Sabtu, 14 Julai 2018

Cara Atasi Masalah Urat Timbul Semasa Hamil

Assalamualaikum salam ceria

Alhamdulillah sudah lebih 50 hari usia anak ke empat, Musa dilahirkan.

Sekarang ibu menghabiskan masa berpantang di Tawau, Sabah. 2 minggu pulang ke kampung untuk mempertemukan Musa dengan neneknya dan juga famili tersayang di sini.

Teringat masa mengandungkan Musa, ibu mengalami masalah urat timbul yang samgat ketara di bahagian kaki kiri. Orang tua- tua kata, sememangnya bayi lelaki akan memberat ke bahagian kiri perut ibu, manakala bayi perempuan sebaliknya.

Justeru apa yang ibu lakukan sepajang hamil untuk mengurangkan kesakitan urat timbul ini. Setiap pagi selepas mandi, ibu akan menyembur ubat sembur, Perskindol ke atas kaki. Sapu dan memakai stokin ‘compression socks’ yang sudah dibeli di farmasi berdekatan.

Setelah itu, tidak lupa ibu memastikan bekalan kalsium yang mencukupi buat ibu dan si bayi. Maklumlah, bayi akan mengambil atau erti kata lain, mencuri kalsium dari si ibu. Makanya, ibu amalkan Ostematrix Shaklee 4 biji setiap hari sebelum tidur.

Tidur nyenyak, sakit pinggang dan lenguh badan pun hilang.

Jom lihat video di bawah.





Semoga bermanfaat buat kalian.

Salam sayang,
Ibu4M

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...