Rabu, 24 Mei 2017

Supplemen Untuk Jemaah Yang Bakal Menunaikan Umrah Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.

Semalam, ada acara di sekolah Maisha iaitu di Yayasan Restu, Shah Alam. Usrah Mahabbah ini merupakan hari pembahagian rekod kemajuan buat anak- anak Restukids. 

Oleh kerana incik asben tidak dapat cuti, makan ibu, Mak Tok, Mikail dan Muhammad datang untuk usrah ini.

Comel semuanya anak- anak Restukids dengan pakaian jubah, baju kurung dan baju melayu. Siap bertudung dan sampin lagi. Rasa macam mahu sambut Hari Raya. Acara dimulakan dengan bacaan doa dan persembahan 3 buah lagu. 

Lagu inilah yang Maisha dok ulang- ulang sampaikan berdesing telinga ibu mendengarnya. Happy betul dia sebab pertama kali buat persembahan. Maisha bab nyanyi ni memang nombor satu. Sebijik ibunya. Kehkeh.




Usai bertemu guru. Kami terus ke butik Siti Khadijah di seksyen 13. Sebetulnya, mertua akan berangkat ke Mekah 19hb Mei untuk berpuasa dan terus menyambut Lebaran di sana. Mengikuti pakej Andalusia Travel dalam lebih kurang RM 6000 untuk seorang. 

Jadi, pergi ke Butik Siti Khadijah untuk membeli kasut umrah dan telekung. Telekung bukan untuknya, tapi untuk Kak Mas. Alhamdulillah. Hadiah Birthday katanya. Terima kasih MAMA!

Bagus tudung ni. Kak Mas pilih yang denim travel warna biru. Harga RM110. Kain sangat sejuk dan best. Ringan dan senang untuk bawa jenjalan. Namanya pun telekung travel kan. Balik rumah terus pakai untuk solat Zuhur.

Hari tu sudah bincang dengan Mama, supplemen apa yang perlu dibawa untuk dia mengerjakan umrah di sana. Ini senarai yang Kak Mas kira wajib dibawa buat Mama nanti.

1. ESP

Oleh kerana dorang tidak akan balik lagi ke hotel selepas Asar dan Maghrib. Jadi, mereka dinasihakan membawa biskut atau roti untuk 'lapik perut' sebelum menunggu Isyak. Mertua kata, biskut mesti tak lepas ni, takut terketar- ketar pulak kelaparan nanti. Maka, Kak Mas cadangkan membawa ESP. Bagus untuk lapik perut dan tahan lapar lebih lama sebelum makan makanan berat nanti. 

Bagus juga untuk Mama, pesakit Diabetes kerana ESP punya indeks Glisemik yang rendah, bermaksud glukosa yang ditukarkan kepada bentuk tenaga akan diserap masuk dalam darah secara perlahan- lahan supaya kita sentiasa lebih bertenaga dan terasa kenyang lebih lama.

2. Vitamin B


Mama selalu cakap dia terasa kebas- kebas di hujung jari tangan dan kaki. Kebiasaannya, begitulah simptom pesakit kencing manis. Inshaa Allah makan vitamin B Mama cakap boleh kurangkan kesan itu.Vitamin B sangat bagus untuk kesihatan saraf di dalam badan kita.


3. Ostematriks.

Ini wajib untuk hilangkan lenguh- lenguh badan, sakit belakang dan sakit lutut yang biasa Mama alami. Sebiji kapsul kalsium ini mengandungi 120mg kalsium dan perlu dimakan 4 biji bagi memenuhi keperluan kalsium seharian. Supaya lebih segar dan fokus untuk menjalani ibadah. Selain itu, magnesium yang terdapat di dalam nya membantu penyerapan kalsium yang lebih efektif ke dalam tulang. Bantu untuk elak sembelit juga.

4. Nutriferon

Bagus untuk meningkatkan imun sistem. Nutriferon kak Mas bekalkan supaya Mama kekal sihat. Tidak mudah diserang demam, selesema dan batuk- batuk semasa di sana.

5. Vivix

Bagus untuk tenaga dan sakit lutut Mama. Alhamdulillah katanya lepas minum Vivix, kuranglah sudah sakit lututnya. Bacaan gula pun Alhamdulillah lebih stabil. Setiap pagi, Mama akan periksa sendiri bacaan gulanya, kita 'self-monitoring' lah. Vivix memang bagus untuk menyokong kesihatan sendi. Kandungan resveratrol di dalamnya juga bagus untuk menolong menstabilkan paras glukosa dalam darah.


Seronoknya dapat menjalankan ibadah berpuasa dan menyambut 1 Syawal di Mekah kan? Kak Mas hanya mengirimkan doa supaya kami sekeluarga dapat menunaikan umrah satu hari nanti. Belum ada rezeki lagi untuk ke sana. 

In shaa Allah akan lebih berusaha untuk penuhkan tabung umrah. Doakan ya kalian. Terima kasih. 

Ingin mendapatkan Set Umrah seperti di atas, hubungi Kak Mas 013.634.1955.

Konsultasi terbaik buat kalian. 

Semoga bermanfaat.

ibum3m

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...