Ahad, 28 September 2014

Tips Penyusuan : Petua Atasi Puting Luka

Hari ni ibum2m mau kongsi petua untuk mengatasi puting luka. Yalah, bagi ibu- ibu yang menyusukan anak ni, memang ekcited jugak mo tengok bayi kita tumbuh gigi kan? Tapi ibum2m sangat gerun tengok gigi dorang ni..huhu


Mikail tayang gigi :-)


gerun ibum2m tengok giginya tu..huhu

Maisha dulu, seminggu lagi harijadi 1 tahun, baru dia tumbuh gigi. Maisha tumbuh gigi yang bawah dulu. Berlainan pulak dengan Mikail. Alhamdulillah, Mikail setahun 10 hari baru tumbuh gigi atas dulu. Orang kata gigi arnab! :-)..

Ayokk petuanya.. senang dan mudah sahaja. Ibu hanya perlu picit puting sehingga keluar sikit air susu, pastu sapu sahaja pada bahagian puting yang luka.


Susu ibu ni memang sangat UNIK sebab ianya mengandungi sedikit vitamin E yang boleh membantu dalam proses penyembuhan. Namun, perlu di ingat ya para ibu, vitamin E yang ada dalam susu kita ni SEMULAJADI. Jadi, janganlah beli dan sapu vitamin E sintetik yang ada di pasaran sebab ianya boleh membahayakan bayi kerana ada bahan toksik dalamnya.

Jom baca artikel ini untuk maklumat selanjutnya. 

'BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING'

Semoga bermanfaat!

Magik OmegaGuard Khusus Buat Si Kuat Makan

Apa Magiknya OmegaGuard buat Si Kuat Makan?

Umum mengetahui yang OmegaGuard amat baik untuk perkembangan otak bukan? Tapi tidak tahu yang OmegaGuard juga perlu buat sesiapa yang ingin menurunkan berat badan. Simplenya, buat sesiapa yang ingin kurus dan slim seperti kerengga..;-)


Tapi ramai juga yang belum tahu bahawa OmegaGuard juga mempunyai kuasa magik bagi orang- orang yang mau kurus! Magiknya ialah OmegaGuard BOLEH membantu mengurangkan selera dan nafsu anda kepada makanan.

Kadang- kadang, seberapa kerap kita  selalu memikirkan berat badan kita, lagi cenderung untuk kita makan banyak sebab stress asyik fikir pasal mau kurus saja. Nah, oleh itu, ibum2m amat sarankan OmegaGuard ni buat anda yang sukar untuk menolak nafsu makan yang tinggi.

OmegaGuard mampu memecahkan lemak dalam badan kita. Fungsinya sama seperti Lecithin Shaklee tapi OmegaGuard ada magik yang mampu mengurangkan selera makan anda! Jadi tepuk dada, tanya selera ya..

Memang harganya sedikit mahal iaitu RM136 jika dibanding dengan Lecithin yang cuma RM52.50, tapi seperti ibum2m war-war kan tadi, Lecithin tidak berupaya untuk membantutkan selera makan anda.


Buatlah keputusan yang bijak, ok! Boleh order sekarang, OmegaGuard cuma RM136 untuk 90 kapsul, penggunaan selama 1 bulan setengah jika pengambilan 2 biji sehari.

Jom order sekarang!

Untuk konsultasi PERCUMA, hubungi saja ibum2m di talian 013-6341955 ya..

Semoga bermanfaat!

Dishwash Concentrated Shaklee: Hebat Menanggalkan Minyak Dan Sesuai Untuk Basuh Kelengkapan Bayi

Dishwash Concentrated Shaklee memang hebat. Dishwash Concentrated ini merupakan pencuci pinggan mangkuk yang  mampu menghilangkan minyak dengan mudah dan cepat. Selain itu, ianya amat sesuai untuk mencuci segala kelengkapan bayi seperti botol susu, pam susu, pinggan mangkuk kanak- kanak dan sebagainya. 


Dishwash Concentrated Shaklee
Jom basuh pinggan bersama anak dengan menggunakan Dishwash Concentrated Shaklee


Paling best Dishwash Concentrated Shaklee ni sesuai untuk membasuh segala jenis kelengkapan. Jadi, tidak payah lagi kita mau asingkan ni pencuci pinggan mangkuk, ni pencuci kuali dan ini pencuci botol anak- anak kita. Semuanya ALL IN ONE!

Dishwash Concentrated Shaklee ni didatangkan dengan jenis yang concentrated, maksudnya memang pekat. Kita hanya guna setitik dua ja, larut dalam air, pastu guna untuk membasuh. Kebiasaannya, ibum2m akan sediakan baldi kecil, letak setitik dua Dishwash, pastu penuhkan baldi kecil tu dengan air. Rendam segala jenis kelengkapan pam susu, botol susu dan storage bottle untuk Mikail. Memang senang, tidak payah sental lama- lama..:-)


Menurut pengalaman kawan ibum2m, dia telah cuba basuh straw minuman anaknya yang ada lekuk- lekuk tu..Maisha dan Mikail pun ada jugak straw macam tu, payah sangat kita bersihkan bukan? Menurutnya, dia hanya rendam dan kocak- kocak straw tu dalam Dishwash, Alhamdulillah, tidak payah nak cungkil- cungkil lagi, trus hilang segala jenis kotoran dalam straw tadi.

Tahukah Kita?

Dishwash Concentrated Shaklee selamat untuk semua


Sebenarnya, sesetengah pencuci pinggan mangkuk ni mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzenesulfonate. Kedua kandungan ni boleh menyebabkan rengsa pada kulit dan mata. Itulah sebabnya kenapa kadang- kadang, selepas basuh pinggan, kulit tangan akan rasa merah dan panas.

Dishwash Concentrated terbukti tidak mengandungi bahan- bahan tersebut mahupun bahan- bahan berbahaya yang lain. Lagipun kandungan Dishwash Concentrated ni cuma daripada kombinasi jagung dan kelapa, sangat semulajadi giteww!!

Uniknya Dishwash Concentrated Shaklee!!!

Dishwash Concentrated Shaklee


SELAMAT
Tidak bertoksik, hipoalergik, tanpa klorin, lembut pada tangan, pH seimbang dan tanpa bahan kimia yang berbahaya.

BERKESAN
Amat berkesan menanggalkan kesan minyak, formula kepekatan yang hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak.
Buih sabun yang lebih tahan lama.

MESRA ALAM
Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa.
Biorosot
Tanpa fosfat, tanpa bahan pewarna
Botol boleh dikitar semula
Selamat untuk sistem septik dan pembentungan


Jom ORDER SEKARANG dengan harga RM28 sahaja!



Sebarang konsultasi, boleh hubungi ibum2m di talian 013-6341955.

Semoga bermanfaat!

Jumaat, 19 September 2014

Muhasabah Diri : Bersyukurlah

Assalamualaikum semua..

Terasa janggal pulak sebab sudah lari daripada rutin mengupdate blog hari- hari. Sebenarnya, tanggungjawab sudah bertambah lagi iaitu sebagai pelajar Master di UKM.

Rutin harian bertukar dan ianya memang agak mencabar. Tapi ibum2m yakin, kalau kita percaya diri sendiri dan Allah, insyaAllah kita mampu buat. 

Rutin pagi, keluar hantar anak, pegi kelas dan petang, balik ofis untuk mengajar pulak. Naik turun tren sememangnya memerlukan tenaga yang banyak dan sungguh menginsafkan.

Dengan perjalanan setiap hari ni, barulah ibum2m sedar yang sebenarnya kita ni cukup senang jika mau dibandingkan dengan orang lain. Seorang ibu sendirian mendukung anak kecil seawal usia 6bulan menaiki komuter, sungguh bertuahnya aku sebab memiliki kenderaan. 

Seorang Ibu tua memimpin seorang anak yang memakai uniform sekolah menengah dan anak ini buta rupanya. Seorang Ibu mendukung anak di dalam carrier, ku agak umur anak seusia Mikail, setahun dan anak itu juga buta. Inilah pengalaman ibum2m semasa hari pertama naik tren. Rasa nak menitik airmata melihat, sungguh beruntungnya aku dikurniai anggota yang sempurna.

Sungguh pengalaman ini amat menginsafkan dan memberi seribu erti kepada diri ibum2m. Betapa besarnya nikmat Allah itu dan kita sering lupa untuk mensyukurinya..

Ku mohon agar semua diberikan penuh ketabahan dan kekuatan dalam perjuangan kita sebagai hambaNya.

Berdosanya aku, betapa banyaknya nikmat Allah ini, adakah aku tergolong dalam golongan yang sentiasa mensyukuri nikmatMu? Istiqamahkanlah aku ya Allah untuk mengingatiMu sepanjang hidupku..

Aamiin..


Rabu, 17 September 2014

Selamat Ulangtahun Ke 3 My Lil Princess, Maisha Nuwairah

Selamat Ulangtahun yang ke 3 tahun buat puteri kesayangan ibu, Maisha Nuwairah. Kehadiranmu memang dinantikan oleh ibu, ayah dan seisi keluarga.

Hari bahagia buat Malaysia, 16 September 2011 merupakan hari bahagia jua buat ibu dan ayah. Kelahiranmu dirai pada hari Jumaat, tepat jam12.27 tengahari sewaktu azan Zohor Jumaat di Tawau, Sabah. 

Tidak dapat ibu gambarkan perasaan di kala itu, nikmat yang cukup bererti diberikan oleh Ilahi. Insya Allah, ibu berjanji untuk menjaga amanah Allah ini sebaik dan semampu mungkin.

Doa ibu semoga Maisha menjadi anak yang solehah, taat dan patuh pada kedua ibuayah, membesar dengan sihat dan pintar, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dilimpahi keberkatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.  

Aamiin..

Maisha Day 1, 16 Sept 2011

Maisha 2 Bulan


Maisha 3 bulan

Maisha 6 bulan

Maisha 8 bulan

Maisha 1 Tahun

Maisha 2 1/2 tahun 


Ibu sayang Maisha, my lil princess!Muahh...

Ahad, 14 September 2014

DTX Complex : Agen Detoks Terbaik Dengan 6 Ramuan Semulajadi

DTX Complex merupakan agen detoks terbaik yang mengandungi 6 ramuan semulajadi yang telah dipatenkan. 

6 Ramuan yang telah diformulasikan dan dipatenkan adalah:

1. Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk Thistle Seed)
- Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin yang kaya dengan bahan anti- oksida.
- Fungsi : melindungi hati daripada toksin dan bahan kimia, membantu merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis, mengurangkan kadar kerosakan hati akibat alkohol berlebihan dan membantu masalah kulit seperti ekzema dan psoriasis.

2. Dandelion
- Membantu fungsi hati seperti bengkak hati, hepatitis dan jaundice.
- Membantu mencegah batu karang
- Membantu merawat endometriosis
- Membantu mengelakkan sembelit
- Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi bagi melawan anemia.
- Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air (edema)

3. Reish Mushrooms (Ling zhi)
- Membantu membina imun- membantu mencegah atau merawat kanser
- Mengurangkan masalah bronkitis dan sinusitis
- Merawat sindrom keletihan yang kronik
- Membantu mencegah penyakit jantung.

4. Articok (Artichoke)
- Membantu membina semula sel- sel hati
- Merangsang pengaliran hempedu

5. Kunyit (Tumeric)
- Mengandungi curcumin iaitu sejenis bahan anti oksida
- Meningkatkan kesan anti- keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
- Mengurangkan kesan anti- viral terhadap HIV

6. Schizandra
- Mengandungi bahan anti oksida.
- Membantu merangsang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati bagi tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin.

Hati Boleh Tumbuh Semula?

Hati merupakan organ kedua terbesar di dalam badan kita selepas kulit. Ianya berkeupayaan untuk membina semula. Contoh, apabila kita mendapat serangan jantung, ianya akan merosakkan otot dan organ jantung itu sendiri. Sama seperti serangan hati, akibat pengambilan alkohol yang berlebihan, ianya boleh merosakkan hati. Tapi beza hati dan jantung, hati berupaya membaiki organnya sendiri. Itulah kenapa orang boleh menderma hati dalam satu keadaan tertentu.

Kenapa perlu menjaga Hati yang sihat?

Hati bertugas sebagai KILANG PEMPROSESAN dalam tubuh manusia. Ianya juga menjalankan fungi lain seperti :

# Merembes hempedu 
Hempedu penting untuk mencernakan lemak dan kolesterol, membantu penyerapan vitamin larut lemak (A,D,E,K) dan membantu mengasimilasikan kalsium, Ianya juga berupaya menukarkan beta karotena kepada Vitamin A.

