Isnin, 24 September 2018

Selamat Hari Graduasi Buat Kakak Sulung di OUM

Bismillahirrahmanirrahim

Dia merupakan anak sulung dari keSEBELASan utama kami. Yang paling banyak berkorban buat kami.


Masa remajanya banyak dihabiskan dengan membantu ibu untuk menguruskan kerja rumah dan menjaga kami, adik- adiknya yang masih kecil pada ketika itu

Beliau pernah menerima beberapa tawaran untuk melanjutkan pelajaran. Institut Teknologi MARA, dan dua buah universiti antarabangsa di United Kingdom. Akan tetapi, semuanya ditolak kerana kekangan kewangan keluarga pada masa itu.


Pernah berkhidmat sebagai guru sandaran di sebuah sekolah menengah hanya untuk membantu ibu dan bapak bagi menanggung perbelanjaan pelajaran kami yang lain.

Dia kakak yang pemurah. Tidak boleh melihat adik- adiknya dalam kesempitan wang. Sentiasa ada yang dihulur walaupun dalam dompetnya cuma ada RM10.

Dia KUAT dan tabah.
Setabah arwah bapak,
kuat semangat pun iya.

Hari ini, kami melihat hari penuh kebanggaan buat dirinya. Dia sekali lagi memberi CONTOH yang terbaik buat kami.


Sebak rasanya.

Jika bapak masih ada, pastinya dialah orang yang paling gembira melihat kejayaan anak- anaknya.

Terima kasih juga kepada ibu, sesungguhnya inilah ‘hadiah terindah’ buat keduanya.

Buatmu ‘our big Sista’ Bahriani Abdul. Tahniah di atas kejayaan ini. You’ve made it!! Happy Convocation Day!

Kami sayang ko sis, semua kejayaan kami pun adalah di atas pengorbananmu jua.

Semoga terus dilimpahi keberkatan dan kebahagiaan di duniya dan akhirah.

Masliani Hj Abdul,
Anak ke-5 Hj Abdul@ Beddu b Darasa
& Hjh Djumani Ambodali

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...