Isnin, 17 April 2017

Cara Menghilangkan Sunburn Dengan Cepat, Semulajadi Dan Berkesan

Assalamualaikum.

Alkisahnya, selepas balik dari Tawau cuti sekolah baru- baru ni, sehari saja rehat di rumah. Lepas itu, Jumaat sambung pulak bercuti menemani incik asben pegi Port Dickson. Beliau ada 'team building'. Jadi, kami pun anak- beranak jadi 'ekor'. Keh keh.



Asben sebut saja, 'Mahu bermalam di Lexis?'. Sebut saja Lexis Hibiscus, teruja sungguh. Terbayang private pool yang sangat best tu. Pengalaman selama 3 hari 2 malam di sana tidak dapat kulupakan. Memang pasti mahu pegi lagi.

Balik dari PD. Muka kena sunburn. Cepat cepat minta pendapat rakan dalam group whatsapp.


Sebenarnya, tips mengelak dari sunburn ni, kita kena elakkan terkena matahari bermula dari pukul 10 pagi hingga 3 petang. Tapi, ibu terpaksalah layan karenah m3m yang satu itu. Yalah, sudah ada pool dalam bilik sendiri, sudah pasti lah mahu terjun saja bukan?

Berbalik kepada cadangan rakan- rakan, di antara supplemen yang terbaik untuk menghilangkan sunburn dengan cepat ialah:

1. Vivix

Minuman kesihatan yang berasaskan botanikal yang mampu bertindak jauh ke dalam sel DNA. Bersifat melindungi, memperbaiki, memulihkan seluruh sel termasuklah sel kulit. Bertindak secara dalaman.

2. ESP ( Energizing Soy Protein)

Minuman protein yang berasaskan soya non- GMO mengandungi 9 jenis asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak untuk memperbaiki dan memperbaharui tisu- tisu rosak dan menggantikannya dengan tisu yang baru dan lebih sihat. Mampu mencerahkan kulit dan memudarkan parut jerawat.

3. Vitamin C

Sustained Release Vitamin C yang bertindak mengikut formulasi pelepasan masa mampu mencerahkan kulit. Di samping, membantu masalah jeragat, jerawat dan liang pori terbuka.

4. Vitamin E

Khusus buat kesihatan kulit. Membantu melembapkan, menghilangkan parut dan sunburn serta mampu mencerahkan dan memperbaiki tekstur kulit wajah.

5. Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite

Merupakan salah satu rangkaian Set Penjagaan Wajah Nutriwhite. Berasaskan 3 bahan utama iaitu rumpai laut, alga hijau dan Strawberry begonia. Rumpai laut untuk membuang kekotoran, membuang sel kulit mati dan menegangkan kulit. Alga hijau menyahtoksin dan melembapkan dan Strawberry begonia untuk mencerahkan dan menyeimbangkan pigmen.

6. Overnight Renewal Whitening Cream Nutriwhite

Merupakan salah satu rangkaian Set Penjagaan Wajah Nutriwhite. Bertindak memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit semasa tidur. Berasaskan tumbuhan semulajadi, Linden, Scullcap dan Vitamin C. Membantu melembapkan kulit dari dalam, mencerah, menghilangkan radang kulit dan seterusnya mengembalikan keserian wajah.
Jom tengok testimoni mengenai cara untuk menghilangkan sunburn dengan cepat dan berkesan.

#Testimoni 1:


#Testimoni 3:




Tips lain, sentiasa minum air secukupnya, jaga pemakanan seimbang, tidur secukupnya dan jangan lupa sapu krim UV supaya kulit kita sentiasa terhindar dari pancaran cahaya matahari.


Berminat untuk mendapatkan Set Kulit Sunburn ini, bolehlah menghubungi Kak MAS, 013.634.1955. Konsultasi terbaik hanya buat kalian.

Salam sayang,

ibum3m aka Kak MAS
Pengedar Shaklee Shah Alam

Ahad, 16 April 2017

Langkah Demi Langkah: 7 Cara Penggunaan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite

Assalamualaikum. Salam hujung minggu.

Sarapan apa pagi ni? Alhamdulillah pagi ni teringat nak masak pancake la buat famili. Pancake dengan disirami sirap mable, madu dan cairan coklat, perghh sedap bukan? Pasti boleh menggugat iman. Keh keh. Gugel resepi pankek liteww!


Rutin di pagi minggu ni semestinya hari paling tenang. Pada hari inilah, si ibu akan menyediakan segala persiapan buat hari bekerja esok. Bermula dari persiapan sarapan, mendobi, melipat kain yang berbakul- bakul, iron baju dan sebagainya. Kerja rumah memang tidak akan habis.

Apapun, masa untuk diri sendiri jangan dilupa ya. Amat penting juga kita sebagai ibu- ibu mengambil sedikit masa untuk memanjakan diri. Bolehlah minta tolong incik asben untuk tengok- tengokkan anak sementara kita berfacial sendiri di rumah menggunakan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite.

Jom baca langkah demi langkah menggunakan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite ini.

#Langkah 1: 
MEMBERSIH dengan Gentle Action Make Up Remover. 

Tujuannya untuk membersihkan segala kulit mati. Caranya ialah dengan membasahkan muka terlebih dahulu. Lepas tu, urut lah dengan lembut secara membulat pada seluruh wajah dan leher kalian.

#Langkah 2: 
MEMBERSIH dengan Gentle Deep Cleaser.

Picit kira- kira satu inci cecair ini di hujung jari, mulakan dengan gerakan membulat ke seluruh wajah. Pada leher, urutkan secara menegak menghala ke atas. Berfungsi untuk membersihkan kulit wajah, membuka liang pori supaya dapat dibersihkan sepenuhnya. Selepas ini, pasti kulit kalian akan terasa lebih lembut, tegang dan segar.


#Langkah 3: 
MEMPERBAHARUI dengan Soothing Radiance Whitening Softener.

Ini adalah toner bagi set Nutriwhite. Ambil kapas, tuangkan sedikit toner pada kapas tersebut. Lalu, tekapkan secara lembut ke seluruh bahagian muka dan leher kalian. Ini bertujuan untuk menutup liang pori dan menyegarkan wajah.


#Langkah 4: 
MENCERAHKAN dengan Daily Defence Whitening Essence. 

Letakkan secara minimal ke bahagian dahi, kedua belah pipi, hidung, dagu dan leher. Ratakan essence tersebut dengan cara menepuk- nepuk lembut bahagian seluruh wajah dan leher kalian. 

#Langkah 5: 
MERAWAT dengan Spot Whitening Treatment


Sapukan sedikit pada kulit yang gelap dengan lembut. Gunakan sekali atau dua kali setiap hari. Elakkan daripada terkena pada cahaya matahari selepas menggunakannya. Sebaiknya gunakan pada waktu malam.


#Langkah 6: 
MENCEGAH dengan Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15.

Untuk perlindungan pada waktu siang, ratakan secara lembut pada bahagian muka dan leher. Elakkan terkena pada bahagian mata. Bertindak melindungi kalian daripada kesan pancaran cahaya matahari.

#Langkah 7: 
MEMULIHKAN dengan Overnight Renewal Whitening Cream.

Khusus untuk malam sahaja. Sapukan dengan lembut pada seluruh muka dan leher. Berfungsi melembapkan kulit, mengurangkan tompok- tompok hitam, mengurangkan jeragat dan mengembalikan keserian wajah.

Begitulah 7 langkah mudah untuk menggunakan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite dari Shaklee ini. Mudah bukan?

Kalian akan berasa gembira dengan hasilnya nanti yang bakal membawa perubahan kepada kulit wajah kalian. Kulit akan lebih cerah berseri, membantu mengurangkan warna kulit yang tidak sekata. Dengan penggunaan yang berterusan, kulit wajah kalian akan kelihatan lebih sempurna.

Insha Allah.

Pembelian set lengkap Set Penjagaan Wajah Nutriwhite Shaklee akan memberikan kalian kelebihan sebagai KEAHLIAN PERCUMA, caj pos percuma dan BONUS cash rebate. Hanya untuk semua.

Konsultasi terbaik buat kalian. 
Wassap saja, MAS 013.634,1955. 
Semoga lebih gojes uolss. Ahaks!

Salam sayang,
ibum3m aka KakMas
Pengedar Shaklee Shah Alam

Sabtu, 15 April 2017

Set Penjagaan Wajah Semulajadi, Selamat Dan Berkesan Tanpa Bahan Beracun

Bismillahirrahmanirrahim.

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Ibarat irama dan lagu. Setiap wanita suka dipuji terutamanya dari segi kecantikan.


'Cantik awak hari ini.' Maka mood nya akan ceria di sepanjang hari tersebut. Hidung kembang kuncup mengalahkan penutup periuk. Keh Keh.

Setiap wanita mementingkan kecantikan terutamanya dari segi penjagaan wajah. Dek kerana mahu cantik, ada yang sanggup menggadai nyawa dengan menggunakan produk kecantikan tiruan yang tumbuh bak cendawan memenuhi pasaran.

Terpedaya dengan iklan palsu dan model cantik, padahal produk tersebut berselindung bahan- bahan yang merbahaya. Bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kulit, malah mengundang kanser sehinggakan boleh menyebabkan kecatatan kepada bayi yang dikandung. Nauzubillah.




Justeru, amat penting bagi kita untuk memilih produk kecantikan wajah yang benar- benar diyakini selamat. Bukan sekadar mendapat kelulusan KKM. Kadang tu, sudah dapat kelulusan KKM pun boleh pulak ditarik balik. Ngeri sungguh.

Penting untuk kita pastikan bahawa produk tersebut di hasilkan oleh syarikat yang diyakini. Bersyukur sangat sebab daku telah menemui Set Penjagaan Wajah oleh Shaklee. Syarikat yang sudah lebih 100 tahun di pasaran antarabangsa. Terkenal dengan banyak kajian klinikal terutamanya landmark study Shaklee.

Untuk pengetahuan, terdapat dua jenis set penjagaan wajah Shaklee iaitu Set Enfuselle dan Nutriwhite. Kebiasaannya, Set Enfuselle adalah untuk kulit yang bermasalah dan berjerawat. Set Nutriwhite khusus untuk pencerahan kulit wajah.

Daku guna Nutriwhite. Justeru, kita cerita mengenai Nutriwhite dulu ya. Hehe.



Apa yang hebat mengenai Set Penjagaan Wajah Nutriwhite ini, ianya diformulasikan khusus buat kulit wanita Asia. Diperbuat dari 16 bahan herba semulajadi.


Alhamdulillah, kulit daku memang agak sensitif. Jerawat pasir tumbuh di dahi. Jeragat bermaharajalela selepas bersalin Muhammad yang ketiga. Liang pori terbuka terutamanya di bahagian hidung dan pipi.

Selepas menggunakan Nutriwhite, terasa kulit wajah lebih lembut, jerawat pasir di dahi berkurangan. Jerawat malu mahu tumbuh dan kulit lebih cerah. Yeah.

Jom tengok testimoni sahabat yang lain.






Langkah pertama, kalian boleh mencuba 3 produk asas iaitu , toner dan krim UV. Langkah kedua, boleh lah memilih krim malam dan juga essence yang bertindak seperti serum. In shaa Allah entri seterusnya akan berkongsi mengenai langkah demi langkah menggunakan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite.



Justeru, sangat penting untuk kita membuat keputusan yang bijak untuk memilih Set Penjagaan Wajah yang sesuai dan selamat buat kita. Ini kerana wajah ini hanya ada satu sahaja. Dan ianya akan melambangkan diri kita untuk sepanjang hidup kita. Fuhh.




Semoga bermanfaat buat kalian. Selamat menjadi 'CHANTEK' luar dan dalam. In shaa Allah. Ahaks!


Berminat untuk mendapatkan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite, konsultasi terbaik hanya untuk sahabat sekalian. Wassap saja MAS 013.634.1955 ya. In shaa Allah sedia memberikan hanya yang terbaik.

Salam Sayang,

ibum3m
Pengedar Shaklee Shah Alam

Jumaat, 14 April 2017

Bagaimana Mengurangkan Kesan Sampingan Rawatan Pesakit Tibi?

Assalamualaikum.

Pada minggu ini, genap 2 bulan aku menelan ubat Tibi aka Tuberculosis. Ianya lebih dikenali sebagai penyakit batuk kering dikalangan kita

Alhamdulillah. Berakhir sudah fasa Intensif. Maka bermula pula fasa 'Maintenance'.


Ubat pun bertukar. Dua bulan lepas, Dr memberikan preskripsi Akurit-4 iaitu gabungan 4 jenis antibiotik iaitu Rifampin, Ethambutol, Isoniazid dan Pyrazinamide. Tapi semuanya diformulasikan dalam 1 pil sahaja. Alhamdulillah dengan teknologi sekarang. Akurit-4 ni dimakan sebanyak 3 biji setiap hari, sejam sebelum makan. Satu jenis lagi ialah Pyridoxine (B6) satu biji sehari, sejam sebelum makan.



Sebelum rawatan ini bermula, Dr memang sudah berpesan yang aku kena bersedia dari segi fizikal dan mental. Ini kerana ubat ini mempunyai kesan sampingan yang kuat. Kebanyakan kes berulang adalah disebabkan ketidakpatuhan kepada regimen ubat tersebut.

Di antara kesan sampingan ubat Tibi ialah air kencing bertukar menjadi merah, sakit kepala, loya, mual, cepat letih, kebas, gatal seluruh badan, penglihatan menjadi kabur dan jaundis.

Pada hari pertama makan ubat ni, masa tu masih di dalam wad. Oleh kerana pil tu saiznya agak besar, memang daku tercekik sampai termuntah- muntah. Huhu. Lepas tu, serta merta urin bertukar menjadi merah sehingga ke malam. Sakit kepala bukan kepalang. Loya. Mual. Gatal. Alhamdulillah masih dalam wad. Jadi jawapannya tidur sahaja pada masa itu. Memang tidak larat.

Setelah keluar dari wad, daku terus membeli Vivix secara online. Sebelum ini, memang pernah minum Vivix tapi tidak menjadi amalan.

Itulah orang kata. Sudah terhantuk baru terngadah. Tapi, 'better late than never' bukan? Benarlah kata pepatah, Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Dan benar, selepas 3 hari mengamalkan Vivix di samping rawatan ubat Tibi, Alhamdulillah efek ubat memang berkurangan.

Walaupun masih ada, tapi tidaklah seberapa teruk dari hari pertama. Kawan sepejabat bercerita, Kak Mas kira bersyukur lah sebab ada kes kawan dia punya suami. Suami bawak Uber, dan disahkan dijangkiti Tibi.

Sepanjang mendapat rawatan Tibi, dia hanya terlantar sahaja di rumah dek kerana kesan sampingan daripada ubat tersebut. Ada juga dengar cerita, seorang pegawai kerajaan diberi cuti 6 bulan di sepanjang tempoh rawatan Tibi tersebut.

Syukur dipertemukan dengan Vivix kerana ianya banyak membantu dalam kehidupan seharian. Masih bertenaga dan bersemangat untuk pergi kerja seperti sediakala.

Nasihatku, sentiasalah berhati- hati apabila kita berada di luar. Sebabnya, pelancong dan pendatang asing pun ramai keluar masuk di negara kita. Terutama pabila tempat kerja kita ada pekerja asing.

Jangan lupa menggunakan topeng muka sekiranya sakit atau batuk. Amalkan amalan cuci tangan dengan betul. Patuhi regimen ubat yang diberi oleh Doktor.

Tidak salah mencuba rawatan alternatif, tapi pastikan ianya betul- betul selamat. Alhamdulillah Vivix sememangnya telah menjalani banyak ujian klinikal dan terhasil dari penyelidikan yang utuh. Bahan pun berasaskan bahan semulajadi dan terbukti melalui kajian saintifik dapat bertindak sehingga ke peringkat sel DNA.

Alhamdulillah, setakat ini bukan sahaja diri sendiri yang merasai perubahannya, malah ada rakan lain juga sudah beransur pulih dengan ikhtiar Vivix.

#Testimoni 1: Selera makan dan berat makin bertambah.




#Testimoni 2 : Batuk berdarah sudah tiada.


Apapun, kita berikhtiar, Allah SWT juga yang menentukan. Semuanya atas izinNya jua.

Kalian boleh membaca artikel mengenai penyakit Tibi oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad di SINI.

Semoga bermanfaat buat kalian.

Salam sayang,

ibum3m
013.634.1955
Pengedar Shaklee Shah Alam/ Hulu Langat


Rabu, 12 April 2017

Bolehkah Pesakit Tibi Dijangkiti Tibi Buat Kali Kedua?

Assalamualaikum

Hari ni MC. Entah kenapa semalam kejang kaki masa tidur. Walaupun sudah telan 4 biji Ostematriks yakni pil kalsium.


Awal pagi, bersiap dan mengambil alih tugas mertua untuk menghantar Maisha ke sekolah. Dia bersekolah di Yayasan Restu yang terkenal dengan tulisan khat dan kaligrafi Quran yang pertama di Malaysia.

Usai menghantar, pegilah Poliklinik An Nisa yang dekat dengan Hotel de Art. Berjumpa dengan Dr. Sebetulnya jarang pegi klinik ni, selalu pegi Klinik Ajwa. Kebiasaannya ramai orang di sana.

Poliklinik An Nisa ni best sebab tidak ramai orang dan Dr nya pun baik. Lelaki. Ini kali kedua datang sebab pertama kali datang disebabkan varicose vein semasa mengandungkan Muhammad.

Kebetulan pulak hari ni datang disebabkan masalah yang sama. Dr pun menjelaskan ini memang di antara salah satu kesan sampingan ubat Tibi.

Tiada apa yang diberikan cuma ubat otot dan MC. Dr pesan awak kena berhati- hati dan ambil supplemen untuk tingkatkan imuniti untuk jangka masa yang panjang.

Walaupun sudah menjalani rawatan ubat untuk 6 bulan, takut kalau- kalau bakteria ini tidak semuanya hilang malah berhibernasi. Ini dinamakan 'latent period'. Dan hanya menunggu masa untuk menyerang bilamasa imun sistem seseorang itu lemah.

Serangan kedua akan lebih teruk dan kita takut akan masalah kerintangan terhadap ubat sebelumnya. Dalam erti kata lain, bakteria itu ber evolusi dan menjadi kebal, tidak juga mati walau diberikan ubat sebelumnya.

Oleh itu, Dr sarankan untuk mengambil Prebiotik dan apa- apa jenis supplemen yang boleh meningkatkan imuniti badan.


Alhamdulillah. Supplemen yang dikenalpasti ialah Vitamin C, Garlic, Nutriferon, Vivix dan Carotomax. 

Mudahan istiqamah dan diberikan kesembuhan secara total.

Aamiin.

Salam sayang, ibum3m

Selasa, 14 Mac 2017

Disahkan Bronchitis Dek Kerana Batuk Kahak Berpanjangan

Salam sejahtera ..

Masa mengandungkan Muhammad, daku alami batuk yang 'on' 'off' tapi selalu ja ada kahak berwarna kuning. Pegi jumpa Dr di Annur Hospital terus direfer kepada Pakar Resporatori.


Disahkan sebagai pesakit bronchitis. Maksudnya ada inflammasi dalam saluran pernafasan yang menyebabkan pengeluaran mukus yang banyak. Diberi antibiotik dan turbuhaler. Guna lebih kurang 6 bulan jugak time tu.

Batuk berhenti. Tapi masih ada mukus. Sebenarnya, mukus ni bagus untuk membunuh sebahagian bakteria. Tapi apabila ianya terlalu banyak, boleh mengundang bahaya jugak.

Jumpa lagi Doktor di klinik lepas bersalin Muhammad. Dia sarankan untuk amik Omega aka minyak ikan secara megadose untuk kurangkan inflamasi tersebut.

Untuk pengetahuan, inflamasi ni merupakan salah satu cara sistem imun badan kita bertindak terhadap bendasing yang datang menceroboh. Inflamasi nilah punca pengeluaran mukus atau kahak yang banyak tu.

Secara amnya, Omega ni ada 2 jenis iaitu Omega-3 dan Omega- 6. Keduanya penting untuk sistem imuniti badan kerana ianya merupakan 'building block' untuk membina kompaun super hormon yang dipanggil 'EICOSANOIDS'.

Kedua- dua jenis Omega ni mesti diperolehi dari sumber makanan sebab badan kita tidak boleh menghasilkannya secara semulajadi. Tapi, hati- hati ya, keduanya mesti seimbang dari segi pengambillannya.

Sebab dalam satu kajian, jika kita amik Omega 3 secara berlebihan, lebih dari Omega-6, ianya boleh menyebabkan pendarahan yang teruk.

Oleh kerana itu, paling senang, daku sarankan amik OmegaGuard Shaklee. Sudah seimbang dan terbaik sebab berunsurkan dari bahan semulajadi dan terbukti melalui kajian saintifik yang utuh.
Pilihan di tangan uols.

Kerana takut mau bergantung kepada ubat batuk saja, bagus amik ni OmegaGuard. Lagi selamat sebab bahannya dari sumber semulajadi.

Harganya RM136 sahaja untuk 90 kapsul. Penggunaan 3 bulan. Tapi jika terpaksa amik megadose, cukup satu bulan sahaja penggunaannya.

Cubalah sebagai ikhtiar untuk hilangkan mukus atau kahak yang banyak itew.

Sharing is loving!

Sabtu, 11 Mac 2017

Penantian Sepuluh Tahun Berbaloi Untuk Mendapatkan Zuriat

Bismillahirrahmanirrahim

Testimoni ini cukup menyentuh hati ibum3m. Mari baca perkongsian dari hati seorang suami buat isteri tercinta.


Assalamualaikum

Saya Daud Mohamad. Berumur 33 tahun, telah berkahwin 11 tahun yang lalu dan dikurniakan seorang anak kini berumur 10 tahun.

Setiap kali berjumpa dengan adik beradik dan saudara mara. Soalan yang pertama ditanya mesti soal anak. Bila lagi nak tambah anak? Takkan sorang je? Merancang ke?

Fuh sabarjela yang tanya tu tak fikir langsung perasaan orang. Kesian kat isteri saya jadi stress bila orang tanya macam tu. Kadang-kadang yang tanya tu tak tengok batang hidung sendiri. Sebab ada yang tanya tu anak dia sendiri dah lama kahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Emm tak tau nak cakap apa kan.
Jawapan yang biasa saya berikan “belum ada rezeki lagi dan Allah sebaik-baik perancang” Saya dan isteri dah buat pemeriksaan doktor masing-masing tiada masalah.

Sebelum ni isteri makan produk Shaklee tak konsisten. Alhamdulillah sejak saya suruh wife minum Vivix konsisten selama sebulan lebih dan saya juga turut minum sekali. Akhirnya wife saya berjaya hamil setelah 10 tahun menunggu. Masa wife kata period tak datang lagi terus dia suruh saya beli pregnancy test. Alhamdulillah positif asbab minum Vivix dan semuanya dengan Izin Allah juga.

Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus. InsyaAllah kami bakal menimang cahaya mata yang kedua pada bulan Julai 2017 nanti. Kini kandungan isteri saya dah 4 bulan lebih. Moga segalanya dipermudahkan.

Bagi mereka yang belum dikurniakan anak. Cubalah Vivix sebagai ikhtiar. Vivix ni berfungsi untuk memperbaiki sel-sel tubuh kita yang rosak akibat dari pemakanan yang tak seimbang, radikal bebas dan gaya hidup yang tidak sihat. InsyaAllah apabila sel-sel tubuh kita elok, kesihatan kita bertambah baik. Dan pengambilan Vivix dapat membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh. InsyaAllah.

Alhamdulillah. Inilah Shaklee Effect.

SubhanAllah. Dengan ikhtiar Vivix, penantian selama sepuluh tahun. Kini isteri beliau hamil semula.

Dengan izinNya jua.

Salam sayang,
ibum3m

Isnin, 13 Februari 2017

Pesan Ibu Buat Ibu

Bismillahirrahmanirrahim..


Pesan ibuku,


Biar kau yang jaga masa, 


bukan masa yang kejar kau.




Bangun awal pagi sebelum Subuh, mandi siap- siap. Mengaji, berzikir, solat sunat. Tabik dengan ibu dan bapa yang konsisten akan bangun seawal 4 pagi setiap hari. Never failed!


Lepas Subuh, kau terus pegi dapur buat sarapan untuk famili mu. Jangan lupa buka semua tingkap dan pintu, biar cahaya matahari masuk di segenap ruang rumahmu sebagaimana kau mau rezeki masuk melimpah untuk keluargamu.


Prioriti, anak dan rumah perlu di urus dulu. Baru boleh kau rileks. Boleh la buat kerja bisnes yang lain.



Kena pandai buat kerja multitasking. Sambil- sambil masak, sambil- sambil masukkan baju dalam mesin basuh, buang sampah. Sambil- sambil nyusukan anak, update task tsunami atau blog. Otak mesti berputar seiring mulut mu yang macam radio tu. Haha.


Membebel sedikit tidak apa, sekadar mahu mendisiplinkan anak- anak dan suami. Bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Kita bukan robot, mau buat segala benda. Nanti akhirnya kau yang rapuh.


Rancanglah seawalnya, iklan dalam fb, insta, blog dan sharing aktiviti famili. Sudah namanya bisnes online, update melalui media sosial kan.


Alah bisa tegal biasa, awal- awal memang susah, tapi nanti lama- lama sudah jadi kebiasaan. Rutin menjadi tabiat.


Jangan lupa zikir dan doa sepanjang masa. Mohon supaya dipermudahkan segala urusan kita.


Aamiin.


Salam sayang,

ibum3m

Khamis, 9 Februari 2017

Masalah Jeragat Dan Muka Berbelang Berkurangan

Bismillahirrahmanirrahim.

Ini kisah kakak sulung ibum3m yang berusia 9 tahun lebih tua dari Mas. Beliau merupakan seorang guru yang bertugas di salah sebuah sekolah rendah di Tawau, Sabah. Mau dijadikan cerita, beliau sangat risau dengan keadaan wajah beliau.



Oleh kerana mengajar di sekolah yang berdekatan dengan pantai, membuatkan kulit beliau senang 'berbelang' dan jeragat pun mula timbul. Dia kata 'aku dah pakai krim Clinique yang paling tinggi SPF dah ni, tetap juga ada masalah begini'.


Ya, seingat daku memang dia guna SPF 50 dah. Sebab dulu pun ikut terjebak guna skincare Clinique yang memang sangat tidak sesuai dengan kulit muka ibum3m. Sudahnya, jerawat hitam naik subur di muka. Ehm, in shaa Allah nanti kita cerita pasal ini pulak di entri akan datang.


Berbalik cerita kakak ni, dia semacam sudah bosan dengan asyik tempek di muka. Sebenarnya, dia pun hantu supplemen. Elken, Amway semua dia telan. Sama dengan incik asben dia merangkap abang ipar ibum3m.


Haa, ini memang ngam timing. Teruslah daku sajes dengan beliau, amiklah Vivix. In shaa Allah boleh bantu masalah jeragat dan muka berbelang tu. Tambah lagi yang paling beliau suka daku sebut ialah 'boleh awet muda' ya!


Sebab Vivix memang bertindak jauh ke dalam peringkat sellular. Boleh menjadikan sel dan DNA dalam badan menjadi sihat dan kembali muda.

Alhamdulillah lepas seminggu minum Civix, dia sangat teruja dengan perubahan wajahnya. Kesan jeragat semakin berkurangan. Tona kulit pun mula cerah dan sekata.


Selepas sebulan, badannya rasa lebih ringan. Alhamdulillah katanya dia turun 3kg dari berat badan sebelumnya. Wah, kami terus jerit keriangan. Hehe.

Syukurlah. Sekarang misi daku pun mo minum Vivix jugak. Mana boleh kakak ja yang awet muda, daku pun mau jugak awet muda dan muka flawless, moist dan kulit toink toink macam beliau.


Sharing is loving.

Rabu, 8 Februari 2017

Muhammad Masuk Wad Untuk Pertama Kali Disebabkan Demam Panas

Assalamualaikum

Tahun 2017 ni episod kami bermula dengan Muhammad masuk wad. Sebenarnya ini kali kedua Muhammad demam sejak lahir.

Tapi demam kali ni sangat menguji ibu. Asalnya dia demam bermula hari Sabtu 7 Januari 2017. Kebetulan pula, minggu ni merupakan kali pertama Muhammad di hantar ke rumah pengasuh.



Sebelum ini, memang Mak Tok yang jaga di rumah. Tapi disebabkan kakaknya, Maisha dah start sekolah, maka Maisha tinggal dengan Mak Tok. Mikail dan Muhammad ikut ibu ke ofis sebab pengasuh tinggal berdekatan ofis ibu.

Dipendekkan cerita, Muhammad demam Sabtu tu, ibu bagi tidak bagi lagi apa- apa ubat. Hanya jerlum badannya, pakaikan pampers saja dan bagi direct feed sekerap yang boleh. Mandikan dia 3 kali dengan Basic H, sapu pelipat- pelipat dengan Herbal Blend dan jerlum guna air zam zam.

Esoknya ibu kena keja sebab bertugas di Education Fair KLCC. Jadi terpaksa tinggalkan Muhammad dalam jagaan suami dan mertua. Tapi sebelum pegi, masukkan dulu supp PCM.



Pesan dekat asben, bagi ja ubat PCM secara orally kalau suhu badan tidak turun. Balik ja dari education fair, mertua tengah peluk Muhammad dengan keadaan tidak berbaju, hanya memakai pampers. Badannya sangat panas.

Bagi PCM orally, terus jerlum lagi dan direct feeding. Satu malam ibu berjaga, takut ada apa- apa. Isnin ibu cuti, jaga Muhammad. Bagi ubat juga, tapi demam on off. Kejap ja suhu turun, nanti naik semula.

Selasa terus ajak asben pegi klinik. Jumpa ja doktor, terus doktor cakap ini mesti admit ni, sebab bibir dah kering. Badan dah lembik dan suara pun macam ada takda. 'Baik terus pegi hospital, admit, amik darah dan terus masuk drip air. Nampak sangat lemah ni. Lebih- lebih lagi baby, dorang lagi cepat dehydrated dari kita yang dewasa ni'.

Aduh, menyirap darah ibu. Balik terus kemas baju, bergegas ke DEMC. Muhammad kena tahan di wad selama 4 hari sehingga petang Jumaat.



Alhamdulillah keadaannya beransur pulih selepas 1 botol drip dah masuk dalam badan. Ehm. Ini peringatan untuk diri sendiri dan ibu- ibu di sekalian.



Kena perhatikan keadaan anak lebih lebih lagi yang berumur setahun ke bawah ni. 2 hari demam, kena bawak dah ke klinik. Jangan tangguh. Suhu lebih 38 C terus bawa ke klinik. Sentiasa perhatikan keadaan bayi, bibir kering, hilang selera makan dan tidak aktif, segera juga ke klinik. Mudahan dengan tindakan awal kita boleh menyelamatkan anak- anak kita.



Sharing is caring!

Salam sayang,

ibum3m

Selasa, 7 Februari 2017

Kisah Ayah Penghidap Osteoarthritis Dengan Vivix

Assalamualaikum.

Baru- baru ini, ada seorang rakan berkongsi cerita dengan semua di laman fb mengenai ayahnya. Kisah yang membuatkan daku teringat dengan bapa sendiri yang jauh di Tawau. Sangat terharu dan tersentuh pabila mendengar cerita mengenai ibubapa kita bukan? 

Yalah, orang yang senantiasa berkorban buat kita. Semakin kita meningkat usia, mereka pun semakin dimamah usia. Dengan kesihatan yang semakin merosot, semakin lah kita sedih. Anak mana yang tidak mahu melihat kedua ibubapa tersayang dikurniai kesihatan yang terbaik. Mestilah itu yang kita semua harapkan.

Mari baca perkongsian ini.

---------------------------------------------------------------------------------

Apa korg rasa..bila ayah korg yg da 16 tahun menghidap osteoathrithis, dulu siap kn usung nk ke klinik, hospital..dulubkalu gerakkan kaki bunyi berkeriuk mcm engsel pintu berkarat...berjalan siap keluar bunyi mcm tulang berlaga....

Ayah memang da wajib operate masukkan besi dekat left hip joint, tp sbb kerenah birokrasi, doc batalkan balik operation...dr blh bwk motor, skng x blh langsung...dr bwk kereta manual kn tukar kereta auto....dulu nk angkat kaki pon susah..guna tongkat pon jln slow2 je...dalam rumah guna kerusi roda....

Tapi, sejak kebelakangan ini....ayah da boleh berjalan tanpa tongkat, walaupun jarak x berapa jauh....boleh dukung cucu dr dlm rumah bwk ke kereta di luar rumah...dan mlm ni g mkn kt mydin mall, ayah lupa nk bwk tongkat...tp alhamdulillah...ayah blh jalan mcm biasa dr parking ke tempat makan...

Satu je cik laa nk ckp, ALHAMDULILLAH...rasa sgt2 bersyukur....alhamdulillah...3tahun konsisten VIVIX, ini hasilnya....syukur sgt2...sebab tu kalu korg menyampah bila cik laa share pasal shaklee, cik laa x kisah...sebab korg x rasa apa yg cik laa rasa..rasa syukur sgt2....allahuakhbar...sungguh besar nikmatmu ya Allah...xtau nk ckp mcm mana...

Korg doa lah semoga cik laa terus berjaya dgn shaklee...dpt supply vivix tuk ayah n mak setiap bulan....doakan cik laa ye...semoga allah makhbulkan doa2 kalian...amin....

Sumber : Fb Silawati Eila

Alhamdulillah kesihatan ayahnya semakin membaik dengan supplemen Vivix Shaklee. Mas pun berhajat untuk memberikan minuman kesihatan terbaik Vivix ini secara konsisten buat kedua ibubapa Mas. Doakan ya. Aamiin. 

Salam sayang,
ibum3m

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...