Rabu, 12 Februari 2014

SHAKLEE : I'M IN LOVE

Cerita Shaklee saya bermula di pertengahan tahun 2012 apabila diperkenalkan oleh rakan sekerja. Masa itu, permohonan perpindahan saya dari Kota Kinabalu ke Semenanjung baru di terima setelah tiga kali ditolak oleh company. Alhamdulillah rezeki anak pertama, Maisha yang genap berumur 3 bulan akhirnya dapat bersama dengan ayahnya.
 
Sebelum kelahiran anak sulung, saya memang bertekad untuk menyusukan bayi saya sepenuhnya dan mencabar diri untuk bertahan sampailah Maisha berumur 2 tahun. Berkat semangat, pengalaman dan ilmu- ilmu yang dikongsi oleh rakan- rakan sekerja di Kota Kinabalu, saya begitu teruja sekali untuk menyusukan bayi saya secara sepenuhnya.
 
Bermula dengan hanya pek percubaan untuk ibu menyusu yang mengandungi Vitalea, B Kompleks, Vitamin C dan Alfalfa, sudah cukup membuatkan hati ini jatuh cinta dengan Shaklee. Ini kerana, sebelum ini, saya memang sentiasa rasa tidak bertenaga, sakit kepala, sakit belakang dan lenguh- lenguh badan setiap bangun daripada tidur. Semuanya disebabkan oleh rutin harian sebagai ibu, bangun malam untuk menyusu dan mengepam bagi memastikan bekalan susu mencukupi untuk Maisha. Segala 'sakit- sakit' yang dialami semuanya saya 'tahan' semata- mata bagi memberikan hanya yang TERBAIK untuk Maisha.
 
Alhamdulillah setelah 3 hari consume Shaklee, ianya memang memberi KESAN dan PERUBAHAN yang ketara pada diri saya. Alhamdulillah, saya sentiasa berasa lebih bertenaga, tiada lagi sakit kepala dan rasa lenguh badan semakin berkurangan. Malahan, yang paling menggembirakan saya ialah penghasilan susu semakin meningkat. Kebiasaannya, sehari 3 kali pam boleh dapat 11-13oz, tapi alhamdulillah meningkat sampai 17-20 oz sehari.. 
 
Terus terang saya katakan, bukan kerana saya seorang pengedar Shaklee, itulah sebab saya mempromosikannya. Tetapi, Shaklee betul- betul telah mengubah hidup saya ke arah kesihatan yang lebih baik dan banyak membantu merealisasikan cita- cita dan impian saya untuk menyusukan Maisha selama mungkin.
 

Bagi ibu- ibu dan bakal ibu di luar sana, saya sangat sarankan anda merasai KEPUASAN dan KEGEMBIRAAN yang saya alami ini. Saya harap agar perkongsian ini amat bermakna untuk semua. Nasihat saya, semua ibu MAMPU untuk menyusui anaknya sendiri. Berbekalkan AZAM dan NIAT yang betul, ILMU dan PENGETAHUAN yang dicari beserta USAHA yang berterusan.. Insya Allah Dia akan tunjukkan jalan.. ;-)



 
 
'Be Positive, I Love Breastfeeding'
 
 
Untuk sebarang pertanyaan tips dan perkongsian, hubungi saya,
MAS 013-6341955 atau maslianiabdul@gmail.com






Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...