Ahad, 16 September 2018

Cara Untuk Mengajar Anak Petah Berbahasa Inggeris

Pabila ramai sahabat ibu bertanyakan mengenai Maisha yang petah berbahasa Inggeris dalam slang Americano nya itu, ibu termenung kejap.


Memikirkan apa yang kami ajarkan kepadanya sehinggakan pertuturannya begitu fasih berbahasa Inggeris.

Sejujurnya, ibu pun tidak tahu. Ya, serius. Maisha seperti anak- anak biasa yang lain, suka tengok tv dan meniru apa sahaja yang ada di depan mata.


Apapun, untuk tidak menghampakan, ibu cuba juga untuk berkongsi sesuatu.

Walaupun ini nampak BIASA, tapi inilah apa yang dipraktikkan oleh kami dulu.

1. Ibu suka menyanyi. Semasa Maisha kecil, ibu akan nyanyi lagu yang berlainan. Lain lagu untuk mandi, untuk pakai baju, untuk tidur dan macam- macam lagi lagu.

Lagu pertama yang Maisha hafal dan sebut dengan jelas ialah, Satu satu aku sayang ibu, dua dua aku sayang ayah, tiga- tiga sayang adik kakak, satu dua tiga sayang semuanya.

2. Maisha peminat Disney Channel sejak kecil. Bermula dengan Mickey Mouse Clubhouse, Pororo and Friends, sampailah ke Sofia the First dan Princess Elena .

Jangan sekali- kali tekan butang alihsuara ke bahasa Melayu. Biarkan dia belajar.

3. Maisha peminat Barbie, ibu ayah dan Mak Tok akan beli CD Barbie dan mainkan cd ini berulang kali tidak kira di rumah mahupun dalam kereta.

Sehinggakan setiap bait dialog Maisha hafal dan praktikkan dalam percakapan sehari- hari.

Ibu pun suka juga tengok Barbie ni. Kira tumpang sekaki la kan. Haha.

4. Banyak buat aktiviti bersama ibu, main playdough, doc Mc Stuffin, princess dan banyak lagi. Layankan saja ketika dia bermain.

Tips yang BIASA bukan? Itulah ibu kata, memang tidak ada yang istimewa pun.


Di rumah, kami tidak pernah pun bercakap dalam bahasa Inggeris dengan Maisha. Dia belajar dan faham sendiri.

Setiap arahan daripada kami pun, dia lebih memahami bahasa Inggeris. Jadi kami pun akan mengarahkan dia dalam bahasa begitu juga.

Sehingga di saat ini, pabila ibu mengajar Maisha buat homework, Maisha lebih faham Inggeris.

Alhamdulillah senang juga kerja ibu kan? Hehe.

Sempena Hari Malaysia merangkap hari lahir Maisha yang ke 7 tahun, ibu doakan semoga Maisha akan jadi anak solehah, patuh kedua ibu ayah, hormat orang tua, dikurniai kesihatan yang walafiat, panjang umur murah rezeki dan senantiasa dilindungi olehNya.


Ibu sayang Maisha.

Sanah helwah buatmu Maisha Nuwairah Bt Mohamad Nazim yang ke 7 tahun.

Masliani Hj Abdul
Ibu speak ‘broken’ Manglish 😂

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...