Jumaat, 28 Mac 2014

Lima 'Jamu Tradisional' DIY Khusus Untuk Wanita



1) Air Kunyit : Bantu Kecutkan Rahim

Sesuai diamalkan untuk para ibu selepas melahirkan anak kerana boleh mengecutkan rahim di samping memperbanyakkan susu.

Bahan- bahan
2 ketul kunyit
1/2 ketul halia
2 batang serai
1/2 ketul lengkuas
1/2 ketul temu kunci
Sedikit garam
1 liter air

Cara membuat :
Kisar semua bahan ini sehingga hancur
Masak dengan air selama 40 minit hingga satu jam
Minum segelas sehari

2) Teh Halia : Buang Angin Dalam Badan

Bagus untuk membuang angin dalam badan, membantu menghilangkan stress dan boleh membuatkan anda lebih relaks.

Bahan- bahan
2 ketul halia
2 uncang teh
Gula petang secukup rasa
1 jag air panas

Cara membuat :
Rendam teh dalam air panas sehingga kembang.
Masukkan halia diikuti dengan gula perang. Kacau hingga sebati.
Boleh diminum dua gelas sehari.

3) Air Kurma Bekalkan Tenaga

Membuatkan badan cergas dan menaikkan seri wajah. Ia juga membanyakkan susu di samping melembapkan kulit.

Bahan - bahan
5 biji kurma
1 gelas susu segar
1 sudu madu

Cara membuat :
Kisar semua bahan ini sehingga hancur.
Minum sehari sekali, sangat elok diamalkan ketika perut kosong.

4) Jus Delima Bantu Kurangkan Kolesterol 

Delima dikatakan sangat baik untuk meningkatkan tahap KESIHATAN. Kolesterol dan lemak dapat dikurangkan secara perlahan- lahan. Ina juga membekalkan vitamin yang membantu kulit agar tampak lebih berseri serta cerah.

Bahan- bahan
1/2 sudu teh jus Delima
1 sudu besar madu
1 gelas air suam

Cara membuat :
Kacau semua bahan ini sehingga sebati. Minum sekali sehari.

5) Gabungan Herba Pulihkan Bahagian Intim

Memanaskan badan, memberi tenaga dan memulihkan kesihatan dalaman wanita.

Bahan- bahan
1 ulas bawang putih
7 biji lada hitam
1 inci halia
2 inci ibu kunyit
1 sudu besar madu
1 biji telur ayam kampung

Cara membuat :
Pecahkan telur dalam cawan.
Satukan bahan yang ditumbuk diikuti dengan telur.
Kemudian, masukkan madu. Kacau hingga sebati.
Minum segelas sehari selama 3 hari berturut- turut terutama untuk ibu- ibu selepas bersalin.


Silakan share untuk khususnya untuk para wanita di luar sana.

Kerana dirimu begitu berharga ;-)

Semoga bermanfaat..

Salam Sayang,
ibuM2M





Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...