Jumaat, 20 Mac 2015

5 Tanda Hendak Bersalin Yang Ibu Hamil Perlu Tahu

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah, hari ni ibum2m mau kongsi 5 tanda- tanda hendak bersalin yang ibu hamil patut tahu.
Mesti berdebar bercampur excited untuk menunggu si comel bukan? Jom baca..
 
 

#1 Bayi turun ke bawah
 
Perut kita akan menjadi ringan sekitar 2 minggu sebelum kelahiran sebab kepala bayi mula turun ke dalam rangka tulang pelvis.
 
#2 Keluar lendir pekat/ berdarah
 
Lendir pekat seperti gam akan keluar daripada laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula membuka.
 
#3 Sakit belakang
 
Bayi akan beralih dan mula menekan tulang belakang kita. Untuk kurangkan rasa sakit ni, kita dinasihatkan untuk banyakkan berjalan.
 
#4 Kontraksi Rahim
 
Kalau ada kontraksi, tengok dan perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak di antaranya. Kontraksi yang sebenar akan berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten iaitu setiap lima minit. Teringat masa pregnant Mikail, memang sela masa sakit sudah 5 minit, berkejar ke hospital dan lepas Doktor check " Nah, 8cm suda ni, bole beranak sudah ya ibu"..terus ditolak ke bilik bersalin..huhu
 
#5 Pecah air ketuban
 
Haahh, yang ini memang selalu etrjadi di kalangan rakan- rakan ibum2m..huhu. Air ni biasanya keluar dengan banyak dari faraj. Warnanya jernih ja dan memang tiada bau. Ini mesti SEGERA pegi hospital ya bakal ibu..:-)
 
 
Semua kesakitan akan hilang selepas melihat wajah si comel :-)
 
Momen bersalin sememangnya momen yang tidak dapat dilupakan. Setiap detik amat indah untuk dilalui. Kita semua Ibu yang KUAT dan BERTUAH skali. Terima kasih Ya Allah atas nikmatMu yang satu ini..:-)
 
 
Semoga bermanfaat!
 
Salam Sayang,
ibum2m

Tiada ulasan:

Artikel lain yang di minati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini