Isnin, 31 Mac 2014

Aku Si RaTu Jamu???

Salam bahagia

Sejak kecil lagi, Ibu saya memang mengamalkan minum jamu. Jamu ini memang senang di dapati dan sememangnya ada saja wanita Jawa yang datang menggendong bakul yang penuh berisi botol- botol yang mengandungi pelbagai jenis campuran jamu. Justeru tidak hairanlah kami semua adik beradik perempuan yang seramai 8 orang, memang sangat meminati jamu asli ni.

Kebiasaannya, setiap pagi isnin mbak (panggilan untuk wanita Jawa penjual jamu gendong) ni akan datang ke rumah di sekitar kawasan perumahan untuk menjual Jamu. Jamu yang dijual sangat asli kerana semuanya dibuat oleh campuran2 asli seperti beras kencur, halia, daun sirih dan macam2 lagi. Semestinya bukan yang siap dalam paket ya. Kelainan dari segi rasa memang sangat sedap dan sangat berkesan apalagi jamu halia, terus boleh buang angin masa tu jugak.hehe

macam ni la penjual jamu gendong


Jadi, mau dijadikan cerita, semasa berpantang pun saya memang mengamalkan jamu tapi saya beli yang paket serbuk Jamu Air Mancur Indonesia sahaja yang berharga RM60 yang kebiasaannya dijual di pasar Tawau. Ibu saya semasa berpantang anak sehingga yang ke-sebelas semuanya menggunakan Jamu Air Mancur.

Akan tetapi, Jamu Air Mancur hanya di amalkan selepas seminggu usia bayi. Seminggu pertama saya mengamalkan Jamu gendong dalam paket khas yang amat pahit rasanya. Semuanya berasaskan herba- herba terpilih.

Mesti terkejut kan, Jamu dan Shaklee? Boleh ka ambil kedua-duanya masa berpantang? Bila masa pulak mau amalkan Shaklee dan bila masa pulak nak telan jamu?
Sejujurnya, semasa berpantang anak kedua, memang saya mengamalkan kedua-duanya. Jamu dan Shaklee. Boleh asalkan ibu-ibu menjarakkan pengambilan Jamu dan Shaklee tersebut selama 2 jam.

Jadual Pengambilan

Pagi sblm breakfast : Jamu
Minum pagi (10pg) : Vit B 1biji dan Zink 1biji
Tghari: Vitalea 1biji, Vitamin C 1biji
Minum petang: Jamu
Malam: ESP 1scoop, Zink 1biji, Ostematriks 4biji
Awal pagi (3/4 am) : ESP 1scoop

Klik SINI untuk mengetahui setiap maklumat vitamin dalam set berpantang atau bersalin Shaklee.

Kesannya? 

Alhamdulillah sangat berbaloi,  selepas 2 minggu luka sudah sembuh dan saya mampu untuk memasak dan melakukan kerja- kerja rumah yang ringan sahaja. Masa ni memang teringin mau makan kek, maka saya sempat lagi masuk dapur untuk buat kek coklat..huhu..


sila abaikan kek yang merekah atas tu ya..hehe


Susu memang meriah, saya membuat stok seawal sebulan usia Mikail dan mula mengepam susu seawal 3 hari masa berpantang. Sudah pasti saya dapat pam susu awal yang mengandungi tinggi kadar kolustrum yang sangat penting untuk bayi.


kolustrum 3 hari berpantang


Syukur Alhamdulillah sepanjang tempoh 2 bulan saya dapat kumpul lebih kurang 500oz ++ dan percaya atau tidak, semua stok susu ni diterbangkan khas dari Tawau ke Putrajaya!! ;-)) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!

Kebaikan lain

Apa yang paling menggembirakan saya adalah masalah utama iaitu SEMBELIT tiada lagi!!! Terbayang masa berpantang Maisha, anak pertama memang menyakitkan. Tidak dapat saya gambarkan keadaan pada masa itu, memang menangis dalam toilet.huh..

Selain itu, di sepanjang tempoh berpantang, badan terasa lebih bertenaga dan emosi lebih stabil walaupun sentiasa tidak cukup tidur, hanya tidur 3- 4 jam sahaja tapi dengan pengambilan Ostematriks, tidur memang sangat lena dan berkualiti, bangun pagi terasa segar, tidak terasa lenguh2 badan dan sakit belakang.

Bagi baby Mikail pula, memang bagai dipam, mana tidaknya beratnya naik sekali ganda pada bulan pertama, dari 3.2 kg terus melonjak ke 6.4 kg..;-) 



25 Ogos 2013, 11.15 pagi di Hospital Tawau,Sabah


Muhammad Nuh Mikail, 3.2 kg




Mikail 2 bulan

Sesungguhnya pengalaman ini sangat berharga buat saya sekeluarga. Doa saya semoga Muhammad Nuh Mikail bin Mohamad Nazim akan menjadi anak yang taat, patuh dan soleh kelak.. Insya Allah. Aamiin.. ;-)

Salam Sayang,
ibum2m

Set Berpantang/ Bersalin Shaklee

Tahniah kerana pada detik ini, anda adalah ibu kepada si comel anda. Sesungguhnya saat ini adalah momen yang paling bermakna dalam hidup seorang ibu.

Untuk pengetahuan, set ini boleh diambil oleh ibu- ibu yang bersalin secara normal mahupun pembedahan seawal sejurus selepas kelahiran bayi anda.


Set Berpantang/ Bersalin Asas:

Vitalea
Diperkaya dengan 12 jenis vitamin dan 7 mineral penting, mengandungi zat besi yang amat penting untuk proses pembentukan sel darah merah.
 (RM 88.75 untuk 120 tablets)
Vitamin B Kompleks
Mampu memberikan tenaga tambahan, bertindak sebagai agen penenang semulajadi dan membantu melancarkan peredaran darah.
(RM53.75 untuk 120 tablets)
Vitamin C
Antioksidan semulajadi, menolong meningkatkan imun sistem dan menjadikan tekstur kulit lebih sihat dan cantik.
(RM 92.50 untuk 180 tablets)
Zink
Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka
(RM 33.75 untuk 120 tablets)
Harga Full Pack hanya RM 268.75 sahaja!


Tambahan: 

Ostematriks
Menghilangkan sakit belakang dan lenguh- lenguh badan, membantu untuk tidur lena dan berkualiti.
(RM61 untuk 120biji)
Energizing Soy Protein (ESP) 
Membantu memekatkan susu ibu agar bayi cepat kenyang dan tidak mudah meragam. Bonus: dapat mencerahkan, melembapkan kulit ibu dan bayi.
(RM 150 untuk satu canister)
Lecithin
Agen pemecah lemak dan membantu melancarkan pengeluaran susu ibu sekaligus boleh mengelakkan ibu mengalami bengkak susu.
(RM52.50 untuk 180 tablets)
Alfalfa
Detoks semulajadi, membantu untuk proses penghadaman, melegakan rasa kebas dan sakit sendi, mengawal keputihan dan bertindak sebagai 'milk booster'.
(RM 53.75 untuk 330 tablets, RM 97.50 untuk 700 tablets)

Add on untuk ibu menyusu

Mari lihat testimoni ibu- ibu yang lain..



Pilihan di tangan anda. Apa yang penting bagi saya, pilihan saya MESTILAH selamat, berkesan dan semulajadi kerana hanya yang TERBAIK akan saya berikan buat si manja saya..
'Be positive, I Love Breastfeeding'

Untuk keterangan lanjut dan pesanan, bolehlah menghubungi
ibuM2M di 013-6341955 (sms/whatsapp/wechat) atau boleh terus klik di bawah untuk pesanan segera SET BERSALIN SHAKLEE!


SET BERPANTANG/ BERSALIN SHAKLEE


Salam Sayang,
ibuM2M

**produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, mencegah atau merawat sebarang jenis penyakit.

Jumaat, 28 Mac 2014

Lima 'Jamu Tradisional' DIY Khusus Untuk Wanita



1) Air Kunyit : Bantu Kecutkan Rahim

Sesuai diamalkan untuk para ibu selepas melahirkan anak kerana boleh mengecutkan rahim di samping memperbanyakkan susu.

Bahan- bahan
2 ketul kunyit
1/2 ketul halia
2 batang serai
1/2 ketul lengkuas
1/2 ketul temu kunci
Sedikit garam
1 liter air

Cara membuat :
Kisar semua bahan ini sehingga hancur
Masak dengan air selama 40 minit hingga satu jam
Minum segelas sehari

2) Teh Halia : Buang Angin Dalam Badan

Bagus untuk membuang angin dalam badan, membantu menghilangkan stress dan boleh membuatkan anda lebih relaks.

Bahan- bahan
2 ketul halia
2 uncang teh
Gula petang secukup rasa
1 jag air panas

Cara membuat :
Rendam teh dalam air panas sehingga kembang.
Masukkan halia diikuti dengan gula perang. Kacau hingga sebati.
Boleh diminum dua gelas sehari.

3) Air Kurma Bekalkan Tenaga

Membuatkan badan cergas dan menaikkan seri wajah. Ia juga membanyakkan susu di samping melembapkan kulit.

Bahan - bahan
5 biji kurma
1 gelas susu segar
1 sudu madu

Cara membuat :
Kisar semua bahan ini sehingga hancur.
Minum sehari sekali, sangat elok diamalkan ketika perut kosong.

4) Jus Delima Bantu Kurangkan Kolesterol 

Delima dikatakan sangat baik untuk meningkatkan tahap KESIHATAN. Kolesterol dan lemak dapat dikurangkan secara perlahan- lahan. Ina juga membekalkan vitamin yang membantu kulit agar tampak lebih berseri serta cerah.

Bahan- bahan
1/2 sudu teh jus Delima
1 sudu besar madu
1 gelas air suam

Cara membuat :
Kacau semua bahan ini sehingga sebati. Minum sekali sehari.

5) Gabungan Herba Pulihkan Bahagian Intim

Memanaskan badan, memberi tenaga dan memulihkan kesihatan dalaman wanita.

Bahan- bahan
1 ulas bawang putih
7 biji lada hitam
1 inci halia
2 inci ibu kunyit
1 sudu besar madu
1 biji telur ayam kampung

Cara membuat :
Pecahkan telur dalam cawan.
Satukan bahan yang ditumbuk diikuti dengan telur.
Kemudian, masukkan madu. Kacau hingga sebati.
Minum segelas sehari selama 3 hari berturut- turut terutama untuk ibu- ibu selepas bersalin.


Silakan share untuk khususnya untuk para wanita di luar sana.

Kerana dirimu begitu berharga ;-)

Semoga bermanfaat..

Salam Sayang,
ibuM2M





Isnin, 17 Mac 2014

Atasi Sakit Lutut dan Sendi Berkesan Dengan Shaklee

Kebiasaannya, sakit lutut sering di alami oleh golongan orang berusia. Sakit lutut atau dikenali sebagai osteoarthritis (OA) ialah sejenis sakit sendi yang disebabkan oleh proses penuaan yang berlaku dalam sendi.

Punca?
Permukaan rawan sendi menipis dan cecair sinovial atau 'bahan pelincir' dalam sendi semakin berkurangan. Ini mengakibatkan pergeseran kasar berlaku dan kadang-kadang disertai dengan bunyi 'klik' yang memang menyakitkan.

Cadangan supplemen Shaklee bagi mengurangkan sakit sendi ini adalah :



# Advanced Joint Health Tablet:
Menyokong keselesaan sendi, meningkatkan kesan kusyen dan
memelihara tisu penyambung yang sihat.

(RM 124 untuk 60tablet)

# Ostematriks:
Sumber kalsium yang penting untuk mengekalkan
sel tulang, otot dan ligamen yang sihat.

(RM61 untuk 120 tablet)

# Omega Guard:
Mengurangkan inflamasi sendi dan bertindak sebagai agen pelincir bagi membantu pergerakan yang bebas.

(RM 136 untuk 90 kapsul)


Mari lihat testimoni di bawah..





Justeru, mari hadiahkan set ini untuk orang- orang tersayang. ;-)

Untuk keterangan lanjut dan pesanan, bolehlah menghubungi
ibuM2M di 013-6341955 (sms/whatsapp/wechat)


**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, mencegah atau merawat sebarang jenis penyakit.

Khamis, 13 Mac 2014

Set Mighty 3 Gems : Puasa Penuh Ketika Sarat Mengandung 8 Bulan!

Ceritanya masa saya mengandung Maisha dulu, saya memang tidak puasa disebabkan alahan saya yang sangat teruk. Cuba bayangkan, asal bangun pagi perkara pertama yang dibuat adalah muntah 'kuning', terasa sangat pedih dan keluar semua asid2 dan jus gaster dalam perutku..Aduss sangat takut apabila terkenang balik semua tu. Ditambah lagi dengan suami yang jauh di mata..huwaaa..

Tapi Alhamdulillah syukur sangat2 sebab semua perkara di atas tidak dialami time mengandungkan Mikail. Apatah lagi dapat berpuasa PENUH time sarat mengandung 8 bulan. 

Mungkin bagi ibu2 lain, perkara ini biasa saja tapi bagi saya, ini memang KEJAYAAN luar biasa saya. Maisha time tu masih lagi direct bf, dia memang langsung tidak menyusu melalui botol jika ada saya. Bayangkan lagi, selepas balik dari keja, memang dia terus mengempeng dengan saya. Inilah CABARAN besar yang dapat saya harungi. Syukur dengan izinNya juga.

Di sini saya kongsikan supplemen Shaklee yang saya ambil semasa mengandung dan berpuasa pada masa itu.




 

ESP (Energizing Soy Protein)
Membantu membekalkan tenaga berpanjangan dan segera.
Ini membantu badan tahan lapar untuk tempoh yang panjang.
 
(RM150 untuk 1 canister 850 gram)

Performance Drink
Sangat membantu bagi mengelakkan dehidrasi kerana membekalkan elektrolit2  penting untuk menjaga kestabilan tubuh agar tidak 'kekeringan'.
 
(RM82.50 untuk 1 canister 539 gram)
 
Mealshake
Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu untuk tubuh.
Membantu tumbesaran dan membekalkan nutrisi lengkap kepada setiap sel badan.
 
(RM 113.75 untuk 1 canister 544 gram)
 

Saranan saya, ketiga- tiga supplemen di atas bukan sahaja boleh di ambil semasa berpuasa, akan tetapi boleh untuk kegunaan seharian lebih- lebih lagi untuk golongan yang susah untuk menelan pil atau tablet.
 
Mari lihat testimoni- testimoni yang lain...
 

 
 
Harga SET MIGHTY 3 GEMS hanya RM346.25 sahaja.

Mari dapatkannya sekarang dengan menghubungi
ibum2m di talian 013-6341955 (SMS/ whatsapp/wechat)
 
 
**Produk di atas tidak bertujuan untuk mendiagnos, mencegah atau merawat sebarang jenis penyakit.


Jumaat, 7 Mac 2014

Bolehkah Ibu Mengandung Menaiki Pesawat?

Salam sayang semua..

