Khamis, 20 September 2018

Cara Menghilangkan Ketuat Tanpa Setitik Darah Dengan Selamat Dan Berkesan

Assalamualaikum

Semasa mengandung anak ke empat Musa, terkejut tengok di tapak kaki sebelah kanan ada benda terbonjol.

Masa tu sudah menginjak ke 35 minggu. Memang payahlah mahu belek tengok dengan perut yang sudah membesar kan.

Tanya incik asben, ‘Dear apa ni?’

Selamba dia cakap, “Ketuat ni.”

Apa? Terus aku capai pengetip kuku dan zass, ku potong dia.

Bermulalah episod berdarah yang begitu banyak keluar walaupun tidak sakit.

Sapu herbal blend.

Beberapa hari, tidak juga hilang. Malas nak layan. Aku biarkan saja.

Sudah bersalin, selepas 1 minggu, aku belek- belek tapak kaki ku. Eh mana pegi ketuat tu?

Macam magik. Hilang pulak dia.

Rupanya disebabkan aku mula semula amalkan ESP minuman soya nonGMO Shaklee, ketuat pun hilang.

Hairan bin ajaib betul. Memang totally gone ya.

Alhamdulillah, syukurlah. Amalkan ESP untuk memekatkan air susu, sekaligus dapat hilangkan ketuat aiols ni.

Bestnya ESP. Makin Aku Chenta katanya.

Rabu, 19 September 2018

Cara Untuk Menukar Jajan Anak Kepada Yang Lebih Berkhasiat

Bismillahirrahmanirrahim

Anak- anak sememangnya penggemar jajan bukan? Anak- anak Mas pun sama.

Maisha peminat gula- gula Mentos. Setiap kali ke Petronas untuk mengisi minyak, dia mesti pau ibu untuk beli.


Pernah sekali, semasa umurnya 3 tahun, Maisha tercekik gula- gula Mentos.

Ibu sangat gabra masa tu. Cepat- cepat menekan atas perut Maisha dari belakang.

Alhamdulillah keluar sebutir gula- gula Mentos. Sejak dari kejadian itu, aku tidak belikan lagi Maisha sebarang gula- gula.

Sekarang, anak- anak ku bekalkan Vitamin C boleh kunyah dari Shaklee, 100 mg. Memang simpan dalam handbag setiap kali keluar rumah.


Rasanya masam masam manis. Hanya berharga RM51.25 untuk 90 tablet.

Ibu ayah pun tumpang sekaki. Sangat rekomen buat ibu- ibu mengandung yang mengalami loya dan mual.

Daripada makan asam- asam, baguslah kunyah vitamin C shaklee ni. Sangat berkhasiat lagi.

Selain dapat meningkatkan imuniti badan, dapat juga memelihara kesihatan gigi dan gusi yang sihat.

Di samping, bantu memiliki kulit yang lebih cantik dan cerah. Yang penting sihat dan tidak mudah diserang flu, demam dan batuk.

Wassap Mas untuk order ya.

013.634.1955

Selasa, 18 September 2018

Cara Untuk Mengurangkan Masalah Bengkak Susu

Bismillahirrahmanirrahim

Perkongsian hari ini adalah mengenai masalah bengkak susu.

Apakah tips dan cara untuk mengatasi masalah bengkak susu? Jom lihat diantara tips berikut ;

1. Buat urutan secara tradisional dengan menggunakan khidmat pakar bidan, pakar urut. Self massage boleh juga.

2. Tuam dengan tuala yang direndam air suam. Kobis boleh guna tapi 1-2 minit sahaja, 3 minit akan mengeringkan air susu.

3. Mandi air suam, buat breast massage

4. Pam atau direct feed pada Cik B yang bengkak itu kepada bayi.

5. Amalkan supplemen Lecithin untuk memecahkan lemak tepu pada saluran susu yang tersumbat. Lecithin membantu untuk pengaliran susu yang lebih lancar.

Bagus juga amalkan Vitamin C untuk meningkatkan imuniti badan dan menyingkatkan proses pemulihan supaya tidak demam dalam tempoh yang agak lama.

6. Sekiranya masalah ini berlarutan sehingga 48jam iaitu 2 hari, walaupun sudah berikhtiar, kalian perlu mendapatkan rawatan segera ke hospital berdekatan supaya keadaan tidak bertambah teruk.

Semoga bermanfaat

Salam sayang
ibu anak 4

Ahad, 16 September 2018

Cara Untuk Mengajar Anak Petah Berbahasa Inggeris

Pabila ramai sahabat ibu bertanyakan mengenai Maisha yang petah berbahasa Inggeris dalam slang Americano nya itu, ibu termenung kejap.


Memikirkan apa yang kami ajarkan kepadanya sehinggakan pertuturannya begitu fasih berbahasa Inggeris.

Sejujurnya, ibu pun tidak tahu. Ya, serius. Maisha seperti anak- anak biasa yang lain, suka tengok tv dan meniru apa sahaja yang ada di depan mata.


Apapun, untuk tidak menghampakan, ibu cuba juga untuk berkongsi sesuatu.

Walaupun ini nampak BIASA, tapi inilah apa yang dipraktikkan oleh kami dulu.

1. Ibu suka menyanyi. Semasa Maisha kecil, ibu akan nyanyi lagu yang berlainan. Lain lagu untuk mandi, untuk pakai baju, untuk tidur dan macam- macam lagi lagu.

Lagu pertama yang Maisha hafal dan sebut dengan jelas ialah, Satu satu aku sayang ibu, dua dua aku sayang ayah, tiga- tiga sayang adik kakak, satu dua tiga sayang semuanya.

2. Maisha peminat Disney Channel sejak kecil. Bermula dengan Mickey Mouse Clubhouse, Pororo and Friends, sampailah ke Sofia the First dan Princess Elena .

Jangan sekali- kali tekan butang alihsuara ke bahasa Melayu. Biarkan dia belajar.

3. Maisha peminat Barbie, ibu ayah dan Mak Tok akan beli CD Barbie dan mainkan cd ini berulang kali tidak kira di rumah mahupun dalam kereta.

Sehinggakan setiap bait dialog Maisha hafal dan praktikkan dalam percakapan sehari- hari.

Ibu pun suka juga tengok Barbie ni. Kira tumpang sekaki la kan. Haha.

4. Banyak buat aktiviti bersama ibu, main playdough, doc Mc Stuffin, princess dan banyak lagi. Layankan saja ketika dia bermain.

Tips yang BIASA bukan? Itulah ibu kata, memang tidak ada yang istimewa pun.


Di rumah, kami tidak pernah pun bercakap dalam bahasa Inggeris dengan Maisha. Dia belajar dan faham sendiri.

Setiap arahan daripada kami pun, dia lebih memahami bahasa Inggeris. Jadi kami pun akan mengarahkan dia dalam bahasa begitu juga.

Sehingga di saat ini, pabila ibu mengajar Maisha buat homework, Maisha lebih faham Inggeris.

Alhamdulillah senang juga kerja ibu kan? Hehe.

Sempena Hari Malaysia merangkap hari lahir Maisha yang ke 7 tahun, ibu doakan semoga Maisha akan jadi anak solehah, patuh kedua ibu ayah, hormat orang tua, dikurniai kesihatan yang walafiat, panjang umur murah rezeki dan senantiasa dilindungi olehNya.


Ibu sayang Maisha.

Sanah helwah buatmu Maisha Nuwairah Bt Mohamad Nazim yang ke 7 tahun.

Masliani Hj Abdul
Ibu speak ‘broken’ Manglish 😂

Sabtu, 15 September 2018

9 Nasihat Berguna Dari Seorang Hakim Terhadap Kehidupan Berumahtangga

9 Nasihat berguna dari seorang Hakim yang mengendalikan kes kekeluargaan di Mahkamah Syariah.

1. Jangan galakkan anak dan menantu perempuan anda tinggal bersama anda. Sebaiknya, minta mereka berpindah walaupun terpaksa menyewa rumah. Lebih jauh lebih baik. Ini bertujuan untuk menjaga perhubungan yang lebih baik di masa hadapan.

2. Layani menantu perempuan anda seperti menantu, bukannya seperti anak perempuan anda. Anak lelaki anda sentiasa menjadi anak anda. Tetapi, jika anda melayan menantu perempuan seperti anak apatah lagi jika anda pernah memarahinya maka menantu anda akan ingat sehingga mati. Dalam kehidupan dia selama ini hanya Ibu dan bapanya sahaja yang layak memarahinya saja fikir dia nanti.

3. Apa saja karakter atau tabiat yang menantu anda ada bukanlah masalah anda. Itu adalah tanggunjawab anak anda untuk memperbetulkan apa yang tidak betul.

4. Jangan sesekali basuh pakaian, memasak dan menjaga cucu anda melainkan diminta oleh mereka. Akan tetapi jangan mengharap balasan di masa mendatang. Usah terlalu risau dengan kemampuan mereka kerana mereka lebih tahu apa yang patut dilakukan.

5. Berpura-pura menjadi bisu dan pekak apabila mendengar anak dan menantu anak bergaduh. Jangan masuk campur. Itu adalah perkara biasa bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga. Mereka tidak gemar orang lain ikut campur.

6. Cucu anda adalah hak mutlak Ibu dan bapa mereka. Bagaimana mereka ingin membesarkan cucu anda terpulang kepada mereka. Baik atau buruk itu urusan mereka.

7. Menantu anda tidak perlu respek dan melayan anda. Itu adalah tugas anak lelaki anda. Anda sepatutnya sudah memberi didikan terbaik dan anak anda mampu mengajar isterinya untuk menghormati anda.

8. Buat perancangan awal sebelum anda bersara. Jangan harapkan anak anda. Anda telah pun berjalan jauh dalam kehidupan dan masih banyak lagi yang boleh dipelajari. Seperti kata pepatah Inggeris, "It is your own interest that you enjoy your retirement years. Better if you could utilise & enjoy everything that you had saved before you die. Don't let your wealth become worthless to you.'

9. Cucu bukan milik anda. Mereka adalah hadiah dari Tuhan kepada anak dan menantu anda.

Pesanan di atas bukan hanya untuk anda. Kongsikan pada sahabat, pakcik makcik keluarga mertua, suami atau isteri anda supaya anda boleh mengecapi kehidupan yang lebih sempurna.

#kongsidakwah/ابو أديب ذكوان

Khamis, 13 September 2018

Masalah Kulit Dan Cara Mengatasinya

Bismillahirrahmanirrahim

Sedang tercari- cari supplemen kolagen yang asli, semualajadi, halal dan terbukti secara saintifik berkesan?


Shaklee Collagen Powderlah jawapannya.

Secara klinikal, kajian menunjukkan apabila seseorang mengamalkan kolagen Shaklee selama 8 minggu secara konsisten, kalian akan mendapat banyak manfaatnya.

.

Sebanyak 71% peningkatan akan berlaku terhadap tekstur kulit kalian. . .

✅ Kelembapan kulit meningkat ke 69%

✅ Kelembutan kulit meningkat ke 75%

✅ Kedutan hilang meningkat 80%

✅ Keanjalan kulit akan meningkat ke 90%

.

Beza kolagen Shaklee dengan kolagen yang ada di pasaran ialah molekulnya yang sangat halus iaitu 1,000 Dalton menjadikannya senang dan cepat meresap ke dalam kulit. .

Satu sachet akan membekalkan 4,000 mg kolagen asli dari sisik ikan merah. .

Bukan sahaja itu, ada 7 lagi ramuan tambahan di dalamnya termasuklah ekstrak biji Camellia Japponica, ekstrak pfaffia, ekstrak kerang, vitamin B dan C, Lactobacillus acidophilus dan elastin.

.

Kesemuanya bergabung untuk meningkatkan keberkesanan kolagen dan menyokong kecantikan kalian luar dalam.


Pastinya kalian akan tampak lebih muda dan rasa lebih muda gitew 😍❤️

.

Masalah kulit, SELESAI! .

Kolagen Shaklee ini juga bagus untuk kalian yang ada masalah sakit lutut, sendi dan tulang patah. Sangat membantu untuk masalah yang disebutkan.


Berminat mahu cuba?

Hubungi MAS untuk orderan laju ya.

013-6341955.

Sabtu, 8 September 2018

Coaching Bisnes Bersama Mommy Biz

Assalamualaikum

Genap 8 hari bergelar WAHM, work at home mom. Fokus utama untuk menjaga anak- anak depan mata, luangkan masa bersama sebanyak mungkin dan dalam masa yang sama, fokus untuk bisnes Shaklee.

Sepanjang 8 hari ini, memang terasa kepenatan yang luarbiasa. Sebab kalau pergi kerja yang hakiki, kita tetap ada masa ‘me time’ bersama kawan- kawan.

Sekarang, sangat berbeza. Mata berjaga 24/7 dan otak kena ligat berfikir, lepas ini mau buat apa dan apa.

Pesan Ainul, kita kena kuat untuk jaga Lintasan HATI kita yang sering dibisik oleh syaitan. Sentiasa bincang dengan pasangan, bertolak ansur dan buat pembahagian tugas di rumah dengan efektif.

Contoh, buang sampah. Minta pertolongan suami untuk buat kerja ini. Supaya kita tidak terbeban sepenuhnya dengan kerja di rumah. Ini dilihat sebagai benda enteng tapi jangan sekali- kali diperlekehkan. Kerjasama itu penting.

Banyak yang aku belajar dari mentor ku yang satu ini. Tetap memberi semangat dan dorongan.


Ainul dan famili sampai jam 11.45 pagi. Hari ni sempat baking kek almond coklat rice dan buat jelly. Tapi terhangit sedikit kuah kastard jelly ni. Huhu.

Tengahari hanya pesan suami beli nasi Arab di Restoran Rawsha, Seksyen 7 dekat saja dengan rumah.

Anak- anak suka dan gembira bermain sebab ada ramai kawan.


Kebetulan pula di newsfeed fb, throwback aku pegi melawat Ainul di rumahnya bersama Maisha dan Mikail.


Mohon doa kalian untuk Mas terus sukses dalam perjuangan bisnes dan juga di duniya dan akhirah.


Semoga kalian senantiasa di dalam lindunganNya, dimurahkan rezeki, dikurniai kesihatan yang baik dan beroleh barakah.

Aamiin.

Rasa dari hati,
Masliani Hj Abdul
ibuanak 4

Jumaat, 7 September 2018

Cara Memberi Teguran Dan Larangan Kepada Anak- anak

Assalamualaikum

Yang kakak kalau makan, kering kontang nasinya bagai padang Sahara


Yang abang, makan mesti berkuah, banjir dan ada sos tomato

Yang adik, 24/7 mintak nasi seja, pakej dengan air masak, tidak mau air warna

Pesan ibu, jaga anak sendiri memang payah dan memenatkan tapi satu ja, jangan simpan dalam hati.

Tegurlah anak- anak dengan suara perlahan, biarpun seratus kali kita cakap Jangan.


Terbaru, baca dalam majalah Pa&Ma, paling minimum anak mesti ditegur perkara yang sama sebanyak 200 kali. Nah 200 kali ya, bukan baru tegur 3-4 kali kau sudah teriak macam singa kelaparan. Sabar dan tetap sabar.


Wah, hebat sungguh pesan ibuku.
Betul lah pesannya itu.

Paling UTAMA, jaga makan anak- anak. Biar perut mereka KENYANG, jangan biar dorang lapar.

Sebab kalau lapar, memang dorang akan merengek sepanjang hari. Melainkan dorang sakitlah.


Lagi satu, biarkan mereka bermain. Kau tengok dan perhati saja. Jangan kau asyik mau berteriak saja, jangan itu jangan ini!

Lagi- lagi kau yang ada ramai anak lelaki, biarkan mereka bermain di luar. Dorang banyak tenaga dari anak perempuan.

Banyak lagi pesan ibu yang punya anak SEBELAS banding aku yang anak empat saja ni.

Wallahu’alam

#lyaabdulstories
#harikeduawahm

Selasa, 4 September 2018

Benarkah GLA Complex Shaklee Penyebab Ovarian Cyst?

Bismillahirrahmanirrahim

Benarkah GLA Kompleks dari Shaklee boleh menjadi penyebab ovarian cyst?


Bagi menjawab pertanyaan ini, saya nak kongsikan satu testimoni dari seorang pengguna Shaklee yang baru mengamalkan GLA lebih kurang 2 minggu.

Testimoni Gla Complex: Makan GLA Complex jumpa cyst?

Ini testimoni hebat pengguna GLA Complex. Nama dia kak aishah, ambil GLA complex pada mulanya sebab period dia dah 10bulan tak datang.

Dan dia pun tengah usaha nak hamil lagi sekali. Lepas ambil GLA baru 2 minggu je,perut dia sakit dan senak.

Terus jumpa doctor, doctor kata dia ada csyt yang dah besar 5cm! Tanpa sedar rupanya cyst tu dah 2tahun usianya.

Kalau dia tak ambil GLA complex,memang dia takkan tau yang dia ada cyst. Fikir logik lah,takkan lah baru ambil GLA 2minggu, cyst pun muncul dan sebesar 5cm.

Kata doctor lagi,nasib baik akak ni cepat kalau tidak masalah yg akak ni alami boleh menyebabkan cancer. Tambahan pula, doctor sahkan peranakan akak ni juga bengkak.

Ni pesanan saya yer .. kalau rasa lepas makan GLA complex, akak- akak semua sakit perut... pergi jumpa doctor terus. Manalah tau selama rupanya ada masalah dalaman lain.

Bila makan GLA baru dapat kesan. Shaklee ni bukan ubat tapi supplement.

Supplement tu apa? Nama pun makanan tambahan. Dah 50 tahun pun shaklee ni. Terbukti selamat, bukan organik atau sintetik tapi semulajadi.

Meh tolong share kan testimoni ramai2..
— feeling positive.

Pic kredit to: Aishah

Begitulah kisahnya.

Semoga bermanfaat.

Cara Untuk Lebih Bertenaga Sepanjang Hari Dengan Sarapan Segera

Bismillahirrahmanirrahim

Setiap pagi, rutin harian memang kena minum ESP dulu. Klu tidak minum, rasa macam tidak sempurna hariku.


ESP singkatan bagi Energizing Soy Protein iaitu minuman soya non GMO yang merupakan ‘instant breakfast’ buat ku.

Kebiasaannya, akan mencampurkannya dengan minuman tamar koko suam. Hanya shake shake saja uols.

🌸 Istimewa ESP sebab kandungannya ada 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri. Ditambah pula dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

🌸 Sumbernya memang dari protein soya yang asli yang tidak diubah genetiknya (non GMO). Lagi best, untuk pastikan kacang soyanya bebas dari pendedahan perubahan genetik ni, Shaklee guna proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program( IPP) dimana pihak Shaklee sangat menjaga kualiti soya ini bermula dari biji benih sampailah proses pengeluarannya.

🌸 Sangat sesuai untuk penghidap kencing manis sebab kandungan Indeks Glisemik (GI) rendah iaitu 39.

🌸 Satu canister (850 gram) ada 30kg kacang soya. Satu hidangan plak sama dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol dan sangat senang diserap dalam badan.

Asalnya minum untuk tambah tenaga dan pekatkan susu, tidak sangka pulak berat badan maintain dari sebelum kahwin dulu sampai anak 3. Si baby pulak memang putih, gebu dan bambam kalah anak Che Ta..

Lagi, kulit ibu pun jadi cerah. Kurang masalah jerawat, jeragat jadi pudar dan kulit jadi kurang sensitif berbanding dulu.

Pokok pangkalnya, memang bestlah minum ESP ni! Pelengkap kehidupan seharian daku.

Hanya RM161.25 untuk 850 gram. Penggunaan sehingga 2 bulan tau.

Tidak rugi kalau cuba ESP, kenyang bergaya setiap morning!

Banyak manfaatnya.

✅ Buat ibu menyusu untuk pekatkan susu
✅ Buat ibu yang ingin hamil, membantu untuk menguatkan rahim
✅ Buat ibu yang sedang hamil, membantu untuk menjaga kestabilan paras gula dalam darah. Amat sesuai juga buat penghidap diabetes atau kencing manis.
✅ Si cantik manis yang punya masalah kulit muka berjerawat, mahu menghilangkan parut jerawat dan kelihatan lebih cerah.
✅ Sesiapa sahaja yang perlukan tenaga berpanjangan dan kenyang dalam tempoh masa yang lama. Sesuai untuk yang berpuasa.

MAS 013.634.1955
Rakan Shaklee dan Bisnes Kalian

Rumahku Syurgaku

Dia bermain di luar
Masuk masuk cari baju
Terus tukar tshirt baru


Baju tadi di lempar masuk
Dalam bakul kain yang sudah berlipat
Ibu terus bertukar menjadi
'HIJAU'

Kedua kali dia datang
Entah apa yang dicarinya
'Prangg' pecah penutup makanan
Ibu bertukar lagi menjadi
'HIJAU'

Ibu sendiri berpesan,
Jangan pernah mengeluh
Aku penat, aku tidak larat
Kerna jika diucap, semacam segalanya yang kita buat, pahalanya terhapus semuanya
Tidak ikhlas pesannya


Pesannya lagi
Rumah kita ni boleh jadi
Rumah Penyakit atau Rumahku Syurgaku

Sesungguhnya nikmat sebuah KESIHATAN
amat tinggi NILAINYA
Jadi, jaga dia dan pegang dia sebaiknya!

Dari kejauhan,
Menitip doa yang tidak pernah putus buat arwah bapak
Semoga dia ditempatkan bersama orang- orang yang beriman.

Rasa dari hati,
Masliani Hj Abdul

Isnin, 3 September 2018

Masalah Kulit : Cara Menghilangkan Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan Cepat

Assalamualaikum

Khusus buat wanita yang sukakan kecantikan namun punya masalah kulit yang merunsingkan.


“ Kulit saya jenis alergik. jika terkena air kotor pun akan mudah bertindakbalas. gambar di atas tetiba terjadi kepada saya. Waktu ini, saya down sangat- sangat sebab saya jenis yang tidak ada masalah kulit muka. Yang saya fikir mungkin ini healing sebab detox. Hah banyaknya toksin kan.

Semua supplemen bersifat detoks saya stop dan cuma konsisten dengan Sustained Release Vita- C dan ESP dan hasilnya...

Alhamdulillah suami pun cakap hah cepat je baik tu. Mana tak nye, dia pun sendiri terkejut masa muka jahanam.

Ni dah 3 hari, start balik Vivix dan Shaklee Collagen Powder, apa yang penting kecantikan mesti datang dari dalam.

In shaa Allah akan teruskan dengan Set Gojes Mojes.. eh pompuan mana tak mau CANTEK kan? “

Teruja baca kisah perubahan kulit wajahnya bukan?

Untuk pesanan segera, jangan lupa wassap MAS 013.634.1955 ye.

Kerana dirimu begitu berharga ❤️

Pengedar Shaklee Shah Alam Dan Seluruh Malaysia

Salam pagi kalian

Hari pertama ibu menjadi ‘Work-At-Home-Mom’ atau singkatannya WAHM. Surirumah dan menjalankan bisnes supplemen antarabangsa, Shaklee.

Kalian yang ingin meningkatkan kualiti kesihatan, boleh wassap saja ya.

MAS 60136341955

Ada budak kicik tidak mahu diletak sebab selesema lagi. Askar dalam badan tengah berentap. Selamat berjuang.


Selamat berjuang juga pada ibu yang seangkatan, tidak kiralah yang bekerja di luar atau dari rumah, semoga baik baik saja kalian.

Doaku semoga para ibu bekerjaya dapat capai impian untuk menjaga sendiri anak- anak satu hari nanti.

Aamiin 😍

Sabtu, 1 September 2018

Selamat Datang September

Assalamualaikum

Hari ni terima tetamu dari Puncak Alam. Kak Jaya ni kenal sebab dalam satu grup bisnes yang sama.

Datang sebab mau ambil ikan bilis dan kuih cincin yang dipesan masa balik Tawau bualn Julai haritu.


Datang satu famili. Mas jamu kek coklat dan jelly dari Tawau.

Seronok anak- anak main sama.



Kesian kakak Maisha tengok boys main.

Musa pulak asyik pegang tangan Aisyah ja. Beza umur dorang sehari ja, lahir tempat yang sama di Hospital Shah Alam.


Sekali imbas, suami kak Jaya macam adik beradik pulak dengan suami Mas. Huhu.

Abaikanlah tudung aiols yang kelepet itew. Hahaha.

Salam September kalian.

Ibuanak4

Cara Menghilangkan Ketuat Tanpa Setitik Darah Dengan Selamat Dan Berkesan

Assalamualaikum Semasa mengandung anak ke empat Musa, terkejut tengok di tapak kaki sebelah kanan ada benda terbonjol. Masa tu sudah menginj...