Khamis, 1 Oktober 2015

5 Tips Rawat Jerawat Bagi Yang Mementingkan Kecantikan Kulit Dengan Produk Shaklee

Bismillah hirrahmanirrahim..

Salam buat semua. Alahai, lama ndak berblog ni. Bersarang labah- labah sudah ni blog.

Masa mau dekat raya aritu, ibum2m stress jugak ya sebab time tu memang dekat- dekat 'bulan merah', maka sang jerawat ni pun mau jugak beraya sama- sama..

Jadi, apa yang ibum2m buat..

1# Cuci Muka dengan Kerap

Biasanya cuci muka 2 kali sehari ja tapi kali ni 4 kali cuci muka ya. Pagi, tengahari, petang dan malam sebelum tidur. Sebab rasanya muka ni banyak kena kuman dan minyak yang wajah kita keluarkan (sebum) di tambah lagi dengan hormon, tu yang 'jers' datang. Dan cuci muka tu semestinya guna pencuci Gentle Deep Foaming Cleanser oleh Set Penjagaan Kulit Nutriwhite Shaklee. Rasa lembut dan bersih jak muka lepas guna ni. Walaupun dengan adanya si 'jers' tu..huhu

2# Tempek Si "Jers" dengan Herbal Blend Shaklee

Haa..ni lagi best. Cream Herbal blend ni kalo tepek di 'Jers', memang confirm jerawat akan kecut. Sehari guna banyak kali la jugak. Selain itu, Herbal blend ni banyak betul kegunaannya, tumit kaki merekah, digigit nyamuk, lenguh kaki, ruam baby, eczema dan macam- macam lagi la. Harganya pun murah ja, RM 20 ++ ja untuk pelbagai kegunaan. Semestinya ianya tiada bahan kimia, selamat dan tiada paraben yang berbahaya tu! Sesuai untuk semua peringkat umur dari baby sampai orang dewasa.
3# Buat Masker guna Zink Complex Shaklee + ESP
Ambil satu tablet zink, tumbuk dan campur sedikit dengan air atau susu tepung  (biasanya ibum2m guna ESP (Energizing Soy Protein Shaklee). Sapu di bahagian 'Jers' tu dalam 3-4 kali  sehari. Kejap ja guna, biasa 10 hingga 15 minit kering pastu basuh dengan air suam. Zink ni berupaya untuk mengecutkan jerawat dan ESP atau susu tepung berfungsi untuk memudarkan parut jerawat.
4# Makan Zink Complex Shaklee
2 biji tablet Zink + 1 GLA  dan tidak meninggalkan rutin minum ESP setiap hari. Zink yang kita telan tu untuk penyembuhan kulit secara dalaman dan ESP yang diminum untuk mencerahkan dan memudarkan parut dari jerawat tadi. Manakala GLA tu untuk keseimbangan hormon dalam badan kita dan boleh membuatkan kulit wajah glowing walaupun dengan kehadiran sang "Jers" tu..hehe
5# Berdoa
Nah sudah buat semua ikhtiar atas tu, berdoa la pada Allah SWT supaya kulit kembali pulih. ;-) semestinya banyakkan berselawat sebelum melaksanakan semua ikhtiar di atas.
Yalah, kita manusia biasa. Even makan supplement hari- hari, tetap ada jugak 'bad day' kan? Semua ni adalah proses semulajadi dalam badan. So, terimalah diri anda seadanya. Positif selalu okay!

Salam sayang,
ibum2m

Selasa, 23 Jun 2015

Kisah Inspirasi Terhebat Buat Wanita Menyusu Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua..


Buat ibu- ibu menyusu di luar sana, kuatkan semangat, in shaa Allah kita boleh! Di sini ibum2m kongsikan kisah inspirasi buat semua dengan harapan dapat menaikkan lagi semangat kita para ibu menyusu di luar sana.. Aamiin..

 
 
Salam buat semua..
 
Saya mulakan dari mula perkenalan dengan suami ya..
 
