follow tips ekslusif untuk ibu menyusu, setiap abis pam, makan 2 biji Alfalfa. Dan Alhamdulillah, untuk setiap sesi memang akan dapat lebih dari 4oz.Kebiasaannya, sesi 1 dapat 10-11 oz, sesi 2 dapat 4-5 oz dan sesi 3 dapat 5-6 oz. Jadi purata sehari dapat 20 oz. Maisha hanya menyusu 16 oz selama di tempat pengasuh, so ada balance 4 oz tu boleh buat stok deep freezer untuk 6 bulan.
 
Contoh lagi, Ostematriks. Ini lagi ajaib, kenapa? Oleh kerana Maisha baby yg Bam Bam, ibum2m selalu sakit belakang time dukung dia. Jadi, apabila rasa sakit ja, trus telan 2 biji Ostematriks (macam painkiller pulak) dan wallaweiii...tidak sampai sejam, sakit belakang tarakk!! Alhamdulillah syukur  ... ;-)
 
3. Harga Lebih Murah dan Jimat
 
Untuk pengetahuan, harga supplemen Shaklee memang agak murah berbanding produk lain. Contohnya Alfalfa : Hanya RM53.75 untuk 330 biji. Hanya 16 sen untuk satu biji. 330 biji bahagi 8 biji = Penggunaan selama 41 hari ya..so lebih la satu bulan.
 
Contoh lain Vitalea RM88.75 untuk 120 biji. Setiap hari kita hanya makan 1 biji, jadi penggunaan boleh sampai 4 bulan. Hanya 74 sen satu biji. Murah dan sangat jimat bukan?
 
 
4. Penggunaan Lebih Satu Bulan
 
Untuk penggunaan setiap produknya memang lebih dari sebulan, malah boleh tahan hingga berbulan- bulan. Boleh rujuk pengiraan di atas ya..
 
5. Satu Produk, Pelbagai Fungsi
  
Setiap produk tidak terhad kepada golongan tertentu dan mempunyai pelbagai fungsi lain.
Contohnya Alfalfa. Fungsi bukan hanya sebagai penggalak susu bagi ibu- ibu menyusu tapi boleh jugak untuk kaum lelaki sebagai agen detoks, memudahkan sistem pelawasan dan dapat meringankan badan. Bonus untuk wanita, alfalfa jugak bertindak sebagai Kacip Fatimah yang boleh mengecutkan rahim, menegangkan payudara dan mengurangkan keputihan.
 
Lagi fungsi Ostematriks, bukan sahaja untuk menghilangkan rasa lenguh- lenguh badan, sakit belakang, sakit otot malahan boleh mengelakkan sembelit, merangsang pengeluaran susu bagi ibu menyusu dan membolehkan kita tidur dengan lena dan berkualiti.
 
 
Ayah, ibu dan Maisha bambam
 
Haa..sebenarnya ada banyak lagi sebab kenapa ibum2m jatuh chenta dengan Shaklee ni. Tapi buat masa ni, cukuplah ibum2m senaraikan 5 saja ya..Insya Allah, lain kali kita add lagi senarai ni..:-)
 
Semoga bermanfaat untuk semua..
 
Salam Sayang,
ibum2m

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...