Rabu, 23 Mac 2016

Perkhabaran baru..

Assalamualaikum..
 
Apa kabar semua? Harap semoga senantiasa dalam keadaan sihat walafiat walaupun dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ni kan? Sekejap heatwave menyerang, sekejap jugak Allah turunkan rahmat hujan ke atas muka bumi ni.. Alhamdulillah..:-)
 
Sangat lama tidak menginjak di blog ni apatah lagi menulis. Terasa janggal jugak hehe..Alhamdulillah ibum2m bakal melahirkan 'M' yang ketiga, inshaa Allah penghujung bulan 5 atau awal bulan 6..due date 2/6/2016..doakan agar semuanya dipermudahkan ya..
 
Sekarang sudah 29 minggu. Terasa berdebar dan nda sabar jugak sebenarnya..huhu. Apatah lagi belum ada satu pun persiapan yang dibuat sebabnya sibuk pindah rumah ke Shah Alam..Lepas ni, jadi orang Shah Alam la pulak..
 
Wah, banyak sungguh cerita yang terpendam yang ingin dikongsi di sini, semacam rindu dengan buah hati pulaknya. Teringat zaman bercinta dolu- dolu.. Mula lah semua kenangan dikenang dan setiap satu datang untuk di imbau dan di ingat kembali..
 
Segalanya berlalu dengan pantas. Alhamdulillah dalam kesibukan bekerja, selesai jugak Master yang di amik 2 tahun yang lalu. Bersyukur yang teramat sebab segalanya dipermudahkan oleh Nya. Insha Allah tengah tunggu konvo lagi ni bulan September atau Ogos ni. Jadinya, tahun ni bakal dapat 2 sijil la..satu sijil lahir bakal 'M' yang ke-3 dan sijil sarjana yang betul- betul di tunggu- tunggu..dapatlah kami bergambar konvo, 5 orang nanti..Aamiin

Master Health Education Batch 24.. rindunyaa



Selesai..
 
 
Sesungguhnya perancangan Allah SWT itu amat indah. Aku bersyukur sangat Ya Allah atas apa yang Engkau kurniakan..Semoga dengan kasih sayangMu ini dapat menambahkan lagi tahap keimanan dan keteguhan terhadapMu Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
 
Aamiin Ya Rabbal A'lamiin..
 
Ikhlas dari,
ibum2m
 

Bila Berniaga, Jangan Kutip Hutang Dan Terkena Matahari

Bismillahirrahmanirrahim..

 
Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan, Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak kamu lakukan.  

 

1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.

2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari

 

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

 

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,

 

Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot? Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si adik : Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.Ayah pesan lagi, KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

 

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya. Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?

Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah. Si ibu : Apa ayah mu pesan? Jawab si abang: Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.Kedua , ayah pesan. KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.

 
Moral of the story

 
Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanya lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya. Jadi, belajar lah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing kehidupan kita, semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah. Mudah mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat. Nabi Muhamamad sa, pernah bersabda;“Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan padanya agama dengan sebenar benar kefahaman”.
 

Sumber: Tazkirah.net, oleh Bahagian Dakwah JAKIM

Semoga bermanfaat!
 
-ibum2m-

 

Artikel lain yang di minati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini