Sabtu, 28 Oktober 2017

Khasiat Air Kelapa Buat Ibu Hamil

Bismillahirrahmanirrahim

Sesetengah orang dulu dulu cakap, minum air kelapa pada awal trimester tidak bagus kerana dikhuatiri 'tajam' dan boleh menyebabkan keguguran.

Tapi, ianya bergantung pada badan seseorang.

Eh lupa pula mahu berkongsi rasa. Alhamdulillah diri ini hamil anak ke empat yang bakal lahir pada bulan Mei 2018. Alhamdulillah syukur atas nikmatNya.

Berbalik kepada cerita kehamilan. Diri ini melalui fasa yang agak teruk untuk awal trimester ini. Terkadang semua makanan dan minuman dimuntahkan. Syukurlah ada penawar iaitu air kelapa yang bisa mengembalikan tenaga buat diri ini.

Bagiku, ibu sendiri dulu semasa di awal kehamilan, mesti air kelapa menjadi minuman utamanya. Di saat semuanya minuman dan makanan ditolak, dimuntahkan kesemuanya.

Hanya air kelapa saja yang bisa memberi tenaga buatnya.

Ku kira aku pun ikut perangai ibu dulu.

Banyak sebenarnya khasiat air kelapa buat ibu hamil termasuklah:

1- Memenuhi keperluan cecair tubuh yang penting untuk memelihara jumlah cecair amnion dan peredaran janin.

2- Sumber elektrolit yang penting membuat tubuh lebih terhidrat. Banyak mineral penting ada didalamnya termasuklah kalsium, natrium, dan fosforus.

3- Minuman yang sihat kerana ianya minuman semulajadi tanpa pewarna, penyedap atau pemanis.

4- Minuman rendah gula. Jangan kau letak gula sudahh..

Jadi, daripada minum minuman yang manis, baiklah kau pilih air kelapa yang sedap dan nyaman itew.

Doakan Mas ya. Mas juga doakan semua pasangan yang belum dikurniai cahayamata akan berjangkit dengan Mas. Aamiin.

Salam sayang,
ibum3m

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...