Selamat Ulangtahun yang ke 3 tahun buat puteri kesayangan ibu, Maisha Nuwairah. Kehadiranmu memang dinantikan oleh ibu, ayah dan seisi keluarga.
Hari bahagia buat Malaysia, 16 September 2011 merupakan hari bahagia jua buat ibu dan ayah. Kelahiranmu dirai pada hari Jumaat, tepat jam12.27 tengahari sewaktu azan Zohor Jumaat di Tawau, Sabah.
Tidak dapat ibu gambarkan perasaan di kala itu, nikmat yang cukup bererti diberikan oleh Ilahi. Insya Allah, ibu berjanji untuk menjaga amanah Allah ini sebaik dan semampu mungkin.
Doa ibu semoga Maisha menjadi anak yang solehah, taat dan patuh pada kedua ibuayah, membesar dengan sihat dan pintar, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dilimpahi keberkatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Aamiin..
Maisha Day 1, 16 Sept 2011 |
Maisha 2 Bulan |
Maisha 3 bulan |
Ibu sayang Maisha, my lil princess!Muahh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan