Ahad, 26 Ogos 2018

Masalah Kurang Susu Buat Ibu Berpantang

Assalamualaikum

Setiap ibu yang selamat melahirkan anak akan memulakan skin-to-skin contact seawal bayi dilahirkan.


Ini adalah satu terapi untuk menenangkan bayi dan juga sebagai latihan buat bayi bagi sesi penyusuan yang pertama.

Untuk 3 hari yang terawal, ibu akan menghasilkan kolustrum, iaitu susu yang berwarna kuning pekat yang penuh dengan antibodi. Antibodi ini merupakan pelindung awal si kecil untuk melawan sebarang penyakit.

Dan kebiasaannya juga, para ibu akan mengalami masalah bengkak susu akibat saluran susu yang tersumbat, posisi penyusuan yang salah dan terkadang, keadaan bayi yang masih belajar untuk melekap dengan sempurna.

Untuk itu, Mas sangat menyarankan kepada para ibu untuk mendapatkan khidmat urutan payudara seawal yang mungkin untuk melancarkan proses penghasilan dan pengeluaran air susu kalian.

Selain itu, ada beberapa supplemen yang boleh membantu para ibu dalam menyelesaikan masalah penyusuan tersebut.


Diantaranya ialah:

1. Energizing Soy Protein (ESP)
Merupakan susu soya nonGMO yang tulen lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Berfungsi untuk meningkatkan ‘hindmilk’ susu supaya bayi cepat kenyang dan menjadikan ibu lebih bertenaga.


2. Alfalfa
Dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan yang penuh dengan mineral dan galian. Berfungsi sebagai penggalak susu atau ‘milkbooster’ bagu mempercepatkan penghasilan susu ibu.

3. Ostematriks
'Milk booster' semulajadi yang lengkap dengan kalsium, magnesium dan Vitamin D. Berfungsi untuk mengurangkan sakit dan lenguh badan si ibu. Bantu untuk elakkan sembelit.


4. Lecithin
Melancarkan pengeluaran susu dengan memecahkan lemak yang menghalang saluran susu daripada tersumbat.



Set Milkbooster atau Set Menyusu Ohsem ini boleh membantu para ibu dalam persediaan penyusuan susu ibu kepada si bayi.

Berminat? Kalian boleh saja menghubungi
Mas di talian 013.634.1955 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Konsultasi PERCUMA dan terbaik buat kalian.

Salam sayang,
ibu4M

Sabtu, 25 Ogos 2018

Sanah Helwah Muhammad Nuh Mikail Bin Mohamad Nazim Yang Ke 5 Tahun

Bismillahirrahmanirrahim

Sakitnya bermula jam 4 pagi. Ku tahan sampai ke pagi. Jam 7.30 pagi, aku duduk depan tv menahan sakit yang sela masanya 10 minit. Arwah bapak cakap, cepatlah kita pigi hospital.


Jam 8 pagi sampai hospital. Selesaikan prosedur semuanya. Jam 9.30 pagi baru check bukaan, sudah 8 cm ni. Terus di suruh baring di katil yang tersedia.

Paling haru masa ni, dapat doktor lelaki, muda pulak tu. ‘Puan, saya pecahkan ketuban ya, supaya cepat. Dalam jam 11 begitu inshaa Allah keluar sudah baby ni’.

Aku angguk saja.

Usai pecah ketuban, bermulalah fasa meneran yang paling memenatkan ku rasa. Berapa kali teran, tidak juga pandai keluar si bayi.

Nafas pun sudah berada di penghujungnya.

Sampailah satu ketika, datang satu nurse, ‘Kenapa lah kau teran begitu tuh?’ katanya dengan nada marah.

Mataku berkaca- kaca.

Pantas dia naik atas tangga kecil di sebelahku.

‘Kau teran, aku tolak perutmu ya!’ perintahnya.

Aku angguk.

Sementelah itu, aku ikut saja. Alhamdulillah bayi pun keluar dengan suara yang paling nyaring ku rasa.

Lega dan syukur. Bayi lelaki.


‘Berat bayi 3.2kg ya ibu. Berapa berat bayi sebelum ni?’ tanya doktor.

‘2.5kg ja’ jawabku. Patut pun habis nafas ku teran, rupanya lebih 3 kg ya. Adeh.


Di sepanjang proses melahirkan, tidak sempat aku minum air selusuh sebab beg bayi dan beg ku semuanya ada bersama suami di luar.

Dan paling lucu lagi yang tidak boleh ku lupa, tudung yang masih SETIA melekat di kepala ku di sepanjang proses kelahiran. 😂

Begitulah. Kisah kelahiran bayi kedua kami iaitu Muhammad Nuh Mikail b Mohamad Nazim. Namanya cukup lengkap, sapu habis semua nama Nabi dan Malaikat.


Sanah helwah yang ke 5 tahun nak!

Ibu doakan Mikail bertumbuh menjadi anak yang sihat, soleh, hormat orang tua dan taat perintahNya ya. Mudahan bakal menjadi imam besar masjid satu hari nanti.

In shaa Allah Aamiin.

Masliani Hj Abdul
Sayang selalu

Jumaat, 24 Ogos 2018

Benefits of Drinking Warm Lemon Water Everyday

Assalamualaikum

Start the day out with a mug of warm water and the juice of half a lemon.

It's so simple and the benefits are just too good to ignore. Warm water with lemon:


1. Boosts your immune system

Lemons are high in Vitamin C and potassium. Vitamin C is great for fighting colds and potassium stimulates brain & nerve function and helps control blood pressure.

2. Balances pH

Lemons are an incredibly alkaline food, believe it or not. Yes, they are acidic on their own, but inside our bodies they're alkaline (the citric acid does not create acidity in the body once metabolized). As you wellness warriors know, an alkaline body is really the key to good health.

3. Helps with weight loss

Lemons are high in pectin fiber, which helps fight hunger cravings. It also has been shown that people who maintain a more alkaline diet lose weight faster. And, my experience is that when I start the day off right, it's easier to make the best choices for myself the rest of the day.

4. Aids digestion

The warm water serves to stimulate the gastrointestinal tract and peristalsis the waves of muscle contractions within the intestinal walls that keep things moving. Lemons and limes are also high in minerals and vitamins and help loosen ama, or toxins, in the digestive tract.

5. Acts as a gentle, natural diuretic

Lemon juice helps flush out unwanted materials because lemons increase the rate of urination in the body. Toxins are, therefore, released at a faster rate which helps keep your urinary tract healthy.

6. Clears skin

The vitamin C helps decrease wrinkles and blemishes. Lemon water purges toxins from the blood which helps keep skin clear as well.

Credit : www.thenaturesfarmacy.com

Khamis, 23 Ogos 2018

Salam AidilAdha Ke Dua

Bismillahirrahmanirrahim

Salam Aidiladha, kami beraya di Shah Alam saja. Yalah sehari ja cuti, pastu di tengah tengah minggu memang tak dapatlah mau balik Kedah.

Jadi round KL ja.

Salam lebaran semuanya
Maaf Zahir dan Batin
dari kami sekeluarga

Lupa mahu ambil gambar satu famili haha.


Selasa, 21 Ogos 2018

Rasa Hati Dari Insan Pendosa

Assalamualaikum.

Salam Hari Arafah. Puasa kalian? Alhamdulilah hari ini masuk hari kedua berpuasa setelah bersalin anak ke empat, Musa.

Hari ini istimewa sangat sebab jika kita berpuasa hari ini, Allah SWT akan mengampunkan dosa kita setahun yang lalu dan setahun yang berikutnya.

Allahuakbar, sungguh banyak dosa ku ini. Semoga kita semua di ampunkan olehNya dan diterima segala amalan kita.

Jangan lupa juga berdoa hari ini dengan bersungguh- sungguh ya, in shaa Allah dikabulkan olehNya.

Apapun, bagi kalian yang tidak berpuasa atas sebab- sebab yang tidak mengizinkan keadaan kalian, boleh saja ambil kesempatan ini untuk banyakkan berdoa dan berzikir. 

Di sini Mas ingin berkongsi lagu Ya Maulana dari Nissa Sabyan yang semakin popular. Setiap kali mendengar lagu ini, pasti rasa sebak dan memang mengalir air mata.

Semoga kita senantiasa dikurniai hidayah dan ditetapkan hati untuk menjalani ibadah yang diperintahNya. Aamiin.

Dengan kasihmu Ya Robbi
Berkahi hidup ini
Dengan cintamu Ya Robbi
Berkahi hidup ini

Saat salah ku melangkah
Gelap hati penuh dosa
Beriku jalan berarah
TemuiMu di syurga

Terima sembah sujudku
Terimalah doaku
Terima sembah sujudku
Izinkan ku bertaubat

Maulana Ya Maulana
Ya sami' du'a ana
Maylana Ya Maulana
Ya sami' du'a ana



Semoga bermanfaat.

Rasa dari hati,
Masliani Hj Abdul
Insan Pendosa 

Isnin, 20 Ogos 2018

Cara Untuk Hilangkan Parut Jerawat Dengan Mudah Dan Semulajadi

Assalamualaikum.

Semua wanita menginginkan kulit wajah yang licin, putih, gebu dan tanpa jerawat bukan? Ya, wanita sememangnya suka kepada kecantikan.



Terdapat pelbagai produk di pasaran, tapi, kita perlu berhati- hati dengan segalanya yang sekadar testimoni sahaja. 

Bahan yang terkandung di dalamnya perlulah selamat dan tidak mempunyai kesan jangka masa panjang yang boleh memudaratkan kesihatan kita kelak.


Alhamdulillah sejak bertemu Shaklee, kulit wajahku dulu yang agak sensitif dan berjerawat sudah menampakkan kesan yang positif.

Sepertimana kisah kawan saya ni. Teruja apabila melihat perubahan kulit wajahnya.

Inilah testimoni beliau.

“ Membelek gambar yang backup di google. Terjumpa gambar selfie. Dasyat juga muka dulu tapi memang ignore je. Sebab dah penat mencuba.

Yang saya tahu telan je la vitamin untuk kesihatan. Alfalfa, vitamin c yang standard. Bila berangan nak flawless sikit, vivix dengan colagen. Tapi tetap tak memerhati. Tak dan nak godek2 muka sangat.

Basuh muka pun laju-laju. Tapi memang mula dengan nutriwhite dan sekarang YOUTH. tetap perangai sama pakai tak memerhati. Ni la perasan orang dah penat.

Tapi bila gatal tangan guna photogrid compare dulu dan sekarang. Masyaallah dah banyak berubah.

Dulu selfie memang tak ada dalam checklist tapi sekarang penat dah jari klik2. Ujikaji biasa pada saya la. Kemudian dua adik perempuan jadi mangsa Noratiqah Abdullah Norsyafiqah Abdullah haha. Ujikaji seterusnya kan kan. 

So far diorang pun happy guna YOUTH. Memang berbaloi.
Memang lain confidentnya kome oi.

Rasa la sendiri.”


Wah banyak beza nya kan?

✅ Kulit wajah lebih cerah
✅ Liang pori lebih mengecil
✅ Kesan jerawat semakin hilang
✅ Jeragat lebih pudar

Keseluruhan produk yang diamalkan termasuklah Alfalfa, Vitamin C, Vivix, Kolagen dan Set Penjagaan Wajah, Youth.

Alfalfa : Berfungsi untuk detoksifikasi badan dan mengurangkan alergi.


Vitamin C : Membantu mengurangkan pigmentasi iaitu jeragat, mencerah dan memudarkan parut jerawat. Memelihara kelembapan kulit.


Kolagen (Shaklee Collagen Powder) : Bertindak sebagai anti penuaan, melembap, menegangkan dan mencerahkan kulit wajah.


Set YOUTH : Mengurangkan garis halus dan kedutan, penambahbaikan tekstur kulit, mencerahkan, mencerahkan bintik hitam agar wajah lebih berseri dan kelihatan awet muda.


Inginkan konsultasi dan berminat untuk melihat perubahan positif yang bakal dirasai?

Hubungi Mas di talian 013-6341955 ya.

Salam sayang,
ibu4M

Ahad, 19 Ogos 2018

Cara Untuk Kurangkan Masalah Bengkak Susu Semasa Berpantang

Bismillahirrahmanirrahim.

Teringat masa melahirkan anak keempat, Musa, aku alami bengkak susu pada hari ketiga.

Kebiasaannya, mak bidan akan terus datang pada hari ketiga di rumah. Bolehlah mula dengan sesi urutan untuk lancarkan susu.

Tapi, makcik keluarga sebelah ibuku yang merupakan mak bidan ini datang dari Kota Kinabalu. Sabtu iaitu hari berpantang ke 5 barulah dia sampai.

Sakit bengkak susu ini bukan kepalang. 

1- Aku bermula dengan tuamkan cik B. Ku masukkan air suam ke dalam botol susu storage dan lalukan ke atas cik B.

2 - Teruskan direct feeding. Buat tandem nursing semasa direct feeding, sebelah bagi susu secara langsung untuk bayi dan sebelah CikB aku pam menggunakan pam susu dalam masa yang sama.

3- Semasa mandi, aku buat urutan secara ke bawah iaitu ke arah puting, areolar. Sampailah susu itu mengalir sedikit.

4- Di samping itu juga, aku amalkan makan Lecithin Shaklee secara megadose. Ditambah juga dengan Vitamin C secara megadose.

Alhamdulillah dengan cara ni, aku tidak alami demam bengkak susu.

Walaupun tidak sembuh sepenuhnya, tapi ianya cukup lega untuk menunggu kehadiran macik.

Di saat ini, urutan untuk melancarkan pengeluaran susu amat penting seawal tiga hari selepas bersalin.

Sekiranya kalian ibu berpantang mengalami masalah bengkak susu, aku sarankan untuk mencuba Lecithin dan Vitamin C.

Lecithin berfungsi untuk memecahkan, mengemulsi lemak yang terkumpul yang mengakibatkan saluran susu tersumbat.

Vitamin C berfungsi untuk meningkatkan imun sistem supaya tidak mudah diserang demam akibat bengkak susu.


Boleh hubungi Mas 013-6341955 untuk order ya.

Salam sayang,

ibu4M

Sabtu, 18 Ogos 2018

Cara Untuk Kurangkan Rasa Melayang Akibat Vertigo

Assalamualaikum.

Hari ini, menerima wassap dari bekas pelajar dulu. Sudah punya anak dua dan tinggal di Puchong.

Katanya dek akibat suka mengorek telinga menggunakan cotton bud, tahi telinga menjadi keras kerana tertolak ke bahagian dalam telinga.

Pergi klinik, doktor sedut tapi ada lagi yang tertinggal.

Sekarang, telinga beliau asyik berdesing. Dan tiba- tiba rasa pening, loya dan muntah- muntah. Tutup mata pun katanya tetap rasa di awang awangan.

Maka, aku pun beri cadangan kepadanya untuk mengamalkan Vivix.

Jumaat, 17 Ogos 2018

Cara Untuk Elakkan Kulit Muka Dari Sunburn

Assalamualaikum

Salam Jumaat yang barakah. Baru- baru ini Shaklee telah leancarkan produk penjagaan kulit wajah iaitu YOUTH.

Jatuh cinta dengan Youth, yang paling disukai ialah krim pelembap Ahe Defense Moisturiser yang lengkap dengan SPF50.

Jom tengok video ini.


Kepada kalian yang tercari- cari krim pelindung UV yang sesuai, bolehlah memcuba Youth ni. Produk semulajadi yang terbukti berkesan memperbaharui sel kulit dan dapat menyelesaikan masalah kulit wajah kalian dengan selamat.

Semoga bermanfaat.

Salam sayang,
Ibu4M

Rabu, 15 Ogos 2018

Cara Untuk Luka Sembuh Dengan Cepat Dan Berkesan Buat Pesakit Kencing Manis

Assalamualaikum

Perkongsian supplemen Vivix buat ayah mertuanya yang merupakan pesakit diabetes.

Mari baca.

BAPA MERTUA DAH TAK PERLU INSULIN 

===================

Kisahnya,bapa mertua ni ada penyakit kencing manis. Tahap gula yg tinggi. Tapi tak pernah nak berpantang makan dan sebagainya.

Nak dijadikan cerita,satu haritu dia buat kerja2 dekat luar rumah. Kaki terpijak paku berkarat. Kaki jadi luka dan tak baik- baik.

Bernanah dan berdarah berterusan keluar. Jadi nak solat pun susah. Kesian dgn.keadaan kaki dia yg tak baik2 tu...dan takut kena potong.

Akhirnya akak perkenalkan Vivix pada abah. Mula- mula memang susah nak ambik. Rasa macam tak percaya. Semasa ada promo Vivix, dia beli dan join member.

Bila 1-2 botol minum,dia rasa badan ada panas- panas dan gatal- gatal tapi tetap teruskan. Bila dah ambik sehingga 5 botol, doktor sahkan abah dah tak perlu insulin.

Kaki pun bertambah baik dan luka semakin kering dan tak bernanah lagi. Bila abah teruskan pengambilan Vivix yang ke 6 botol, keadaan dia semakin baik dan dah boleh solat dan berjalan seperti sediakala.

Dengan pengambilan 2 kali sehari, abah dah boleh berjalan dengan baik.


Alhamdulillah.

Kita berikhtiar, dengan izinNya jua.

Sekiranya kalian berminat ingin mencuba Vivix Shaklee, boleh lah menghubungi Mas di talian 013-6341955.

Mas akan berikan konsultasi terbaik buat kalian. In shaa Allah.

Salam ukhwah,
Mas ibu 4 anak




Selasa, 14 Ogos 2018

Cara Untuk Hilangkan Sakit Lutut Buat Yang Tersayang

Bismillahirrahmanirrahim

Apabila dapat membantu seseorang dalam masalah kesihatannya, memang rasa gembira dan bersyukur sangat. 

Apatah lagi bila yang menghadapi masalah itu orang tua kita sendiri.

Terasa biarlah diri ini yang dapat penyakit tu, jangan lah mereka.

Perkongsian ini adalah berkenaan dengan supplemen Vivix Shaklee yang mempunyai 1001 khasiat dan manfaatnya.

Ramai sudah merasai perubahan positif sejak mengamalkan minuman botanikal perisa anggur ini.

Mari baca.

Perkongsian 1 :

BERAT TURUN 8KG DAN SAKIT LUTUT PULIH LEPAS AMALKAN VIVIX
.
Asalnya dulu pertama kali anie beli VIVIX adalah untuk makan sendiri. Tapi lepas tengok mak tak macam biasa, kurang bergerak macam selalu. Rupanya mak tengah sakit lutut, sampaikan mak terpaksa solat duduk, nak bergerak ke sana sini pon susah. Bayangkanlah tengok muka mak menahan sakit, bila nak ubah kedudukan dari duduk kepada berdiri, sedih sangat. Anie pun terus hadiahkan VIVIX tu untuk mak.
.
Alhamdulillah dua minggu mak konsisten minum VIVIX, mak dah rasa kurang sakit. Mak memang seorang ibu yang aktif. Jenis tak boleh duduk diam je walaupun umur dah 58 tahun. Berita yang paling best buat anie ialah mak dah boleh sembahyang seperti biasa, tak perlu duduk lagi. Boleh la pergi masjid berjemaah.
.
Sebulan mak amalkan VIVIX, masa tu Aidilfitri, mak bagitahu berat mak turun hampir 8kg. Patutlah ramai sedara mara dan kawan-kawan mak yang tegur mak nampak kurus, makin lawa. Apa rahsianya? Mak pon jawab “minum la VIVIX”.😍
.
Itulah kisah pertama anie tentang VIVIX. Bersyukur sangat mak memang tiada masalah kesihatan lain. Sehingga sekarang, mak masih lagi konsisten minum VIVIX. Tiada lagi masalah sakit lutut.

Terima kasih Allah. Terima kasih shaklee.


Perkongsian 2:

MAK SEMAKIN BERTENAGA DAN TAK SAKIT LUTUT LAGI

Mak memang seorang yg kuat bekerja. Masalahnya dia kerap mengadu sakit- sakit lutut dan susah nak solat berdiri.

Bila bangun pagi, kaki sakit sangat. Setelah akak perkenalkan Vivix pada mak, siap beli Vivix Promo 6 botol, Percuma 1 botol lagi. Dan mak konsisten ambik Vivix.

Akhirnya mak dah tak sakit- sakit lagi. Walaupun mak dah berusia 67 tahun. Tapi memang nampak semakin cergas.

Customer selalu ingatkan mak ni baru berusia 50tahun. Mak nampak semakin sihat,solat pun dah tak perlu guna kerusi.

Bebas dari sakit- sakit lutut dan awet muda.


Seronok dengar perubahan positif kedua- duanya setelah mengamalkan Vivix Shaklee.

Minuman kesihatan yang berunsurkan botanikal ini sangat bagus untuk kesihatan menyeluruh.


Harga sebotol Vivix 150ml adalah RM380. Berita baik untuk bulan Ogos 2018 ini, jika kalian membeli 2 botol Vivix, akan dapat 5% diskaun.

Sekiranya ingin mendapatkan lebih Vivix, promosi Ogos, beli 6 botol Vivix, percuma 1 botol lagi.

Rebutlah peluang ini kerana ianya jarang ada untuk supplemen popular seperti Vivix.

Manfaat lain, boleh dapat keahlian Shaklee secara PERCUMA. Dapat juga pulangan bonus berbentuk wang tunai untuk bulan seterusnya.


Berminat?

Terus saja hubungi MAS, 013-6341955 ya.

Semoga bermanfaat.

Isnin, 13 Ogos 2018

Cara Lilit Shawl Yang Mudah Dan Cepat

Bismillahirrahmanirrahim

Happy Monday katanya. Hari ini ibu amik emergency leave sebab Musa selesema dan demam.

Meragam saja dia. Tak mau diletak, mau berdukung ja. Kesian dia, mesti badan tasa tidak sedap.

Ibu macam biasa, makan vitamin C secara megadose, Nutriferon dan bawang putih yang mentah. Kemain kelat rasanya.

Inilah tips dari Dr Zubaidi pabila anak selesema. Ibu perlu makan bawang putih supaya antibiotik semulajadi ini dapat disalurkan melalui air susu ibu. 

Maka, mengempeng saja lah Musa.

Sempat juga ibu buat video yang di request oleh bekas pelajar di Masterskill KK dulu.

Alhamdulillah. Wishlist tercapai. Harap dia gembira. 

Ayok layan video ini ya. Boleh lah dipraktikkan untuk menambah koleksi cara menggayakan shawl kalian. 




Semoga bermanfaat. 

Salam sayang,
ibu4M suka pakai shawl cara Husna
Janganlah dibenci cintaku

Ahad, 12 Ogos 2018

Cara Tingkatkan Imuniti Bayi: Tips Buat Ibu Menyusu

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini ibu jadi tangan sotong. Buat pertama kali, ibu tinggal di rumah bersama- sama 4M. Maisha 7 tahun, Mikail, 5 tahun, Muhammad 2 tahun dan Musa 2 bulan setengah.

Ayahnya ada kursus 2 hari di sekitar Shah Alam, iaitu kursus perubatan Islam.

Awal- awal tu, dalam hati ibu yakin in shaa Allah boleh handle. Ku sangka kan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Musa tidak mahu di letak, nak berdukung saja. Muhammad pula masih selesema dan batuk.

Rupanya Musa sudah terjangkit dari Muhammad. Ibu mesej ayah untuk balik tengahari.


Usai balik, terus masak tengahari, ayam masak kicap. Nasi dah siap masak masa sarapan pagi tadi.

Sidai baju. Trip yang ke dua, yang pertama sudah sidai pagi tadi lagi.

Kesian Musa. Berair matanya. Panas badannya malam ni.

Ibu tuam kepala Musa dengan air zam zam. Buka barut, dan pakaikan baju berlubang.

Ibu pula makan Vitamin C megadose dan kerapkan penyusuannya. Nutriferon pun ibu ambil.

Sebaiknya untuk anak berumur setahun ke bawah tidak diberikan apa- apa ubat selain susu ibu sahaja.

Ibu akan berjaga malam ini. Untuk tuam badan Musa.

Cepat sembuh ya nak.

Sabtu, 11 Ogos 2018

Cara Untuk Tingkatkan Imuniti Supaya Tidak Mudah Sakit

Assalamualaikum

Tepat pukul 12.30 tengahari tadi, van Gdex sampai depan rumah.


Dalam hati terus berbunga riang, ‘Ini mesti Shaklee yang ku order semalam. Wah, servis terbaik. Order semalam, dapat hari ini.’

Tidak sabar sebab Vitamin C Chewable yang sudah agak lama tiada di pasaran buat ‘comeback’.



Tu dia. Gambar kiri ialah vitamin C yang lama. Yang baru, sebelah kanan.

Dari segi packaging memang berbeza.

Rasa nya masam- masam manis juga seperti dulu. Tapi macam lebih sedap pulak.

Mikail dan Muhammad pun terus makan dengan ibu tadi.


Jika berminat mau order, hubungi saja Mas 013-6341955 ya.

Harga sebotol Vitamin C Chewable ni hanya RM51.25 untuk 90 biji.


Orang dewasa yang tidak boleh menelan sebarang pil, boleh lah order Vitamin C boleh kunyah ni.

Bagus untuk kuatkan imuniti badan, untuk kekuatan tulang, gigi dan gusi serta untuk kecantikan kulit dan mencerahkan lagi kulit kalian.

Kunyah kunyah jadi SIHAT
Kunyah kunyah jadi CANTIK

Whatsapp laju laju ya 😁

Masliani Hj Abdul,
Penggemar Vitamin C Kunyah.

Cara untuk Menambah Selera Makan Supaya Tidak Terlalu Kurus

Assalamualaikum

Salam hujung minggu

Tengahari tadi dapat whatsapp dari bekas pelajar dulu semasa di MSKK.

‘Madam, adakah supplemen untuk naikkan berat badan. Kawan saya ni kurang selera makannya.’

Terus ku jawab. Ada, in shaa Allah boleh bantu untuk menambah selera makan.

Dalam fikiran, MEALSHAKE. Kebanyakan ibu- ibu telah cuba ini untuk meningkatkan selera makan anak- anak.


Jadi, cara untuk meningkatkan selera makan supaya tidak terlalu kurus ialah dengan mengamalkan mealshake dan vitamin B kompleks sekali.


Merupakan minuman ‘instant breakfast’ yang lengkap dengan 24 vitamin, zat dan mineral yang diperlukan buat tubuh.


Bukan untuk anak- anak, malah sesuai juga untuk seisi keluarga.

Harganya hanya RM120 untuk 544gram. Penggunaan boleh sehingga 2 bulan.

Harga untuk Vitamin B Kompleks buat dewasa ialah RM54 untuk 120 biji.

Berminat untuk mendapatkan Set Tambah Selera Makan ini? Hubungi Mas di talian 0136341955.

Sedia memberikan konsultasi buat kalian.

Salam sayang,
ibu4M

Jumaat, 10 Ogos 2018

Selamat Datang Cucu Hj Abdul Yang Ke 17

Assalamualaikum


Alhamdulillah, tanggal 10 Ogos 2018 Jumaat lalu menerima khabar gembira akan kehadiran anak buah baru iaitu anak abang yang ke empat. Ini merupakan cucu ke 17 bagi keluarga besar arwah Hj Abdul dan Hajah Djumani.


Sedih dan sayu juga sebenarnya kerana arwah bapak tidak sempat untuk melihat dua cucu barunya.


Tapi ternyata, Allah itu Maha Penyayang. Dia ambil bapak, lalu digantikannya dengan dua cucu lelaki iaitu Musa dan bayi yang baru saja lahir hari ini.


Al fatihah untuk arwah bapak.


Sepertimana beliau suka bercucuk tanam dan berbudi kepada tanah, aku senantiasa doakan agar kuburnya dijadikan seperti salah satu dari taman- taman syurga sebagaimana beliau suka sangat berkebun semasa hayatnya.

Allahumma Aamiin

Perjalanan pulang ke rumah, kembali bersendiri. Seronok lah sedikit 3 hari yang lepas sebab adik, Wanie datang KL sebab ada kursus di Putrajaya.

Petang itu juga abang wassap dalam grup menyatakan rumah bapak di kebun di hempap pokok mangga.

Cuma mau betulkan atap depan.
Kami cakap, buatlah apa yang terbaik asalkan rumah itu masih ada.

Sedih semua.

Benarlah kata pepatah, Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Selalu dengar orang lain kehilangan orang tersayang, kita hanya mampu mengucapkan takziah.

Apabila terkena dengan diri sendiri, barulah tahu bagaimana sakitnya kehilangan orang tersayang.

Arwah bapa pergi buat selamanya pada 3 Februari 2018. Seorang pejuang kanser prostat tahap 4, dan mempunyai sejarah sakit lemah jantung dan darah tinggi.

3 hari selepas pemergian beliau, aku memandang sayu Vivix di dalam peti sejuk kepunyaan beliau. Dan ada sebotol lagi Vivix yang belum dibuka.

Airmataku tidak berhenti mengalir. Inilah ikhtiar kami buat beliau. Kami kumpul duit adik- beradik untuk belikan supplemen Vivix buatnya.

Ya, kita berusaha, Allah SWT yang menentukan. Ternyata Dia lebih menyayangi bapak.

Tenanglah bapak di sana.
Jadikanlah kuburnya salah satu dari taman- taman syurga, sepertimana semasa hayatnya, beliau suka bercucuk tanam dan berbudi kepada tanah.

Allahumma Aamiin. Al fatihah buatmu bapak.

Masliani Hj Abdul,
Selalu merindu

Khamis, 9 Ogos 2018

Saya Bangga Jadi Sumandak Sabah

Assalamualaikum.

Sudah dengar lagu "Sumandak Sabah' duet Marsha dan Velvet AF? 

Pertama dengar lagu ini, sangat teruja. Siapalah bah tidak bangga dengan tanah kelahiran sendiri kan? Orang kata, tempat jatuh lagi dikenang.

Tapi ada satu pertanyaan di sini, 

Sumandak Sabah mana kau mau cari,
Muka lawa pandai masak nasi.

Kenapa pula dengan masak nasi? 

Ini adalah kerana nasi adalah makanan paling utama dimana para ibu akan mengajarkan anaknya memasak nasi dahulu sebelum masakan yang lain. Boleh dikatakan pelajaran paling utama dan paling asas dalam persediaan si anak gadis sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan ialah mesti pandai masak, terutamanya masak nasi dengan sempurna.

Dahulunya, tanak nasi atau masak nasi dengan menggunakan kayu api perlu di beri tunjuk ajar oleh si ibu kepada anak gadisnya. Payah tu, masak nasi dengan kayu api. Kena jaga api dan sukatan air yang digunakan untuk masak beras tersebut mestilah betul dan tepat.

Masa kini, ya, ternyata ianya lebih senang. Sememangnya hanya guna periuk nasi elektrik saja lah. 

Tapi, ianya tidak boleh dipandang enteng, para ibu mesti juga mengajarkan anaknya sukatan air tersebut. Jangan sampai nasi yang dimasak terlalu lembik atau terlalu keras.

Kes kedua pula, apalah gunanya kalau pandai masak makanan lauk pauk tapi tidak pandai masak nasi, bukan? Haha. 

Itulah bah perumpamaannya.

Dalam erti kata lain, kebiasaannya ibu tanya, "Sudah kau masak nasi?". Soalan ini bukan sahaja merujuk kepada nasi semata- mata, tapi sebenarnya siap satu pakej lengkap dengan sayur dan lauk.

Jadi, sebenarnya pertanyaan itu adalah, "Sudah masak untuk makan tengahari ka?".

Begitulah kan. 

Perbezaan budaya inilah sebenarnya yang lebih mengeratkan silaturrahim di antara kita. Memahami satu- satu budaya itu membuatkan kita lebih menghargai budaya diri sendiri dan menghormati budaya orang lain.

Raikan semuanya.

Marilah kita dengar lagu Sumandak Sabah dari Marsha dan Velvet ini.



Perkongsian dari,
Mas, ibu anak empat
Sumandak Sabah tinggal di Semenanjung


Rabu, 8 Ogos 2018

Cara Untuk Sihat Secara Menyeluruh

Bismillahirrahmanirrahim.

Bulan ini bulan promosi terbaik buat peminat tegar Vivix Shaklee.


Vivix merupakan minuman botanikal yang baik untuk kesihatan menyeluruh. Ianya mampu bertindak sehingga ke peringkat terkecil iaitu sel badan kita.


Banyak kisah di sebalik Vivix yang memberi sinar harapan baru buat pengamalnya.





Bulan ini promosi yang sangat menarik buat yang ingin mencuba Vivix, minuman kesihatan ini. 

Berminat? Boleh saja menghubungi MAS 0136341955. Konsultasi percuma buat kalian.

Lagu Terbaru Misha Omar "Sampai Bila" Best

Assalamualaikum..

Lama betul tidak tengok Misha Omar kan? Memang peminat tegar Misha sebab suaranya yang seakan- akan Aishah itu. Dulu masa bujang, selalu juga nyanyi lagu Misha ni di karoks. feeling habis ya.

Lagu terbaru nya yang merupakan lagu tema drama Jangan Benci Cintaku, aduh sedap gilak. Walaupun tidak tengok drama tu, heboh facebook pasal si Husna yang dibilang jahat itu.

