Isnin, 13 Februari 2017

Pesan Ibu Buat Ibu

Bismillahirrahmanirrahim..


Pesan ibuku,


Biar kau yang jaga masa, 


bukan masa yang kejar kau.




Bangun awal pagi sebelum Subuh, mandi siap- siap. Mengaji, berzikir, solat sunat. Tabik dengan ibu dan bapa yang konsisten akan bangun seawal 4 pagi setiap hari. Never failed!


Lepas Subuh, kau terus pegi dapur buat sarapan untuk famili mu. Jangan lupa buka semua tingkap dan pintu, biar cahaya matahari masuk di segenap ruang rumahmu sebagaimana kau mau rezeki masuk melimpah untuk keluargamu.


Prioriti, anak dan rumah perlu di urus dulu. Baru boleh kau rileks. Boleh la buat kerja bisnes yang lain.



Kena pandai buat kerja multitasking. Sambil- sambil masak, sambil- sambil masukkan baju dalam mesin basuh, buang sampah. Sambil- sambil nyusukan anak, update task tsunami atau blog. Otak mesti berputar seiring mulut mu yang macam radio tu. Haha.


Membebel sedikit tidak apa, sekadar mahu mendisiplinkan anak- anak dan suami. Bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Kita bukan robot, mau buat segala benda. Nanti akhirnya kau yang rapuh.


Rancanglah seawalnya, iklan dalam fb, insta, blog dan sharing aktiviti famili. Sudah namanya bisnes online, update melalui media sosial kan.


Alah bisa tegal biasa, awal- awal memang susah, tapi nanti lama- lama sudah jadi kebiasaan. Rutin menjadi tabiat.


Jangan lupa zikir dan doa sepanjang masa. Mohon supaya dipermudahkan segala urusan kita.


Aamiin.


Salam sayang,

ibum3m

Khamis, 9 Februari 2017

Masalah Jeragat Dan Muka Berbelang Berkurangan

Bismillahirrahmanirrahim.

Ini kisah kakak sulung ibum3m yang berusia 9 tahun lebih tua dari Mas. Beliau merupakan seorang guru yang bertugas di salah sebuah sekolah rendah di Tawau, Sabah. Mau dijadikan cerita, beliau sangat risau dengan keadaan wajah beliau.



Oleh kerana mengajar di sekolah yang berdekatan dengan pantai, membuatkan kulit beliau senang 'berbelang' dan jeragat pun mula timbul. Dia kata 'aku dah pakai krim Clinique yang paling tinggi SPF dah ni, tetap juga ada masalah begini'.


Ya, seingat daku memang dia guna SPF 50 dah. Sebab dulu pun ikut terjebak guna skincare Clinique yang memang sangat tidak sesuai dengan kulit muka ibum3m. Sudahnya, jerawat hitam naik subur di muka. Ehm, in shaa Allah nanti kita cerita pasal ini pulak di entri akan datang.


Berbalik cerita kakak ni, dia semacam sudah bosan dengan asyik tempek di muka. Sebenarnya, dia pun hantu supplemen. Elken, Amway semua dia telan. Sama dengan incik asben dia merangkap abang ipar ibum3m.


Haa, ini memang ngam timing. Teruslah daku sajes dengan beliau, amiklah Vivix. In shaa Allah boleh bantu masalah jeragat dan muka berbelang tu. Tambah lagi yang paling beliau suka daku sebut ialah 'boleh awet muda' ya!


Sebab Vivix memang bertindak jauh ke dalam peringkat sellular. Boleh menjadikan sel dan DNA dalam badan menjadi sihat dan kembali muda.

Alhamdulillah lepas seminggu minum Civix, dia sangat teruja dengan perubahan wajahnya. Kesan jeragat semakin berkurangan. Tona kulit pun mula cerah dan sekata.


Selepas sebulan, badannya rasa lebih ringan. Alhamdulillah katanya dia turun 3kg dari berat badan sebelumnya. Wah, kami terus jerit keriangan. Hehe.

Syukurlah. Sekarang misi daku pun mo minum Vivix jugak. Mana boleh kakak ja yang awet muda, daku pun mau jugak awet muda dan muka flawless, moist dan kulit toink toink macam beliau.


Sharing is loving.

Rabu, 8 Februari 2017

Muhammad Masuk Wad Untuk Pertama Kali Disebabkan Demam Panas

Assalamualaikum

Tahun 2017 ni episod kami bermula dengan Muhammad masuk wad. Sebenarnya ini kali kedua Muhammad demam sejak lahir.

Tapi demam kali ni sangat menguji ibu. Asalnya dia demam bermula hari Sabtu 7 Januari 2017. Kebetulan pula, minggu ni merupakan kali pertama Muhammad di hantar ke rumah pengasuh.



Sebelum ini, memang Mak Tok yang jaga di rumah. Tapi disebabkan kakaknya, Maisha dah start sekolah, maka Maisha tinggal dengan Mak Tok. Mikail dan Muhammad ikut ibu ke ofis sebab pengasuh tinggal berdekatan ofis ibu.

Dipendekkan cerita, Muhammad demam Sabtu tu, ibu bagi tidak bagi lagi apa- apa ubat. Hanya jerlum badannya, pakaikan pampers saja dan bagi direct feed sekerap yang boleh. Mandikan dia 3 kali dengan Basic H, sapu pelipat- pelipat dengan Herbal Blend dan jerlum guna air zam zam.

Esoknya ibu kena keja sebab bertugas di Education Fair KLCC. Jadi terpaksa tinggalkan Muhammad dalam jagaan suami dan mertua. Tapi sebelum pegi, masukkan dulu supp PCM.



Pesan dekat asben, bagi ja ubat PCM secara orally kalau suhu badan tidak turun. Balik ja dari education fair, mertua tengah peluk Muhammad dengan keadaan tidak berbaju, hanya memakai pampers. Badannya sangat panas.

Bagi PCM orally, terus jerlum lagi dan direct feeding. Satu malam ibu berjaga, takut ada apa- apa. Isnin ibu cuti, jaga Muhammad. Bagi ubat juga, tapi demam on off. Kejap ja suhu turun, nanti naik semula.

Selasa terus ajak asben pegi klinik. Jumpa ja doktor, terus doktor cakap ini mesti admit ni, sebab bibir dah kering. Badan dah lembik dan suara pun macam ada takda. 'Baik terus pegi hospital, admit, amik darah dan terus masuk drip air. Nampak sangat lemah ni. Lebih- lebih lagi baby, dorang lagi cepat dehydrated dari kita yang dewasa ni'.

Aduh, menyirap darah ibu. Balik terus kemas baju, bergegas ke DEMC. Muhammad kena tahan di wad selama 4 hari sehingga petang Jumaat.



Alhamdulillah keadaannya beransur pulih selepas 1 botol drip dah masuk dalam badan. Ehm. Ini peringatan untuk diri sendiri dan ibu- ibu di sekalian.



Kena perhatikan keadaan anak lebih lebih lagi yang berumur setahun ke bawah ni. 2 hari demam, kena bawak dah ke klinik. Jangan tangguh. Suhu lebih 38 C terus bawa ke klinik. Sentiasa perhatikan keadaan bayi, bibir kering, hilang selera makan dan tidak aktif, segera juga ke klinik. Mudahan dengan tindakan awal kita boleh menyelamatkan anak- anak kita.



Sharing is caring!

Salam sayang,

ibum3m

Selasa, 7 Februari 2017

Kisah Ayah Penghidap Osteoarthritis Dengan Vivix

Assalamualaikum.

Baru- baru ini, ada seorang rakan berkongsi cerita dengan semua di laman fb mengenai ayahnya. Kisah yang membuatkan daku teringat dengan bapa sendiri yang jauh di Tawau. Sangat terharu dan tersentuh pabila mendengar cerita mengenai ibubapa kita bukan? 

Yalah, orang yang senantiasa berkorban buat kita. Semakin kita meningkat usia, mereka pun semakin dimamah usia. Dengan kesihatan yang semakin merosot, semakin lah kita sedih. Anak mana yang tidak mahu melihat kedua ibubapa tersayang dikurniai kesihatan yang terbaik. Mestilah itu yang kita semua harapkan.

Mari baca perkongsian ini.

---------------------------------------------------------------------------------

Apa korg rasa..bila ayah korg yg da 16 tahun menghidap osteoathrithis, dulu siap kn usung nk ke klinik, hospital..dulubkalu gerakkan kaki bunyi berkeriuk mcm engsel pintu berkarat...berjalan siap keluar bunyi mcm tulang berlaga....

Ayah memang da wajib operate masukkan besi dekat left hip joint, tp sbb kerenah birokrasi, doc batalkan balik operation...dr blh bwk motor, skng x blh langsung...dr bwk kereta manual kn tukar kereta auto....dulu nk angkat kaki pon susah..guna tongkat pon jln slow2 je...dalam rumah guna kerusi roda....

Tapi, sejak kebelakangan ini....ayah da boleh berjalan tanpa tongkat, walaupun jarak x berapa jauh....boleh dukung cucu dr dlm rumah bwk ke kereta di luar rumah...dan mlm ni g mkn kt mydin mall, ayah lupa nk bwk tongkat...tp alhamdulillah...ayah blh jalan mcm biasa dr parking ke tempat makan...

Satu je cik laa nk ckp, ALHAMDULILLAH...rasa sgt2 bersyukur....alhamdulillah...3tahun konsisten VIVIX, ini hasilnya....syukur sgt2...sebab tu kalu korg menyampah bila cik laa share pasal shaklee, cik laa x kisah...sebab korg x rasa apa yg cik laa rasa..rasa syukur sgt2....allahuakhbar...sungguh besar nikmatmu ya Allah...xtau nk ckp mcm mana...

Korg doa lah semoga cik laa terus berjaya dgn shaklee...dpt supply vivix tuk ayah n mak setiap bulan....doakan cik laa ye...semoga allah makhbulkan doa2 kalian...amin....

Sumber : Fb Silawati Eila

Alhamdulillah kesihatan ayahnya semakin membaik dengan supplemen Vivix Shaklee. Mas pun berhajat untuk memberikan minuman kesihatan terbaik Vivix ini secara konsisten buat kedua ibubapa Mas. Doakan ya. Aamiin. 

Salam sayang,
ibum3m

Artikel lain yang di minati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini