Di hari kejadian..
Hari yang dinanti menjelang jua..semacam menunggu kedatangan Hari Raya pun ada ;-)..Huaa sangat berkobar- kobar ibum2m satu family.
Perjalanan mengambil masa sejam daripada Putrajaya melalui Lebuhraya Lekas yang sememangnya banyak sangat tol, rasanya adalah dalam 5 -6 tol untuk sampai ke lokasi tersebut. Ibum2m hanya guna 'waze' saja yang lokasinya sudah dikongsi awal- awal lagi oleh Aini, penganjur di dalam group whatsapp kami.
Alhamdulillah, kedatangan kami disambut oleh senyuman mesra Shidah, sedikit berdebar di hati sebab inilah pertama kali berjumpa. Sememangnya inilah tujuan utama family day ni dilaksanakan, khusus untuk berkenal- kenalan dan merapatkan lagi ukhwah di antara keluarga Naila..
Ibu dan m2m, Maisha dan Mikail |
Usai mendaftar, terus Shidah mengajak untuk sarapan. Dari jauh, suda tengok kelibat- kelibat yang dikenali, Riza teman seofisku dulu, Kak Aniey ibu kental selalu terjumpa dalam kelas- kelas sebelum ni, Aini penganjur yang berdedikasi, Kak Su yang sangat rajin mengupdate status- status fb yang gempak.
Tidak lupa, yang dirindui, sekilas senyumannya sudah membuatkan hati ini berdebar dan terasa ingin menyerap segala auranya, teman seofisku juga merangkap pengasas Naila, Ainul.
Tidak ketinggalan, sorang lagi Ibu kental berhati waja, kak Lyna pengasas group Ladyboss yang merupakan nenek kepadaku. Sangat kagum dengan dirinya dan seakan ingin kusedut jugak semua auranya pada masa tu..huhu
Tepat pukul 9.30 pagi majlis pun bermula dan kedatangan Kak Am bersama ibunya serta Zarith bersama familinya..cukup sudah korum pada hari itu, 10 famili bergabung..Woahh!
Majlis bermula dengan penyampaian hadiah dari penganjur, semuanya mendapat title masing -masing. Alhamdulillah diriku membawa pulang permainan Masteria, eye treatment Shaklee dan sepaket collagen dan sebuah buku, hadiah dari Kak Su. Sangat berharga sungguh hadiah- hadiah ni..
Bersama Ainul, pengasas Naila |
Bersama Kak Su, acara bertukar hadiah |
Bersama Kak Lyna, pengasas Ladyboss |
Selesai sesi bergambar, acara yang ditunggu- tunggu datang jua. Seperti yang diduga, nampak ja kelibat horse, Maisha memang tidak kesabaran suda mau naik..hehe
Kuda poney putih di sediakan buat anak- anak tapi sedihnya, sampai giliran Maisha , dia xmo naik..dia cakap dgn Ibu, xnak naik tu, nak naik tu (sambil jari menuding ke arah kuda dewasa warna coklat).
Maka datang kuda coklat tu, Ibum2m orang pertama naik, sampai turn Maisha, huaa menangis pulak tidak mau naik, angkat Mikail, lagi nangis, akhirnya Ibum2m yang naik sendiri..haha
3 kali round rasa tidak puas naik kuda.Incik asben pun sama teruja naik kuda secara bersendirian tanpa m2m..huhu, Sadis sungguh m2m ni, semangat ja lebih. Tapi xpa, yang penting semangat perlu ada!
Menuju ke lokasi seterusnya untuk memanah..
Ibu: knapa Maisha Xmo naik kuda tadi? Xmo jd mcm Chelsea ka? (Chelsea adalah adik Barbie)
Maisha : Itula Aicha tak nak, Aicha nak naik horse pink la Ibu..
Time memanah, Ibu dan ayah rileks sikit sebab Mikail tidur dengan sangat lena di astaka..
Teruja betul memanah ni, first time memang sukar tapi sudah tau teknik, terus tidak mau lepas. Terasa macam princess Arwen dlm crita Lord of the Ring pun ada..hehe
Teruja betul memanah ni, first time memang sukar tapi sudah tau teknik, terus tidak mau lepas. Terasa macam princess Arwen dlm crita Lord of the Ring pun ada..hehe
Perut pun sudah berkeroncong, tepat pukul 12tengahari kami pun makan tengahari dengan lauk pauk dan sayuran kampung yang kelihatan begitu sedap.
Semangat mau makan terus ke astaka, sekali suap, huaa pedasnya..terlupa pulak yang sekarang berada di Negeri Sembilan, rata- rata masakannya memang pedas. Akan tetapi dek kerana sedapnya telur itik masak lemak tu, ku bedal jugak sampai habis tapi diselangi dengan 3 gelas air sirap ..haha ..Alhamdulillah syukur atas nikmatMu yang satu ini..
Selesai makan, Aini mengajak untuk terus ke aktiviti terakhir iaitu 'animal feeding' pada jam 1.30 petang. Walaupun cuaca agak terik, tapi kemeriahan dan keterujaan untuk menghabiskan semua aktiviti lagi tinggi melebihi segalanya.
Famili Ainul dan Kak Lyna memohon untuk beransur pulang sebab perlu menghadiri acara lain di Putrajaya pulak. Selepas bersalaman, kami pun beransur ke kandang rusa untuk aktiviti seterusnya.
Best jugak bagi makan rusa ni sebab semuanya jinak. Makanan kita letak di tangan dan rusa- rusa ni akan datang kepada kita, jilat tangan kita. Terasa geli tapi best!
Dari kejauhan, boleh dilihat ada beberapa lagi haiwan lain yang ada di ladang ni termasuklah burung unta, itik, ayam kampung dan kuda.
Usai mengambil gambar dan bersalam- salaman dengan ahli Naila, kami pun memohon untuk pulang.
Sungguh pengalaman ini sangat bererti. Walaupun penat tapi dengan aktiviti yang mengujakan, berkuda dan memanah, ini merupakan pengalaman yang amat berharga dan bermakna buat ibum2m sekeluarga.
In shaa Allah, Ladang Alam Warisan akan menjadi destinasi WAJIB dalam perancangan kami. Sebabnya, suami sudah merancang untuk cuba aktiviti berkuda sambil memanah pulak selepas ini. ;-)
Part 3 : Pertemuan ukhwah Ladang Alam Warisan di sini..
Salam Sayang,
ibum2m
Part 3 : Pertemuan ukhwah Ladang Alam Warisan di sini..
Salam Sayang,
ibum2m
2 ulasan:
lucu pula maisha, detik ditunggu dah tiba, tapi tak nak naik pula... hehehe... insyaALLAH ada kesempatan lain sure akan naik juga tu.
besar juga Ladang Alam Warisan ni ya.
hehe..itulah critanya..tapi In shaa Allah, nanti nak bawak lagi dia gi sana..:-)
Catat Ulasan