Ramai wanita menganggap penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang semulajadi. Hakikatnya, ianya perlu dipelajari. Mari kita lihat beberapa tips untuk menjayakan penyusuan ini..
#1 Niat dan Azam
Niat dan azam yang ditanam tidak akan mudah goyah jika anda mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan susu ibu yang lengkap. Segala cabaran akan dapat anda atasi jika kelak, anda lebih mengutamakan niat dan azam berbanding yang lain.
#2 Cari Maklumat
Sepanjang hamil, dapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan agar dapat membantu anda memahami konsep penyusuan susu ibu dengan baik. Konsep paling asas adalah SEMAKIN KERAP PAYUDARA DIKOSONGKAN, SEMAKIN BANYAK SUSU IBU DAPAT DIHASILKAN. Ingat segalanya bergantung kepada DEMAND AND SUPPLY!!! Tambahkan ilmu dengan mencari maklumat melalui pelbagai sumber iaitu majalah, buku, web (www.susuibu.com.my), forum, ibu- ibu yang berpengalaman mahupun kaunselor laktasi yang bertauliah.
#3 Amal Pemakanan Sihat
Pemakanan sihat perlu dijaga dan diamalkan sepanjang tempoh kehamilan dan harus berterusan semasa anda menyusukan bayi kelak. Pastikan anda makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Selang selikan waktu makan utama dengan snek yang berkhasiat.
Dalam masa yang sama, pastikan menu anda mengandungi protein, kalsium, vitamin dan lain- lain dalam kadar yang seimbang. Dengan cara begini, anda dapat memenuhi keperluan tubuh untuk menghasilkan susu ibu yang berkualiti buat bayi kelak.
#4 Kelas Penyusuan Susu Ibu
Ini adalah langkah bijak jika anda menghadiri kelas penyusuan ketika hamil. Anda boleh memilih kelas penyusuan di hospital atau klinik kerajaan yang sering diadakan PERCUMA. Selain itu, anda juga boleh memilih kelas yang berbayar di mana kebanyakannya dikendalikan oleh kaunselor laktasi bertauliah.
Sebaiknya hadiri kelas bersama- sama suami supaya dia juga boleh memahami konsep penyusuan susu Ibu. Dengan yang demikian anda sudah pasti mendapat sokongan penuh daripadanya yang sangat berguna ketika anda berhadapan dengan cabaran2 mendatang.
#5 Hospital Bersalin Pilihan
Hal ini perlu dititikberatkan kerana Hospital Rakan Bayi akan menyokong sepenuhnya usaha anda untuk menyusukan Bayi secara eksklusif. Antara lain, sebelum melahirkan, bincang dengan doktor yang memeriksa kehamilan tentang keinginan anda untuk menyusukan Bayi sebaik kelahirannya nanti.
Klik di SINI untuk mengetahui lokasi Hospital Rakan Bayi di seluruh Malaysia.
#6 Dapatkan Sokongan
Kongsi niat anda untuk menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu bersama suami, ahli keluarga dan rakan- rakan. Nyatakan juga hasrat anda untuk mendapat soskongan sepenuhnya daripada mereka. Oleh itu, banyakkan berbincang tentang perancangan yang bakal dilakukan dan pada masa yang sama, ber sama- sama lengkapkan ilmu agar semua sedar denga peranan masing- masing dalam membantu anda menjayakan penyusuan susu ibu.
#7 Kelengkapan Penyusuan Susu Ibu
Lengkapkan semua peralatan yang diperlukan untuk membantu anda meyusukan bayi dengan lancar kelak perlu disediakan dengan SEBAIK-BAIKNYA. Antaranya termasuk coli penyusuan, pelapik payu dara, kain pelindung penyusuan dan lain- lain. Bagi yang bekerjaya, anda perlu menyediakan pam payu dara, bekas penyimpanan susu ibu, beg pendingin, pek ais, peti sejuk dan sebagainya.
Ada baiknya jika anda membeli pam payu dara yang sesuai sebelum bersalin. Dapatkan pam yang berSESUAIAN dengan gaya kerja dan suasana tempat kerja anda. Pilihlah pam bergred hospital kerana ianya dijamin dapat membantu anda mengepam susu ibu dengan baik.
#8 Kebersihan Puting
Pada trimester terakhir, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk kerap membersihkan puting payu dara. Setiap kali mandi, cuci puting dengan tuala muka kecil yang direndam di dalam air suam terlebih dahulu. Sewaktu mencuci, elakkan penggunaan sabun.
Apabila puting dibersihkan, ia tidak lagi tersumbat dan memudahkan pengaliran kolustrum buat pertama kali selepas bayi dilahirkan nanti. Pada masa yang sama, anda digalakkan untuk menarik keluar puting secara lembut dan menyikat kedua- dua belah payu dara menggunakan sikat rambut secara perlahan- lahan.
#9 Kenali Payu Dara
Mengenali payu dara sendiri adalah penting agar anda dapat mengetahui rupa bentuknya. Jika ia tenggelam, sejak dari awal anda dapat mengenal pasti bentuk payu dara adalah NORMAL atau TENGGELAM, apa yang perlu anda lakukan ialah menekan puting payu dara dengan tapak tangan selama dua minit. Kemudian, lepaskan. Jika puting kembali seperti biasa, itu bererti payu dara anda normal. Jika tiada apa2 perubahan selepas lama menunggu, itu bermakna anda mempunyai masalah puting tenggelam.
#10 Yakin Diri Sendiri
Sikap positif dan yakin pada diri sendiri amat penting dalam memastikan usaha menjayakan penyusuan susu ibu mencapai matlamatnya. Sentiasa percaya pada diri sendiri bahawa anda MAMPU menyusukan bayi sejurus selepas dia lahir. Pedulikan kata2 negatif yang boleh mengganggu usaha anda itu. Ingat selalu, pengeluaran susu ibu adalah berKONSEPkan PERMINTAAN dan PENAWARAN. Jadi, SUSUKAN BAYI SEKERAP MUNGKIN SEBAIK KELAHIRANNYA.
Fahami juga bahawa pada awal kelahiran bayi hanya mendapat kolustrum. Selepas TIGA HARI, barulah susu matang berupaya dikeluarkan. Jadi, KERAPLAH susukan bayi anda dan sentiasa POSITIF bahawa susu anda CUKUP untuk keperluannya.
Sumber : Pa & Ma Feb 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan