Sabtu, 23 Ogos 2014

Tips Meningkatkan Penghasilan Susu

Assalamualaikum dan salam bersama keluarga..

Hari ni saja mo kongsi beberapa tips dengan para ibu bagaimana untuk meningkatkan penghasilan susu. Ini berdasarkan pengalaman ibum2m yang sedikit. Mungkin tips ni ada yang berkesan dan ada yang tidak tapi terpulang kepada diri masing- masing. Yalah, sebab fisiologi kita berbeza bukan?



Apa pun, ibum2m kongsi saja sebab tidak salah bukan kalau kita berkongsi kebaikan!;-)

# Kerapkan Mengepam 
Kalau kebiasaannya kita pam 3kali saja setiap 3jam di ofis, apakata kita pam 4 kali setiap 2 jam. Ini sebab semakin kerap kita mengosongkan payudara, Insya Allah semakin banyak susu yang akan terhasil. Ingat saja konsep 'Demand And Supply'.

# Minum Susu 
Tidak kiralah susu putih ka, susu coklat ka, yang penting susu. Ada pepatah Inggeris mengatakan ' to produce milk, u have to consume milk'. Kalau tidak suka susu, makan saja supplemen kalsium. Bagi ibu menyusu, 1000-1200mg kalsium sudah memadai untuk seharian. Ibum2m setiap malam akan mengambil Ostematriks Shaklee sebanyak 4 biji sebelum tidur.

# Elakkan minuman berais, berkafein dan berkarbonat
Sebaiknya elakkan dari minum minuman berais. Sebaliknya banyakkan minuman panas sebab ianya boleh mempercepatkan dan memudahkan pengaliran susu yang baik. Elakkan minum teh, kopi dan nescafe sebab minuman ni berunsur diuretik yang boleh mengurangkan kandungan air dalam badan.

# Pam guna pam susu diikuti dengan kaedah 'Marmet'
Selepas para Ibu mengepam susu selama 10-15 minit menggunakan Pam susu, sebaiknya untuk memastikan payudara betul- betul kosong, cuba kaedah marmet untuk beberapa minit. 

# Pam pada waktu malam serentak dengan memberi direct feed
Sebaiknya apabila sebelah kita direct feed, sebelah payudara kita pam. Ini lebih menjimatkan masa dan tenaga anda untuk berehat dan tidur pada waktu malam. Kalaupun terlalu letih, para Ibu mesti jugak pam waktu malam biarpun cuma sekali saja. 

# Power Pumping
Teknik ini memang digalakkan bagi Ibu- Ibu yang mengalami susu merundum. Teknik ini menyerupai cara bayi menyusu dengan kerap. Dilakukan secara pam 10 minit dan rehat 10 minit secara berterusan sehingga tempoh masa sejam.Sebaiknya dilakukan pada hujung minggu, di antara waktu tengah malam sehinggalah pukul 6pagi.

# Makan makanan penggalak susu
Makanlah makanan penggalak susu seperti oat, lobak putih, barli, sayur cekup manis, jantung pisang, horlicks, kurma, habattussauda' dan lain- lain lagi yang dipercayai boleh meningkatkan penghasilan susu. Ibum2m juga mengambil Alfalfa Shaklee dan juga Fenugreek GNC.

# Makan coklat
Makanlah apa- apa jenis coklat sebab coklat boleh merangsang hormon kegembiraan iaitu serotonin. Apabila hormon serotonin meningkat, ianya boleh membantu untuk meningkatkan lagi penghasilan susu kita.

# Banyakkan berzikir
Banyakkan berzikir dan beristighfar. Pabila mengepam, selalulah berzikir 'Ya Matiin' supaya susu kita diperbanyakkan dan dilancarkan pengeluarannya. Jangan lupa solat Dhuha jugak ya supaya Allah memberi rezeki susu yang banyak buat anak kita.

# Yakin 'Susu Cukup'
Kita mesti yakin yang susu kita cukup untuk anak kita. Jangan mudah putus asa, sentiasalah berfikiran positif. Senyum selalu dan ucaplah 'Alhamdulillah' sentiasa walaupun susu yang kita hasilkan cuma 1 oz..Insya Allah Dia akan sentiasa memudahkan perjalanan setiap ibu-Ibu yang kuat!

Sesungguhnya perjalanan penyusuan ni umpama kehidupan. Adakala susu banyak, adakalanya sedikit. Memang kita akan sering diuji, tapi percayalah Ibu- ibu, susu Ibu adalah HAK anak! Jadi, berusahalah sedaya mampu, Insya Allah Dia senantiasa ada membantu kita!

Berjuanglah duhai Ibu, Si Pejuang Kental!

Info lanjut mengenai mitos susu badan kurang di sini.

Sayang semua,
Ibum2m

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...