# Bertindak Sebagai Agen Detoksifikasi
Ammonia yang dihasilkan dalam badan kita akibat dari proses metabolisma protein dan penapaian bakteria dalam usus, semuanya akan didetoks dalam hati. Hati akan gabungkan semua bahan bertoksik dalam badan kita dan kemudian dikumuhkan melalui buah pinggang. Jadi amat penting kita menjaga kedua- dua hati dan buah pinggang supaya keduanya dapat menjalankan fungsinya yang betul dan efektif.

# Penting Untuk Metabolisma Lemak
Makanan yang berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati dan dihantar ke tisu lemak untuk penyimpanan. Asid lemak yang kita dapati daripada asid amino dan gula juga boleh dimetabolismakan dan ditukar untuk menghasilkan tenaga seharian.

# Bantu Mengawal Paras Gula Dalam Darah
Bantu memecahkan glukosa kepada glikogen apabila badan kita perlukan tenaga tambahan.

DTX Complex mampu bertindak mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dalam badan dan berupaya untuk membersihkan hati kita.


p/s : Bagi sesiapa yang sedang menjalani rawatan di hospital dan dibekalkan dengan bermacam- macam ubat di hospital, ibum2m menyarankan untuk mengambil DTX Complex ini. Ini kerana HATI kita sedang berkerja berlipat kali ganda untuk mengeluarkan segala toksin- toksin tersebut. 


Jagalah HATI anda dengan DTX Complex hari ini cuma RM155 untuk 90 kapsul, penggunaan untuk sebulan dengan pengambilan 3 biji sehari selepas makan. 

Boleh juga hadiahkan DTX Complex kepada yang tersayang..

Klik untuk pesanan segera..



Untuk KONSULTASI PERCUMA, boleh hubungi ibum2m di talian 013-6341955 sekarang.

Rabu, 10 September 2014

Alergi Atau Alahan: Apa Penyelesaiannya?

Assalamualaikum ..

Teringat ibum2m semasa final year di UiTM Shah Alam dulu, tetiba diserang ruam- ruam seluruh badan bermula di celah- celah jari, lepas tu berpindah kawasan sekitar telinga, terus telinga jadi semacam telinga gajah, bibir bertukar jadi Angelina Jolie..huhu

Jika dikenang kembali masa tu, memang susah sebab tengah belajar, tetiba ja tidak dapat pegi kuliah sebab kena alergik. Jawapannya, trus pegi klinik UiTM dapat injection on the spot.

Setelah melakukan beberapa eksperimen, rupanya TELUR menjadi punca alergik tersebut. Sebab tetiba terbaca dalam suratkhabar yang housemate beli, yang TELUR kadang- kadang boleh menyebabkan alahan. Sejak dari masa tu, selama setahun tidak makan telur. Dan masa tu, belum kenal lagi Shaklee. Hanya makan ubat alergik tapi kesan sampingannya, bibir menjadi hitam dan kulit jadi kering.

Justeru, kepada kawan- kawan yang ada masalah alergik seafood atau macam- macam alergik atau alahan lagi, ibum2m cadangkan supaya mengambil supplemen alfalfa dan DTX Complex.

Alfalfa dan DTX Complex ini berfungsi untuk detoksifikasi badan kita. Ianya umpama membersihkan keladak- keladak yang ada pada badan kita supaya kembali normal dan boleh menjalankan fungsinya seperti sediakala.

Alfalfa Shaklee dan DTX Complex boleh membantu mengurangkan implikasi alergik atau alahan yang anda alami..Insya Allah..😍

Untuk pesanan segera, klik sahaja ikon KLIK UNTUK PESANAN SEGERA pada bahagian atas sebelah kanan page ini..

Atau hubungi ibum2m untuk KONSULTASI PERCUMA di talian 013-6341955..

Semoga bermanfaat!

Isnin, 8 September 2014

Herblax: Kawal Perut Buncit Atau Boroi?

Masalah perut buncit atau boroi boleh diatasi dengan pengambilan Herblax Shaklee secara teratur.

Herblax Shaklee merupakan sejenis herba tradisional yang boleh membantu masalah sembelit, masalah pencernaan yang tidak lawas dan sekaligus membantu mengurangkan saiz ukurlilit pinggang anda.



Untuk mengetahui sama ada kita mempunyai berat badan yang ideal, bukan sahaja BMI tetapi kita mesti jugak mengetahui saiz ukur lilitan pinggang kita.

Caranya, diantara tulang rusuk dan tulang pinggul, cari bahagian yang ada lekuk sedikit dan ukurlah dibahagian tersebut. Bagi wanita normal, ukurlilit pinggang adalah tidak lebih dari 80cm manakala bagi lelaki, tidak lebih dari 90cm. Jika lebih daripada ukuran normal, kita bakal berdepan dengan risiko penyakit seperti sakit jantung, tinggi kolesterol dan sebagainya.

Herblax Shaklee juga sesuai bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan dan mengalami masalah obesiti.

Jom order sekarang! Hubungi saja ibum2m untuk pesanan segera 013-6341955..

Ahad, 7 September 2014

Chewable Vita-C Plus: 'Gula- Gula' Terbaik Buat Si Anak

Chewable Vita-C Plus Shaklee amat sesuai dijadikan gula- gula buat si manja yang berusia setahun ke atas.



Chewable Vita-C Plus 100mg sangat mudah dikunyah dan boleh dihisap seperti gula- gula biasa. Setiap satu biji mengandungi 100mg Vitamin C, bioflavonoid semulajadi TERBAIK untuk kanak- kanak.

Di antara manfaatnya adalah Meningkatkan sistem imun badan anak supaya tidak sering dijangkiti demam, selesema, batuk dan sebagainya. Di samping memberi perlindungan kepada tumbesaran tulang, gusi dan gigi yang kuat buat si manja anda.



Setiap hari ibum2m akan pastikan yang Maisha makan Vitamin C ni 2biji sehari..Kadang- kadang memang dia datang lagi minta, bagi lagi sebiji dan beritahu dia, 'Cukup untuk hari ni ya sayang, esok kita makan lagi, TQ!'..terus peluk dan kish dia..

Satu botol Chewable Vita-C Plus ni ada 90 biji, memang cukup penggunaan untuk 2 hingga 3 bulan. Harga pun murah dan jimat iaitu hanya RM37.50 sebotol sahaja!

Chewable Vita-C Plus ni jugak termasuk dalam TIGA produk untuk Set Anak Sihat Pintar (ASP) di samping Mealshake dan OmegaGuard.

Jom Ibu- Ibu, kita hadiahkan buat anak- anak kita. Sesungguhnya tiada yang lebih bermakna dari melihat anak- anak kita membesar dengan sihat, gembira dan bahagia..

Semoga bermanfaat!

Salam sayang,
Ibum2m 



Sabtu, 6 September 2014

Set Anak Sihat Pintar: Impian Kebahagiaan Setiap Ibu

Set Anak Sihat Pintar (ASP) sememangnya menjadi impian kebahagiaan bagi setiap ibu. Yalah, ibu mana yang menghendakkan anaknya sakit bukan? Mestilah setiap ibu hanya menginginkan yang TERBAIK buat anak- anaknya.




Set Anak Sihat Pintar (ASP) ini merupakan gabungan TIGA produk iaitu Mealshake, Omega Guard dan Chewable Vita-C Plus 100mg yang amat sesuai buat anak- anak kita seusia setahun dan ke atas.

Set Anak Sihat Pintar (ASP) amat sesuai bagi :

# Kanak- kanak berusia setahun dan ke atas
# Kanak- kanak yang kurang selera makan
# Kanak- kanak yang mempunyai masalah berat badan yang tidak ideal.
# Sering mengalami demam, batuk, selesema yang berpanjangan.
# Sering mengalami masalah kulit seperti ekzema, gatal kulit dan kulit kering.
# Mengalami masalah penghadaman iaitu sering sembelit.
# Mengalami masalah asma, lelah atau semput.
# Mengalami masalah autisme, ADHD dan lain- lain.
# Kurang fokus dan memiliki daya tumpuan yang lemah.

Manfaat Set Anak Sihat Pintar (ASP) adalah :

1) Membekalkan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.

2) Membekalkan nutrisi yang lengkap kepada sel tubuh.
3) Membantu tumbesaran anak.
4) Meningkatkan sistem imun.
5) Meningkatkan daya fokus, ingatan dan memori anak.
6) Membantu perkembangan otak yang sihat.
7) Meningkatkan selera makan anak.

Testimoni para ibu..




Dapatkan sekarang Set Anak Sihat Pintar (ASP) dengan hanya RM287.25 sahaja. Sangat jimat dan berbaloi buat anak- anak anda kerana penggunaannya sehingga 2 hingga 3 bulan.

Klik untuk pesanan segera Set Anak Pintar di SINI atau hubungi ibum2m di talian 013-6341955 (sms/whatsapp/wechat)

'Anak Sihat Pintar, Ibu Bahagia'

Semoga bermanfaat!





Jumaat, 5 September 2014

Set Cun Meletops: Cantik Luar Dan Dalam Dengan Shaklee Collagen Powder Dan Pembersih Muka Nutriwhite

Set Cun Meletops adalah set gabungan Shaklee Collagen Powder dan Pembersih Muka Nutriwhite aka Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite.

 
 
Set Cun Meletops ini bukan sahaja dapat mencerahkan kulit wajah, malah dapat membantu untuk menjadikan kulit wajah anda lebih muda, sihat, halus, anjal, gebu dan meletopss gitewww!
 
Set Cun Meletops ini mampu bertindak untuk membantu anda:
 
# mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah
# memberi tona sekata pada kulit
# menegangkan kulit wajah supaya lebih anjal dan gebu
# menghilangkan tanda- tanda penuaan
# menghilangkan kedutan dan garis halus
# mengurangkan pigmentasi
# mengurangkan masalah kulit seperti jeragat dan jerawat
# mengecilkan pori- pori muka 
 

Mari tengok DUA produk hebat di dalam Set Cun Meletops ni..

# Produk SATU : Apa itu Shaklee Collagen Powder (SCP)?
 
Shaklee Collagen Powder adalah suplemen kolagen yang unggul yang mengandungi 4000mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) yang merupakan sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi. Di samping, tujuh ramuan terbaik utama termasuk ekstrak biji Camellia japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acidophilus, Vitamin B dan Vitamin C. Gabungan terbaik ini membantu meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan luaran dan dalaman anda!
 

Dengan Shaklee Collagen Powder (SCP), anda akan TAMPAK LEBIH MUDA kerana:

Melembap dan menambahkan keanjalan kulit
Menyembuhkan kulit yang bermasalah
Mengurangkan parut jerawat agar kulit wajah kelihatan bersih
Melambatkan proses penuaan
Menghilangkan garis-garis halus dan kedutan
Menghaluskan kulit wajah agar kelihatan berseri dan gebu

 

Keberkesanan SCP dan Manfaatnya

Klik untuk Info lanjut dan testimoni pengguna SCP..
 
# Produk DUA : Pembersih Muka Nutriwhite aka Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite?

Asas kepada kecantikan dan kesihatan kulit adalah bergantung kepada pemilihan produk yang sesuai dengan kulit wajah terutamanya pembersih atau pencuci muka.
 
Eh, cukupkah dengan hanya PEMBERSIH MUKA? Sememangnya tidak, akan tetapi inilah sebabnya kenapa ibum2m memilih Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite.
 
Setelah menggunakannya selama sebulan, Alhamdulillah kulit terasa lebih segar, lebih tegang, anjal dan bebas jerawat. Rakan- rakan turut memuji yang kulit wajah nampak lebih sihat, cerah dan pori- pori muka pun kelihatan mengecil. 
 
Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite dirumus khas bagi tujuan untuk Membersih dan Menyegarkan kulit. Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite adalah gabungan daripada bahan semulajadi iaitu rumpai laut, alga hijau dan strawberi Begonia.
 
Rumpai laut bertindak menegangkan dan menghilangkan kekotoran sekaligus membuang sel- sel mati.
 
Alga hijau membantu menyahtoksin dan melembapkan kulit.
 
Strawberi Begonia membantu mencerahkan dan mengimbangkan pigmen wajah.
 
 
Teruja tengok testimoni ni..


 
  
nutriwhite
 
 
Set Cun Meletops ini memang TERBAIK untuk anda yang inginkan kecantikan luaran dan dalaman di samping untuk tampak lebih muda dan rasa lebih muda dari usia sebenar!
 
