Jumaat, 25 April 2014

Rambut Gugur Selepas Bersalin?



Semenjak dah beranak dua ni, memang tersangatlah sibuk menguruskan rumahtangga. Walaupun hari cuti hujung minggu, mesti ada saja kerja rumah yang mesti dilaksanakan, bak kata orang memang kerja rumah ni tidak ada titik nokhtahnya. Dari memasak sampailah mengemas rumah, apa lagi time menyapu, aduss memang geram tengok rerambut yang gugur punyalah banyak. Rasanya inilah dilema ibu beranak kecil, banyak sangat rambut gugur kan..
Sampai lah Mikail suda 6 bulan, terus mintak izin dengan incik suami, " Dear, mo gunting rambutlah, banyak gugur ni. Payah jugak pagi2 mo pegi keja, urus anak, urus rambut lagi..haiihhh memang nda cukup tangan." Alhamdulillah permintaanku dipenuhi..Yeay, maka pergilah kami anak beranak ke Bangi, kedai Hair Profile sebab ni memang salon kegemaran incik suami. Kedai ni pun di urus oleh suami isteri chinese yang memang sangat peramah. Di dalam kedai, ada pulak jual tudung..huhu
Dalam bilik khas, mengeluhlah daku dengan isteri pemilik salon ni, rambut banyak gugur la..Apa yg dia cakap, 'Lor baguslah, banyak rambut baru mau tumbuh maa..".. oh gitu rupanya..;-)
Sebenarnya,memang dilema setiap ibu selepas bersalin mengalami masalah rambut gugur. Berkemungkinan kita boleh hilang 50-100 urat rambut setiap hari. Huishh banyak tuh!

Setiap Ibu MESTI tahu!!

# Keguguran rambut selepas Bersalin adalah NORMAL.
# Anggaran rambut wanita adalah 100,000 helai dan purata 100 helai gugur setiap hari.
# Pertambahan hormon progesteron dan estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan banyak. Kebiasaannya, rambut akan lebih tebal dan lebih sihat pada ketika ini.
# Selepas bersalin, paras hormon kembali NORMAL.
# Dua hingga tiga bulan ibu akan mengalami keguguran rambut agak teruk kerana banyak folikel rambut masuk fasa 'berehat'.
# Masalah keguguran rambut TIDAK dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
# Selepas setahun, pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali normal kepada keadaan sebelum ibu hamil.

Apa yang PERLU Ibu lakukan?

1- Jaga pemakanan yang berkhasiat yang kaya dengan protein dan zat besi. Contohnya telur, daging ayam, sayuran hijau, tauge, makanan gandum, buah-buahan, makanan laut, salmon, kunyit dan jintan.



2- Jangan buat rawatan rambut seperti mengeriting, warnakan atau luruskan.
3- Potong rambut jika panjang untuk elakkan rambut gugur dengan banyak dan memudahkan dalam menguruskan si kecil.



4- Guna syampu yang kaya dengan vitamin B atau yang berasaskan organik.



Set Penjagaan Rambut PROSANTE SHAKLEE
5- Elakkan sikat rambut ketika basah kerana struktur rambut lebih rapuh dan mudah gugur.
6- Minum air yang cukup sekurang- kurangnya 8 gelas sehari.
7- Mengambil supplemen tambahan seperti multivitamin dan mineral, zink dan protein.



Supplemen B Kompleks, ESP, Vitalea dan Zink untuk rambut gugur
8- Dapatkan rehat dan tidur yang cukup serta kurangkan tekanan.




Syioknya tengok baby tidur..;-)
  
Tapi berhati-hati jugak sebab kalau rambut masih gugur dengan banyak, mungkin ada petanda lain iaitu postpartum thyroiditis. Jadi, untuk ibu- ibu, bagus segera berjumpa doktor untuk menerima rawatan selanjutnya ya, takut menjadi serius pulak. Wallahu'alam..
Untuk sebarang pesanan, boleh hubungi ibum2m di talian 013-6341955..
Salam Sayang semua..:-)

Selasa, 15 April 2014

Set Anak Sihat Pintar


 

Adakah anda ibu bapa yang sering mengalami masalah di bawah...
 
Anak sering sakit?
Susah makan?
Picky-eater?
Berat badan kurang?

Jangan risau, Shaklee ada solusinya.. Insya Allah..


Set ini ditujukan khas buat anak- anak  yang berumur setahun dan ke atas. 

Chewable Vita-C Plus
 
Chewable Vita-C berperisa limau ini sangat sedap menyamai satu biji setengah buah oren. Ideal untuk kanak-kanak yang sedang membesar atau dewasa yang mengalami kesukaran untuk menelan pil atau tablet. Berfungsi untuk membantu memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan amat penting untuk pertumbuhan tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik. Menolong meningkatkan sistem imun anak- anak supaya tidak mudah dijangkiti selesema, demam dan batuk. 
 

(RM37.50 untuk 90 biji)

Omega Guard

Merupakan minyak ikan terbaik di dunia yang mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain- lain lagi. EPA diyakini menyihatkan jantung dan sendi. DHA sangat diperlukan oleh kanak- kanak bagi perkembangan dan fungsi otak yang optimum. Klik di SINI untuk info lanjut mengenai fungsi DHA untuk perkembangan otak kanak- kanak.
  
(RM136 untuk 90 kapsul)
 
 
 
Mealshake
 
Berperisa vanila dan merupakan hidangan lengkap mengandungi 24 jenis vitamin, mineral, fiber dan zat perlu. Diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu buah- buahan, sayur- sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain- lain. Sangat sesuai dijadikan sebagai menu sarapan pagi yang penuh berkhasiat. Sesuai kepada semua golongan termasuk kanak- kanak berumur setahun ke atas. Membantu dalam proses pertumbuhan anak- anak dan mampu untuk meningkatkan selera makan anak anda. Boleh dicampur/ dikisar bersama buah- buahan segar untuk dijadikan smoothies.
 
(RM113.75 untuk 544gram)


Jom tengok testimoni ibu -ibu..



Untuk pesanan atau informasi lanjut, boleh menghubungi
ibum2m di talian 013-6341955 (sms/Whatsapp/wechat)

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
 
 

Isnin, 14 April 2014

Pentingkah Minum Air Kosong?

 
Lihat tanda- tanda di bawah, adakah anda mengalaminya?

Selalu keletihan
Cepat penat
Kekeringan dalam mulut
Rasa sakit ketika kencing 
Warna kencing agak kekuningan 
Sering sakit kepala
Gejala sembelit
Pertambahan berat badan
Sakit otot
Emosi tidak stabil
 
 
Jika jawapan anda YA kepada salah satunya, maka ianya tanda badan anda memang kekurangan air.
 

Jom lihat kelebihan minum air kosong!


Melancarkan proses sistem tubuh
Menyahtoksik badan secara semulajadi
Kulit akan sentiasa lembap dan awet muda
Boleh melambatkan pengecutan kulit
Badan terasa cergas dan ringan
Membantu mengurangkan berat badan
 
Klik SINI untuk mengetahui banyak lagi kelebihan meminum air kosong.
 
 

 

Berapa banyak kena minum?


Formula pengiraan bagi mengetahui jumlah air yang diperlukan adalah sebanyak 1 liter untuk setiap 25kg berat anda..

Contohnya :
Berat 75kg bahagi 25kg = 3 liter
Maka, jumlah air yang diperlukan oleh tubuh anda ialah 3 liter.

Tapi jangan pulak habiskan minum 3 liter air dalam masa 2 jam ya kawan- kawan, nanti badan kita tidak dapat bekalan air secara berterusan. Ingat ya, konsep yang perlu dipegang adalah BEKALAN AIR MESTI BERTERUSAN, tidak boleh main catuan ya!:-)
 
Tips lain adalah minum air ketika dahaga, semestinya hanya anda yang tahu isyarat tersebut.
 
Adakah ibu menyusu memerlukan lebih air untuk diminum berbanding wanita lain?
 
Ya, tapi sekadar 4 hingga 5 gelas lebih daripada ibu yang tidak menyusu. Untuk info selanjutnya, boleh klik di SINI.
 
JOM AMALKAN MINUM AIR SETIAP SETENGAH JAM!
 
"Be Positive, I Love BF"
 
 
Salam sayang,
ibum2m

Sabtu, 12 April 2014

Set Kurus Secara Semulajadi, Mudah Dan Berkesan Dengan Shaklee

Mendapat berat badan yang ideal memang menjadi idaman semua kan? Anda boleh klik di sini untuk melihat tips secara mudah dan berkesan yang saya baca melalui majalah Rapi. 

Disamping tips- tips di atas, Shaklee pun ada solusi tersendiri bagi menjayakan matlamat anda.

Secara umumnya, terdapat 3 langkah untuk menurunkan berat badan dengan Shaklee.

Langkah 1:
 
Bakar Lemak
Lecithin (RM52.50 untuk 180 kapsul)
atau
Omega Guard (RM 136 untuk 90 kapsul)

Langkah 2 :
 
Buang Lemak (Detoks) 
Alfalfa (RM 53.75 untuk 330 biji/ RM 97.50 untuk 700biji)
atau
Herblax (RM52.50 untuk 120 biji)

Langkah 3 :
 
Bina Otot 
ESP (RM150 untuk 850gram)
atau 
Cinch (RM 173 (perisa vanila/ cafĂ© latte/ coklat) untuk satu canister)
 



Mari lihat testimoni mereka2 yang berjaya menurunkan berat badan dengan Shaklee..
 

 
 


Assalamualaikum kawan2
 
Testimonial diri sendiri.
 
Before: 66-68 kg ...
After: 58 kg
 
Sy cuma consume Herblax dan Lecithin sahaja. Pada mulanya sy consume utk masalah sembelit yg agak kronik dan kolesterol tinggi (naik bintik kolesterol kt mata dan ikut report medical, kolesterol tinggi), but then after 2 - 3 months badan semakin susut.
Kesan yg best: Bintik kolesterol tu dh hilang, kolesterol dh paras normal (kdg2 kurang dari tu) and sembelit makin baik. Sy jenis yg rangka besar, jadi berat sy tak banyak yg turun berbanding org lain, TAPI inch loss mmg banyak. Sekarang ni, kdg2 je sy mcm lecithin dan herblax, bdn tak naik pun. cuma kena kawal makan yer.
Alhamdulillah sy dh dpt berat normal (^_^). To all people out there, kena cuba yer. Kite mampu untuk ubah dan SIHAT. Yang penting, perlu yakin dan konsisten. hehehe
 
TERIMA KASIH SHAKLEE
 
Credit to adeq shamar..
 
 
 
Pilihan di tangan anda. Anda boleh memilih mana-mana produk di atas sesuai dengan bajet masing- masing.
 
Untuk sebarang pesanan, boleh terus menghubungi ibum2m di talian 013-6341955.
 
Konsultasi berterusan untuk anda.. Insya Allah..
 
Salam Sayang,
ibum2m

Isnin, 31 Mac 2014

Aku Si RaTu Jamu???

Salam bahagia

Sejak kecil lagi, Ibu saya memang mengamalkan minum jamu. Jamu ini memang senang di dapati dan sememangnya ada saja wanita Jawa yang datang menggendong bakul yang penuh berisi botol- botol yang mengandungi pelbagai jenis campuran jamu. Justeru tidak hairanlah kami semua adik beradik perempuan yang seramai 8 orang, memang sangat meminati jamu asli ni.

Kebiasaannya, setiap pagi isnin mbak (panggilan untuk wanita Jawa penjual jamu gendong) ni akan datang ke rumah di sekitar kawasan perumahan untuk menjual Jamu. Jamu yang dijual sangat asli kerana semuanya dibuat oleh campuran2 asli seperti beras kencur, halia, daun sirih dan macam2 lagi. Semestinya bukan yang siap dalam paket ya. Kelainan dari segi rasa memang sangat sedap dan sangat berkesan apalagi jamu halia, terus boleh buang angin masa tu jugak.hehe

macam ni la penjual jamu gendong


Jadi, mau dijadikan cerita, semasa berpantang pun saya memang mengamalkan jamu tapi saya beli yang paket serbuk Jamu Air Mancur Indonesia sahaja yang berharga RM60 yang kebiasaannya dijual di pasar Tawau. Ibu saya semasa berpantang anak sehingga yang ke-sebelas semuanya menggunakan Jamu Air Mancur.

Akan tetapi, Jamu Air Mancur hanya di amalkan selepas seminggu usia bayi. Seminggu pertama saya mengamalkan Jamu gendong dalam paket khas yang amat pahit rasanya. Semuanya berasaskan herba- herba terpilih.

Mesti terkejut kan, Jamu dan Shaklee? Boleh ka ambil kedua-duanya masa berpantang? Bila masa pulak mau amalkan Shaklee dan bila masa pulak nak telan jamu?
Sejujurnya, semasa berpantang anak kedua, memang saya mengamalkan kedua-duanya. Jamu dan Shaklee. Boleh asalkan ibu-ibu menjarakkan pengambilan Jamu dan Shaklee tersebut selama 2 jam.

Jadual Pengambilan

Pagi sblm breakfast : Jamu
Minum pagi (10pg) : Vit B 1biji dan Zink 1biji
Tghari: Vitalea 1biji, Vitamin C 1biji
Minum petang: Jamu
Malam: ESP 1scoop, Zink 1biji, Ostematriks 4biji
Awal pagi (3/4 am) : ESP 1scoop

Klik SINI untuk mengetahui setiap maklumat vitamin dalam set berpantang atau bersalin Shaklee.

Kesannya? 

Alhamdulillah sangat berbaloi,  selepas 2 minggu luka sudah sembuh dan saya mampu untuk memasak dan melakukan kerja- kerja rumah yang ringan sahaja. Masa ni memang teringin mau makan kek, maka saya sempat lagi masuk dapur untuk buat kek coklat..huhu..


sila abaikan kek yang merekah atas tu ya..hehe


Susu memang meriah, saya membuat stok seawal sebulan usia Mikail dan mula mengepam susu seawal 3 hari masa berpantang. Sudah pasti saya dapat pam susu awal yang mengandungi tinggi kadar kolustrum yang sangat penting untuk bayi.


kolustrum 3 hari berpantang


Syukur Alhamdulillah sepanjang tempoh 2 bulan saya dapat kumpul lebih kurang 500oz ++ dan percaya atau tidak, semua stok susu ni diterbangkan khas dari Tawau ke Putrajaya!! ;-)) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!

Kebaikan lain

Apa yang paling menggembirakan saya adalah masalah utama iaitu SEMBELIT tiada lagi!!! Terbayang masa berpantang Maisha, anak pertama memang menyakitkan. Tidak dapat saya gambarkan keadaan pada masa itu, memang menangis dalam toilet.huh..

Selain itu, di sepanjang tempoh berpantang, badan terasa lebih bertenaga dan emosi lebih stabil walaupun sentiasa tidak cukup tidur, hanya tidur 3- 4 jam sahaja tapi dengan pengambilan Ostematriks, tidur memang sangat lena dan berkualiti, bangun pagi terasa segar, tidak terasa lenguh2 badan dan sakit belakang.

Bagi baby Mikail pula, memang bagai dipam, mana tidaknya beratnya naik sekali ganda pada bulan pertama, dari 3.2 kg terus melonjak ke 6.4 kg..;-) 



25 Ogos 2013, 11.15 pagi di Hospital Tawau,Sabah


Muhammad Nuh Mikail, 3.2 kg




Mikail 2 bulan

Sesungguhnya pengalaman ini sangat berharga buat saya sekeluarga. Doa saya semoga Muhammad Nuh Mikail bin Mohamad Nazim akan menjadi anak yang taat, patuh dan soleh kelak.. Insya Allah. Aamiin.. ;-)

Salam Sayang,
ibum2m

Set Berpantang/ Bersalin Shaklee

Tahniah kerana pada detik ini, anda adalah ibu kepada si comel anda. Sesungguhnya saat ini adalah momen yang paling bermakna dalam hidup seorang ibu.

Untuk pengetahuan, set ini boleh diambil oleh ibu- ibu yang bersalin secara normal mahupun pembedahan seawal sejurus selepas kelahiran bayi anda.


Set Berpantang/ Bersalin Asas:

Vitalea
Diperkaya dengan 12 jenis vitamin dan 7 mineral penting, mengandungi zat besi yang amat penting untuk proses pembentukan sel darah merah.
 (RM 88.75 untuk 120 tablets)
Vitamin B Kompleks
Mampu memberikan tenaga tambahan, bertindak sebagai agen penenang semulajadi dan membantu melancarkan peredaran darah.
(RM53.75 untuk 120 tablets)
Vitamin C
Antioksidan semulajadi, menolong meningkatkan imun sistem dan menjadikan tekstur kulit lebih sihat dan cantik.
(RM 92.50 untuk 180 tablets)
Zink
Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka
(RM 33.75 untuk 120 tablets)
Harga Full Pack hanya RM 268.75 sahaja!


Tambahan: 

Ostematriks
Menghilangkan sakit belakang dan lenguh- lenguh badan, membantu untuk tidur lena dan berkualiti.
(RM61 untuk 120biji)
Energizing Soy Protein (ESP) 
Membantu memekatkan susu ibu agar bayi cepat kenyang dan tidak mudah meragam. Bonus: dapat mencerahkan, melembapkan kulit ibu dan bayi.
(RM 150 untuk satu canister)
Lecithin
Agen pemecah lemak dan membantu melancarkan pengeluaran susu ibu sekaligus boleh mengelakkan ibu mengalami bengkak susu.
(RM52.50 untuk 180 tablets)
Alfalfa
Detoks semulajadi, membantu untuk proses penghadaman, melegakan rasa kebas dan sakit sendi, mengawal keputihan dan bertindak sebagai 'milk booster'.
(RM 53.75 untuk 330 tablets, RM 97.50 untuk 700 tablets)

Add on untuk ibu menyusu

Mari lihat testimoni ibu- ibu yang lain..



Pilihan di tangan anda. Apa yang penting bagi saya, pilihan saya MESTILAH selamat, berkesan dan semulajadi kerana hanya yang TERBAIK akan saya berikan buat si manja saya..
'Be positive, I Love Breastfeeding'

Untuk keterangan lanjut dan pesanan, bolehlah menghubungi
ibuM2M di 013-6341955 (sms/whatsapp/wechat) atau boleh terus klik di bawah untuk pesanan segera SET BERSALIN SHAKLEE!


SET BERPANTANG/ BERSALIN SHAKLEE


Salam Sayang,
ibuM2M

**produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, mencegah atau merawat sebarang jenis penyakit.

Jumaat, 28 Mac 2014

Lima 'Jamu Tradisional' DIY Khusus Untuk Wanita



1) Air Kunyit : Bantu Kecutkan Rahim

Sesuai diamalkan untuk para ibu selepas melahirkan anak kerana boleh mengecutkan rahim di samping memperbanyakkan susu.

Bahan- bahan
2 ketul kunyit
1/2 ketul halia
2 batang serai
1/2 ketul lengkuas
1/2 ketul temu kunci
Sedikit garam
1 liter air

Cara membuat :
Kisar semua bahan ini sehingga hancur
Masak dengan air selama 40 minit hingga satu jam
Minum segelas sehari

2) Teh Halia : Buang Angin Dalam Badan

Bagus untuk membuang angin dalam badan, membantu menghilangkan stress dan boleh membuatkan anda lebih relaks.

Bahan- bahan
2 ketul halia
2 uncang teh
Gula petang secukup rasa
1 jag air panas

Cara membuat :
Rendam teh dalam air panas sehingga kembang.
Masukkan halia diikuti dengan gula perang. Kacau hingga sebati.
Boleh diminum dua gelas sehari.

3) Air Kurma Bekalkan Tenaga

Membuatkan badan cergas dan menaikkan seri wajah. Ia juga membanyakkan susu di samping melembapkan kulit.

Bahan - bahan
5 biji kurma
1 gelas susu segar
1 sudu madu

Cara membuat :
Kisar semua bahan ini sehingga hancur.
Minum sehari sekali, sangat elok diamalkan ketika perut kosong.

4) Jus Delima Bantu Kurangkan Kolesterol 

Delima dikatakan sangat baik untuk meningkatkan tahap KESIHATAN. Kolesterol dan lemak dapat dikurangkan secara perlahan- lahan. Ina juga membekalkan vitamin yang membantu kulit agar tampak lebih berseri serta cerah.

Bahan- bahan
1/2 sudu teh jus Delima
1 sudu besar madu
1 gelas air suam

Cara membuat :
Kacau semua bahan ini sehingga sebati. Minum sekali sehari.

5) Gabungan Herba Pulihkan Bahagian Intim

Memanaskan badan, memberi tenaga dan memulihkan kesihatan dalaman wanita.

Bahan- bahan
1 ulas bawang putih
7 biji lada hitam
1 inci halia
2 inci ibu kunyit
1 sudu besar madu
1 biji telur ayam kampung

Cara membuat :
Pecahkan telur dalam cawan.
Satukan bahan yang ditumbuk diikuti dengan telur.
Kemudian, masukkan madu. Kacau hingga sebati.
Minum segelas sehari selama 3 hari berturut- turut terutama untuk ibu- ibu selepas bersalin.


Silakan share untuk khususnya untuk para wanita di luar sana.

Kerana dirimu begitu berharga ;-)

Semoga bermanfaat..

Salam Sayang,
ibuM2M





Isnin, 17 Mac 2014

Atasi Sakit Lutut dan Sendi Berkesan Dengan Shaklee

Kebiasaannya, sakit lutut sering di alami oleh golongan orang berusia. Sakit lutut atau dikenali sebagai osteoarthritis (OA) ialah sejenis sakit sendi yang disebabkan oleh proses penuaan yang berlaku dalam sendi.

Punca?
Permukaan rawan sendi menipis dan cecair sinovial atau 'bahan pelincir' dalam sendi semakin berkurangan. Ini mengakibatkan pergeseran kasar berlaku dan kadang-kadang disertai dengan bunyi 'klik' yang memang menyakitkan.

Cadangan supplemen Shaklee bagi mengurangkan sakit sendi ini adalah :



# Advanced Joint Health Tablet:
Menyokong keselesaan sendi, meningkatkan kesan kusyen dan
memelihara tisu penyambung yang sihat.

(RM 124 untuk 60tablet)

# Ostematriks:
Sumber kalsium yang penting untuk mengekalkan
sel tulang, otot dan ligamen yang sihat.

(RM61 untuk 120 tablet)

# Omega Guard:
Mengurangkan inflamasi sendi dan bertindak sebagai agen pelincir bagi membantu pergerakan yang bebas.

(RM 136 untuk 90 kapsul)


Mari lihat testimoni di bawah..





Justeru, mari hadiahkan set ini untuk orang- orang tersayang. ;-)

Untuk keterangan lanjut dan pesanan, bolehlah menghubungi
ibuM2M di 013-6341955 (sms/whatsapp/wechat)


**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, mencegah atau merawat sebarang jenis penyakit.

Khamis, 13 Mac 2014

Set Mighty 3 Gems : Puasa Penuh Ketika Sarat Mengandung 8 Bulan!

Ceritanya masa saya mengandung Maisha dulu, saya memang tidak puasa disebabkan alahan saya yang sangat teruk. Cuba bayangkan, asal bangun pagi perkara pertama yang dibuat adalah muntah 'kuning', terasa sangat pedih dan keluar semua asid2 dan jus gaster dalam perutku..Aduss sangat takut apabila terkenang balik semua tu. Ditambah lagi dengan suami yang jauh di mata..huwaaa..

Tapi Alhamdulillah syukur sangat2 sebab semua perkara di atas tidak dialami time mengandungkan Mikail. Apatah lagi dapat berpuasa PENUH time sarat mengandung 8 bulan. 

Mungkin bagi ibu2 lain, perkara ini biasa saja tapi bagi saya, ini memang KEJAYAAN luar biasa saya. Maisha time tu masih lagi direct bf, dia memang langsung tidak menyusu melalui botol jika ada saya. Bayangkan lagi, selepas balik dari keja, memang dia terus mengempeng dengan saya. Inilah CABARAN besar yang dapat saya harungi. Syukur dengan izinNya juga.

Di sini saya kongsikan supplemen Shaklee yang saya ambil semasa mengandung dan berpuasa pada masa itu.




 

ESP (Energizing Soy Protein)
Membantu membekalkan tenaga berpanjangan dan segera.
Ini membantu badan tahan lapar untuk tempoh yang panjang.
 
(RM150 untuk 1 canister 850 gram)

Performance Drink
Sangat membantu bagi mengelakkan dehidrasi kerana membekalkan elektrolit2  penting untuk menjaga kestabilan tubuh agar tidak 'kekeringan'.
 
(RM82.50 untuk 1 canister 539 gram)
 
Mealshake
Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu untuk tubuh.
Membantu tumbesaran dan membekalkan nutrisi lengkap kepada setiap sel badan.
 
(RM 113.75 untuk 1 canister 544 gram)
 

Saranan saya, ketiga- tiga supplemen di atas bukan sahaja boleh di ambil semasa berpuasa, akan tetapi boleh untuk kegunaan seharian lebih- lebih lagi untuk golongan yang susah untuk menelan pil atau tablet.
 
Mari lihat testimoni- testimoni yang lain...
 

 
 
Harga SET MIGHTY 3 GEMS hanya RM346.25 sahaja.

Mari dapatkannya sekarang dengan menghubungi
ibum2m di talian 013-6341955 (SMS/ whatsapp/wechat)
 
 
**Produk di atas tidak bertujuan untuk mendiagnos, mencegah atau merawat sebarang jenis penyakit.


Jumaat, 7 Mac 2014

Bolehkah Ibu Mengandung Menaiki Pesawat?

Salam sayang semua..

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman perjalanan menaiki pesawat sebelum melahirkan anak pertama, Maisha pada 16 September 2011 dan anak kedua, Mikail pada 25 Ogos 2013. Kedua- dua anak saya menjadi anak kelahiran Tawau walaupun time Maisha dulu, saya masih bekerja di Kota Kinabalu manakala time Mikail, saya sudah berpindah ke Semenanjung.
Saya merancang untuk bersalin di tempat kelahiran saya supaya sepanjang tempoh berpantang, saya boleh dijaga oleh ibu sendiri yang merupakan seorang surirumah manakala mertua saya, kedua- duanya masih bekerja.
Semuanya memerlukan perancangan yang teliti memandangkan saya akan 'travel' menaiki kapal terbang untuk ke Tawau. Untuk pengetahuan, sepanjang mengandungkan Maisha, boleh dikatakan setiap bulan saya akan berulang alik menaiki kapal terbang ke Semenanjung memandangkan suami saya bekerja di sana manakala saya di Kota Kinabalu.
Dengar pun dah penat kan, apalagi saya pada masa itu yang mengalami alahan teruk memang sangat meletihkan, apapun saya gagahkan juga untuk berjumpa dengan 'chenta' hati saya..;-)
Ada TIGA perkara penting yang selalu saya praktikkan apabila hendak menaiki pesawat semasa mengandung.
# PERTAMA adalah dengan  mengambil langkah berjaga- jaga setiap kali kapal terbang berlepas dan mendarat, saya akan angkat sedikit punggung supaya mengelak daripada hentakan berlaku.
# KEDUA, saya akan minum air kosong seteguk dua setiap setengah jam untuk mengelakkan dehidrasi. Perlu di ingat, sekiranya anda membawa air kosong dalam Tupperware, jangan lupa untuk membuka tutup botol sebaiknya 2 kali sepanjang berada di udara. Ini kerana tekanan yang tinggi akan menyebabkan botol tersebut 'meletup' atau terbuka sendiri dan tanpa anda sedari, air minuman anda mungkin akan membanjiri 'handbag' anda..huhu ni pengalaman saya sendiri..;-) 
# KETIGA, gerakkan kaki setiap setengah jam bagi mengelakkan berlakunya kejang otot. Semasa mengandungkan Mikail, saya memang sentiasa memakai stokin khas bagi mengelak kekejangan sebab mulai minggu ke 30, saya mengalami urat timbul atau dikenali sebagai varicose vein di kaki kiri saya. Menurut orang tua2, baby lelaki memang akan berat pada sebelah kiri dan baby girl sebaliknya.. Wallahualam..;-)
Untuk pengetahuan, sekiranya anda ingin memilih Air Asia, minggu ke 34 adalah minggu yang terakhir yang dibenarkan. Sila rujuk syarat menaiki pesawat Air Asia untuk ibu mengandung di SINI.  

Bagi pesawat MAS, minggu ke 36 adalah minggu terakhir untuk travel bagi ibu mengandung dan boleh rujuk di SINI untuk terma dan syarat MAS. Perlu diingat yang anda MESTI mempunyai surat kebenaran daripada doktor yang menyatakan anda mengandung untuk minggu ke berapa pada tarikh nak travel dan samaada anda "Fit to travel" atau tidak pada masa tersebut.
Selain itu, anda boleh merujuk panduan bagi ibu mengandung untuk menaiki pesawat yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi di sini.

Dipendekkan cerita, saya mula merancang saya mesti berada di Tawau selewat-lewatnya minggu ke 34. Jadi, segala persiapan seperti tiket kapal terbang memang sudah dibeli seawal mungkin dan pastikan permohonan cuti sebulan sebelum tarikh bersalin telah dihantar secepatnya. Dan bakal ibu- ibu yang manis, selesaikan semua urusan kerja anda sebelum mula bercuti panjang ya..:-)


'Be Positive, I Love BF'
Love,
ibu m2m

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...