Sabtu, 12 Julai 2014

Testimoni Vivix Dan Kanser : Penawar Alternatif Semulajadi Terbaik

Salam ceria...

Tahukah semua diantara 4 ramuan yang terdapat dalam Vivix Shaklee, salah satunya terbukti berkesan dalam melawan sel - sel kanser dalam tubuh manusia? 
4 ramuan terpenting di dalam Vivix adalah anggur muscadine, karot ungu, elderberry dan polygonum cupsidatum (knotweed Jepun).
Yang mana satukah ramuan antikanser tersebut?
Jawapannya adalah anggur muscadine. Ini adalah kerana anggur muscadine adalah satu- satunya jenis anggur yang mempunyai asid ellagik (ellagic acid), antioksidan semulajadi yang terdapat dalam buah- buahan mahupun tumbuhan.
Anggur muscadine yang terdapat dalam vivix sememangnya mengandungi asid ellagik yang berkepekatan tinggi yang mempunyai ciri- ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lannjut mengenai Vivix Shaklee.
Mari kita lihat keberkesanan Vivix menghalang tindakbalas sel- sel kanser tersebut..

Law Chu Hian, bekas Pengacara ntv7 penghidap kanser yang telah pulih sepenuhnya









Kita berikhtiar, hanya Allah sahaja yang menyembuhkan..

Ianya mampu mengubah hidup anda ke arah yang lebih baik dan lebih sihat!

Jom order sekarang dengan cepat dan mudah dengan hanya satu klik di bawah ini sahaja..



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=37953cab902d1f698bfb59b54d5e6369


Inginkan konsultasi daripada ibum2m, hubungi sahaja di talian 013-6341955(sms/whatsapp/wechat). Ibum2m sedia membantu anda!

Salam sayang,
ibum2m

Jumaat, 11 Julai 2014

Testimoni Vivix : Sahabat Karib Nenek Rawat Penyakit 3 Serangkai

Salam Jumaat...

Bulan ni sememangnya bulan yang sangat BEST sebab Shaklee buat promosi untuk produk yang sangat POPULAR dek kerana 1001 khasiatnya yang sememangnya terbukti BERKESAN. Produk ni adalah Vivix Shaklee. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Vivix.

Terbaru, rakan ibum2m telah kongsikan berita kegembiraan neneknya yang menghidap penyakit 3 serangkai iaitu penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.




Alhamdulillah, terharu dengar perubahan yang sangat baik olehnya. Mudah- mudahan beliau dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang lebih baik dari sebelumnya..Aamiin..
Jadi, apa tunggu lagi?
Walaupun harga Vivix agak mahal iaitu RM475 untuk 150ml yang tahan sehingga 2 bulan penggunaan, akan tetapi ianya setanding dengan kebaikan dan khasiatnya yang sangat banyak. Amat BERBALOI untuk membelinya!
Jangan lepaskan promosi bulan Julai 2014 ni, beli 1 botol anda akan dapat FREE POSTAGE, beli 2 botol boleh dapat FREE MEMBERSHIP untuk seumur hidup anda dan banyak lagi kelebihan- kelebihan apabila menjadi AHLI SHAKLEE.

Lagi best kalau boleh kumpul kawan2 beli 6 botol Vivix, FREE 1 botol!!! Haa..best kan?
Jom BELI VIVIX!!! Klik di bawah untuk order ya..


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=37953cab902d1f698bfb59b54d5e6369
Salam sayang,
ibum2m
013-6341955 (sms/whatsapp/wechat)

Khamis, 10 Julai 2014

Phytocol-ST : Inovasi Terbaru Shaklee Untuk Mengawal Paras Kolesterol Dalam Tubuh

Bersempena dengan National Conference 2 bulan yang lepas, Shaklee Malaysia telah memperkenalkan produk terbaru iaitu Phytocol-ST. Phytocol- ST ini direvolusikan khas untuk 6 juta warga Malaysia yang menghadapi masalah tinggi kolesterol. Dianggarkan satu daripada 3 orang dewasa Malaysia yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi.
 
 
 
Apa itu Kolesterol?
 
Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel- sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu- tisu lain dalam tubuh.
 
Dua Sumber Utama Kolesterol
 
Dihasilkan semulajadi oleh hati tetapi boleh juga diperolehi daripada makanan seharian. Kolesterol yang dimakan akan meningkatkan paras kolesterol dalam darah kita. Apabila kandungan kolesterol dalam darah kita terlalu tinggi, ini akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.
 
Bagaimana Kolesterol boleh Menyebabkan Penyakit Jantung?
 
Terdapat 2 jenis kolesterol iaitu :
 
# LDL (Low density lipoprotein)
 
Dikenali sebagai kolesterol 'JAHAT' kerana jika ianya terlalu tinggi dalam darah, ia boleh membentuk 'plak', bahan melekit yang boleh menyumbatkan salur darah dan sekaligus menyekat aliran darah. keadaan inilah yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.
 
# HDL (High density lipoprotein)
 
Dikenali sebagai kolesterol 'BAIK' kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Diumpamakan HDL sebagai 'pembersih' kepada salur darah kita.
 
Jadi, untuk kesihatan berpanjangan amatlah disarankan kita mengekalkan paras HDL tinggi manakala paras LDL rendah dalam tubuh kita.
 
Penyebab Utama Masalah Tinggi Kolesterol di Malaysia?
 
Pengambilan makanan yang berlemak dan tinggi kolesterol adalah penyebab utama terjadi masalah tinggi kolesterol di Malaysia. Analoginya, kita..
 
Sarapan : Roti canai 2 keping = 350mg kolesterol
Makan tengah hari : Nasi Lemak = 213mg kolesterol
Makan Malam : Char Kway Teow = 235mg kolesterol
______________________________________________
        Jumlah kolesterol sehari = 789mg!!!
 
Akan tetapi, Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan tidak melebihi 300mg kolesterol sehari, manakala bagi mereka yang menghidapi masalah jantung hendaklah dikurangkan kepada 200mg kolesterol sehari.

3 Petua Merendahkan Paras Kolesterol Darah Anda
 
#1 Amalkan pemakanan yang seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut
#2 Lakukan senaman lebih kerap
#3 Turunkan berat badan
#4 Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2,000mg Fitosterol tumbuhan ke dalam diet harian anda
 
Untuk mengetahui tips- tips lain untuk menurunkan paras kolesterol anda, boleh klik di SINI. 
 
Jadi amalkan pengambilan Phytocol-ST yang membekalkan 2,000mg fitosterol tumbuhan sehari.
 
 
 
 
Jika TIDAK, anda perlu mengambil makanan bersamaan dengan 200 biji lobak merah, 70 keping roti gandum dan 425 biji tomato setiap hari untuk membekalkan 2,000mg fitosterol dalam diet harian anda!!!
 
Justeru, saranan paling MUDAH untuk mengawal paras kolesterol dalam darah anda adalah dengan mengambil 2 biji tablet Phytocol- ST dua kali sehari selepas makan.
 
 
Dapatkan Phytocol -ST sekarang dengan hanya RM197 untuk 120 biji, penggunaan selama 2 bulan.
 
Dapatkannya SEGERA dengan hanya satu klik sahaja di bawah ini..
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=81b9550f1b1820eca22b1dd083af2b13
 
 
Untuk sebarang pertanyaan, boleh saja menghubungi ibum2m di talian 013-6341955 ya. Konsultasi PERCUMA dan berterusan semestinya khas untuk anda.
 
Sayangilah Diri Anda Dan Keluarga Anda!!!
 
Salam sayang,
ibum2m
 

Selasa, 8 Julai 2014

Bestnya Amalan Berurut Cegah Sakit Belakang Buat Ibu Menyusu Dan Berkerjaya

Alkisahnya, ibum2m mengalami sakit belakang yang teramat sangat pada Jumaat yang lalu. Minta tolong incik suami urut, jadinya bertambah sakit pada Sabtu lalu, yalah, salah sendiri jugak sebab kita kan tak tau urat- urat ni..huhu..

hehe tengok, kucing pun mo berurut jugak :-)

Jadinya, ahad pepagi terus booked dengan Aunty Fariza di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Haa sesapa mo berurut dengan aunty ni boleh ja contact dia di no 019-3969231, rumah dia lepas McD dan lepas sekolah. Kalau nak berurut suami isteri pun boleh sebab suami aunty ni pun pandai urut jugak. Urut satu badan dalam RM80 - RM100. Semua jenis urutan boleh, mo lancarkan susu ka, lepas bersalinka.. Insya Allah dia ok tapi dengan syarat kena datang ke rumahnya la..;-)
Wah, tengok Jlo dukung anak dua- dua lagi..!

Dari dulu sampailah zaman sekarang ni, selalu mak mak kita pesan "Jangan angkat benda berat, suruh orang laki yang angkat". Tapi realitinya, bukannya benda atau barang ja yang kita angkat sekarang ni, anak- anak pun kena didukung jugak. Tidak kiralah, anda sebagai ibubapa berbadan kecik ka besar ka, tapi apabila anak tu sudah menjangkau 10kg dan pandai berjalan, haa jangan lah selalu dukung ya wahai kaum ibu! Takut- takut peranakan kita jatuh dan akan menyebabkan sakit belakang yang teramat sangat macam yang dialami oleh ibum2m.
Haa, di sini ibum2m kongsikan apalah kebaikannya kita berurut ni..

1. Tekanan atau stress sememangnya memberi kesan kepada kita. Ini akan menyebabkan kita ni selalu letih, tidak bertenaga, senang mo marah dan tertekan. Jadi urutan ni bantu untuk kurangkan kepekatan norepinephrine dan kortisol yang menjadi punca tubuh kita mengalami tekanan.
2. Tubuh kita akan lebih tenang dan bersemangat kerana urutan yang bagus akan meningkatkan hormon dopamine dan serotonin. Hormon ni la yang boleh menghasilkan kegembiraan dan keceriaan kepada kita. Jadi, ibu- ibu apabila ada hormon gembira ni, ianya akan menggalakkan penghasilan susu kita jugak!
3. Menolong mengurangkan bengkak di bahagian sendi tubuh.
4. Memperbaiki sistem ketahanan tubuh bagi melawan penyakit, jangkitan kuman dan virus.
5. Dapat memperbaiki pola tidur agar kita boleh tidur dengan lebih nyenyak.
6. Dapat mengurangkan kesakitan biasa iaitu sakit belakang dan pinggang tanpa kita mengambil ubat penahan sakit atau 'painkiller'.
Nasihat aunty Fariza kepada ibum2m, janganlah angkat anak kedua- duanya terutamanya ketika turun tangga..huhu. Kelaknya, 'peranakan' kita akan jatuh, tulang pinggul akan senget sebelah, sakit belakang yang teramat sangat dan bengkak di seluruh badan. Insya Allah akan ku ingat semua nasihat tu..
Satu lagi yang paling penting, ibum2m amalkan makan Ostematriks Shaklee yang sememangnya berkesan untuk sakit- sakit badan, lenguh badan dan untuk tidur dengan nyenyak. RM61 sahaja untuk 120 biji, penggunaan untuk satu bulan. Order la sekarang dengan satu klik saja di bawah ni.. Jangan biarkan sakit belakang tu melarat ya kaum ibu dan ayah sekalian!!!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=181cf41ce37cf9128e1d95896661c5c9
Order Ostematriks Shaklee Sekarang!
Untuk pengetahuan, Ostematriks ni memang produk paling Terlajak Laris oleh semua customer ibum2m. Ramai yang sudah repeat order ya! Cepat order sekarang..:-)
COD Area Putrajaya

Salam Ramadhan,
ibum2m


Isnin, 7 Julai 2014

Ikhtiar Shaklee Untuk Penghidap Diabetes/ Kencing Manis

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan ke 9..

Perkongsian hari ni, ibum2m mo cerita mengenai penyakit kencing manis atau diabetes. Tahukah semua yang diabetes mempengaruhi sebanyak lebih kurang 3.6 juta rakyat Malaysia? Cuba bayangkan di antara 5 orang Malaysia, 1 di antaranya adalah penghidap diabetes. Tengok statistik di bawah ni..



Bila tengok statistik di atas, kita jadi takut kan? Memang meningkat banyak tu 40%. Ehm, meh tengok apa sebenarnya yang dikatakan diabetes atau kencing manis ni?

Diabetes atau kencing manis ni dikatakan apabila keadaan paras gula dalam darah kita menjadi tinggi.



Di bawah ni adalah 3 jenis diabetes yang kita perlu tahu..



Sekarang, mari lihat tanda- tanda awal seseorang itu mengalami diabetes.




Anda atau ahli keluarga yang lain ada mengalami tanda- tanda awal diabetes di atas? 

Berikut adalah kesan atau komplikasi apabila menghidapi penyakit diabetes dan kencing manis:


# Saraf dan salur darah akan rosak
# Boleh menyebabkan buta
# Serangan jantung dan strok
# Kegagalan fungsi buah pinggang
# Pemotongan kaki
# Penyembuhan luka yang lambat
# Erektil kurang berfungsi atau mati pucuk bagi kaum lelaki


Ibu mertua ibum2m merupakan salah seorang penghidap diabetes. Selain ubatan hospital, ibum2m juga menyarankan agar dia mengambil supplemen Shaklee. Di bawah ini adalah saranan supplemen yang sesuai untuk penghidap diabetes atau kencing manis.

1. Vivix Shaklee 






Vivix Shaklee
RM475 untuk 1 botol 150ml
Penggunaan sehingga 2 bulan


2. ESP (Energizing Soy Protein)

 Membantu dalam mengekalkan paras gula yang sihat di dalam darah.




ESP (Energizing Soy Protein)
RM150 untuk 1 canister 850gram
Penggunaan sehingga 2 bulan


3. GLA Complex

Merupakan agen anti- radang dan berupaya membantu mengurangkan kesakitan saraf yang yang di alami oleh pengidap diabetes.







GLA COMPLEX
RM91.25 untuk 60 biji
Penggunaan 2 bulan


4. Vitamin C Sustained Released 500mg






Vitamin C Sustained Release 500mg
RM92.50 untuk 180 biji
Penggunaan sehingga 4 bulan


4. Vitalea (RM88.75 untuk 120 biji, penggunaan sehingga 3 bulan)

5. Alfalfa (RM53.75 untuk 330 biji atau RM97.50 untuk 700 biji, penggunaan sehingga 4 bulan)

6. Zink (RM33.75 untuk 120 biji, penggunaan sehingga 3bulan)



Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, boleh saja menghubungi ibum2m di talian 013-6341955 (sms/whatsapp/wechat).

Mari mencegah diabetes sebelum terlambat!

Salam sayang,
ibum2m


Ahad, 6 Julai 2014

10 Fakta Penting Anggur Muscadine Di Dalam Vivix

Assalamualaikum.

Sedapnya anggur bukan? Harganya yang mahal walaupun kecil sahaja buahnya. Tapi anggur yang ada dalam Vivix Shaklee ni sangat berbeza dengan yang anggur dijual di pasaraya tu.

Apa lah keistimewaan anggur Muscadine dalam Vivix tu kan?


  1. Anggur muscadine tumbuh semulajadi ditempat yang panas dan lembab berlainan dengan anggur lain yang memerlukan tempat sejuk dan dingin.
  2. Ia dikenali sebagi super grapes kerana saiznya yang boleh membesar sebesar BOLA GOLF!
  3. Anggur muscadine mempunyai kulit yang keras dan tebal berbeza dengan anggur biasa yang mempunyai kulit yang lembut dan nipis .
  4. Anggur muscadine tidak perlu di sembur dengan air dan bahan kimia  kerana anggur muscadine boleh menahan suhu panas dan mampu melindungi dirinya dari bakteria dan fungus.
  5.  Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom , anggur muscadin mempunyai 20 pasang yang menjadikannya lebih tahan lasak dan mampu merawat dirinya apabila diserang serangga dan burung.
  6. Bukan itu sahaja kerana ia merupakan satu-satunya anggur yang tidak memerlukan semburan racun perosak !
  7. Menurut Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham , Massachusetts pada tahun 2003 , anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity ) yang tertinggi antara yang mereka pernah kaji. 6-8 kali ganda lebih tinggi berbanding BLUEBERRIEs
  8. Kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai Oligomeric proanthocyanidins(OPC)OPC dikatakan mempunyai kuasa antioksida yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E.
  9. Ia mempunyai kadar RESVERATROL  6x lebih tinggi dari anggur merah. 
  10. Ia satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid – antikanser dan antiradang.
Shaklee menggunakan keseluruhan buah anggur; kulit, isi & bijinya kerana:-
  1. Anti oksidan & phytonutrients yang tinggi dalam kulit anggur
  2. Kandungan Resveratrol yang tinggi di dalam biji anggur
  3. Isinya juga mengandungi nutrien yang sangat berguna



Sebarang pesanan atau konsultasi, bolehlah menghubungi Kak Mas aka ibum3m di talian 013.634.1955.

Konsultasi terbaik hanya untuk kalian.

Salam sayang,
ibum3m



Rawat Tonsilitis Dengan Vitamin C Cheweable dan Garlic

Salam bahagia..

Hari pertama puasa ahad lalu sememangnya amat mencabar buat ibum2m. Manakan tidak, kena sakit tonsil yang sampai bernanah. Menelan memang seksa dan cuma makan bubur ja, tu yang sebelum puasa dah turun 2kg..huhu nampaknya misi menambahkan berat badan ibum2m tertunda lagi..





Pegi klinik Lita Alis, jumpa Dr Murni, doktor bertudung labuh yang lembut dan mesra..Perkara pertama yang muncul dari mulutnya, "Aduhh, ni mesti sakit kan? Awak dah tengok ker? Ni dah bernanah ni, yang warna putih- putih tu nanah la tu."..Seram mendengarnya dan hanya ibum2m yang tahu bagaimana peritnya menelan.

Tanda- tanda mengalami tonsilitis ni..

Sakit tekak
Demam
Sakit apabila menelan
Bengkak kelenjar di leher
Tonsil menjadi bengkak dan merah
Tonsil mempunyai bintik- bintik putih
Sakit di bahagian telinga dan leher

Nasihat lain dari doktor..

Dapatkan rehat secukupnya
Banyakkan minum air suam
Makan makanan yang lembut contohnya aiskrim atau bubur
Gunakan air- humidifier dalam bilik
Kumur- kumur dengan ubat gargle
Hisap ubat tekak (lozenges)

Klik SINI untuk mengetahui info lanjut mengenai tonsilitis..

Kebiasaannya doktor akan bagi antibiotik,ubat demam, ubat tekak untuk hisap (lozenges) dan ubat kumur (gargle). Tapi tetap jugak gatal tu tekak, jadi ibum2m buat lah air lemon suam campur madu untuk legakan sikit tekak yang sakit dan gatal tu.. Alhamdulillah mujarab. Klik SINI untuk mengetahui cara- cara merawat tonsilitis mengikut pandangan Dr Azwan.