Mari dapatkan SET CUN MELETOPS ni dengan harga RM417 sahaja sekarang!
 
Klik di bawah untuk pesanan segera..
 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=cf997fc1f9dcc27496e350d4d0f6a79f
 
Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi ibum2m di talian
013-6341955 (sms/whatsapp/wechat).
Konsultasi PERCUMA buat anda semua!

Jom TAMPAK LEBIH MUDA, RASA LEBIH MUDA dengan SET CUN MELETOPS!

Semoga bermanfaat!

Khamis, 4 September 2014

Muhasabah Diri : Satu Pahala Atau Dua Pahala?

'Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima'. Selalu kita dengar pepatah ini bukan? 

Sememangnya sedekah ini sebenarnya adalah pembuka rezeki untuk kita semua. Tapi kadang- kadang kita susah untuk bersedekah lebih- lebih lagi kalau ianya dalam bentuk wang ringgit kan? Dalam hati mesti terfikir, 'Eh, cukupkah nanti? Manalah tau tiba- tiba ada kesempitan, mesti aku perlu duit yang aku mau sedekah ni?'..nah, inilah namanya bisikan syaitan yang menghasut kita untuk berbuat kebaikan.

Masalahnya, kita tidak 100% percaya akan janji dan rezeki Allah. Kadang- kadang kita minta atau doa padaNya tapi  timbul rasa ragu- ragu lagi dalam diri,'Bolehkah?'. YAKIN PADA ALLAH adalah kuncinya. Sebab Dia MAHA KUASA dan Maha Mengetahui sesuatu.

Bersedekah sememangnya di janjikan ganjaran pahala daripadaNya. Mau satu pahala atau dua pahala? SATU pahala adalah apabila kita memberi sedekah kepada orang yang tidak kita kenali. Manakala, kalau kita bersedekah dengan ahli keluarga atau kaum kerabat, kita dapat DUA pahala di mana satu pahala sedekah dan satu lagi pahala mengeratkan silaturrahim.

Bukanlah bermaksud kita jangan sedekah dengan orang yang tidak dikenali tapi apabila datang 2 orang yang memerlukan kepada kita, keutamaan adalah ahli keluarga dan kerabat kita.

Tapi lagi bagus kita bagi keduanya bukan? Dapat lah kita TIGA pahala..😍

Muhasabah Diri: Jangan Jadi Seperti Ketam!

Diceritakan alkisahnya di sebuah kampung nelayan di Filipina. Ada seorang hamba Allah telah melawat ke kampung tersebut.

Punca pendapatan mereka bergantung kepada hasil lautan. Tidak kira ikan, sotong, udang, kerang dan macam- macam hasil lautan.

Dipendekkan cerita, hamba Allah ni sangat tertarik dengan hasil tangkapan ketam. Ini kerana apabila nelayan- nelayan yang pulang dengan hasil tangkapan ketam, semua ketam ini akan dimasukkan ke dalam sebuah tong yang besar.

Yang peliknya, tidak ada seekor ketam pun yang akan keluar dari tong tersebut. Hamba Allah ni berasa sangat hairan, ya lah takkanlah tiada seekor pun ketam yang cuba untuk meloloskan dirinya kan?

Maka, hamba Allah ni pun bertanya kepada si nelayan. Menurut si nelayan, apabila seekor ketam naik ke atas permukaan tong untuk keluar, ketam yang lain akan menarik ketam itu supaya masuk semula ke dalam tong tersebut. Sebab itulah, akhirnya memang tidak ada seekor ketam pun yang akan dapat menyelamatkan dirinya.

Analoginya, begitulah dunia ini. Kadang- kadang apabila kita berada di atas, akan adalah golongan yang tidak berpuas hati atas kejayaan atau kelebihan kita. 

Untuk itu, mudah- mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang sentiasa tidak berpuas hati atau bersifat dengki dan iri hati terhadap kesenangan dan kelebihan orang lain.

Semoga anda yang membaca dan ibum2m dijauhkan dari sifat sebegini. Mudahan kita tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur di atas apa yang dikurniakan dan sentiasa mengambil langkah positif setiap hari untuk memajukan dan meningkatkan kualiti diri dan hidup kita..Insya Allah

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

Semoga bermanfaat!

Salam sayang,
Ibum2m


Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...