Isnin, 16 Julai 2018

Benarkah Durian Boleh Meningkatkan Produksi Susu Untuk Ibu Menyusu?

Bismillahirrahmanirrahim.

Masih lagi bersiaran dari Tawau, Sabah untuk menghabiskan cuti bersalin di sini selama 2 minggu.

Sekarang ni sana sini musim durian. Tanya ibu, durian bapak ada ka?

Ibu cakap, kali ini, tidak sempat pun durian tu gugur ke tanah, sudah habis dimakan tupai. Rezeki tupai tahun ini.
Wah sungguh bertuah ko tupai! Kami pun tidak dapat merasa durian dari arwah kebun bapak kami sendiri.

Sudahnya, beli saja la untuk orang cakap ‘feel’ musim durian tu.

Satu pertanyaan, Bolehkah ibu berpantang makan durian?

Bagiku, kena cukupkan dulu pantang 44hari tu baru boleh makan durian. Ini terpulang juga kepada individu. Kaedah cuba jaya ataupun try and error katanya.

Dulu masa berpantang Mikail, anak kedua, merasa 1 ulas durian pun sudah cukup membuatkan aku demam seharian. Terus takut mau rasa durian lagi masa berpantang.

Tapi Alhamdulillah kali ni, sudah masuk 54hari berpantang, jadi bolehlah makan durian. Yang penting asalkan sudah lebih 44 hari.

Persoalan kedua, benarkah durian boleh meningkatkan produksi susu si ibu?

Bagiku, sama juga. Terpulang pada individu. Try and error katanya.

Bagi aku, memang durian merupakan salah satu daripada penggalak susu atau ‘milkbooster’ buatku.

Alhamdulillah. Memang menjadi.


Sudahnya, ku makan la durian sampai berkoyan- koyan. Eh, tidaklah. Kebiasaannya, 6-8 ulas durian pun sudah memadai untuk makan satu sesi.

Lebih- lebih nanti, muak pulak kan.

Baby Musa pun ku tengok sudah semakin berisi. Lebih- lebih lagi, sejak ibu makan durian ni, semakin lemak berkrim la susu ibu di samping ESP Shaklee yang ibu minum tu.

Semoga kau cepat besar ya nak Musa, dikurniai kesihatan yang terbaik dan jadi anak soleh.

Baby Musa merupakan anak ke empat dalam keluarga kecil kami. Alhamdulillah sudah ada 1 puteri yang dikelilingi oleh 3 putera.

Besar nanti boleh jadi Imam Besar masjid ya nak, saham akhirat kedua ibu ayah.

Inshaa Allah. Aamiin.

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...