Hari ini ibum2m ingin berkongsi cerita perjuangan penyusuan untuk Mikail BamBam. Semasa mengandung Mikail, ibum2m memang sudah buat keputusan yang bayi ni akan lahir di Tawau juga disebabkan tiada orang yang akan menjaga ibum2m di sepanjang proses berpantang di Putrajaya.
Dan satu sahaja perkara yang berlegar di fikiran ialah ' Bolehkah membuat stok susu banyak- banyak dan diterbangkan pulak dari Tawau ke KL?'. Memang pernah terbaca yang terdapat ramai jugak ibu- ibu sebelum ni yang terpaksa bekerja di luar negara sambil membawa stok susu mereka, tapi tidak penah terfikir yang diri sendiri akan melaluinya. Bak kata pepatah 'Hendak seribu daya, Tak hendak seribu dalih'.
Bercakap dengan diri sendiri, 'Ibu lain boleh buat, mengapa tidak aku?'. Maka, sebelum terbang ke Tawau untuk bersalin, ibum2m pun mempersiap kan plastik- plastik dan botol-botol storage susu.
Alhamdulillah semasa tempoh berpantang, memang susu sangat meriah dan ibum2m sangat excited mengepam dan membuat stok seawal 2 minggu usia Mikail.
Dipendekkan cerita, stok-stok susu tersebut di kumpul kan di rumah kakak ibum2m sebab di sana ada deep freezer. Jadi tibalah masa mo terbang balik ke KL, rupanya 2 box polisterin tu tidak cukup untuk mengangkut stok susu yang sememangnya 500++ oz kesemuanya. Memandangkan ibum2m akan balik skali lagi pada hujung tahun 2013 sebab adik kahwin, jadi stok yang tidak muat terpaksa di bawa untuk trip yg akan datang.
Di sini, ibum2m berkongsi cara- cara mempacking stok susu adalah seperti berikut :
1. Lapisan paling bawah, letakkan ketulan ais dan tabur garam. Setiap lapisan kena tabur dengan garam untuk melambatkan proses cairnya stok susu tadi.
2. Susun stok, lapisan demi lapisan dan diselangi dengan garam ya..
3. Lapisan atas, letakkan lagi ketulan ais dan garam.
4. Lapisan paling atas iaitu yang terakhir, lapik dengan tuala mandi atau jenis yang tebal.
5. Akhir sekali, tulis nama dan label "Human Breastmilk atau Susu Ibu" pada atas polisterin. Tulis arah anak panah yang menunjukkan bahagian ATAS dan BAWAH polisterin tersebut.
Maaf ya sebab gambar di bawah ni bukan gambar untuk setiap langkah di atas ya..:-)
Alhamdulillah, lebih kurang 7 jam jugaklah proses mengangkut stok susu ni sebab 4 jam diperuntukkan untuk sebelum dan selepas penerbangan manakala 3 jam lagi adalah masa penerbangan. Stok susu semua dalam keadaan yang baik, semuanya masih dalam keadaan beku tanpa kesan cair sedikit pun.
Diharap perkongsian ini dapat memberi semangat untuk ibu- ibu di luar sana. Tidak kira lah yang jauh di perantauan atau dekat, segala usaha kecil ini Insya Allah akan diberi ganjaran yang sewajarnya olehNya. Ibum2m mendoakan semoga setiap ibu di dunia ini diberi kekuatan, kesabaran, kecekalan dan keazaman yang tinggi bagi menghadapi apa jua masalah dan cabaran di sepanjang proses penyusuan si comel anda.. Aamiin.
'Be Positive, I Love Breastfeeding'
Ingin berkongsi apa- apa cerita pasal penyusuan, boleh saja menghubungi ibum2m di talian 013-6341955.
Semoga bermanfaat untuk semua ya !
Ikhlas dari,
ibum2m
Tiada ulasan:
Catat Ulasan