Berkenalan dengan dia sewaktu universiti, bertembung di Masjid Shah Alam, dia diluar pagar waktu terawih. dan saya seperti kenal terus menegur, " Kenapa tak masuk?" jawapan dia "Maaf ya, saya bukan Islam tapi hati saya sangat sejuk dan tenang dengan bacaan ayat- ayat suci Al-Quran". Semakin rapat hanya kerana beliau ingin mendalami Islam dan memeluk Islam pada Januari 2006 dengan nama Abdul Ra'uf Calgary Abdullah (bangsa Iban).
 
Kami berkahwin pada 20/08/2008, mendapat tentangan hebat dari keluarganya kerana mereka menyalahkan saya, dia memeluk Islam dan perkahwinan kami menyebabkan ibunya terus membuangnya sebagai anak. Saya hamil setahun kemudian tetapi gugur pada 15 minggu dan hamil anak kedua (Adam Darwisy) pada tahun 2010.
 
Adam dilahirkan pada 03 Disember 2010 pada minggu 34 dengan berat 1.58kg. Adam warded NICU untuk 29 hari di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan sepanjnag di hospital, keluarga mertua langsung tidak mengjenguk kami atau mengambil tahu tentang kami, seolah- olah kami tidak wujud. Suami amat menggalakkan breastfeeding walaupun saya memang tak mahu, tapi suami berkeras kerana baginya kasih sayang ibu tergambar dalam setiap titisan air susu ibu (seperti ibunya yang menyusukannya selama 3 tahun).
 
Hidup kami sangat bahagia sampai 1 hari, Allah telah mengambil dia disebabkan kemalangan pada 7 Jun 2010. Sampai ke hari ini, saya masih tidak percaya arwah telah pergi meninggalkan saya dan Adam. Saya terus berhenti kerja notis 24jam bawa Adam ke kampung saya di Taiping, Perak. Saya akui saya sangat lemah, tanggungjawab saya pada Adam saya abaikan, saya jadi tidak terurus lepas arwah pergi. Namun, satu- satunya perkara yang tetap saya buat ialah MENYUSUKAN Adam. Saya ingat pesan arwah "Abi nak anak abi cantik, pandai dan beriman kerana minum susu ibu".
 
Rupanya pesanan arwah itu banyak manfaatnya pada saya. Memang saya akui lepas arwah meninggal, saya banyak berkurung dan menangis. Tapi setiap kali menyusukan Adam, macam ada KEKUATAN yang disalurkan dari Adam pada saya. Terasa dekat di hati menusuk dan saya rasa kuat untuk terus tabah dan hadapi hidup ini. Even parents saya pun terkejut dengan perubahan saya bila saya cakap saya nak kerja semula.
 
Saya sendiri tak tahu nak menyusun kata- kata atau nak mengungkap bahasa yang indah- indah tapi itulah kurniaan Allah melalui air susu ibu. Saya  berharap agar cerita saya dapat memberi galakan dan semangat pada ibu- ibu lain kerana hikmah dan anugerah Allah berikan ini bukan sekadar mengenyangkan,  membesarkan malahan LEBIH dari apa yang kita jangkaukan..
 
SubhanAllah..
 
Dipetik daripada "Buku Inspirasi Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya" 
 
 
Salam Sayang,
ibum2m

Selasa, 2 Jun 2015

Cara Mudah Mendapatkan Rawatan Kesuburan Di Hospital Kerajaan

Bismillahirrahmanirrahim..



Zuriat sememangnya adalah impian bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin. Anak kurniaan yang terindah dan sangat bernilai yang mampu mencorakkan kebahagiaan rumahtangga. Anak juga sedikit sebanyak dapat mengajar kita untuk lebih matang dan lebih menghargai hidup ini.




Pengalaman ini dikongsikan oleh rakan ibum2m yang sememangnya telah mendirikan rumahtangga hampir 5 tahun dan belum dikurniai cahayamata. Pelbagai usaha telah mereka cuba dan sampai pada saat ibum2m menulis ni, rakan ni masih lagi mencuba untuk mendapatkan rawatan kesuburan.

