Ahad, 19 April 2015

Part 3: Pertemuan Ukhwah Ladang Alam Warisan, Kini Dan Selamanya

Bismillahirahmanirrahim..

Seminggu berlalu, terasa  rindu dengan rakan- rakan seperjuangan Naila. Yalah, bukan senang untuk berkumpul bersama di samping urusan peribadi masing- masing.

Family Day Naila 12 April 2015 di Ladang Alam Warisan, Negeri Sembilan

Walaupun sibuk mengatur anak- anak dan famili, pertemuan ukhwah di Ladang Alam Warisan cukup menggamit kenangan dan memori yang terindah dalam diri ini.

Sungguh diri ini sangat berterima kasih kepada Yang Maha Esa, atas jalinan ukhwah inilah, diriku masih teguh berdiri dalam perjuangan bisnes ini. Biarpun perjuangan ini ada pasang surut, turun dan naiknya, semua ini berbalik kepada diri sendiri.

Dan diri ini tetap berdiri utuh di kelilingi oleh insan- insan yang bersemangat waja, berhati cekal dan mempunyai semangat juang yang tinggi dalam penghidupan seharian mereka. Sungguh diriku amat berterima kasih kepada Allah SWT kerana dipertemukan dengan kalian.

Sahabat Naila, sungguh besar sumbangan kalian buat diri ini. Setiap kata- kata semangat, dorongan dan bimbingan kalian akan tersemat di dalam sanubari.

Khusus buat sahabat Naila, KU ADA KERNA KAU ADA. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segalanya.

Semoga kalian senantiasa berada dalam lindungan barakahNya di dunia dan di akhirat sana. Aamiin.

LoVe Always,
Ibum2m

3 ulasan:

Eizil berkata...

Apabila kita bersama-sama dengan kelompok rakan-rakan yang berjaya dan ingin berjaya, insyaALLAH kejayaan akan menjadi milik kita juga.


Pesanan orang tua-tua, sekiranya berkawan dengan saudagar minyak wangi, walaupun kita tidak mempunyai wangi, baunya akan melekat juga.

Lya Abdul berkata...

Betul, setuju sangat dengan perumpamaan tu. In shaa Allah mudahan kita tergolong dalam orang- orang yan berjaya..Aamiin..

Ibu Zarith berkata...

Seronok kan Mas, rindu rasanya nak pergi lagi..huhu

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...