Rabu, 27 April 2016

Bolehkah Cabut Gigi Ketika Hamil?

Bismillahirrahmanirrahim..
Entri kali ni memang seram sikit. Sakit gigi masa mengandung 8 bulan..pregnant anak ketiga..adoyai..memang tak tertanggung rasa. Lain lagi perut yang sudah membesar, bikin susah tidur, inikan pula ditambah lagi dengan sakit gigi..memang sandiikkk urang Sabah cakap.
Sebetulnya masa trimester kedua memang rasa sudah gigi geraham paling hujung sebelah atas kanan ada lubang sikit..rasanya ni kira gigi bongsu la. Tapi masih ragu- ragu bolehkah kalau ibu mengandung pigi cabut gigi? dan persoalan tu dibiarkan seja sebab ingat nanti lah pas bersalin baru pi check gigi. Mo gugel pun malas..
Sampailah minggu ke 32, terasa memang sudah ada sikit- sikit berdenyut tapi masih dibiarkan lagi, pigi antenatal check up pun, ndak mau kestau Dr. Terus sampailah minggu ke 33 ni, aduss memang sakitnya ndak tertanggung lagi..sakit betul apa lagi kalu lepas makan. Sisa makanan masuk dalam tu memang sakitnya Allah sahaja yang tau..konon ambil langkah berhati- hati memang setiap kali pas makan, p berus gigi dan kumur listerine. Tapi benda mo jadi, jadi jugak la..
Time 33 minggu baru la gugel di internet, boleh kah wanita hamil cabut gigi? Banyak jugak la yang dijumpa, ni di antaranya..
Cerita plak dengan kakak di ofis ni, minta pandangan dia, nak cabut katanya? Jangan lah sayang lah gigi tu.. Adoi, kalau sudah sakit, biarlah gigi ni hilang kak..lagipun, gigi bongsu rasanya bukannya guna sangat pun kan? Ni untuk kasik tenang hati sendiri baini..hehe. Terus akak tu ajak gi klinik pergigian dekat dengan ofis.
Timbul lagi perasaan skeptikal dengan klinik kerajaan. Dalam hati, pigi private ja la, lagi senang, bayar RM60 terus boleh cabut. Kalau klinik kerajaan ni, mesti lama tunggu, sakit lebih la...bagi ubat dulu then datang lain hari untuk appointment..Ofismate cakap, bagus lagi klinik gigi kerajaan, lagi jimat..
Tapi ramalanku memang sungguh TIDAK BENAR sama sekali ya. Semalam, pagi-pagi tu amik time slip, pegi jam 8pagi untuk ambil nombor giliran. Pastu bayar yuran pendaftaran RM1 seja yaa. Tunggu punya tunggu sampai jam10 pagi baru tiba giliran, xpa la 2 jam ja..ok lagi ni.
Jumpa Dr alahai punyalah lembut, doktor tu rasanya muda lagi dari aku, perempuan, comel seja..:-) Pastu dia cakap, kebiasaannya untuk trimester kedua sahaja dorang boleh buat rawatan gigi, itu pun boleh tampal, kalau cabut tidak boleh. Aik, lain pulak yang aku baca di gugel. Dia check gigiku, ehmm ni paling hujung, biasanya susah jugak nak tampal ni katanya. Pastu aku yakinkan jak Dr tu yang aku ni Alhamdulillah tiada masalah apa- apa sepanjang pregnancy dan aku nekad mau cabut jugak gigi ni.
Terus dia bincang dengan doktor sorang lagi tu, then bagi keputusan, " Ok lah kak, saya cabut lah gigi ni. Bagi saya bius sikit dulu ya, sakit sikit tau"..Aku pun angguk- angguk ja sebab mulut sudah ternganga besar..hehe
Pastu dia suruh keluar untuk biarkan ubat tu kasi kebas di bahagian yang mo dicabut. Pas dalam 45minit, pipi kanan memang ndak boleh senyum sudah. Giliran pun sampai. Aku kira- kira, ndak sampai pun 10- 15 minit, tercabut sudah gigi tu. Alhamdulillah. Aku memang salute la dengan tahap profesional doktor ni, memang lembut dan takdalah rasa macam mo tercabut tudung time dia buat prosedur tu. Bersih seja..fuhh lega rasanya.
Sempat lagi dia puji, cantiklah jubah, beli siap ker jahit? Oo, ini beli kain then jahit ja. Beli kain kat jakel ker? tanyanya lagi. "eh, takdalah, beli di Jalan TAR ja.." balasku..Cantik lah, puji lagi huhu..Terus dia bagitahu kawannya, nanti kita gi beli kain jugak la, nak buat jubah..aku senyum ja..:-)
Haa.. inilah kenangan sakit gigi semasa mengandung yang memang tidak boleh dilupa. Jadi untuk preggie mom di luar sana, pigi jak jumpa Doktor gigi walaupun dengar desas- desus yang ibu mengandung tidak boleh terima rawatan gigi. Satu lagi, pigilah klinik pergigian kerajaan, jimat lagi. Tau ka berapa bayaran untuk cabut gigi sebatang? RM1 ja yaa..rawatan root canal pun RM4 seja..Naa, sangat jimat berbanding private yang harga rawatan root canal sampai beratus- ratus itewww..huhu
Syukur Alhamdulillah derita sakit gigi sudah berakhir. Sungguh tidak dapat aku bayangkan, di kala sakit mau bersalin datang, di saat itu jugakla datang sakit gigi...Wallahu'alam, minta dijauhkan.
Pasni selalu lah beringat, setiap 6 atau setahun kena pigi jugak jumpa doktor gigi..huhu..
Sharing is loving!
Ikhlas dari,
ibum2m

Rabu, 23 Mac 2016

Perkhabaran baru..

Assalamualaikum..
 
Apa kabar semua? Harap semoga senantiasa dalam keadaan sihat walafiat walaupun dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ni kan? Sekejap heatwave menyerang, sekejap jugak Allah turunkan rahmat hujan ke atas muka bumi ni.. Alhamdulillah..:-)
 
Sangat lama tidak menginjak di blog ni apatah lagi menulis. Terasa janggal jugak hehe..Alhamdulillah ibum2m bakal melahirkan 'M' yang ketiga, inshaa Allah penghujung bulan 5 atau awal bulan 6..due date 2/6/2016..doakan agar semuanya dipermudahkan ya..
 
Sekarang sudah 29 minggu. Terasa berdebar dan nda sabar jugak sebenarnya..huhu. Apatah lagi belum ada satu pun persiapan yang dibuat sebabnya sibuk pindah rumah ke Shah Alam..Lepas ni, jadi orang Shah Alam la pulak..
 
Wah, banyak sungguh cerita yang terpendam yang ingin dikongsi di sini, semacam rindu dengan buah hati pulaknya. Teringat zaman bercinta dolu- dolu.. Mula lah semua kenangan dikenang dan setiap satu datang untuk di imbau dan di ingat kembali..
 
Segalanya berlalu dengan pantas. Alhamdulillah dalam kesibukan bekerja, selesai jugak Master yang di amik 2 tahun yang lalu. Bersyukur yang teramat sebab segalanya dipermudahkan oleh Nya. Insha Allah tengah tunggu konvo lagi ni bulan September atau Ogos ni. Jadinya, tahun ni bakal dapat 2 sijil la..satu sijil lahir bakal 'M' yang ke-3 dan sijil sarjana yang betul- betul di tunggu- tunggu..dapatlah kami bergambar konvo, 5 orang nanti..Aamiin

Master Health Education Batch 24.. rindunyaa



Selesai..
 
 
Sesungguhnya perancangan Allah SWT itu amat indah. Aku bersyukur sangat Ya Allah atas apa yang Engkau kurniakan..Semoga dengan kasih sayangMu ini dapat menambahkan lagi tahap keimanan dan keteguhan terhadapMu Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
 
Aamiin Ya Rabbal A'lamiin..
 
Ikhlas dari,
ibum2m
 

Bila Berniaga, Jangan Kutip Hutang Dan Terkena Matahari

Bismillahirrahmanirrahim..

 
Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan, Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak kamu lakukan.  

 

1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.

2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari

 

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

 

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,

 

Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot? Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si adik : Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.Ayah pesan lagi, KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

 

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya. Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?

Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah. Si ibu : Apa ayah mu pesan? Jawab si abang: Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.Kedua , ayah pesan. KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.

 
Moral of the story

 
Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanya lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya. Jadi, belajar lah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing kehidupan kita, semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah. Mudah mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat. Nabi Muhamamad sa, pernah bersabda;“Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan padanya agama dengan sebenar benar kefahaman”.
 

Sumber: Tazkirah.net, oleh Bahagian Dakwah JAKIM

Semoga bermanfaat!
 
-ibum2m-

 

Khamis, 1 Oktober 2015

5 Tips Rawat Jerawat Bagi Yang Mementingkan Kecantikan Kulit Dengan Produk Shaklee

Bismillah hirrahmanirrahim..

Salam buat semua. Alahai, lama ndak berblog ni. Bersarang labah- labah sudah ni blog.

Masa mau dekat raya aritu, ibum2m stress jugak ya sebab time tu memang dekat- dekat 'bulan merah', maka sang jerawat ni pun mau jugak beraya sama- sama..

Jadi, apa yang ibum2m buat..

1# Cuci Muka dengan Kerap

Biasanya cuci muka 2 kali sehari ja tapi kali ni 4 kali cuci muka ya. Pagi, tengahari, petang dan malam sebelum tidur. Sebab rasanya muka ni banyak kena kuman dan minyak yang wajah kita keluarkan (sebum) di tambah lagi dengan hormon, tu yang 'jers' datang. Dan cuci muka tu semestinya guna pencuci Gentle Deep Foaming Cleanser oleh Set Penjagaan Kulit Nutriwhite Shaklee. Rasa lembut dan bersih jak muka lepas guna ni. Walaupun dengan adanya si 'jers' tu..huhu

2# Tempek Si "Jers" dengan Herbal Blend Shaklee

Haa..ni lagi best. Cream Herbal blend ni kalo tepek di 'Jers', memang confirm jerawat akan kecut. Sehari guna banyak kali la jugak. Selain itu, Herbal blend ni banyak betul kegunaannya, tumit kaki merekah, digigit nyamuk, lenguh kaki, ruam baby, eczema dan macam- macam lagi la. Harganya pun murah ja, RM 20 ++ ja untuk pelbagai kegunaan. Semestinya ianya tiada bahan kimia, selamat dan tiada paraben yang berbahaya tu! Sesuai untuk semua peringkat umur dari baby sampai orang dewasa.
3# Buat Masker guna Zink Complex Shaklee + ESP
Ambil satu tablet zink, tumbuk dan campur sedikit dengan air atau susu tepung  (biasanya ibum2m guna ESP (Energizing Soy Protein Shaklee). Sapu di bahagian 'Jers' tu dalam 3-4 kali  sehari. Kejap ja guna, biasa 10 hingga 15 minit kering pastu basuh dengan air suam. Zink ni berupaya untuk mengecutkan jerawat dan ESP atau susu tepung berfungsi untuk memudarkan parut jerawat.
4# Makan Zink Complex Shaklee
2 biji tablet Zink + 1 GLA  dan tidak meninggalkan rutin minum ESP setiap hari. Zink yang kita telan tu untuk penyembuhan kulit secara dalaman dan ESP yang diminum untuk mencerahkan dan memudarkan parut dari jerawat tadi. Manakala GLA tu untuk keseimbangan hormon dalam badan kita dan boleh membuatkan kulit wajah glowing walaupun dengan kehadiran sang "Jers" tu..hehe
5# Berdoa
Nah sudah buat semua ikhtiar atas tu, berdoa la pada Allah SWT supaya kulit kembali pulih. ;-) semestinya banyakkan berselawat sebelum melaksanakan semua ikhtiar di atas.
Yalah, kita manusia biasa. Even makan supplement hari- hari, tetap ada jugak 'bad day' kan? Semua ni adalah proses semulajadi dalam badan. So, terimalah diri anda seadanya. Positif selalu okay!

Salam sayang,
ibum2m

Selasa, 23 Jun 2015

Kisah Inspirasi Terhebat Buat Wanita Menyusu Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua..


Buat ibu- ibu menyusu di luar sana, kuatkan semangat, in shaa Allah kita boleh! Di sini ibum2m kongsikan kisah inspirasi buat semua dengan harapan dapat menaikkan lagi semangat kita para ibu menyusu di luar sana.. Aamiin..

 
 
Salam buat semua..
 
Saya mulakan dari mula perkenalan dengan suami ya..
 
Berkenalan dengan dia sewaktu universiti, bertembung di Masjid Shah Alam, dia diluar pagar waktu terawih. dan saya seperti kenal terus menegur, " Kenapa tak masuk?" jawapan dia "Maaf ya, saya bukan Islam tapi hati saya sangat sejuk dan tenang dengan bacaan ayat- ayat suci Al-Quran". Semakin rapat hanya kerana beliau ingin mendalami Islam dan memeluk Islam pada Januari 2006 dengan nama Abdul Ra'uf Calgary Abdullah (bangsa Iban).
 
Kami berkahwin pada 20/08/2008, mendapat tentangan hebat dari keluarganya kerana mereka menyalahkan saya, dia memeluk Islam dan perkahwinan kami menyebabkan ibunya terus membuangnya sebagai anak. Saya hamil setahun kemudian tetapi gugur pada 15 minggu dan hamil anak kedua (Adam Darwisy) pada tahun 2010.
 
Adam dilahirkan pada 03 Disember 2010 pada minggu 34 dengan berat 1.58kg. Adam warded NICU untuk 29 hari di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan sepanjnag di hospital, keluarga mertua langsung tidak mengjenguk kami atau mengambil tahu tentang kami, seolah- olah kami tidak wujud. Suami amat menggalakkan breastfeeding walaupun saya memang tak mahu, tapi suami berkeras kerana baginya kasih sayang ibu tergambar dalam setiap titisan air susu ibu (seperti ibunya yang menyusukannya selama 3 tahun).
 
Hidup kami sangat bahagia sampai 1 hari, Allah telah mengambil dia disebabkan kemalangan pada 7 Jun 2010. Sampai ke hari ini, saya masih tidak percaya arwah telah pergi meninggalkan saya dan Adam. Saya terus berhenti kerja notis 24jam bawa Adam ke kampung saya di Taiping, Perak. Saya akui saya sangat lemah, tanggungjawab saya pada Adam saya abaikan, saya jadi tidak terurus lepas arwah pergi. Namun, satu- satunya perkara yang tetap saya buat ialah MENYUSUKAN Adam. Saya ingat pesan arwah "Abi nak anak abi cantik, pandai dan beriman kerana minum susu ibu".
 
Rupanya pesanan arwah itu banyak manfaatnya pada saya. Memang saya akui lepas arwah meninggal, saya banyak berkurung dan menangis. Tapi setiap kali menyusukan Adam, macam ada KEKUATAN yang disalurkan dari Adam pada saya. Terasa dekat di hati menusuk dan saya rasa kuat untuk terus tabah dan hadapi hidup ini. Even parents saya pun terkejut dengan perubahan saya bila saya cakap saya nak kerja semula.
 
Saya sendiri tak tahu nak menyusun kata- kata atau nak mengungkap bahasa yang indah- indah tapi itulah kurniaan Allah melalui air susu ibu. Saya  berharap agar cerita saya dapat memberi galakan dan semangat pada ibu- ibu lain kerana hikmah dan anugerah Allah berikan ini bukan sekadar mengenyangkan,  membesarkan malahan LEBIH dari apa yang kita jangkaukan..
 
SubhanAllah..
 
Dipetik daripada "Buku Inspirasi Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya" 
 
 
Salam Sayang,
ibum2m

Selasa, 2 Jun 2015

Cara Mudah Mendapatkan Rawatan Kesuburan Di Hospital Kerajaan

Bismillahirrahmanirrahim..



Zuriat sememangnya adalah impian bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin. Anak kurniaan yang terindah dan sangat bernilai yang mampu mencorakkan kebahagiaan rumahtangga. Anak juga sedikit sebanyak dapat mengajar kita untuk lebih matang dan lebih menghargai hidup ini.




Pengalaman ini dikongsikan oleh rakan ibum2m yang sememangnya telah mendirikan rumahtangga hampir 5 tahun dan belum dikurniai cahayamata. Pelbagai usaha telah mereka cuba dan sampai pada saat ibum2m menulis ni, rakan ni masih lagi mencuba untuk mendapatkan rawatan kesuburan.

Entri kali ni sekadar ingin berkongsi pengalaman beliau dalam ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata dan supaya pembaca boleh membuat perbandingan diantara pelbagai jenis rawatan yang disediakan melalui hospital kerajaan dan juga swasta.

Pada mulanya, beliau mendapatkan rawatan kesuburan di salah sebuah hospital swasta di ibukota. Dan semestinya sudah ribuan ringgit harus disediakan bagi menjalani setiap rawatan yang dicadangkan oleh pakar di sana. Paling kurang, pasangan perlu menyediakan RM15 ribu hingga RM20 ribu untuk menjalani rawatan tersebut. Malangnya, tiada rezeki bagi mereka di sini. Rawatan tersebut tidak berjaya.

Comel sungguh kan? ;-)

Kali kedua, beliau mencuba mendapatkan rawatan di LPPKN. Untuk mendapatkan rawatan IUI, kos yang perlu disediakan adalah RM1000 untuk setiap rawatan. IUI pertama yang dibuat tidak berjaya dan rakan ibum2m mulai merasai sedikit tekanan, kesan daripada hasil rawatan tersebut. Lagi 'stress' kerana beliau terpaksa menabung lagi untuk mendapatkan rawatan yang sama untuk kali kedua.

Sehinggalah pada suatu hari, rakan kepada saudara beliau menyarankan supaya dia mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan yang berdekatan terlebih dahulu. Selepas itu, beliau dan pasangan pergi ke klinik kesihatan tersebut dan diberikan surat 'referral' untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Sampai di HKL, beliau berasa begitu terharu dan teruja dengan layanan yang sangat bagus, mesra dan professional oleh jururawat di situ. Penerangan yang diberikan sangat terperinci dan mendalam. Suami beliau pun mengiyakan dan mengatakan ini memang servis yang terbaik jika hendak dibandingkan dengan layanan di hospital swasta.



Walaupun beliau diberikan tempoh 4 bulan temujanji sebelum berjumpa doktor pakar, namun terdapat beberapa prosedur yang mereka jalani sebelum tarikh temujanji sebenar.Tapi apa yang menggembirakan ialah beliau tidak dikenakan sebarang bayaran kecuali RM5 sahaja. Lagi, rawatan IUI itu akan dibuat selama 3 kali berturut- turut untuk 3 kitaran haid (1 bulan sekali untuk 1 kitaran haid) dan mereka tidak mengenakan sebarang bayaran tambahan pun.

Seringkali kita skeptikal akan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan. Servis yang lambat, tempoh masa menunggu yang sangat lama dan sesak sering kita jadikan alasan supaya tidak ke hospital kerajaan. Sebenarnya, ibum2m pun berfikir macam ni jugak huhu.

Realitinya, bayangkan HKL menerima hampir 24,000 orang setiap hari dengan kakitangan hanya 11,000 sememangnya tidak mencukupi untuk memuaskan hati semua pelanggan mereka.

Jadi, ibum2m menyarankan agar pasangan yang belum mempunyai rezeki cahayamata, boleh la mengikut prosedur yang seperti diceritakan di atas. Mudah saja..
# 1. Dapatkan surat rujukan di klinik kesihatan yang berdekatan. Jangan lupa bawa pasangan anda dan surat nikah ya..
# 2. Boleh juga datang walk- in di HKL. Boleh hubungi HKL Infertility Department 03-2615 5555 Ext 6797.

Dan In shaa Allah, anda dijanjikan servis yang mantap dan layanan yang mesra oleh para kakitangan di sana.
Segala usaha dan ikhtiar sememangnya memerlukan kesabaran ydan kekuatan yang tinggi bagi setiap pasangan. Di sini ibum2m selitkan artikel dari Dr. Zubaidi mengenai rawatan kesuburan dan kehamilan.

Selain mendapatkan rawatan sedia ada, amat penting juga kita sebagai empunya diri untuk memperlengkapkan diri supaya lebih bersedia untuk mendapatkan zuriat.

Seperti saranan oleh Dr Hamid Arshat di atas, jaga berat badan yang ideal, exersize 30 minit setiap hari dan juga amalkan supplemen yang sesuai.

Di antara supplemen yang baik untuk meningkatkan tahap kesuburan ialah:

1. Vitalea @ Multivitamin

Pelengkap nutrisi yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral yang penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Zat besi dalam vitalea amat penting bagi membantu pembentukan sel- sel darah merah dan untuk mencegah anemia.


2. Vitamin C

Membantu menyalurkan vitamin C secara berterusan melalui kaedah pelepasan masa. Kekurangan vitamin C dan antioksida boleh menyebabkan sperma kurang aktif atau rosak. Jika suami seorang perokok, keperluan antioksidanya adalah lebih tinggi.


3. Asid Folik

Vitamin B Kompleks yang lengkap dengan 8 jenis vitamin B dan asid folik. Asid folik yang terdapat dalam vitamin B Shaklee merupakan asid folik semulajadi yang pertama dicipta di dunia dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Asid folik ini sangat penting untuk mengelakkan kecacatan saraf tunjang seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir sebanyak 80%.


4. Vitamin E

Amat penting bagi bakal ayah. Pengambilan vitamin E Shaklee yang lengkap dengan Selenium boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan terutamanya pada motiliti sperma tersebut.


5. GLA 

GLA Shaklee berfungsi untuk mengawalselia hormon kesuburan iaitu estrogen untuk wanita dan testosteron untuk lelaki. Keistimewaan GLA Shaklee ialah ianya diekstrak dari borage yang mengandungi 2 kali ganda GLA dalam EPO, dimana lebih berkesan sebanyak 3 kali ganda berbanding EPO.



6. Vivix

Minuman botanikal yang kaya dengan polifenol, fitokimia yang mengandungi khasiat antioksidan dan anti-penuaan semulajadi. Mampu bertindak dengan memulihkan sel- sel dalam badan.


Mari kita lihat beberapa testimoni dari pasangan yang berjaya hamil dengan pengambilan supplemen Shaklee melalui Set Kesuburan secara konsisten.

#Testimoni 1



#Testimoni 2




#Testimoni 3





#Testimoni 4





#Testimoni 5





Kita ikhtiar, segalanya dengan izinNya jua. Untuk tips mudah hamil, boleh baca sini ya. 

Untuk pesanan segera, boleh klik di sini SET PREMIUM KESUBURAN

Sebarang pertanyaan dan konsultasi, boleh saja hubungi Kak Mas@ ibum2m, 013.634.1955. Inshaa Allah, konsultasi terbaik untuk kalian.




Ibum2m doakan semoga setiap pasangan yang berkahwin, akan dikurniai cahayamata yang comel dan soleh solehah..Aamiin..



Salam sayang,

-ibum2m-

013-6341955
Rakan Shaklee Putrajaya/ Cheras/ Hulu Langat/ Tawau

Ahad, 19 April 2015

Part 3: Pertemuan Ukhwah Ladang Alam Warisan, Kini Dan Selamanya

Bismillahirahmanirrahim..