Di samping ubat doktor, ibum2m juga mengamalkan minum Performance Drink, minuman isotonik semulajadi Shaklee supaya tidak mengalami dehidrasi, Garlic Complex  untuk menghentikan pertumbuhan bakteria dan Vitamin C cheweable 100mg untuk dikunyah. Alhamdulillah, nak cepat sembuh kan, tu yang ambil ubat doktor dan jugak Shaklee..

Jangan lupa sekarang ni musim El Nino, cuaca panas dan bulan berpuasa lagi, memang kena banyak minum air. 

Haa, kalau mo order, jangan segan untuk hubungi ibum2m ya 013-6341955 atau klik saja di bawah untuk pesanan segera!



Performance Drink RM82.50

Garlic Complex RM47.50 untuk 60 biji



Vitamin C Cheweable 100mg RM 37.50 untuk 90 biji 


Sekian, semoga bermanfaat!

Salam sayang,
ibum2m




Sabtu, 5 Julai 2014

Khasiat Avokado Untuk Kesihatan

Tahukah anda kebanyakan pakar nutrisi menganggap buah avokado sebagai makanan sempurna? Ia mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan dan juga kecantikan. Walaupun kaya dengan kalori, ia adalah kalori yang padat dengan nutria. Avokado mengandungi lebih 25 nutrisi termasuk vitamin A, B, C, E & K, iron, zat besi, magnesium dan potasium yang berupaya melindungi kita daripada pelbagai penyakit.

Terdapat pelbagai cara untuk makan buah avokado antaranya adalah dengan memasukkannya dalam salad atau sebagai pengganti daging untuk sandwich.



Sebelum itu apa kata kita lihat antara kebaikan buah avokado yang baik untuk kesihatan diri.
  
Jantung kekal sihat
Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik yang membantu mengawal tahap homocysteine. Jika tahap homocysteine tinggi, anda berisiko mendapat penyakit yang berkaitan dengan jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E, glutathione dan lemak mono tak tepu yang bantu mengekalkan jantung sihat.

Kolestrol rendah
Avokado kaya dengan bahan dipanggil beta-sitosterol yang telah menunjukkan keberkesanannya dalam merendahkan tahap kolestrol.

Mengawal tekanan darah
Kaya dengan sumber potasium, avokado juga dapat membantu mengawal tahap tekanan darah dalam badan anda.

Menangani masalah penglihatan
Avokado merupakan sumber terbaik untuk lutein karotenoid, dimana kebaikannya diketahui untuk membantu melindungi daripada masalah katarak dan degenerasi macular yang berkaitan dengan usia.

Mengawal tahap gula
Lemak monotaktepu yang terkandung dalam avokado mampu mengembalikan ketahanan insulin yang membantu mengawal kandungan gula dalam badan. Ia juga mempunyai serat terlarut yang menyimpan tahap kandungan gula stabil.

Mencegah kecacatan kelahiran
Avokado kaya dengan folat iaitu vitamin B yang dikenali sebagai asid folik. Satu cawan avokado memberi kira-kira 23% kandungan harian folat yang disyorkan. Jumlah folat yang tinggi dalam avokado adalah penting bagi mencegah kecacatan kelahiran seperti tiub neural dan spina bifida.

Mengurangkan risiko serangan jantung
Kandungan folat yang tinggi dalam avokado turut mengurangkan risiko serangan jantung. Satu kajian pernah dilakukan menunjukkan individu yang mengamalkan diet kaya dengan folat mempunyai risiko rendah daripada terkena serangan jantung.

Perlindungan kanser
Banyak kajian menunjukkan avokado boleh menghalang daripada pertumbuhan kanser prostat. Malah asid oleic yang terkandung dalam avokado turut berkesan dalam menghalang kanser payudara.

Menangani radikal bebas
Avokado mengandungi glutathione iaitu antioksidan berkesan dalam menangani radikal bebas dalam badan kita.

Menangani simptom penuaan
Kaya dengan antioksidan, avokado berupaya menangani simptom-simptom penuaan. Kandungan glutathione berupaya meningkatkan sistem imun, memperlahankan proses penuaan serta mengalakkan sistem saraf yang baik.

Penjagaan kulit
Minyak avokado sering dimasukkan dalam kosmetik kerana keupayaannya dalam menyuburkan kulit dan menjadikan kulit anda berseri-seri. Ia juga boleh merawat psoriasis iaitu penyakit kulit yang mengakibatkan kulit anda menjadi kemerahan dan gatal.

Penambahan berat badan
Ya, jika anda ingin menambah berat badan, makanlah buah avokado. Ia mengandungi 200 kalori untuk 100 gram. Namun kebiasaannya buah-buahan lain hanya mengandungi kira-kira 60 hingga 80 kalori untuk 100 gram. Oleh kerana ia tinggi kandungan kalori, avokado adalah diet terbaik untuk mereka yang ingin menambah berat badan.

Semoga bermanfaat!

Jumaat, 4 Julai 2014

IMPIAN IBUM2M : PROJEK 4 ANGKA


Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah setahun lebih ibum2m hidup bersama Shaklee . Ibum2m bermula join Shaklee pada September 2012, genap usia Maisha setahun. Semuanya atas sebab Maisha. Gembira bukan kepalang kerana Shaklee benar- benar membantu ibum2m dalam menjayakan perjuangan penyusuan susu ibu sepenuhnya. Sungguhpun tidak mencapai matlamat 2 tahun penyusuan, tapi Alhamdulillah bersyukur betul sebab Maisha berjaya disusukan sepenuhnya selama SETAHUN 5 BULAN..hanya tinggal satu bulan sahaja untuk mendapat 'MASTER IN BREASTFEEDING'..
 
Perjuangan ini tetap ibum2m teruskan sehingga sekarang khas untuk anak yang kedua, Mikail. Alahmdulillah Mikail sudah berjaya mendapat penyusuan EKSKLUSIF dan sehingga sekarang, Mikail berusia 10 bulan tetap ibum2m susukan sepenuhnya hanya dengan susu ibu sahaja. Insya Allah perjuangan ini akan ibum2m teruskan sehingga 2 tahun..Aamiin
 
Bersyukur sebab bermula tujuan hanya untuk penyusuan, tetapi BONUS yang sangat banyak dan berharga yang ibum2m dapat setelah menemui Shaklee. Bonus bukan sahaja dari segi peningkatan MUTU KESIHATAN diri sendiri dan keluarga yang telah di 'Shaklee' kan malah Bonus berupa DUIT pun dapat jugak melalui bisnes Shaklee. 
 
Dengan ini, ibum2m berazam untuk istiqamah dalam menyebarkan kebaikan- kebaikan yang diperoleh dari Shaklee. Misi ibum2m untuk menjadi inspirasi buat ibu- ibu menyusu bekerjaya di luar sana bahawa KITA SEMUA MAMPU UNTUK MENYUSUKAN ANAK KITA SELAMA DUA TAHUN!
 
Penting sekali, ibum2m ingin menolong semua orang termasuk para ibu untuk memperolehi perbelanjaan sampingan yang berlipat kali ganda daripada gaji sebenar sehinggakan para ibu boleh berhenti kerja dan sekaligus hanya fokus kepada menguruskan suami dan anak- anak di rumah. Malahan si suami pun turut berhenti kerja dengan hanya menjalankan bisnes Shaklee. Impian ibum2m supaya dapat berhenti kerja sepenuhnya pada penghujung tahun ini, Disember 2014 dengan bonus 5 angka daripada Shaklee!
 
Financial Freedom Untuk Semua! Wah, terbayang akan financial freedom, tiada hutang piutang, bebas bersedekah pada bila- bila masa, tinggal di rumah sendiri yang sudah habis bayar, boleh bawak ibubapa dan family ke Umrah dan melancong ke serata dunia pada bila- bila masa..lebih manis, masa lebih banyak diluang bersama- sama KELUARGA TERCINTA.. Aamiin!


 
Mari Melakar Impian Bersama..Semoga Impian Saya, Ibum2m Menjadi Realiti!!!
 
Tulus dari hati,
Ibum2m
 
 

Cara Solat Terawih Secara Bersendirian

Alhamdulillah nda rasa yang sudah 5 hari kita berpuasa. Syukur kita dipertemukan dengan Ramadhan tahun ni..

Kebiasaannya, masa bujang- bujang dulu, best betul pegi tarawih jalan kaki beramai- ramai dengan adik beradik yang lain. Tapi sekarang sudah berubah, dengan ada anak ni, mo dikatakan sejak kahwin, nda pernah sudah pegi solat tarawih di masjid. Ya la kan, pergerakan kita agak terbatas dengan kehadiran si comel.

Tapi apapun, dengan kesibukan kita sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak- anak, ibum2m selalu berpesan kepada diri ini, walau sebagaimana penat pun, mesti jugak buat solat terawih.

Solat terawih ni memang sangat- sangat istimewa daripada solat lain sebab ianya hanya datang sekali setiap tahun. Banyak fadhilat dan kelebihannya. Seperti tahun- tahun suda, ibum2m memang solat terawih secara bersendirian ja di umah. 

Perkongsian hari ni ialah cara solat sunat terawih secara bersendirian. Alhamdulillah ni pun terjumpa dalam FB, ada hamba Allah yang share, jadi ibum2m kongsikan di sini ya..


Haa, lepas ni boleh la solat terawih 8 rakaat sendirikan? Mudahan setiap amalan kita akan diterima olehNya dan semoga kita istiqamah sentiasa dalam menyebarkan kebaikan..

Semoga bermanfaat!

Sayang semua,
Ibum2m

Rabu, 2 Julai 2014

Diari Ramadhan

Alhamdulillah usai 3 hari berpuasa, masih dikurniai nikmat bernafas di bumiNya..

Pengalaman hari pertama puasa dengan diuji keadaan demam dan tekak yang bernanah, sememangnya perit. Akan tetapi apabila membayangkan golobgan lain saudara seislam kita khususnya kanak- kanak dan ibu- ibu menyusu di Syria dan Gaza Palestin. Sesungguhnya cabaran mereka lagi getir jika mau dibandingkan dengan keadaan diri ini. Entah kan bersahur, entahkan tidak? Sekurang- kurangnya kita masih boleh mampu bersyukur dengan nikmat Allah yang sebegitu banyak untuk kita sekarang..

Ya Allah, aku malu padaMu
Dengan sedikitnya amalanku padaMu
Jika hendak diukur dengan betapa menggunung tinggi nikmatMu
Jadikanlah aku hamba yang sentiasa bersyukur kepadaMu 

Ya Allah..
Tetapkanlah hatiku agar senantiasa istiqamah dalam mencari redhaMu
Tingkatkanlah keimanan, kesabaran dan ketabahan kepadaku dalam mengharungi kehidupan ini..
Perbanyakkanlah dan percukupkanlah susuku buat anakku, Muhammad Nuh Mikail selama 2 tahun..
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pendengar dan Pemberi Rezeki Yang Agung..

Ya Allah Ya Rabbi
Ampunilah dosa- dosaku, dosa suamiku, dosa kedua ibubapa ku, dosa kedua mertuaku, dosa adik-beradikku, dosa saudara maraku dan semua dosa orang- orang mukmin sama ada di dunia ataupun yang telah meninggalkan kami..
Lindungilah kami daripada azab api nerakaMu Ya Allah..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Pengampun..
Kabulkanlah permintaan hambaMu yang kerdil ini..

Aamiin..

Lagu Pedoman oleh Nora

Semoga Ramadhan ini lebih bermakna dan lebih baik dari sebelumnya..

Ibum2m

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...