Assalamualaikum semua..
Terasa janggal pulak sebab sudah lari daripada rutin mengupdate blog hari- hari. Sebenarnya, tanggungjawab sudah bertambah lagi iaitu sebagai pelajar Master di UKM.
Rutin harian bertukar dan ianya memang agak mencabar. Tapi ibum2m yakin, kalau kita percaya diri sendiri dan Allah, insyaAllah kita mampu buat.
Rutin pagi, keluar hantar anak, pegi kelas dan petang, balik ofis untuk mengajar pulak. Naik turun tren sememangnya memerlukan tenaga yang banyak dan sungguh menginsafkan.
Dengan perjalanan setiap hari ni, barulah ibum2m sedar yang sebenarnya kita ni cukup senang jika mau dibandingkan dengan orang lain. Seorang ibu sendirian mendukung anak kecil seawal usia 6bulan menaiki komuter, sungguh bertuahnya aku sebab memiliki kenderaan.
Seorang Ibu tua memimpin seorang anak yang memakai uniform sekolah menengah dan anak ini buta rupanya. Seorang Ibu mendukung anak di dalam carrier, ku agak umur anak seusia Mikail, setahun dan anak itu juga buta. Inilah pengalaman ibum2m semasa hari pertama naik tren. Rasa nak menitik airmata melihat, sungguh beruntungnya aku dikurniai anggota yang sempurna.
Sungguh pengalaman ini amat menginsafkan dan memberi seribu erti kepada diri ibum2m. Betapa besarnya nikmat Allah itu dan kita sering lupa untuk mensyukurinya..
Ku mohon agar semua diberikan penuh ketabahan dan kekuatan dalam perjuangan kita sebagai hambaNya.
Berdosanya aku, betapa banyaknya nikmat Allah ini, adakah aku tergolong dalam golongan yang sentiasa mensyukuri nikmatMu? Istiqamahkanlah aku ya Allah untuk mengingatiMu sepanjang hidupku..
Aamiin..
1 ulasan:
Alhamdulillah atas nikmat dan rahmat Allah pada kita setiap hari :)
Catat Ulasan