Aku tidak lah amik port pasal drama tapi lagu ni yang paling best.

Ayok dengar lagu Misha yang best ni. :-)




Selasa, 7 Ogos 2018

Cara Elakkan Masalah Cepat Letih Supaya Lebih Bertenaga

Bismillahirrahmanirrahim..

Perkongsian hari ini adalah bagaimanakah cara untuk mengelakkan masalah cepat letih dan lesu untuk menghadapi aktiviti seharian.

Untuk tampil lebih bertenaga dan bersemangat setiap hari, mari tengok video ini.


Semoga bermanfaat.

Salam sayang,
ibu4M

Isnin, 6 Ogos 2018

10 Tips Didik Anak Supaya Cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim

Terkadang kita letih dengan keletah anak- anak yang pelbagai ragamnya. Pernah dalam situasi jiran sebelah mengajak kami datang ke rumah beliau untuk menyambut cucu barunya.

Lalu aku pun pergi kemudian, Suami dan anak- anak bersama mertua pergi selepas Asar iaitu dalam pukul 5.30 petang. aku membawa Musa yang berumur 2 bulan sampai ke umah jiran pukul 6 petang.

Sampai saja di sana, lepas makan, tengah berbual dengan si ibu berpantang, kongsi pengalaman. Maisha, anak sulungku berusia 7 tahun merengek- rengek mahu pulang.

Sebentar kataku. Dia merengek lagi sambil memanjat- manjat sofa. Sampai satu ketika, aku geram, bulatkan mataku sambil ku cubit dia.

Lepas itu, aku meminta izin untuk pulang bersama Maisha.

Tidak sempat borak panjang.

Di rumah, aku ugut Maisha aku tidak akan bagi duit sekolah selama 5 hari. Ini sebab dia tidak 'behave' di rumah orang.

Sepatutnya tidak boleh mengugut bukan? Tapi ini adalah cara untuk mendisiplinkan dia. Lagipun di sekolahnya, makanan tengahari sememangnya percuma diberikan kerana sekolah swasta islam integrasi. Duit tidak perlu sebenarnya ku berikan.

Sekiranya kalian mengalami masalah sebegini, Jangan cepat naik angin. Kita kena kawal perasaan ini ketika berada di tempat lain.

Dan kita tidak juga boleh terlalu lama di rumah jiran kerana kemungkinan anak itu letih dan perlukan masa untuk berehat.

Disini, Mas kongsikan beberapa tips supaya anak jadi lebih cemerlang. Untuk peringatan diri sendiri dan semuanya.

1. Konsisten dengan peraturan yang ditetapkan

2. Apabila anak bercerita, jadilah pendengar yang setia

3. Bersikap jujur pada anak

4. Memperuntukkan masa berkualiti bersama anak

5. Pandanglah anak dengan penuh kasih sayang

6. Berikan penghargaan setiap kali anak melakukan kebaikan (pujian pelukan, ciuman dan hadiah)

7. Tenangkan anak anda setiap kali dia memerlukannya

8. Hargailah permintaan kesayangan anak kalian

9. Berbicaralah dengan anak

10. Ajaklah anak bersembahyang berjemaah

Sentiasa berdoa setiap hari mudahan kita diberikan kesabaran dan kekuatan dalam mendidik anak- anak supaya menjadi hamba Allah yang sihat, berjaya dunia dan akhirat.

Yang paling penting dan tidak ternilai ialah supaya mereka senantiasa diberikan nikmat sihat dan dapat membesar dengan baik.

Justeru, bagi memenuhi keperluan nutrisi si anak, Mas cadangkan Set Kanak- kanak dari supplemen Shaklee iaitu Mealshake dan Vitalea Chewable buat mereka.

Mealshake ini merupakan minuman perisa vanila yang lengkap dengan asid amino perlu, vitamin dan mineral yang diperlukan. 

Ramai ibu bapa memberikan anak- anak mealshake sebagai sarapan segera, bagus untuk menaikkan selera makan, mengurangkan masalah sembelit bagi kanak- kanak dan sukar mendapat sebarang penyakit biasa seperti demam, selesema dan batuk.

Seterusnya Vitalea yang merupakan multivitamin buat si anak. Pil nya mudah dikunyah dan perisa anggur. Bagus untuk melengkapkan keperluan zat untuk anak.

Berminat untuk mendapatkannya kedua produk ini, Set Kanak- kanak yang terdiri daripada Mealshake dan Vitalea Chewable, boleh saja hubungi Mas di talian 013-6341955.

Semoga bermanfaat.

Salam sayang,
ibu4M


Perjalanan Balik Ke Tawau Bersama 4 Anak Kecil

Assalamualaikum Alhamdulillah penerbangan pertama dari MAS pukul 7.20 pagi ke Tawau Sabah. Syukur anak- anak semuanya mood baik. Dan...