Assalamualaikum
Perkongsian hari ini berkenaan dengan cara menguruskan uri dengan betul dan mengikut syariat yang ditetapkan.
Menurut Ustaz Azhar Tuarno, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar & Inovasi Seranta (Felda), tiada hukum, nas atau hadis yang jelas mengenai cara menguruskan uri.
Namun, ianya perlulah diuruskan dengan baik untuk ditanam di tempat masing- masing. Ini untuk mengelakkan supaya uri tersebut tidak menjadi makanan haiwan.
Oleh yang demikian, ikuti langkah di bawah dalam pengurusan uri dengan betul.
1. Cuci uri dengan dimulakan dengan kalimah Basmallah.
2.Cuci bersih dengan menggunakan air untuk menghilangkan darah yang masih tertinggal. Jangan guna sabun atau syampu.
3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa supaya uri itu bersih sepenuhnya.
4. Lumurkan dengan garam dan cuci bersih.
5. Lumurkan pula dengan asam jawa untuk menghilangkan hanyir bau darah. Penting untuk menghilangkan bau hanyir darah kerana ia boleh menyebabkan binatang menggali dan memakan uri tersebut.
6. Perahkan limau ke atas uri untuk mengharumkan uri.
7. Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi tujuan untuk mengelakkan binatang gali dan makan uri tersebut.
8. Balut uri dengan bahan yang mudah reput seperti plastik atau kotak.
9. Balut dengan kain, tidak semestinya kain putih dan baluti uri sampai menjadi bungkusan punjut. Supaya senang nak bawa ke tempat untuk di tanam.
10. Sediakan lubang dan gali sedalam mungkin supaya uri tidak dapat dikesan dan dikorek oleh binatang.
11. Baca Basmallah dan selawat semasa meletakkan uri ke dalam tanah dan menimbusnya.
12. Boleh letakkan batu di atasnya untuk mengelakkan binatang untuk menggali uri tersebut.
Sumber: Majalah Pa & Ma
Untuk mendapatkan Set Berpantang Shaklee boleh sahaja hubungi Mas di talian 013-6341955 ya.
Konsultasi percuma buat kalian.
Semoga bermanfaat.
Salam sayang,
ibum3m
Tiada ulasan:
Catat Ulasan