Seminggu berlalu, terasa  rindu dengan rakan- rakan seperjuangan Naila. Yalah, bukan senang untuk berkumpul bersama di samping urusan peribadi masing- masing.

Family Day Naila 12 April 2015 di Ladang Alam Warisan, Negeri Sembilan

Walaupun sibuk mengatur anak- anak dan famili, pertemuan ukhwah di Ladang Alam Warisan cukup menggamit kenangan dan memori yang terindah dalam diri ini.

Sungguh diri ini sangat berterima kasih kepada Yang Maha Esa, atas jalinan ukhwah inilah, diriku masih teguh berdiri dalam perjuangan bisnes ini. Biarpun perjuangan ini ada pasang surut, turun dan naiknya, semua ini berbalik kepada diri sendiri.

Dan diri ini tetap berdiri utuh di kelilingi oleh insan- insan yang bersemangat waja, berhati cekal dan mempunyai semangat juang yang tinggi dalam penghidupan seharian mereka. Sungguh diriku amat berterima kasih kepada Allah SWT kerana dipertemukan dengan kalian.

Sahabat Naila, sungguh besar sumbangan kalian buat diri ini. Setiap kata- kata semangat, dorongan dan bimbingan kalian akan tersemat di dalam sanubari.

Khusus buat sahabat Naila, KU ADA KERNA KAU ADA. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segalanya.

Semoga kalian senantiasa berada dalam lindungan barakahNya di dunia dan di akhirat sana. Aamiin.

LoVe Always,
Ibum2m

Part 2: Pertemuan Ukhwah Ladang Alam Warisan

Di hari kejadian..

Hari yang dinanti menjelang jua..semacam menunggu kedatangan Hari Raya pun ada ;-)..Huaa sangat berkobar- kobar ibum2m satu family.

Perjalanan mengambil masa sejam daripada Putrajaya melalui Lebuhraya Lekas yang sememangnya banyak sangat tol, rasanya adalah dalam 5 -6 tol untuk sampai ke lokasi tersebut. Ibum2m hanya guna 'waze' saja yang lokasinya sudah dikongsi awal- awal lagi oleh Aini, penganjur di dalam group whatsapp kami.

Sesampainya di sana tepat dalam pukul 9 pagi.


Alhamdulillah, kedatangan kami disambut oleh senyuman mesra Shidah, sedikit berdebar di hati sebab inilah pertama kali berjumpa. Sememangnya inilah tujuan utama family day ni dilaksanakan, khusus untuk berkenal- kenalan dan merapatkan lagi ukhwah di antara keluarga Naila..

Ibu dan m2m, Maisha dan Mikail
Usai mendaftar, terus Shidah mengajak untuk sarapan. Dari jauh, suda tengok kelibat- kelibat yang dikenali, Riza teman seofisku dulu, Kak Aniey ibu kental selalu terjumpa dalam kelas- kelas sebelum ni, Aini penganjur yang berdedikasi, Kak Su yang sangat rajin mengupdate status- status fb yang gempak.

Tidak lupa, yang dirindui, sekilas senyumannya sudah membuatkan hati ini berdebar dan terasa ingin menyerap segala auranya, teman seofisku juga merangkap pengasas Naila, Ainul.

Tidak ketinggalan, sorang lagi Ibu kental berhati waja, kak Lyna pengasas group Ladyboss yang merupakan nenek kepadaku. Sangat kagum dengan dirinya dan seakan ingin kusedut jugak semua auranya pada masa tu..huhu

Tepat pukul 9.30 pagi majlis pun bermula dan kedatangan Kak Am bersama ibunya serta Zarith bersama familinya..cukup sudah korum pada hari itu, 10 famili bergabung..Woahh!

Majlis bermula dengan penyampaian hadiah dari penganjur, semuanya mendapat title masing -masing.  Alhamdulillah diriku membawa pulang permainan Masteria, eye treatment Shaklee dan sepaket collagen dan sebuah buku, hadiah dari Kak Su. Sangat berharga sungguh hadiah- hadiah ni..


Bersama Ainul, pengasas Naila


Bersama Kak Su, acara bertukar hadiah


Bersama Kak Lyna, pengasas Ladyboss

Selesai sesi bergambar, acara yang ditunggu- tunggu datang jua. Seperti yang diduga, nampak ja kelibat horse, Maisha memang tidak kesabaran suda mau naik..hehe 




Kuda poney putih di sediakan buat anak- anak tapi sedihnya, sampai giliran Maisha , dia xmo naik..dia cakap dgn Ibu, xnak naik tu, nak naik tu (sambil jari menuding ke arah kuda dewasa warna coklat).

Dalam hatiku, "Amboi , mau naik kuda besar pulak!"


Maka datang kuda coklat tu, Ibum2m orang pertama naik, sampai turn Maisha, huaa menangis pulak  tidak mau naik, angkat Mikail, lagi nangis, akhirnya Ibum2m yang naik sendiri..haha

3 kali round rasa tidak puas naik kuda.Incik asben pun sama teruja naik kuda secara bersendirian tanpa m2m..huhu, Sadis sungguh m2m ni, semangat ja lebih. Tapi xpa, yang penting semangat perlu ada!





Menuju ke lokasi seterusnya untuk memanah..

Ibu: knapa Maisha Xmo naik kuda tadi? Xmo jd mcm Chelsea ka? (Chelsea adalah adik Barbie)
Maisha : Itula Aicha tak nak, Aicha nak naik horse pink la Ibu..
Ibu: (dlm hati, alasan betul princessku ni..)


Time memanah, Ibu dan ayah rileks  sikit sebab Mikail tidur dengan sangat lena di astaka..



Teruja betul memanah ni, first time memang sukar tapi sudah tau teknik, terus tidak mau lepas. Terasa macam princess Arwen dlm crita Lord of the Ring pun ada..hehe


Perut pun sudah berkeroncong, tepat pukul 12tengahari kami pun makan tengahari dengan lauk pauk dan sayuran kampung yang kelihatan begitu sedap. 

Semangat mau makan terus ke astaka, sekali suap, huaa pedasnya..terlupa pulak yang sekarang berada di Negeri Sembilan, rata- rata masakannya memang pedas. Akan tetapi dek kerana sedapnya telur itik masak lemak tu, ku bedal jugak sampai habis tapi diselangi dengan 3 gelas air sirap ..haha ..Alhamdulillah syukur atas nikmatMu yang satu ini..

Selesai makan, Aini mengajak untuk terus ke aktiviti terakhir iaitu 'animal feeding' pada jam 1.30 petang. Walaupun cuaca agak terik, tapi kemeriahan dan keterujaan untuk menghabiskan semua aktiviti lagi tinggi melebihi segalanya.

Famili Ainul dan Kak Lyna memohon untuk beransur pulang sebab perlu menghadiri acara lain di Putrajaya pulak. Selepas bersalaman, kami pun beransur ke kandang rusa untuk aktiviti seterusnya. 

Best jugak bagi makan rusa ni sebab semuanya jinak. Makanan kita letak di tangan dan rusa- rusa ni akan datang kepada kita, jilat tangan kita. Terasa geli tapi best! 



Dari kejauhan, boleh dilihat ada beberapa lagi haiwan lain yang ada di ladang ni termasuklah burung unta, itik, ayam kampung dan kuda.



Usai mengambil gambar dan bersalam- salaman dengan ahli Naila, kami pun memohon untuk pulang.

Sungguh pengalaman ini sangat bererti. Walaupun penat tapi dengan aktiviti yang mengujakan, berkuda dan memanah, ini merupakan pengalaman yang amat berharga dan bermakna buat ibum2m sekeluarga.

In shaa Allah, Ladang Alam Warisan akan menjadi destinasi WAJIB dalam perancangan kami. Sebabnya, suami sudah merancang untuk cuba aktiviti berkuda sambil memanah pulak selepas ini.  ;-)

Part 3 : Pertemuan ukhwah Ladang Alam Warisan di sini..

Salam Sayang, 
ibum2m


Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...