Entri kali ni sekadar ingin berkongsi pengalaman beliau dalam ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata dan supaya pembaca boleh membuat perbandingan diantara pelbagai jenis rawatan yang disediakan melalui hospital kerajaan dan juga swasta.

Pada mulanya, beliau mendapatkan rawatan kesuburan di salah sebuah hospital swasta di ibukota. Dan semestinya sudah ribuan ringgit harus disediakan bagi menjalani setiap rawatan yang dicadangkan oleh pakar di sana. Paling kurang, pasangan perlu menyediakan RM15 ribu hingga RM20 ribu untuk menjalani rawatan tersebut. Malangnya, tiada rezeki bagi mereka di sini. Rawatan tersebut tidak berjaya.

Comel sungguh kan? ;-)

Kali kedua, beliau mencuba mendapatkan rawatan di LPPKN. Untuk mendapatkan rawatan IUI, kos yang perlu disediakan adalah RM1000 untuk setiap rawatan. IUI pertama yang dibuat tidak berjaya dan rakan ibum2m mulai merasai sedikit tekanan, kesan daripada hasil rawatan tersebut. Lagi 'stress' kerana beliau terpaksa menabung lagi untuk mendapatkan rawatan yang sama untuk kali kedua.

Sehinggalah pada suatu hari, rakan kepada saudara beliau menyarankan supaya dia mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan yang berdekatan terlebih dahulu. Selepas itu, beliau dan pasangan pergi ke klinik kesihatan tersebut dan diberikan surat 'referral' untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Sampai di HKL, beliau berasa begitu terharu dan teruja dengan layanan yang sangat bagus, mesra dan professional oleh jururawat di situ. Penerangan yang diberikan sangat terperinci dan mendalam. Suami beliau pun mengiyakan dan mengatakan ini memang servis yang terbaik jika hendak dibandingkan dengan layanan di hospital swasta.



Walaupun beliau diberikan tempoh 4 bulan temujanji sebelum berjumpa doktor pakar, namun terdapat beberapa prosedur yang mereka jalani sebelum tarikh temujanji sebenar.Tapi apa yang menggembirakan ialah beliau tidak dikenakan sebarang bayaran kecuali RM5 sahaja. Lagi, rawatan IUI itu akan dibuat selama 3 kali berturut- turut untuk 3 kitaran haid (1 bulan sekali untuk 1 kitaran haid) dan mereka tidak mengenakan sebarang bayaran tambahan pun.

Seringkali kita skeptikal akan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan. Servis yang lambat, tempoh masa menunggu yang sangat lama dan sesak sering kita jadikan alasan supaya tidak ke hospital kerajaan. Sebenarnya, ibum2m pun berfikir macam ni jugak huhu.

Realitinya, bayangkan HKL menerima hampir 24,000 orang setiap hari dengan kakitangan hanya 11,000 sememangnya tidak mencukupi untuk memuaskan hati semua pelanggan mereka.

Jadi, ibum2m menyarankan agar pasangan yang belum mempunyai rezeki cahayamata, boleh la mengikut prosedur yang seperti diceritakan di atas. Mudah saja..
# 1. Dapatkan surat rujukan di klinik kesihatan yang berdekatan. Jangan lupa bawa pasangan anda dan surat nikah ya..
# 2. Boleh juga datang walk- in di HKL. Boleh hubungi HKL Infertility Department 03-2615 5555 Ext 6797.

Dan In shaa Allah, anda dijanjikan servis yang mantap dan layanan yang mesra oleh para kakitangan di sana.
Segala usaha dan ikhtiar sememangnya memerlukan kesabaran ydan kekuatan yang tinggi bagi setiap pasangan. Di sini ibum2m selitkan artikel dari Dr. Zubaidi mengenai rawatan kesuburan dan kehamilan.

Selain mendapatkan rawatan sedia ada, amat penting juga kita sebagai empunya diri untuk memperlengkapkan diri supaya lebih bersedia untuk mendapatkan zuriat.

Seperti saranan oleh Dr Hamid Arshat di atas, jaga berat badan yang ideal, exersize 30 minit setiap hari dan juga amalkan supplemen yang sesuai.

Di antara supplemen yang baik untuk meningkatkan tahap kesuburan ialah:

1. Vitalea @ Multivitamin

Pelengkap nutrisi yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral yang penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Zat besi dalam vitalea amat penting bagi membantu pembentukan sel- sel darah merah dan untuk mencegah anemia.


2. Vitamin C

Membantu menyalurkan vitamin C secara berterusan melalui kaedah pelepasan masa. Kekurangan vitamin C dan antioksida boleh menyebabkan sperma kurang aktif atau rosak. Jika suami seorang perokok, keperluan antioksidanya adalah lebih tinggi.


3. Asid Folik

Vitamin B Kompleks yang lengkap dengan 8 jenis vitamin B dan asid folik. Asid folik yang terdapat dalam vitamin B Shaklee merupakan asid folik semulajadi yang pertama dicipta di dunia dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Asid folik ini sangat penting untuk mengelakkan kecacatan saraf tunjang seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir sebanyak 80%.


4. Vitamin E

Amat penting bagi bakal ayah. Pengambilan vitamin E Shaklee yang lengkap dengan Selenium boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan terutamanya pada motiliti sperma tersebut.


5. GLA 

GLA Shaklee berfungsi untuk mengawalselia hormon kesuburan iaitu estrogen untuk wanita dan testosteron untuk lelaki. Keistimewaan GLA Shaklee ialah ianya diekstrak dari borage yang mengandungi 2 kali ganda GLA dalam EPO, dimana lebih berkesan sebanyak 3 kali ganda berbanding EPO.



6. Vivix

Minuman botanikal yang kaya dengan polifenol, fitokimia yang mengandungi khasiat antioksidan dan anti-penuaan semulajadi. Mampu bertindak dengan memulihkan sel- sel dalam badan.


Mari kita lihat beberapa testimoni dari pasangan yang berjaya hamil dengan pengambilan supplemen Shaklee melalui Set Kesuburan secara konsisten.

#Testimoni 1



#Testimoni 2




#Testimoni 3





#Testimoni 4





#Testimoni 5





Kita ikhtiar, segalanya dengan izinNya jua. Untuk tips mudah hamil, boleh baca sini ya. 

Untuk pesanan segera, boleh klik di sini SET PREMIUM KESUBURAN

Sebarang pertanyaan dan konsultasi, boleh saja hubungi Kak Mas@ ibum2m, 013.634.1955. Inshaa Allah, konsultasi terbaik untuk kalian.




Ibum2m doakan semoga setiap pasangan yang berkahwin, akan dikurniai cahayamata yang comel dan soleh solehah..Aamiin..



Salam sayang,

-ibum2m-

013-6341955
Rakan Shaklee Putrajaya/ Cheras/ Hulu Langat/ Tawau

Ahad, 19 April 2015

Part 3: Pertemuan Ukhwah Ladang Alam Warisan, Kini Dan Selamanya

Bismillahirahmanirrahim..

Seminggu berlalu, terasa  rindu dengan rakan- rakan seperjuangan Naila. Yalah, bukan senang untuk berkumpul bersama di samping urusan peribadi masing- masing.

Family Day Naila 12 April 2015 di Ladang Alam Warisan, Negeri Sembilan

Walaupun sibuk mengatur anak- anak dan famili, pertemuan ukhwah di Ladang Alam Warisan cukup menggamit kenangan dan memori yang terindah dalam diri ini.

Sungguh diri ini sangat berterima kasih kepada Yang Maha Esa, atas jalinan ukhwah inilah, diriku masih teguh berdiri dalam perjuangan bisnes ini. Biarpun perjuangan ini ada pasang surut, turun dan naiknya, semua ini berbalik kepada diri sendiri.