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman perjalanan menaiki pesawat sebelum melahirkan anak pertama, Maisha pada 16 September 2011 dan anak kedua, Mikail pada 25 Ogos 2013. Kedua- dua anak saya menjadi anak kelahiran Tawau walaupun time Maisha dulu, saya masih bekerja di Kota Kinabalu manakala time Mikail, saya sudah berpindah ke Semenanjung.
Saya merancang untuk bersalin di tempat kelahiran saya supaya sepanjang tempoh berpantang, saya boleh dijaga oleh ibu sendiri yang merupakan seorang surirumah manakala mertua saya, kedua- duanya masih bekerja.
Semuanya memerlukan perancangan yang teliti memandangkan saya akan 'travel' menaiki kapal terbang untuk ke Tawau. Untuk pengetahuan, sepanjang mengandungkan Maisha, boleh dikatakan setiap bulan saya akan berulang alik menaiki kapal terbang ke Semenanjung memandangkan suami saya bekerja di sana manakala saya di Kota Kinabalu.
Dengar pun dah penat kan, apalagi saya pada masa itu yang mengalami alahan teruk memang sangat meletihkan, apapun saya gagahkan juga untuk berjumpa dengan 'chenta' hati saya..;-)
Ada TIGA perkara penting yang selalu saya praktikkan apabila hendak menaiki pesawat semasa mengandung.
# PERTAMA adalah dengan  mengambil langkah berjaga- jaga setiap kali kapal terbang berlepas dan mendarat, saya akan angkat sedikit punggung supaya mengelak daripada hentakan berlaku.
# KEDUA, saya akan minum air kosong seteguk dua setiap setengah jam untuk mengelakkan dehidrasi. Perlu di ingat, sekiranya anda membawa air kosong dalam Tupperware, jangan lupa untuk membuka tutup botol sebaiknya 2 kali sepanjang berada di udara. Ini kerana tekanan yang tinggi akan menyebabkan botol tersebut 'meletup' atau terbuka sendiri dan tanpa anda sedari, air minuman anda mungkin akan membanjiri 'handbag' anda..huhu ni pengalaman saya sendiri..;-) 
# KETIGA, gerakkan kaki setiap setengah jam bagi mengelakkan berlakunya kejang otot. Semasa mengandungkan Mikail, saya memang sentiasa memakai stokin khas bagi mengelak kekejangan sebab mulai minggu ke 30, saya mengalami urat timbul atau dikenali sebagai varicose vein di kaki kiri saya. Menurut orang tua2, baby lelaki memang akan berat pada sebelah kiri dan baby girl sebaliknya.. Wallahualam..;-)
Untuk pengetahuan, sekiranya anda ingin memilih Air Asia, minggu ke 34 adalah minggu yang terakhir yang dibenarkan. Sila rujuk syarat menaiki pesawat Air Asia untuk ibu mengandung di SINI.  

Bagi pesawat MAS, minggu ke 36 adalah minggu terakhir untuk travel bagi ibu mengandung dan boleh rujuk di SINI untuk terma dan syarat MAS. Perlu diingat yang anda MESTI mempunyai surat kebenaran daripada doktor yang menyatakan anda mengandung untuk minggu ke berapa pada tarikh nak travel dan samaada anda "Fit to travel" atau tidak pada masa tersebut.
Selain itu, anda boleh merujuk panduan bagi ibu mengandung untuk menaiki pesawat yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi di sini.

Dipendekkan cerita, saya mula merancang saya mesti berada di Tawau selewat-lewatnya minggu ke 34. Jadi, segala persiapan seperti tiket kapal terbang memang sudah dibeli seawal mungkin dan pastikan permohonan cuti sebulan sebelum tarikh bersalin telah dihantar secepatnya. Dan bakal ibu- ibu yang manis, selesaikan semua urusan kerja anda sebelum mula bercuti panjang ya..:-)


'Be Positive, I Love BF'
Love,
ibu m2m

Khamis, 6 Mac 2014

Testimoni Vivix Untuk Awet Muda, Kulit Berseri dan Halus

Salam sayang ...

Wah berbunga- bunga hati saya selepas menerima perkabaran dari kakak kandung saya sendiri selepas minum Vivix. Mari lihat kesannya..





Sangat teruja tengok perubahannya seawal SEMINGGU sahaja. Menurutnya, jeragat makin berkurangan, lebam sekitar mata memang hilang dan lagi best badan semakin ringan, rupanya sudah kurang 3kg daripada berat sebenar.

Jika dilihat, mukanya memang nampak glowing, berseri dan tekstur kulit nampak lembap, sihat, halus dan paling penting nampak muda dari umur sebenar. Cuba teka brapa umur sebenar? Huhu..Nampak macam awal 30-an kan? tetapi hakikatnya, dah masuk 40 da..

Selepas ini, kakak saya menjadi pengguna tegar VIVIX, katanya walaupun harganya agak mahal, tapi hasilnya sangat BERBALOI dan MEMBERANGSANGKAN. Family dan rakan2 lain semua terkejut dengan perubahan wajahnya.

Tidak hairanlah kenapa Ayu Raudhah memilih Vivix Shaklee sebagai supplemen hariannya. Nampaknya, Vivix memang menepati tagline " 25 Years Younger" untuk "Live 25 Years Longer " dengan izinNya jua..

Alhamdulillah..

Klik di SINI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Vivix Shaklee. Harga RM475 untuk sebotol dan tahan sehingga 2 bulan. Walaupun harganya agak mahal, tapi hasilnya sangat BERKESAN dan AMAT BERBALOI.

Untuk sebarang pesanan dan pertanyaan, jangan segan untuk
menghubungi ibum2m di 013-6341955 ;-) atau boleh terus klik di bawah untuk pesanan segera..


VIVIX RM475


 Love,
ibum2m




Rabu, 5 Mac 2014

How We Can Support Breastfeeding?



World Breastfeeding Week is celebrated every year from 1 to 7 August in more than 170 countries to encourage breastfeeding and improve the health of babies around the world. It commemorates the Innocenti Declaration made by WHO and UNICEF policy-makers in August 1990 to protect, promote and support breastfeeding.
 
Breastfeeding is the best way to provide newborns with the nutrients they need. WHO recommends exclusive breastfeeding until a baby is six months old, and continued breastfeeding with the addition of nutritious complementary foods for up to two years or beyond.
 
For World Breastfeeding Week the World Health Organisation (WHO) has some fantastic graphics showing how we can support breastfeeding, as mum’s, dad’s, families, friends and employers.
 
 
 
 

 



 
 

 

Selasa, 4 Mac 2014

10 Persediaan Jayakan Penyusuan Susu Ibu

 
 
Ramai wanita menganggap penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang semulajadi. Hakikatnya, ianya perlu dipelajari. Mari kita lihat beberapa tips untuk menjayakan penyusuan ini..
 

#1 Niat dan Azam
 
Niat dan azam yang ditanam tidak akan mudah goyah jika anda mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan susu ibu yang lengkap. Segala cabaran akan dapat anda atasi jika kelak, anda lebih mengutamakan niat dan azam berbanding yang lain.


#2 Cari Maklumat
Sepanjang hamil, dapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan agar dapat membantu anda memahami konsep penyusuan susu ibu dengan baik. Konsep paling asas adalah SEMAKIN KERAP PAYUDARA DIKOSONGKAN, SEMAKIN BANYAK SUSU IBU DAPAT DIHASILKAN. Ingat segalanya bergantung kepada DEMAND AND SUPPLY!!! Tambahkan ilmu dengan mencari maklumat melalui pelbagai sumber iaitu majalah, buku, web (www.susuibu.com.my), forum, ibu- ibu yang berpengalaman mahupun kaunselor laktasi yang bertauliah.

#3 Amal Pemakanan Sihat
 
Pemakanan sihat perlu dijaga dan diamalkan sepanjang tempoh kehamilan dan harus berterusan semasa anda menyusukan bayi kelak. Pastikan anda makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Selang selikan waktu makan utama dengan snek yang berkhasiat.
 
Dalam masa yang sama, pastikan menu anda mengandungi protein, kalsium, vitamin dan lain- lain dalam kadar yang seimbang. Dengan cara begini, anda dapat memenuhi keperluan tubuh untuk menghasilkan susu ibu yang berkualiti buat bayi kelak.
 
 
 

 
 
#4 Kelas Penyusuan Susu Ibu
 
Ini adalah langkah bijak jika anda menghadiri kelas penyusuan ketika hamil. Anda boleh memilih kelas penyusuan di hospital atau klinik kerajaan yang sering diadakan PERCUMA. Selain itu, anda juga boleh memilih kelas yang berbayar di mana kebanyakannya dikendalikan oleh kaunselor laktasi bertauliah.
 
Sebaiknya hadiri kelas bersama- sama suami supaya dia juga boleh memahami konsep penyusuan susu Ibu. Dengan yang demikian anda sudah pasti mendapat sokongan penuh daripadanya yang sangat berguna ketika anda berhadapan dengan cabaran2 mendatang.

#5 Hospital Bersalin Pilihan
 
Hal ini perlu dititikberatkan kerana Hospital Rakan Bayi akan menyokong sepenuhnya usaha anda untuk menyusukan Bayi secara eksklusif. Antara lain, sebelum melahirkan, bincang dengan doktor yang memeriksa kehamilan tentang keinginan anda untuk menyusukan Bayi sebaik kelahirannya nanti.

Klik di SINI untuk mengetahui lokasi Hospital Rakan Bayi di seluruh Malaysia.

#6 Dapatkan Sokongan
 
Kongsi niat anda untuk menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu bersama suami, ahli keluarga dan rakan- rakan. Nyatakan juga hasrat anda untuk mendapat soskongan sepenuhnya daripada mereka. Oleh itu, banyakkan berbincang tentang perancangan yang bakal dilakukan dan pada masa yang sama, ber sama- sama lengkapkan ilmu agar semua sedar denga peranan masing- masing dalam membantu anda menjayakan penyusuan susu ibu.

#7 Kelengkapan Penyusuan Susu Ibu
 
Lengkapkan semua peralatan yang diperlukan untuk membantu anda meyusukan bayi dengan lancar kelak perlu disediakan dengan SEBAIK-BAIKNYA. Antaranya termasuk coli penyusuan, pelapik payu dara, kain pelindung penyusuan dan lain- lain. Bagi yang bekerjaya, anda perlu menyediakan pam payu dara, bekas penyimpanan susu ibu, beg pendingin, pek ais, peti sejuk dan sebagainya.
 
Ada baiknya jika anda membeli pam payu dara yang sesuai sebelum bersalin. Dapatkan pam yang berSESUAIAN dengan gaya kerja dan suasana tempat kerja anda. Pilihlah pam bergred hospital kerana ianya dijamin dapat membantu anda mengepam susu ibu dengan baik.

#8 Kebersihan Puting
 
Pada trimester terakhir, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk kerap membersihkan puting payu dara. Setiap kali mandi, cuci puting dengan tuala muka kecil yang direndam di dalam air suam terlebih dahulu. Sewaktu mencuci, elakkan penggunaan sabun.
 
Apabila puting dibersihkan, ia tidak lagi tersumbat dan memudahkan pengaliran kolustrum buat pertama kali selepas bayi dilahirkan nanti. Pada masa yang sama, anda digalakkan untuk menarik keluar puting secara lembut dan menyikat kedua- dua belah payu dara menggunakan sikat rambut secara perlahan- lahan.
 
#9 Kenali Payu Dara
 
Mengenali payu dara sendiri adalah penting agar anda dapat mengetahui rupa bentuknya. Jika ia tenggelam, sejak dari awal anda dapat mengenal pasti bentuk payu dara adalah NORMAL atau TENGGELAM, apa yang perlu anda lakukan ialah menekan puting payu dara dengan tapak tangan selama dua minit. Kemudian, lepaskan. Jika puting kembali seperti biasa, itu bererti payu dara anda normal. Jika tiada apa2 perubahan selepas lama menunggu, itu bermakna anda mempunyai masalah puting tenggelam.
 
 
 
 
#10 Yakin Diri Sendiri
 
Sikap positif dan yakin pada diri sendiri amat penting dalam memastikan usaha menjayakan penyusuan susu ibu mencapai matlamatnya. Sentiasa percaya pada diri sendiri bahawa anda MAMPU menyusukan bayi sejurus selepas dia lahir. Pedulikan kata2 negatif yang boleh mengganggu usaha anda itu. Ingat selalu, pengeluaran susu ibu adalah berKONSEPkan PERMINTAAN dan PENAWARAN. Jadi, SUSUKAN BAYI SEKERAP MUNGKIN SEBAIK KELAHIRANNYA.
 
Fahami juga bahawa pada awal kelahiran bayi hanya mendapat kolustrum. Selepas TIGA HARI, barulah susu matang berupaya dikeluarkan. Jadi, KERAPLAH susukan bayi anda dan sentiasa POSITIF bahawa susu anda CUKUP untuk keperluannya.
 
 
 
 
 

 
Sumber : Pa & Ma Feb 2014

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...