Assalamualaikum.
Biasanya tepat pukul 6.30 petang, ayah dorang balik. Semua tunggu depan pagar semata- mata untuk naik motor sekejap sebelum masuk dalam rumah.
Muhammad akan duduk di hadapan,
Mikail dan Maisha di belakang ayahnya.
Sudah tu, meluncurlah motor ayahnya masuk ke dalam pagar.
Bukan main gembira lagi budak- budak ini, biarlah dapat naik motor sekejapan cuma.
Mahu dijadikan cerita, sedang Muhammad main di luar, masa tu baru lagi bertatih.
Sebenarnya, masa itu juga, ada ayah mertua dan kakak ipar tengah angkat barang untuk di bawa ke tempat lain.
Tiba- tiba nangis Muhammad, tak sedar dia ada di luar rumah. Rupanya dia terpegang eksos motor ayahnya yang masih panas.
Allahuakbar.
Tengok tangannya macam tidak ada apa- apa. Tapi ibu terus sapu Krim HerbalBlend.
Nangis tidak berhenti. Cara tenangkan cuma terfikir untuk menyusu saja. Masa menyusu tu, barulah ibu tersedar. Ibu sapu krim di tempat yang salah. Ibu sapu di tangan kanan, tapi melecur di tangan kiri.
Memang melecur dan sedikit hitam jari kirinya. Ibu terus capai krim itu lagi dan sapu banyak- banyak di tempat yang terkena. Mahu dekat sejam juga dia nangis.
Sesungguhnya inilah perkara yang paling digeruni oleh kami.
Selalu beringat, cakap dengan anak- anak. 'Hati- hati ya, jangan dekat dengan eksos motor ayah tu. Panas lagi'.
Tapi kalau Allah cakap jadi, jadi jugaklah kan.
Alhamdulillah, sudah lebih 3 minggu dengan sapu krim itu hari- hari. Tangannya beransur pulih. Isi baru tumbuh dengan cantik dan kesannya pun tidaklah nampak sangat.
Sahabat bertanya, gelembung air tu pecah sendiri atau Kak Mas pecahkan?
Sahabat bertanya, gelembung air tu pecah sendiri atau Kak Mas pecahkan?
Sejujurnya saya takut nak pecahkan, tapi Alhamdulillah, ianya kecut dengan sendiri selepas seminggu.
Ibu perlu sapu sahaja bahagian melecur itu setiap malam sebelum tidur. Sebab Muhammad suka sapu di baju kalau ibu letak krim itu masa dia sedar.
Syukurlah ada Krim Serbaguna Herbal Blend ini. Memang banyak kegunaannya. Ibu kalau ada jerawat tumbuh di muka, memang sapu krim ini saja.
Haritu masa hari lahir Maisha, ibu buat kek Mango Cheese. Tak perasan masa tengah basuh blade food processor, tangan terkena blade itu.
Aduhh, sakit bukan kepalang. Berdenyut- denyut. Darah tak berhenti mengalir.
Terus capai krim ni pastu sapu di tempat luka. Alhamdulillah 3 hari dah sembuh. Tanpa sebarang kesan pun.
Malang tidak berbau bukan? Jadi buat ibu- ibu, sebaiknya wajib ada krim ini di rumah dan kalau boleh, dalam handbag. Bagus kalau ada kes- kes kecemasan.
Berminat?
Terus hubungi MAS 013.634.1955 ya.
Salam sayang,
ibum3m
Tiada ulasan:
Catat Ulasan