Dan diri ini tetap berdiri utuh di kelilingi oleh insan- insan yang bersemangat waja, berhati cekal dan mempunyai semangat juang yang tinggi dalam penghidupan seharian mereka. Sungguh diriku amat berterima kasih kepada Allah SWT kerana dipertemukan dengan kalian.

Sahabat Naila, sungguh besar sumbangan kalian buat diri ini. Setiap kata- kata semangat, dorongan dan bimbingan kalian akan tersemat di dalam sanubari.

Khusus buat sahabat Naila, KU ADA KERNA KAU ADA. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segalanya.

Semoga kalian senantiasa berada dalam lindungan barakahNya di dunia dan di akhirat sana. Aamiin.

LoVe Always,
Ibum2m

Part 2: Pertemuan Ukhwah Ladang Alam Warisan

Di hari kejadian..

Hari yang dinanti menjelang jua..semacam menunggu kedatangan Hari Raya pun ada ;-)..Huaa sangat berkobar- kobar ibum2m satu family.

Perjalanan mengambil masa sejam daripada Putrajaya melalui Lebuhraya Lekas yang sememangnya banyak sangat tol, rasanya adalah dalam 5 -6 tol untuk sampai ke lokasi tersebut. Ibum2m hanya guna 'waze' saja yang lokasinya sudah dikongsi awal- awal lagi oleh Aini, penganjur di dalam group whatsapp kami.

Sesampainya di sana tepat dalam pukul 9 pagi.


Alhamdulillah, kedatangan kami disambut oleh senyuman mesra Shidah, sedikit berdebar di hati sebab inilah pertama kali berjumpa. Sememangnya inilah tujuan utama family day ni dilaksanakan, khusus untuk berkenal- kenalan dan merapatkan lagi ukhwah di antara keluarga Naila..

Ibu dan m2m, Maisha dan Mikail
Usai mendaftar, terus Shidah mengajak untuk sarapan. Dari jauh, suda tengok kelibat- kelibat yang dikenali, Riza teman seofisku dulu, Kak Aniey ibu kental selalu terjumpa dalam kelas- kelas sebelum ni, Aini penganjur yang berdedikasi, Kak Su yang sangat rajin mengupdate status- status fb yang gempak.

Tidak lupa, yang dirindui, sekilas senyumannya sudah membuatkan hati ini berdebar dan terasa ingin menyerap segala auranya, teman seofisku juga merangkap pengasas Naila, Ainul.

Tidak ketinggalan, sorang lagi Ibu kental berhati waja, kak Lyna pengasas group Ladyboss yang merupakan nenek kepadaku. Sangat kagum dengan dirinya dan seakan ingin kusedut jugak semua auranya pada masa tu..huhu

Tepat pukul 9.30 pagi majlis pun bermula dan kedatangan Kak Am bersama ibunya serta Zarith bersama familinya..cukup sudah korum pada hari itu, 10 famili bergabung..Woahh!

Majlis bermula dengan penyampaian hadiah dari penganjur, semuanya mendapat title masing -masing.  Alhamdulillah diriku membawa pulang permainan Masteria, eye treatment Shaklee dan sepaket collagen dan sebuah buku, hadiah dari Kak Su. Sangat berharga sungguh hadiah- hadiah ni..


Bersama Ainul, pengasas Naila


Bersama Kak Su, acara bertukar hadiah


Bersama Kak Lyna, pengasas Ladyboss

Selesai sesi bergambar, acara yang ditunggu- tunggu datang jua. Seperti yang diduga, nampak ja kelibat horse, Maisha memang tidak kesabaran suda mau naik..hehe 




Kuda poney putih di sediakan buat anak- anak tapi sedihnya, sampai giliran Maisha , dia xmo naik..dia cakap dgn Ibu, xnak naik tu, nak naik tu (sambil jari menuding ke arah kuda dewasa warna coklat).

Dalam hatiku, "Amboi , mau naik kuda besar pulak!"


