Rabu, 7 Jun 2017

Kenali Chemical Pregnancy Buat Wanita

Assalamualaikum

Wanita dan kesuburan, banyak isunya bukan? Terbaru kawan KakMas wassap. Telah dikurniakan dua putera. Sekarang, berimpian untuk mengandung lagi kerana yang bongsu sudah menginjak ke umur 4 tahun.

Kepingin beliau untuk mendapat puteri pulak kali ni. Setelah beberapa hari, katanya periodnya sudah lewat seminggu daripada kitaran yang biasa.

Tidak sabar, beliau terus check UPT. Alhamdulillah menunjukkan 2 line. Satu line itu sangat samar tapi memang ada.

Ku katakan padanya. In shaa Allah menjadi tu.

Tapi, setelah seminggu. Ada palitan coklat dan hari seterusnya, beliau period. Dan seperti ada ketulan darah.

Daku menjangkakan, kemungkinan ini gugur. Tapi, tidak sanggup rasanya untuk memberitahunya.

Secara kebetulan. Dr Zubaidi Hj Ahmad yang merupakan doktor feveretku memuat naik status mengenai 'Chemical Pregnancy'.





Ehm. Kemungkinan inilah yang di alami oleh sahabatku ini.

 Allahuakbar. Mudahan ada rezeki buatnya nanti. Aamiin.

Salam sayang,
ibum3m

Kenali Lokasi Jerawat Dan Masalah

Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.

4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.


Kredit to : Fb Rahsia Hawa

Selasa, 6 Jun 2017

Tips Menjadi Ibu Bapa Yang Hebat

Assalamualaikum wrt wbt.

Salam ramadhan ke Sebelas. Sudah dua hari kami bersahur di hujung waktu. Jam sudah menginjak  ke lima suku. Apa lagi, melompat lah dari katil. Alhamdulillah. Sempat jugak bersahur. Jika tidak, lembiklah ibu menyusu ini.




Semalam cerita muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa yang terbaik. Sebenarnya, diri ini memang gemar membaca majalah Pa&Ma. Subuh tadi, terdetik mahu membuka majalah itu lagi.

Daripada beberapa banyak naskhah yang ada, tiba- tiba terpilih edisi Jun 2016 yang memang khusus buat Ramadhan tahun lepas. 

Belek- belek, terjumpa artikel mengenai seorang ibu baran yang berusia 34 tahun. Mempunyai 4 orang cahaya mata. Cepat sangat baran, cepat mengherdik dan memarahi anak walaupun dalam isu- isu yang remeh. Paling sedih, kuat juga memukul.

Satu kejadian kecil berlaku. Si ibu tersentak. Seakan terhenti lakonan jahat yang dimainkan. Segalanya berubah apabila dia ditegur oleh anak kecil berusia 4 tahun. 

Kata anak kecil itu. 

"Dulu, ibu bukan begini."

"Ibu sudah tidak sayangkan adik lagi?"

Allahuakbar. Runtun hati si ibu. 

Terkadang sebenarnya bukan salah mereka. Kita marah kepada orang lain tapi kita melepaskan kepada anak kecil ini. Astaghfirullah hal aziiim. Syaitan apa yang merasuk si ibu.




Merujuk kepada kaunselor tersebut, pengaruh gaya asuhan dan sejarah silam sememangnya akan mempengaruhi pola kehidupan dan personaliti yang kita miliki. 

Menurut Erik Erikson, seorang pakar di dalam perkembangan personaliti, tahun asas pembentukan personaliti individu dibentuk seawal 0 hingga 18 tahun. 

Ini bermakna sepanjang tahun asas ini, anak- anak akan mencerap dengan baik segala pengalaman dan pemerhatian yang dilalui oleh mereka. Umpama 'span' yang menyerap sebanyak air yang boleh diserap.

Justeru, kita sebagai ibu perlu belajar menerima kelemahan diri. Banyakkan berdoa dengan penuh kerendahan hati.

Dua tips untuk menjadi ibu bapa yang hebat ialah :

1. Belajar bersabar


Adalah sesuatu yang normal untuk mengulangi arahan yang sama kepada anak beberapa kali atau menunggu anak untuk respon terhadap arahan yang diberi. Belajar untuk tidak menjadi perfectionist pada anak agar kita dapat menyediakan ruang untuk dia berkembang dan belajar.

2. Belajar untuk menghargai


Gunakan tempoh pembesaran anak sebagai ruang untuk berseronok dan mengembara bersamanya. Hargai dan nikmati setiap apa yang anak kongsikan dengan anda untuk membantu membina keyakinan dirinya.




SubhanAllah. semoga kita akan terus diberi kesabaran dan ketenangan dalam mendidik anak- anak kita kelak. Aamiin.

Semoga bermanfaat.

Rasa dari hati,
ibu 3M


Isnin, 5 Jun 2017

Sabar Kunci Untuk Mendidik Anak Anak

Assalamualaikum wrt wbt.

Apa kabar kalian? Sedar tidak sedar sudah 10 ramadhan berlalu. Semoga kita akan lebih istiqamah dan diberi kekuatan olehNya untuk beribadah.

Nampaknya, ibu masih lagi tumbang di asak nafsu. Nafsu amarah terhadap anak- anak masih begitu. Istighfar banyak kali. Insaf. Ya, memang payah. Dengan anak yang berderet, 6 tahun, 4 tahun dan setahun. Rasa sangat hopeless. Down sebab tidak dapat menjadi ibu yang penyayang.

Diri ini tahu. Ramai lagi pasangan di luar sana yang inginkan permata hati sepertiku. Sungguh aku malu pada kalian. Betapa sering terlepas amarahku kepada anak- anak yang tidak bersalah ini.

Ibuku sering berpesan. Jangan dimarahi anak kecilmu itu. Biar seribu kali kau pesan dan nasihat mereka. Walaupun kelihatan semacam air dituang ke dalam cawan yang pecah, tapi In shaa Allah, lama- kelamaan mereka akan faham.

Kau yang kena bersabar. Inshaa Allah satu hari, segala pesanan mu akan masuk dalam minda separa sedar mereka.

Dan kau juga. Sebagai ibu, jangan terlalu menekan diri sendiri. Hanya inginkan segalanya berubah menjadi terlalu sempurna. Sehinggakan dirimu lelah. Rapuh. 

Biarkan segalanya berjalan dengan sendirinya. Cuba sedaya yang termampu. Nikmati setiap saat kerana ianya tidak akan datang semula kepadamu. Kita belajar dan anak- anak juga belajar dari kita. Tentang erti sesuatu kehidupan.

Penuhinya dengan kasih sayang. Lembut. Belas ihsan. Bahagia itu jangan dicari terlalu jauh. Kerana dirimu yang akan menentukan makna kebahagian. Dan sebenarnya, sekiranya kau sedar, bahagia itu ada dalam dirimu sendiri.

Dalam HATIMU.

Allahuakbar. Itu pesanan ibu padaku. Ibu yang melahirkan dan membesarkan SEBELAS adik beradik kami. Semoga aku bisa menjadi seperti ibu. Sabar. Tenang. Tegas. Penyayang.

Rasa dari hati,
ibu 3M
10 Ramadhan

Rabu, 31 Mei 2017

Sanah Helwah Adik Yang Ke Sembilan

Assalamualaikum

Dilahirkan dalam keluarga yang ramai amat cukup membuatkan aku rasa bersyukur.


Kami diajar erti berkongsi, memahami antara satu sama lain, tolong menolong serta bertolak ansur dalam urusan adik beradik.

Diberi tanggungjawab dari kecil untuk berlatih menjaga adik yang lebih muda. Kasih sayang sama rata, di layan dengan adil dan tidak di beza bezakan antara setiap beradik.

Terima kasih bapak! Terima kasih ibu!

Sanah helwah buat adikku Nur Salwani Abdul. Semoga senantiasa dalam lindunganNya. Ingat pesan orang tua kita. Taat perintahNya. Cepat - cepat dapat jodoh ya. Aamiin.

Sayang Iba duniya wal akhirah.❤️

Selasa, 30 Mei 2017

Ramadhan ke 4

Salam Ramadhan ke 4


Pagi ibu temankan Muhammad check up di PPUM.

Petang pulak ke Klinik Kesihatan Ibu Anak di Seksyen7, Shah Alam.

Terlupa bawa carrier dan stroller. Bertabahlah ibu mendukung nya yang seberat 8.4kg panjang 68.9 itu. Lincah dan aktif bukan main.

Balik ibu terus flat. Telan Ostematriks yang bakal ada esok. Limit seorang SID boleh order 10 botol saja.

Jika kalian mahu hilangkan rasa sakit belakang dan lenguh lenguh badan, sila lah order ini. Sembelit, cuba Ostematriks!

Hubungi saja, Kak Mas 013-6341955 ya.

Salam untuk semua.









Isnin, 29 Mei 2017

Misi Berbuka Puasa Di Surau Seksyen 7, Shah Alam

Salam ramadhan ke dua..

Wah hari ke dua da. Tidak sedar kan? Masih ok ibu ibu sekalian? Letih memasak ya?



Ramadhan kali ini ada misi tersendiri. Misi berbuka di masjid dekat rumah. Kemarin makan dalam talam. 4 orang satu talam. Menu best. Nasi briyani kambing. Ada lauk ayam masak merah juga.



Maisha pun berselera makan. Mokcik bagi kambing lebih untuk dia. Sayang betul dorang dengan Maisha. 'Takpa, takpa, biar dia makan' katanya.

Si ibu pula. Sambil habiskan nasi sendiri, sambil menyuap Muhammad. Jiran sebelah offer nasi tambah sebab tidak habis. Si ibu pun tersipu cakap, 'Ya, boleh.' Ibu menyusu mana yang tidak tinggi selera makannya bukan?


Oh bisa saja dihabiskan. Rezeki jangan ditolak,musuh jangan sekali kali di cari. Tidak ramai juga yang berbuka di masjid.


Sebab budak sekolah cuti, pelajar UiTM pun tiada.


Kurang persaingan dalam berbuka. Memang rezeki. Apapun, jika lebih ramai, lagi meriah bukan?

Buat ibu menyusu, ibu hamil dan ibu sahabatku sekalian, sekiranya tidak larat berpuasa. Jom lah cuba Set Mighty 3 Gems yang terdiri dari Performance Drink, ESP dan Mealshake.

Akan rasa lebih bertenaga, susu badan pun tidak merundum, tidak mudah lapar dan letih. Kalau kalian ada gastrik, inshaa Allah hilang gastrik tu sebab protein yang terkandung dalam ESP, minuman perisa vanila berunsurkan nonGMO soya. Laku keras. Serius. Bulan lalu, kurang dari 2 jam order online dibuka, terus stok habis satu Malaya. 

Tambahan lagi, ESP untuk kulit cantik, putih berseri di lebaran ini. Suka ibu menyusu dan hamil bisa jadi gojes, flawless dan berseri- seri gitew.

Performance Drink pula minuman elektrolit yang akan memastikan kalian kekal terhidrat. Tidaklah rasa cepat dahaga. Rasa lebih bertenaga tau.

Melashake pula lengkapkan kita dengan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk badan kita kekal sihat. Tak mau lemau lemau dah.







Nak dapatkan Set Mighty 3 Gems, hubungi kak Mas ya, 013.634.1955.

Salam Sayang.
ibum3m



Sabtu, 27 Mei 2017

Salam Satu Ramadhan Yang Barakah

Salam Ramadhan Kareem.


Dia datang lagi. Syukur Ya Allah Kau pertemukan lagi diri ini dengan bulan yang penuh kerahmatan. 

Hari ini umat Islam sudah mula berpuasa di Malaysia. Terasa kemeriahan bermula. Mari kita tanam azam untuk tambahkan lagi amalan kita lebih baik dari Ramadhan lepas.

Jangan lupa niat puasa.






Semoga bermanfaat. 

Salam sayang,
ibum3m

Rabu, 24 Mei 2017

Supplemen Untuk Jemaah Yang Bakal Menunaikan Umrah Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.

Semalam, ada acara di sekolah Maisha iaitu di Yayasan Restu, Shah Alam. Usrah Mahabbah ini merupakan hari pembahagian rekod kemajuan buat anak- anak Restukids. 

Oleh kerana incik asben tidak dapat cuti, makan ibu, Mak Tok, Mikail dan Muhammad datang untuk usrah ini.

Comel semuanya anak- anak Restukids dengan pakaian jubah, baju kurung dan baju melayu. Siap bertudung dan sampin lagi. Rasa macam mahu sambut Hari Raya. Acara dimulakan dengan bacaan doa dan persembahan 3 buah lagu. 

Lagu inilah yang Maisha dok ulang- ulang sampaikan berdesing telinga ibu mendengarnya. Happy betul dia sebab pertama kali buat persembahan. Maisha bab nyanyi ni memang nombor satu. Sebijik ibunya. Kehkeh.




Usai bertemu guru. Kami terus ke butik Siti Khadijah di seksyen 13. Sebetulnya, mertua akan berangkat ke Mekah 19hb Mei untuk berpuasa dan terus menyambut Lebaran di sana. Mengikuti pakej Andalusia Travel dalam lebih kurang RM 6000 untuk seorang. 

Jadi, pergi ke Butik Siti Khadijah untuk membeli kasut umrah dan telekung. Telekung bukan untuknya, tapi untuk Kak Mas. Alhamdulillah. Hadiah Birthday katanya. Terima kasih MAMA!

Bagus tudung ni. Kak Mas pilih yang denim travel warna biru. Harga RM110. Kain sangat sejuk dan best. Ringan dan senang untuk bawa jenjalan. Namanya pun telekung travel kan. Balik rumah terus pakai untuk solat Zuhur.

Hari tu sudah bincang dengan Mama, supplemen apa yang perlu dibawa untuk dia mengerjakan umrah di sana. Ini senarai yang Kak Mas kira wajib dibawa buat Mama nanti.

1. ESP

Oleh kerana dorang tidak akan balik lagi ke hotel selepas Asar dan Maghrib. Jadi, mereka dinasihakan membawa biskut atau roti untuk 'lapik perut' sebelum menunggu Isyak. Mertua kata, biskut mesti tak lepas ni, takut terketar- ketar pulak kelaparan nanti. Maka, Kak Mas cadangkan membawa ESP. Bagus untuk lapik perut dan tahan lapar lebih lama sebelum makan makanan berat nanti. 

Bagus juga untuk Mama, pesakit Diabetes kerana ESP punya indeks Glisemik yang rendah, bermaksud glukosa yang ditukarkan kepada bentuk tenaga akan diserap masuk dalam darah secara perlahan- lahan supaya kita sentiasa lebih bertenaga dan terasa kenyang lebih lama.

2. Vitamin B


Mama selalu cakap dia terasa kebas- kebas di hujung jari tangan dan kaki. Kebiasaannya, begitulah simptom pesakit kencing manis. Inshaa Allah makan vitamin B Mama cakap boleh kurangkan kesan itu.Vitamin B sangat bagus untuk kesihatan saraf di dalam badan kita.


3. Ostematriks.

Ini wajib untuk hilangkan lenguh- lenguh badan, sakit belakang dan sakit lutut yang biasa Mama alami. Sebiji kapsul kalsium ini mengandungi 120mg kalsium dan perlu dimakan 4 biji bagi memenuhi keperluan kalsium seharian. Supaya lebih segar dan fokus untuk menjalani ibadah. Selain itu, magnesium yang terdapat di dalam nya membantu penyerapan kalsium yang lebih efektif ke dalam tulang. Bantu untuk elak sembelit juga.

4. Nutriferon

Bagus untuk meningkatkan imun sistem. Nutriferon kak Mas bekalkan supaya Mama kekal sihat. Tidak mudah diserang demam, selesema dan batuk- batuk semasa di sana.

5. Vivix

Bagus untuk tenaga dan sakit lutut Mama. Alhamdulillah katanya lepas minum Vivix, kuranglah sudah sakit lututnya. Bacaan gula pun Alhamdulillah lebih stabil. Setiap pagi, Mama akan periksa sendiri bacaan gulanya, kita 'self-monitoring' lah. Vivix memang bagus untuk menyokong kesihatan sendi. Kandungan resveratrol di dalamnya juga bagus untuk menolong menstabilkan paras glukosa dalam darah.


Seronoknya dapat menjalankan ibadah berpuasa dan menyambut 1 Syawal di Mekah kan? Kak Mas hanya mengirimkan doa supaya kami sekeluarga dapat menunaikan umrah satu hari nanti. Belum ada rezeki lagi untuk ke sana. 

In shaa Allah akan lebih berusaha untuk penuhkan tabung umrah. Doakan ya kalian. Terima kasih. 

Ingin mendapatkan Set Umrah seperti di atas, hubungi Kak Mas 013.634.1955.

Konsultasi terbaik buat kalian. 

Semoga bermanfaat.

ibum3m

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...