Selasa, 8 Julai 2014

Bestnya Amalan Berurut Cegah Sakit Belakang Buat Ibu Menyusu Dan Berkerjaya

Alkisahnya, ibum2m mengalami sakit belakang yang teramat sangat pada Jumaat yang lalu. Minta tolong incik suami urut, jadinya bertambah sakit pada Sabtu lalu, yalah, salah sendiri jugak sebab kita kan tak tau urat- urat ni..huhu..

hehe tengok, kucing pun mo berurut jugak :-)

Jadinya, ahad pepagi terus booked dengan Aunty Fariza di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Haa sesapa mo berurut dengan aunty ni boleh ja contact dia di no 019-3969231, rumah dia lepas McD dan lepas sekolah. Kalau nak berurut suami isteri pun boleh sebab suami aunty ni pun pandai urut jugak. Urut satu badan dalam RM80 - RM100. Semua jenis urutan boleh, mo lancarkan susu ka, lepas bersalinka.. Insya Allah dia ok tapi dengan syarat kena datang ke rumahnya la..;-)
Wah, tengok Jlo dukung anak dua- dua lagi..!

Dari dulu sampailah zaman sekarang ni, selalu mak mak kita pesan "Jangan angkat benda berat, suruh orang laki yang angkat". Tapi realitinya, bukannya benda atau barang ja yang kita angkat sekarang ni, anak- anak pun kena didukung jugak. Tidak kiralah, anda sebagai ibubapa berbadan kecik ka besar ka, tapi apabila anak tu sudah menjangkau 10kg dan pandai berjalan, haa jangan lah selalu dukung ya wahai kaum ibu! Takut- takut peranakan kita jatuh dan akan menyebabkan sakit belakang yang teramat sangat macam yang dialami oleh ibum2m.
Haa, di sini ibum2m kongsikan apalah kebaikannya kita berurut ni..

1. Tekanan atau stress sememangnya memberi kesan kepada kita. Ini akan menyebabkan kita ni selalu letih, tidak bertenaga, senang mo marah dan tertekan. Jadi urutan ni bantu untuk kurangkan kepekatan norepinephrine dan kortisol yang menjadi punca tubuh kita mengalami tekanan.
2. Tubuh kita akan lebih tenang dan bersemangat kerana urutan yang bagus akan meningkatkan hormon dopamine dan serotonin. Hormon ni la yang boleh menghasilkan kegembiraan dan keceriaan kepada kita. Jadi, ibu- ibu apabila ada hormon gembira ni, ianya akan menggalakkan penghasilan susu kita jugak!
3. Menolong mengurangkan bengkak di bahagian sendi tubuh.
4. Memperbaiki sistem ketahanan tubuh bagi melawan penyakit, jangkitan kuman dan virus.
5. Dapat memperbaiki pola tidur agar kita boleh tidur dengan lebih nyenyak.
6. Dapat mengurangkan kesakitan biasa iaitu sakit belakang dan pinggang tanpa kita mengambil ubat penahan sakit atau 'painkiller'.
Nasihat aunty Fariza kepada ibum2m, janganlah angkat anak kedua- duanya terutamanya ketika turun tangga..huhu. Kelaknya, 'peranakan' kita akan jatuh, tulang pinggul akan senget sebelah, sakit belakang yang teramat sangat dan bengkak di seluruh badan. Insya Allah akan ku ingat semua nasihat tu..
Satu lagi yang paling penting, ibum2m amalkan makan Ostematriks Shaklee yang sememangnya berkesan untuk sakit- sakit badan, lenguh badan dan untuk tidur dengan nyenyak. RM61 sahaja untuk 120 biji, penggunaan untuk satu bulan. Order la sekarang dengan satu klik saja di bawah ni.. Jangan biarkan sakit belakang tu melarat ya kaum ibu dan ayah sekalian!!!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=181cf41ce37cf9128e1d95896661c5c9
Order Ostematriks Shaklee Sekarang!
Untuk pengetahuan, Ostematriks ni memang produk paling Terlajak Laris oleh semua customer ibum2m. Ramai yang sudah repeat order ya! Cepat order sekarang..:-)
COD Area Putrajaya

Salam Ramadhan,
ibum2m


Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...