Maka datang kuda coklat tu, Ibum2m orang pertama naik, sampai turn Maisha, huaa menangis pulak  tidak mau naik, angkat Mikail, lagi nangis, akhirnya Ibum2m yang naik sendiri..haha

3 kali round rasa tidak puas naik kuda.Incik asben pun sama teruja naik kuda secara bersendirian tanpa m2m..huhu, Sadis sungguh m2m ni, semangat ja lebih. Tapi xpa, yang penting semangat perlu ada!





Menuju ke lokasi seterusnya untuk memanah..

Ibu: knapa Maisha Xmo naik kuda tadi? Xmo jd mcm Chelsea ka? (Chelsea adalah adik Barbie)
Maisha : Itula Aicha tak nak, Aicha nak naik horse pink la Ibu..
Ibu: (dlm hati, alasan betul princessku ni..)


Time memanah, Ibu dan ayah rileks  sikit sebab Mikail tidur dengan sangat lena di astaka..



Teruja betul memanah ni, first time memang sukar tapi sudah tau teknik, terus tidak mau lepas. Terasa macam princess Arwen dlm crita Lord of the Ring pun ada..hehe


Perut pun sudah berkeroncong, tepat pukul 12tengahari kami pun makan tengahari dengan lauk pauk dan sayuran kampung yang kelihatan begitu sedap. 

Semangat mau makan terus ke astaka, sekali suap, huaa pedasnya..terlupa pulak yang sekarang berada di Negeri Sembilan, rata- rata masakannya memang pedas. Akan tetapi dek kerana sedapnya telur itik masak lemak tu, ku bedal jugak sampai habis tapi diselangi dengan 3 gelas air sirap ..haha ..Alhamdulillah syukur atas nikmatMu yang satu ini..

Selesai makan, Aini mengajak untuk terus ke aktiviti terakhir iaitu 'animal feeding' pada jam 1.30 petang. Walaupun cuaca agak terik, tapi kemeriahan dan keterujaan untuk menghabiskan semua aktiviti lagi tinggi melebihi segalanya.

Famili Ainul dan Kak Lyna memohon untuk beransur pulang sebab perlu menghadiri acara lain di Putrajaya pulak. Selepas bersalaman, kami pun beransur ke kandang rusa untuk aktiviti seterusnya. 

Best jugak bagi makan rusa ni sebab semuanya jinak. Makanan kita letak di tangan dan rusa- rusa ni akan datang kepada kita, jilat tangan kita. Terasa geli tapi best! 



Dari kejauhan, boleh dilihat ada beberapa lagi haiwan lain yang ada di ladang ni termasuklah burung unta, itik, ayam kampung dan kuda.



Usai mengambil gambar dan bersalam- salaman dengan ahli Naila, kami pun memohon untuk pulang.

Sungguh pengalaman ini sangat bererti. Walaupun penat tapi dengan aktiviti yang mengujakan, berkuda dan memanah, ini merupakan pengalaman yang amat berharga dan bermakna buat ibum2m sekeluarga.

In shaa Allah, Ladang Alam Warisan akan menjadi destinasi WAJIB dalam perancangan kami. Sebabnya, suami sudah merancang untuk cuba aktiviti berkuda sambil memanah pulak selepas ini.  ;-)

Part 3 : Pertemuan ukhwah Ladang Alam Warisan di sini..

Salam Sayang, 
ibum2m


Part 1 : Pertemuan Ukhwah Ladang Alam Warisan

Bismillahirrahmanirrahim..

Maisha sejak berumur 2 tahun memang sangat minat dengan cerita- cerita Princess. Bermula dengan minatnya tu, kami pun menyokong la dengan membeli beberapa CD Barbie untuknya. Bukan dia saja yang suka, kami pun sama jugak..hehe
Kesan daripada beli CD- CD barbie tu, memang ibu, ayah dan Mak Tok (ibu mertua) tidak berkesempatan la tengok rancangan feveret kami.

Sepanjang masa kalau dia bangun, memang asyik tengok CD barbie ja. Sampailah setiap bait2 dialog pun Maisha sudah hafal.
Alhamdulillah, kesan daripada tu, Maisha memang sangat lancar bertutur dalam bahasa Inggeris. Pronounciation memang jangan cakaplah, memang American sangat. 

Dan paling mengejutkan, dia memang tau guna ayat yang sesuai dengan setiap keadaan. Misalnya, ada satu hari tu, mak Toknya sakit kaki dan sambil urut2 kaki dan tahan sakit tu, dia datang  tanya "Mak Tok, are you okay?".Terkedu kami semua..
Sampailah satu hari, selepas ja dia tengok crita Barbie and Her Sisters in A Pony Tale, terus dia cakap sama ibu..
Maisha : Ibu nak naik horse..
Ibu : Ya boleh..
Maisha : Nak naik horse pink, ibu..
Ibu : Manada horse pink, tu dalam cerita Barbie jak la..
(dalam hati, anak aku ni mau naik horse ka, unicorn? :-P)
Sejak dari hari tu, setiap hari dia minta dengan ibu, nak naik horse. Sampaikan pernah kami pegi menghadiri majlis perkahwinan di Taman Equestrian, Putrajaya, dari jauh dia tengok horse, terus merengek minta di bawa pegi ke horse tu.



Alhamdulillah, selang beberapa hari, group Naila ingin mengadakan family day di Ladang Alam Warisan, Negeri Sembilan dan aktiviti utama adalah berkuda! Tengok saja perkataan "KUDA" terus teringat Maisha..
 
Haa, tanpa berfikir panjang, terus bagitau incik asben, kita mesti jugak join family day ni. Satu, Maisha boleh berkuda, Kedua, Ayah boleh belajar memanah dan ketiga, ibu boleh la meronggeng bersama kelab ibu- ibu Naila yang sememangnya setiap saat hanya berjumpa di alam maya sahaja.
 
Matlamat penting, Maisha mesti naik kuda! Supaya ibu tak jenuh nak menjawab setiap hari akan permintaannya yang satu ini..hehehe
Tapi, di sebalik memenuhi permintaan Maisha, ibum2m juga punyai hasrat untuk bertemu dengan rakan- rakan yang banyak memberi dorongan, semangat dan galakan dalam bisnes ini. Terkilan sangat di hati, semenjak mendaftar sebagai pelajar Master di UKM, memang ibum2m tidak dapat lagi rentak untuk membahagikan masa di antara kerja, rumahtangga, bisnes dan belajar.
 
Terkadang terasa sangat 'down' dan rasa rendah diri sangat sebab tidak dapat memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap perjuangan bisnes ini. Sampai satu saat, terasa malu sehinggakan mau minta keluarkanlah diriku dari group whatsapp mereka. 
 
Akan tetapi, ku lawan jugak kerana setiap perjuangan yang di mulakan harus ada penamatnya. Penamatnya tu hanya diri sendiri yang tentukan, samaada ingin menamatkannya dengan BERGAYA atau sia- sia. Bangkitlah diri ini supaya lebih beristiqamah dalam mengejar impian.  Syukur padaNYa kerana dipertemukan dengan orang- orang yang sentiasa memberi dorongan, semangat dan galakan yang tidak berbelah bahagi kepada diri ini..ALHAMDULILLAH !

Kini, menghitung harilah kami untuk ke Ladang Alam Warisan sampai terbawa dalam mimpi, ibum2m tengah naik kuda dengan incik asben..huhu..

Layan lagu Maisha, "You're The One" dulu la..;-)



Nantikan Part 2: Pertemuan Ukhwah Ladang Alam Warisan di sini..

Salam sayang,
ibum2m

Sabtu, 18 April 2015

Ketahui 5 Ubat Yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil

Bismillahhirahmanirrahim..

Khusus buat ibu hamil, ibum2m kongsikan 5 jenis ubat yang perlu dielakkan ketika hamil.


1# Aspirin
Boleh menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit. Maka, ianya mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

2 # Litium
Ubat ini berkesan untuk merawat masalah mood tidak menentu tetapi ia boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

3# Tetrasaiklin
Merupakan sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan jerawat. Jika di ambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

4# Ubat Penahan Sakit
Ubat ini boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

5# Antibiotik
Ada beberapa antibiotik yang tidak selamat untuk ibu hamil iaitu tetracyclines (doxycycline dan minocycline). Begitu juga dengan Bactrim dan Septra.

Para ibu boleh juga membaca link di bawah ini untuk info selanjutnya..
Sekiranya kalian ingin mendapatkan Set Pre-Natal Shaklee, boleh klik di SINI - SET PRENATAL SHAKLEE

Untuk mendapatkan konsultasi mengenai Set Pre-Natal Shaklee, bolehlah menghubungi Mas di talian 013-6341955.

Semoga bermanfaat!
Sumber : Pa&Ma
Salam sayang,
ibum2m
013-6341955

Jumaat, 17 April 2015

Ibu, Jangan Makan! Itu Allah Punya!

Di suatu petang..



Kebiasaannya, pulang saja dari ofis. Masuk rumah, angkat barang dan angkat m2m masuk rumah. Tidak sempat duduk, terus ke dapur untuk masak nasi dan keluarkan ikan dari fridge untuk dimasak sebagai menu makan malam..
 
Maisha seperti biasa datang jenguk ibu di dapur..
 
Maisha : Ibu, buka kan dulu playdoh aicha ni.. Aicha nak main la..
 
Maka, ibu dengan selamba membuka playdoh dan hulur kan pada Maisha.
 
Maisha: Tengkiu ibu..(terus lari keluar dari dapur)..
 
Tengah ibu cuci beras untuk masak, datang lagi dia..
 
Maisha : Ni Aicha buatkan ibu karipap, marilah makan ibu..
 
Ibu : Ok ok, jap ibu masak nasi dulu. nanti ibu kluar ya..
 
Selesai 'on' periuk nasi, terus keluar pigi tempat Maisha bermain.
 
Dengan selamba, ibu pun mengambil karipap playdoh yang terletak cantik dalam pinggan pink Maisha.
 
Maisha : Ibu, Jangan Makan...Itu Allah Punya! (Dengan nada jeritannya)
 
Tersentak diriku, konon - konon berlakon mo makan, terus cancel..
 
Ibu : Oh..sori maisha. Ooo itu Allah punya ya..Tapi kan Maisha, Allah tidak makan, tidak minum n tidak tidur tau.. Allah itu cukup Sempurna!
 
Maisha : Allah sempurna ya Ibu..
 
Ibu : Ya sayang, kita jak yang makan.. ayah makan, ibu makan, Maisha makan, adik Mikail makan..
 
Maisha leka jak bermain dengan playdoh nya..
 

Begitulah anak- anak kita kan? Di ajar sekali, terus melekat dalam pemikiran dorang. In shaa Allah selepas ini, ibu akan usaha untuk mengajar m2m mengenal Allah SWT dengan lebih terang dan jelas.

Untuk para ibu, ibum2m sarankan membeli buku 'Ibu, Ku Ingin Tahu' hasil tulisan Puan Nur Khairunnisa Iskandar.

Para ibu boleh dapatkan buku ini di MPH atau mana- mana kedai buku..:-)

 Pendekatan yang diberikan amatlah mudah dan senang untuk kita faham, lebih- lebih lagi kita sebagai ibu, pasti banyak pertanyaan dari si kecil yang kadang- kadang susah untuk kita terangkan pada anak kita. Jadi buku ni memang bagus dijadikan sebagai panduan kita untuk mengajar anak mengenal Allah SWT.
 
Semoga kita sentiasa ISTIQAMAH dalam memberi pendidikan agama terhadap anak- anak kita..Aamiin..
 
Salam sayang,
ibum2m
 

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...