Di sini saya ingin berkongsi pengalaman perjalanan menaiki pesawat sebelum melahirkan anak pertama, Maisha pada 16 September 2011 dan anak kedua, Mikail pada 25 Ogos 2013. Kedua- dua anak saya menjadi anak kelahiran Tawau walaupun time Maisha dulu, saya masih bekerja di Kota Kinabalu manakala time Mikail, saya sudah berpindah ke Semenanjung.
Saya merancang untuk bersalin di tempat kelahiran saya supaya sepanjang tempoh berpantang, saya boleh dijaga oleh ibu sendiri yang merupakan seorang surirumah manakala mertua saya, kedua- duanya masih bekerja.
Semuanya memerlukan perancangan yang teliti memandangkan saya akan 'travel' menaiki kapal terbang untuk ke Tawau. Untuk pengetahuan, sepanjang mengandungkan Maisha, boleh dikatakan setiap bulan saya akan berulang alik menaiki kapal terbang ke Semenanjung memandangkan suami saya bekerja di sana manakala saya di Kota Kinabalu.
Dengar pun dah penat kan, apalagi saya pada masa itu yang mengalami alahan teruk memang sangat meletihkan, apapun saya gagahkan juga untuk berjumpa dengan 'chenta' hati saya..;-)
Ada TIGA perkara penting yang selalu saya praktikkan apabila hendak menaiki pesawat semasa mengandung.
# PERTAMA adalah dengan mengambil langkah berjaga- jaga setiap kali kapal terbang berlepas dan mendarat, saya akan angkat sedikit punggung supaya mengelak daripada hentakan berlaku.
# KEDUA, saya akan minum air kosong seteguk dua setiap setengah jam untuk mengelakkan dehidrasi. Perlu di ingat, sekiranya anda membawa air kosong dalam Tupperware, jangan lupa untuk membuka tutup botol sebaiknya 2 kali sepanjang berada di udara. Ini kerana tekanan yang tinggi akan menyebabkan botol tersebut 'meletup' atau terbuka sendiri dan tanpa anda sedari, air minuman anda mungkin akan membanjiri 'handbag' anda..huhu ni pengalaman saya sendiri..;-)
# KETIGA, gerakkan kaki setiap setengah jam bagi mengelakkan berlakunya kejang otot. Semasa mengandungkan Mikail, saya memang sentiasa memakai stokin khas bagi mengelak kekejangan sebab mulai minggu ke 30, saya mengalami urat timbul atau dikenali sebagai varicose vein di kaki kiri saya. Menurut orang tua2, baby lelaki memang akan berat pada sebelah kiri dan baby girl sebaliknya.. Wallahualam..;-)
Untuk pengetahuan, sekiranya anda ingin memilih Air Asia, minggu ke 34 adalah minggu yang terakhir yang dibenarkan. Sila rujuk syarat menaiki pesawat Air Asia untuk ibu mengandung di SINI.
Bagi pesawat MAS, minggu ke 36 adalah minggu terakhir untuk travel bagi ibu mengandung dan boleh rujuk di SINI untuk terma dan syarat MAS. Perlu diingat yang anda MESTI mempunyai surat kebenaran daripada doktor yang menyatakan anda mengandung untuk minggu ke berapa pada tarikh nak travel dan samaada anda "Fit to travel" atau tidak pada masa tersebut.
Bagi pesawat MAS, minggu ke 36 adalah minggu terakhir untuk travel bagi ibu mengandung dan boleh rujuk di SINI untuk terma dan syarat MAS. Perlu diingat yang anda MESTI mempunyai surat kebenaran daripada doktor yang menyatakan anda mengandung untuk minggu ke berapa pada tarikh nak travel dan samaada anda "Fit to travel" atau tidak pada masa tersebut.
Dipendekkan cerita, saya mula merancang saya mesti berada di Tawau selewat-lewatnya minggu ke 34. Jadi, segala persiapan seperti tiket kapal terbang memang sudah dibeli seawal mungkin dan pastikan permohonan cuti sebulan sebelum tarikh bersalin telah dihantar secepatnya. Dan bakal ibu- ibu yang manis, selesaikan semua urusan kerja anda sebelum mula bercuti panjang ya..:-)
'Be Positive, I Love BF'
Love,
ibu m2m
Tiada ulasan:
Catat Ulasan