Bismillahirrahmanirrahim
Perkongsian hari ini adalah mengenai masalah bengkak susu.
Apakah tips dan cara untuk mengatasi masalah bengkak susu? Jom lihat diantara tips berikut ;
1. Buat urutan secara tradisional dengan menggunakan khidmat pakar bidan, pakar urut. Self massage boleh juga.
2. Tuam dengan tuala yang direndam air suam. Kobis boleh guna tapi 1-2 minit sahaja, 3 minit akan mengeringkan air susu.
3. Mandi air suam, buat breast massage
4. Pam atau direct feed pada Cik B yang bengkak itu kepada bayi.
5. Amalkan supplemen Lecithin untuk memecahkan lemak tepu pada saluran susu yang tersumbat. Lecithin membantu untuk pengaliran susu yang lebih lancar.
Bagus juga amalkan Vitamin C untuk meningkatkan imuniti badan dan menyingkatkan proses pemulihan supaya tidak demam dalam tempoh yang agak lama.
6. Sekiranya masalah ini berlarutan sehingga 48jam iaitu 2 hari, walaupun sudah berikhtiar, kalian perlu mendapatkan rawatan segera ke hospital berdekatan supaya keadaan tidak bertambah teruk.
Semoga bermanfaat
Salam sayang
ibu anak 4
Tiada ulasan:
Catat Ulasan