Rabu, 28 Mei 2014

6 Cara Mendapatkan Anak Lelaki Atau Perempuan

Salam ceria..


Apa khabar sahabat ibum2m hari ni? Diharap semuanya dikurniai kesihatan dan kebahagiaan dalam menjalani hidup kita seharian.  

Teringat lagi masa di awal perkahwinan dulu, ibum2m sangat teruja dengan berita kehamilan. Yalah, siapalah yang tidak teruja dengan berita gembira. 

Dan sungguh tanpa diduga dan agak terkejut juga sebab memang ibum2m time tu 'bunting pelamin'. Bulan Disember kahwin, bulan September 2011 terus dianugerahi cahaya mata pertama, Maisha Nuwairah.. Alhamdulillah.. Sesungguhnya perancangan Allah itu Maha Hebat bukan? 

Usai perkhabaran gembira tersebar, mulalah terfikir dalam hati, apalah jantina si baby, bagaimana rupanya nanti? Hidungnya seperti akukah atau ayahnya? Memang banyak sangat persoalan yang mengujakan. 

Apapun, entri kali ni adalah merupakan topic hangat ala- ala Hot fm style la. Agak 18SX ya tapi info ini bagus untuk manfaat  bersama.



Bagaimana hendak mendapatkan baby Superman atau Princess Elsa? hehehe, saja ja buat entri gempaq. Ada beberapa kaedah semulajadi yang boleh  dipraktikkan untuk bakal ibu dan bakal ayah di luar sana. 


CARA MENDAPATKAN ANAK LELAKI ATAU PEREMPUAN



1. Makanan

Untuk mendapatkan baby Princess Elsa, incik suami perlu makan lebih banyak makan makanan beralkali, manakala ibu kena lebih kepada makanan berasid. 

Jika mahu baby Superman, suami makan lebih berasid manakala ibu makan lebih beralkali.

Contoh makanan beralkali ialah sayur- sayuran, buah- buahan, putih telur, susu dan sebagainya. Manakala makanan berasid termasuk daging, makanan laut dan lain- lain.

Boleh rujuk di SINI untuk makanan beralkali atau berasid.

2. Masa

Jika kerap melakukan hubungan intim sebelum datang haid, ini akan meningkatkan peluang untuk mendapatkan baby Princess Elsa manakala jika bersama selepas tempoh haid iaitu hari ke 11 hingga ke-16, mungkin berupaya untuk mendapat baby Superman.

3. Kedalaman

Incik asben tidak perlu memasukkan Mr 'Z' terlalu dalam ke vagina jika mahukan baby Princess Elsa. Tapi, kalau baby Superman, buatlah perkara sebaliknya. 

Kromosom X diandaikan mampu berlari pantas dan mempunyai stamina yang kuat manakala kromosom Y pula sebaliknya. 

Jadi atas sebab inilah, asben perlu memasukkan Mr 'Z' lebih dalam agar memudahkan usaha untuk mendapat baby Superman.

4. Kemuncak

Untuk mendapatkan baby Princess Elsa, incik suami perlu klimaks terlebih dahulu sebelum isteri. Ini kerana apabila isteri mencapai klimaks, isteri mengeluarkan cecair beralkali. Jika sebaliknya, suami klimaks selepas isteri, mungkin anda boleh mendapat baby Superman.

5. Persediaan isteri

Sebelum melakukan hubungan intim, boleh cuba alternatif sendiri dengan membasuh vagina menggunakan satu sudu cuka bersama semangkuk air jika mahu baby Princess. 

Tapi jika mahu baby Superman, cuci vagina menggunakan semangkuk air yang dicampurkan dengan satu sudu soda supaya miss 'V' lebih beralkali.

6. Kedudukan

Untuk baby Princess Elsa, keadaan suami perlu berada di bawah dan isteri di atas ketika melakukan hubungan intim.

 Manakala kedudukan isteri di bawah, suami di atas membolehkan mendapat baby Superman.



Selesai perkongsian ibum2m untuk hari ini yang dipetik dari sumber Koleksi Pa&Ma, Penjagaan Ibu dan Bayi. Harap info ini sangat berguna untuk semua ya. Tapi apapun jantina si anak, Princess Elsa mahupun Superman, kedua- duanya adalah anugerah yang tidak ternilai buat kita semua. Jadi, bersyukurlah kepadaNya.. 

Ingin mendapatkan Set Kesuburan Suami Isteri, boleh menghubungi Mas 013.634.1955, Konsultasi terbaik hanya untuk kalian.

Kalian boleh juga rujuk di sini mengenai artikel cara mendapatkan bayi lelaki oleh Dr Zubaidi.

Semoga bermanfaat!

Sayang,
ibum2m

Selasa, 27 Mei 2014

Harga Set Menyusu Shaklee Khas Untuk Ibu, Si Pejuang Kental?

Salam bahagia..

Titisan emas iaitu susu ibu adalah anugerah paling berharga buat si manja anda. Bagi menjayakan proses ini, memang banyak liku, cabaran dan halangan yang mungkin para ibu perlu tempuh di sepanjang usaha menyusukan bayi. Tapi, ibum2m pasti yang semua ibu- ibu memang akan berjuang dan berusaha sehabis gigih untuk menjayakan program ini.

Sebagai salah satu ikhtiar untuk menjayakan penyusuan adalah melalui pengambilan supplemen. Secara umumnya, setiap supplemen mempunyai fungsi yang berbeza. Di sini ibum2m kongsikan fungsi setiap satunya.

Vitalea :
Multivitamin yang lengkap dengan pelbagai nutrisi.

Vitamin B :
Agen penenang semulajadi, memberi mood yang baik dan mengurangkan tekanan kepada si ibu.

Vitamin C :
Membantu menguatkan sistem imun ibu dan anak.

Alfalfa :
'Penggalak susu' bertindak untuk mempercepatkan memperbanyakkan penghasilan susu ibu.

Ostematriks :
Memenuhi keperluan kalsium harian bagi menguatkan tulang, gigi dan gusi.

ESP :
Sumber protein yang menjadikan susu ibu lebih pekat dan berlemak supaya bayi tidak mudah meragam dan cepat kenyang.


SET A : Set Menyusu Bajet 

1. Alfalfa
2. ESP

Harga : RM 203.75 kegunaan 2 bulan

SET B : Set Menyusu Asas

1. Vitalea
2. Vitamin B
3. Vitamin C
4. Alfalfa

Harga : RM 288.75 kegunaan 3- 4 bulan



SET C

1. Vitalea
2. Vitamin B
3. Vitamin C
4. Ostematriks

Harga : RM 296 kegunaan 3- 4 bulan.


SET D 

1. Vitalea
2. Vitamin B
3. Vitamin C
4. Alfalfa
5. Ostematriks

Harga : RM 349.75 kegunaan 3- 4 bulan.




SET E: Set Menyusu 3M

1. Vitalea
2. Vitamin B
3. Vitamin C
4. Alfalfa
5. Ostematriks
6. ESP

Harga : RM 499.75 kegunaan 3- 4 bulan.


Set- set ini diperkenalkan untuk menyempurnakan perjuangan penyusuan ibu berlandaskan keperluan dan bajet masing- masing. Tapi perlu di ingat ya ibu- ibu sekalian, supplemen sahaja tidak membantu 100% dalam penghasilan susu ibu ya.
Apa yang penting adalah ibu-ibu mesti memegang prinsip "DEMAND AND SUPPLY", jika permintaan tinggi maka bekalan pun akan turut tinggi. Jadi, ibu mesti kerap menyusukan bayi secara direct mahupun pam setiap 3 jam untuk memastikan permintaan sentiasa ada. Jangan culas ya! Kalau boleh, bawalah beg pam tu kemana- mana sahaja ibu pergi sekiranya bayi tiada di sisi ibu. Lagi tips, pastikan minum 3.2 liter air sehari ya..
Untuk sebarang pertanyaan mahupun pesanan, boleh terus menghubungi ibum2m di talian 013-6341955 (sms/whatsapp/wechat) atau ibu boleh add saya melalui FB: Masliani Hj Abdul.
"BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING"
Semoga bermanfaat!
Love,
ibum2m 

Terkini: Jangan Pilih Kosmetik Jika Ada Bahan BAHAYA Ini!!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih diberi nikmat bernafas di bumi Allah. Sebenarnya beberapa hari lalu ibum2m dikejutkan dengan pemergian sahabat Shaklee group kami, Naila. Walaupun hanya berjumpa di alam maya, tapi perasaan tu memang tidak dapat digambarkan dengan kata- kata. Memang tersentak seketika dan terkedu. Sememangnya janji Allah itu pasti, kita takkan tahu bagaimana pulak dengan nasib kita kan..(istighfar)..Di sini ibum2m memohon jasa baik sahabat- sahabat yang membaca entri ini agar menyedekahkan Al- Fatihah buat saudari Nurbaiti. Semoga rohnya tenang di alam sana.
 
Terbaru, ibum2m memang tidak pernah terlepas membeli majalah Pa&Ma, dan untuk isu  bulan ni, dikepilkan sekali dengan majalah Rapi (percuma ya). Dan entri hari ni adalah berkenaan apa yang ibum2m baca dalam majalah tersebut.
 
Jadi, jangan main beli ja produk yang ada bahan- bahan seperti di bawah:
 
1. PVP/ VA COPOLYMER
Produk : Semburan rambut dan kosmetik
Kesan : Beracun dan boleh menyebabkan kemasukan bendasing pada paru - paru yang sensitif
 
2. STEARALKONIUM CHLORIDE
Produk : Kondisioner dan krim rambut
Kesan : Biasanya digunakan sebagai pelembut kain dan boleh menyebabkan alahan.
 
3. MIDAZOLIDINYL UREA AND DIAZOLIDINYL UREA
Produk : Semua produk
Kesan : Kandungan umum selepas parabens. Bahan utama adalah formaldehid untuk mengawet mayat dan sangat berbahaya untuk manusia. Boleh menyebabkan radang kulit, luka bakar,  keradangan dan pengeluaran air mata.
 
4. METHYL, PROPYL, BUTYL AND ETHYL PARABEN
Produk : Semua produk
Kesan : Digunakan untuk menghambat pertumbuhan bakteria dan melanjutkan had masa luput produk. Sangat BERACUN dan boleh menyebabkan reaksi alahan dan ruam kulit.
 
5. PROPYLENE GLYCOL
Produk : Kosmetik dan pembersihan wajah.
Kesan : Diperbuat daripada gandum dan merupakan gliserin sayuran yang dicampur alkohol. Boleh menyebabkan kemerahan dan radang pada kulit. Juga boleh merosakkan buah pinggang dan hati.
 
6. SYNTHETIC COLORS
Produk : Kosmetik
Kesan : Penyebab kanser. Jangan sekali- kali menggunakan produk yang ada bahan ini!!!
 
7. SYNTHETIC FRAGRANCES
Produk : Kosmetik
Kesan : Bila kita menggunakan produk yang wangi, makan semua bahan kimia akan diserap ke dalam alirah darah melalui kulit. Boleh menyebabkan sakit kepala, pening, ruam, hiper-pigmentasi, batuk, muntah dan iritasi kulit.
 
8. SODIUM LAURYL SULPHATE (SLS)
Produk : Syampu
Kesan : Digunakan untuk membersihkan dan mencipta buih. Boleh menyebabkan iritasi mata, ruam kulit, rambut gugur, kelemumur dan alahan.
 
9. TRIETHANOLAMINE
Produk : Kosmetik
Kesan : Sering digunakan untuk menetapkan pH dan asas kepada produk pembersihan. Boleh menyebabkan alahan dan masalah mata.
 
 
 
Nah, baca saja sudah cukup menakutkan kan? Ini adalah salah satu sebab mengapa ibum2m secara berperingkat- peringkat bertukar kepada jenama Shaklee. Walaupun bukan secara menyeluruh, tapi memang ke arah TRANSFORM atau BERTUKAR...huhu macam transformer ya.
 
 
Ada lambakan produk di pasaran tapi Kenapa SHAKLEE?
 
Ini kerana ianya JAMINAN bahawa semua produknya sentiasa SEMULAJADI SELAMAT, BERKESAN DAN MESRA ALAM.

Setiap produk telah menjalani lebih kurang 500 ujian yang ketat bagi memastikan kualiti produk yang selamat dan berkesan tanpa sebarang kesan sampingan.


 
Di sini ibum2m ingin kongsikan Set Penjagaan Kulit Shaklee. Set ini telah diperakui yang memang tidak mengandungi unsur- unsur bahan kimia seperti di atas. Set Penjagaan Kulit Shaklee ada 2 jenis iaitu Set Nutriwhite dan Set Enfuselle. Mari kita lihat perbezaan di antara keduanya.
 
Set Nutriwhite Shaklee


 
 
Sesuai untuk kulit muka yang tidak sensitif dan tiada masalah kulit seperti jerawat.
Sesuai untuk kulit normal tapi berminyak di kawasan zone T.
Bertindak sebagai set muka yang bagus untuk penjagaan kulit normal.
 

 
Set Enfuselle
 
Set Enfuselle Normal for Dry Skin


Set Enfuselle Normal for Oily Skin
Credit to : www.ilhamfamilysihat.blogspot.com
 
Sesuai untuk kulit muka yang berminyak, kering, sensitif dan mempunyai masalah jerawat.
Bertindak untuk memperbaiki tekstur kulit dan membantu mengurangkan masalah kulit.
Terdapat 2 jenis : Set Enfuselle Normal for Oily Skin atau Set Enfuselle Normal for Dry Skin
 
Jadi sebelum memilih untuk set di atas, kita perlu kenalpasti samaada kulit kita jenis yang bermasalah atau tidak (ada jerawat atau tidak?) dan jenis kulit (berminyak, kering atau normal). 







 
Sebarang pertanyaan atau info lanjut bolehlah menghubungi ibum2m di talian 013-6341955 (sms/whatsapp/wechat)

Salam sayang,
ibum2m
 
 
 
 
 

Isnin, 26 Mei 2014

Cara Membawa Stok Susu Dalam Kapal Terbang

Salam bahagia semua..

Hari ini ibum2m ingin berkongsi cerita perjuangan penyusuan untuk Mikail BamBam. Semasa mengandung Mikail, ibum2m memang sudah buat keputusan yang bayi ni akan lahir di Tawau juga disebabkan tiada orang yang akan menjaga ibum2m di sepanjang proses berpantang di Putrajaya. 

Dan satu sahaja perkara yang berlegar di fikiran ialah ' Bolehkah membuat stok susu banyak- banyak dan diterbangkan pulak dari Tawau ke KL?'. Memang pernah terbaca yang terdapat ramai jugak ibu- ibu sebelum ni yang terpaksa bekerja di luar negara sambil membawa stok susu mereka, tapi tidak penah terfikir yang diri sendiri akan melaluinya. Bak kata pepatah 'Hendak seribu daya, Tak hendak seribu dalih'.

Bercakap dengan diri sendiri, 'Ibu lain boleh buat, mengapa tidak aku?'. Maka, sebelum terbang ke Tawau untuk bersalin, ibum2m pun mempersiap kan plastik- plastik dan botol-botol storage susu.

Alhamdulillah semasa tempoh berpantang, memang susu sangat meriah dan ibum2m sangat excited mengepam dan membuat stok seawal 2 minggu usia Mikail.

Dipendekkan cerita, stok-stok susu tersebut di kumpul kan di rumah kakak ibum2m sebab di sana ada deep freezer. Jadi tibalah masa mo terbang balik ke KL, rupanya 2 box polisterin tu tidak cukup untuk mengangkut stok susu yang sememangnya 500++ oz kesemuanya. Memandangkan ibum2m akan balik skali lagi pada hujung tahun 2013 sebab adik kahwin, jadi stok yang tidak muat terpaksa di bawa untuk trip yg akan datang.

Di sini, ibum2m berkongsi cara- cara mempacking stok susu adalah seperti berikut :

1. Lapisan paling bawah, letakkan ketulan ais dan tabur garam. Setiap lapisan kena tabur dengan garam untuk melambatkan proses cairnya stok susu tadi.
2. Susun stok, lapisan demi lapisan dan diselangi dengan garam ya..
3. Lapisan atas, letakkan lagi ketulan ais dan garam.
4. Lapisan paling atas iaitu yang terakhir, lapik dengan tuala mandi atau jenis yang tebal.
5. Akhir sekali, tulis nama dan label "Human Breastmilk atau Susu Ibu" pada atas polisterin. Tulis arah anak panah yang menunjukkan bahagian ATAS dan BAWAH polisterin tersebut.
Maaf ya sebab gambar di bawah ni bukan gambar untuk setiap langkah di atas ya..:-)

Stok susu yang dikumpul


Polisterin yang siap untuk dimasukkan dalam kargo


Maisha tengah menjaga stok susu ;-)

Alhamdulillah, lebih kurang 7 jam jugaklah proses mengangkut stok susu ni sebab 4 jam diperuntukkan untuk sebelum dan selepas penerbangan manakala 3 jam lagi adalah masa penerbangan. Stok susu semua dalam keadaan yang baik, semuanya masih dalam keadaan beku tanpa kesan cair sedikit pun.

Diharap perkongsian ini dapat memberi semangat untuk ibu- ibu di luar sana. Tidak kira lah yang jauh di perantauan atau dekat, segala usaha kecil ini Insya Allah akan diberi ganjaran yang sewajarnya olehNya. Ibum2m mendoakan semoga setiap ibu di dunia ini diberi kekuatan, kesabaran, kecekalan dan keazaman yang tinggi bagi menghadapi apa jua masalah dan cabaran di sepanjang proses penyusuan si comel anda.. Aamiin.

'Be Positive, I Love Breastfeeding'
Ingin berkongsi apa- apa cerita pasal penyusuan, boleh saja menghubungi ibum2m di talian 013-6341955.
Semoga bermanfaat untuk semua ya !
Ikhlas dari,
ibum2m

Khamis, 22 Mei 2014

Tips Kumpul Stok Susu Ibu Supaya Anak Tidak Meragam

Salam bahagia..

Sungguh cepat masa berlalu. Lebih kurang sebulan lagi kita semua akan menjalani ibadah puasa. Semestinya inilah masa- masa yang crucial buat ibu- ibu menyusu. Sama seperti ibum2m, mesti mau gigih untuk mengumpul stok bekalan susu Mikail.
Bagi mengumpul stok dan memperbanyakkan penghasilan susu, semestinya para ibu boleh start dengan mengambil sumber makanan yang merupakan 'milk booster'. Sebagai contoh, lobak putih, air barli, sayuran hijau, produk tenusu, habatussauda, kurma, jus, oat dan lain- lain lagi. Boleh klik di SINI untuk mengetahui penggalak susu yang lain.
Selain itu, ada jugak kaedah lain untuk memperbanyakkan penghasilan susu iaitu melalui kaedah "Power Pumping (PP)". Kebiasaannya, ibum2m akan membuat PP sekali atau 2 kali seminggu iaitu pada hujung minggu sahaja. Kaedah ini memerlukan masa sejam dan saranan masa yang terbaik ialah pada waktu 12 tengah malam sehingga 6 pagi. Caranya adalah pam 10 minit, rehat 10 minit, pam 10 minit, rehat 10 minit dan kaedah ini dilanjutkan sehingga sejam. Boleh klik di SINI untuk mengetahui info lanjut mengenai power pumping.

Ok, di samping cara di atas, ibum2m juga mengambil supplemen Shaklee untuk mengumpul stok. Di antara objektif utamanya adalah untuk:

1. Sentiasa Bertenaga
Vitamin B Kompleks boleh membantu untuk penghasilan tenaga. Bonus, ianya juga merupakan agen penenang semulajadi yang membantu membuatkan mood para ibu sentiasa ceria. Tahukah para ibu yang hormon endorphin akan terhasil apabila kita gembira dan mood inilah yang membantu untuk melancarkan dan memperbanyakkan lagi penghasilan susu. Jadi, ibu- ibu mulai dari sekarang mestilah sentiasa senyum dan ceria ya!
HARGA : RM53.75 untuk 120 tablet
PENGGUNAAN : 3 Bulan ( Sebiji sehari)

2. Sentiasa Cergas Di Permulaan Hari
Ostematriks adalah sumber kalsium yang membantu menghilangkan lenguh- lenguh dan sakit belakang yang selalu menghantui ibu- ibu menyusu seperti ibum2m. Bonus lain adalah membantu ibum2m tidur lena walaupun selalu bangun malam, mengelakkan sembelit dan membuatkan pagi anda lebih cergas walaupun tidak cukup tidur pada malam hari.
HARGA : RM 61 untuk 120 tablet
PENGGUNAAN : 1 Bulan ( 4 biji sehari)
3. Percepatkan Dan Perbanyakkan Penghasilan Susu
Alfalfa merupakan agen penggalak susu yang berupaya untuk mempercepatkan dan memperbanyakkan penghasilan susu. Bonus kerana boleh mengawal keputihan, detoks, mengurangkan alahan dan mampu bertindak sama seperti kacip fatimah ;-)
HARGA : RM 53.75 untuk 330 tablet
PENGGUNAAN : 2- 3 Bulan ( Terpulang kepada penggunaan, maksimum 10 biji sehari)
4. Tidak Mudah Lapar Selepas Mengepam dan Menyusu
ESP adalah jawapannya. Ini memang tidak dapat dinafikan bagi ibu- ibu menyusu  macam ibum2m ni, nafsu makan memang tahap  'Dinasour' hihi..ESP ni sumber protein yang mampu membuatkan kita tidak mudah lapar. Bonusnya, susu yang terhasil menjadi lebih pekat dan berlemak, ini memudahkan bayi kita cepat kenyang dan memendekkan masa penyusuan. Bonus lain, boleh mencantikkan, mencerahkan dan melembapkan kulit. Malah boleh menghilangkan parut jerawat supaya para ibu cerah berseri menjelang Raya nanti..:-)
HARGA : RM 150.00 untuk 1 canister (850 gram) 
PENGGUNAAN : 2- 3 Bulan ( Terpulang kepada penggunaan, maksimum 3 scoop sehari)
Mari lihat testimoni ibu- ibu yang lain ..




HARGA KESELURUHAN HANYA RM318.50

(TIDAK TERMASUK HARGA POS RM10 untuk Semenanjung malaysia dan RM20 untuk Sabah/ Sarawak.)
Untuk mendapatkannya, para ibu boleh lah terus menghubungi ibum2m di talian 013-6341955. Pembayaran boleh diajukan pada akaun MASLIANI BT ABDUL@BEDDU, 162384968579 (MAYBANK) atau 10060023256524 (CIMB). Setiap pesanan akan dibuat selepas pembayaran dilakukan. Sila berikan butir- butir seperti bukti transaksi, nama penuh, alamat, no telefon dan alamat email.
Konsultasi berterusan hanya untuk anda tersayang. Mari ibu- ibu sekalian, kita penuhkan peti ais kita dengan stok susu yang meriah, berkhasiat dan berkualiti untuk si manja kita!!!
'BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING'
Salam Sayang,
ibum2m

Selasa, 20 Mei 2014

Harga Milo Malaysia Vs Milo Australia

Assalamualaikum semua..

Hari ni mood ibum2m masih lagi melayang- layang di Tawau. Hari pertama selepas bercuti seminggu memang sangat tidak mengujakan sebab pagi- pagi lagi sudah menghantar m2m pigi pengasuh, memang nangis la m2m..Aduss ibu terpaksa bertabah demi family tersayang..

Mo dijadikan cerita, ibum2m memang peminat tegar MILO termasuklah Maisha. Minuman ni lah pencetus tenaga, 'pembuka selera di setiap pagi..Tapi adakah anda tahu yang MILO sekarang tidak sesedap MILO dahulu. Mertua ibum2m sendiri mengakuinya..

Sehinggalah tahun ni, ibum2m dihadiahkan MILO Australia yang memang harganya lebih mahal dari Milo Malaysia, RM60 lebih satu tin ya. Tapi apabila ibum2m membelek2 tinnya, naahhh ternyata Milo Australia ni mempunyai KELEBIHAN macam ESP SHAKLEE, tu sebablah harganya lagi mahal. Ianya mempunyai KEISTIMEWAAN iaitu Indeks Glisemik Rendah ya..sangat bagus untuk penghidap kencing manis.



Indeks Glisemik ni sebenarnya adalah ranking makanan yang berunsurkan karbohidrat dan boleh membantu mengawal paras gula dalam darah kita. Makanan yang mempunyai GI bawah 55 dikategorikan sebagai rendah, GI 55-65 sebagai sederhana dan GI 70 ke atas sebagai tinggi.

Milo Australia mempunyai GI kategori RENDAH iaitu bawah 40 yang setanding dengan ESP Shaklee yang mempunyai GI 39. Manakala, perkara menyedihkan Milo Malaysia tidak mempunyai Indeks Glisemik pun..huhu


Jadi benarlah kata pepatah 'alah membeli, menang memakai'. Kadang- kadang kita perlu juga memilih barang yang harganya lebih mahal setanding dengan kualiti yang ada pada sesuatu barang tersebut. 

Bukannya memilih sangat, tetapi bagi ibum2m, jikalau ia nya melibatkan kesihatan diri sendiri dan keluarga, sebaiknya buatlah PILIHAN YANG BIJAK!! Jangan terus reject pada barang yang harganya lebih murah atau mahal harganya, buatlah perbandingan dan penilaian yang terbaik untuk kebaikan dan manfaat semua.

Semoga bermanfaat.

Love,
Ibum2m

Rabu, 14 Mei 2014

Rahsia Bayi Comel Gebuss BamBam

Salam sayang dari Tawau..

Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk bernafas di bumi Allah. Ibum2m masih dalam mood bercuti dan berehat di rumah bersama famili di Tawau. 



Mood m2m pulak asyik berkepit ja dengan ibu. Mikail nda mau dengan orang lain selain ibum2m, diletak takut dan minta dukung ja manakala Maisha nda bole ibu lepas dari pandangan, terus meroyan kalau ibu hilang..lagi satu, nda boleh ibu pegang hp, lagi cakap ' Boleh tak Maisha pinjam princess, kejaaaapp ja ibu'..seram btul permintaannya untuk dipenuhi. No! Ibum2m mesti tegas, no gadget ya..mo ikut Wardina didik anak..;-)

Dijadikan cerita, semua famili geram tengok Mikail yang bambam tu. Dan tambah terkejut klu bagitau yang dia hanya menyusu badan sahaja! Nampaknya masih ramai lagi yang kurang yakin dengan KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN anugerah yang tidak ternilai iaitu SUSU IBU..

Godek- godek Majalah Pa&Ma, ada disebut mengenai : 
Kenapa budak yang menyusu susu ibu ada yang gempal dan ada pulak yang kecil dari biasa?
 
Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya kelihatan gempal dipercayai kesan daripada kerap menyusu malam manakala bayi yang agak kecil lebih kerap menyusu pada siang hari dan kurang melakukannya di waktu malam. Ini kerana pada waktu malam, susu makin berlemak (hindmilk).

Wah, ini rupanya RAHSIA untuk mendapat baby BamBam! Jadi untuk ibu-ibu yang sering mengeluh anak bangun setiap jam waktu malam, BERHENTI MENGELUH sebab ini adalah satu proses untuk membuatkan bayi anda lagi dan lebih dan laaaagiii COMEL DAN GEBUSS BAMBAM!!!

Dan untuk sentiasa memastikan bekalan susu sentiasa berterusan dan meriah, ibum2m akan makan 4 biji Ostematriks dan 1 sudu ESP sebelum tidur. Ini supaya tidur walaupun tidur- tidur ayam ku sentiasa berkualiti dan lena..

Semoga bermanfaat..

Love, 
Ibum2m

Sabtu, 10 Mei 2014

Tips Mengisi Perut Bayi

Salam sayang dari Tawau..

Hari ni Alhamdulillah, syukur ibum2m dapat berkumpul lagi dengan keluarga di Tawau sempena Hari Ibu. Terharu gembira dan perasaan bercampur baur kerana inilah duit hasil usaha bisnes Shaklee, dapat beli tiket balik Sabah! Tapi kali ni hanya ibum2m dan m2m saja sebab incik chenta banyak keja..


Hari ni mo berkongsi pengalaman memperkenalkan makanan kepada Mikail setelah berjaya eksklusif BF selama 6bulan..Alhamdulillah capai tahap 'Diploma BF', another one and a half year to go..Berjuang!!!

Pengalaman ibum2m, minggu pertama dan minggu kedua, introduce makanan bermula dengan bubur nasi sahaja yang di'blend', nda payah letak apa- apa kecuali bubur nasi dan air susu semata- mata.. Minggu ketiga dan ke empat, start campur sayur- sayuran. Contohnya brokoli, lobak, kentang, labu dan lain- lain. Tapi untuk setiap 3 hari, 1 jenis, 3 hari berikutnya jenis yang lain pula..

Masuk usia 7bulan Mikail, bubur nasi juga tapi dengan 2 jenis sayuran untuk 2 minggu pertama. Dua minggu kedua barulah mula introduce kan protein, contohnya Ayam, ikan salmon, ikan tuna dan lain- lain. Sebenarnya, inilah juga yang ibum2m praktikkan pada anak pertama, Maisha dulu. Hasilnya, memang Maisha jenis yang suka makan nasi putih, sejibik ibunya..huhu. 

Kenapa perlu kita introduce satu persatu jenis makanan kepada bayi kita? 
Ini adalah supaya kita senang memantau dan mudah tahu apa jenis makanan yang boleh menyebabkan alahan pada bayi kita.

Di sini ibum2m kongsikan 4 soalan tentang alahan makanan yang ibum2m baca dari buku baru keluaran karangkraf iaitu 300 resepi dan Panduan Lengkap Pemakanan Anak.

1. Apa itu alahan makanan?
Alahan makanan berlaku apabila sistem imun tubuh bertindak alas dengan protein yang wujud sesetengah makanan.
 
 

2. Bolehkah alahan dielakkan?
Boleh dengan cara melambatkan proses memperkenalkan makanan yang berpotensi untuk menyebabkan alahan pada anak.
 
 

3. Apakah tanda- tanda alahan?
Ruam pada kulit, sukar untuk bernafas, muntah- muntah, sakit perut dan anafilaksis.
 

4. Bagaimana caranya untuk merawat alahan?
Elakkan makanan yang berpotensi menyebabkan alahan tersebut. Jika masalah berlanjutan, sila bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Antara makanan yang perlu dielakkan sebelum bayi berusia 1 tahun adalah susu lembu, susu soya, telur, ikan, madu, kekacang, kerang- kerangan dan gandum.

Nak crita jugak ni, tadi incik asben terjumpa dengan Ustaz Don masa kami tengah solat di KLIA. Sempat bergambar dan siap kiss dan usap kepala Mikail.

Dijadikan cerita, rupanya kami satu flight sebab dia ada program di Lahad Datu, kami duduk seat 16, Ustaz Don duduk seat 17 bersama krew TV Alhijrah. Masa mo kluar kapal, sempat dorang main acah2 dengan Mikail..huhu siap ingat nama "Nuh?" katanya..;-) best jumpa dengan orang popular dan berilmu ni. Mudahan Muhammad Nuh Mikail akan menjadi insan seumpamanya..Aamiin..


Semoga bermanfaat.

Love,
ibum2m


Jumaat, 9 Mei 2014

Ostematriks : Hilang Kombo Sakit Belakang Dan Sembelit Malah Mampu Tidur Lena Diulit Mimpi Indah


Semestinya kita semua pernah mengalami sakit belakang dan sering lenguh- lenguh di badan kan?

Apatah lagi, golongan ibu cekal yang menyusukan anak dan berjaga malam, suami yang letih berkerja seharian, wanita mengandung dan golongan yang lebih berusia sememangnya sering mengeluh kerana mengalami situasi yang sama.

Pengalaman sendiri, ibum2m sememangnya selalu mengalami sakit belakang disebabkan postur badan yang salah, menyusukan anak dan mendukung anak.   Sudahnya, memang sapu dengan minyak angin sahaja. Akan tetapi, kejap kejap sahaja rasa sakit itu hilang.
Secara tradisionalnya, ada beberapa petua yang boleh kita praktikkan bagi mengatasi masalah yang di alami . Antaranya :
1. Halia

Ambil 3 batang halia dan segenggam asam jawa. Cuci halia, parut dan campurkan dengan asam tadi hingga sebati. Sapukan campuran tersebut pada bahagian yang sakit.
2. Daun kecubung


Ambil 10 helai daun kecubung yang ditumbuk bersama kapur sirih sampai hancur. Tampal pada bahagian yang sakit 2 hingga 3 kali sehari sehinggalah rasa sakit tu beransur pulih.
3. Daun buah nona

Rebus 20 helai daun nona bersama 5 gelas air. Biarkan mendidih sampai 3 gelas. Minum air rebusan sebanyak satu gelas sehari dengan kadar setengah gelas setiap kali minum.

Tapi, jika kemalasan melanda diri, ibum2m sarankan agar mengambil supplemen berunsurkan kalsium sebagai contoh Ostematriks Shaklee. Alhamdulillah selepas ibum2m mengamalkan Ostematriks, masalah tersebut berkurangan dan kadang- kadang hilang selama beberapa hari. Oh, sebenarnya selama ini, badan kita kekurangan kalsium!
Khasiat Ostematriks ?
1. Mengurangkan masalah lenguh- lenguh dan sakit badan terutamanya di bahagian tengkuk, bahu, pinggang dan sebagainya.
2. Membantu proses pengecutan dan pengenduran otot sekaligus melancarkan pelawasan dan mengelakkan sembelit khususnya bagi ibu- ibu yang lepas bersalin.
3. Menolong membina dan mengekalkan kesihatan tulang, gigi dan otot yang sihat. 
4. Mengurangkan kekejangan otot dan kebas- kebas.
5. Mengurangkan gejala PMS dan senggugut.
6. Membantu merehatkan otot bagi mengelakkan stress dan tekanan.
7. Membuatkan anda lena tidur dan badan sentiasa cergas pada keesokan hari.
Kelebihan Ostematriks Shaklee ni bukan sekadar Kalsium semata- mata ya tapi lengkap dengan Magnesium, Vitamin D, Zink, Mangan, Copper dan Boron.
KALSIUM sangat penting dalam diet seharian bagi mengekalkan kesihatan tulang dan gigi. Meredakan kontraksi otot (kekejangan) termasuk degupan jantung. Memastikan pengaliran darah lancar.
VITAMIN D membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik untuk meningkatkan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka tubuh dan memperbaiki penyakit periodontal. Ia juga dikenali sebagai ‘hormone calcitriol’ iaitu Vitamin D aktif. Kekurangan Vitamin D boleh menyebabkan tulang rapuh.
MAGNESIUM membantu menukarkan apa yang dimakan menjadi tenaga, mengekalkan kandungan air dalam usus dan melembutkan najis.
COPPER membantu membina sel darah merah dan sel darah putih dan merangsang pelepasan zat besi untuk membentuk hemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh tubuh badan. Sangat penting dalam tumbesaran bayi, perkembangan otak, system imun dan tulang yang sihat.
ZINK membantu membina sel-sel baru dan enzim serta membantu memproses karbohidrat, lemak dan protein dalam makanan yang diambil. Zink juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.
BORON penting untuk membantu penyerapan khasiat mineral dari makanan yang diambil.
Untuk itu, ibum2m amat menyarankan Ostematriks untuk semua golongan. Untuk pengetahuan, secara normal badan kita memerlukan 1000 mg kalsium bagi memenuhi keperluan seharian. Oleh kerana dalam setiap tablet Ostematriks Shaklee ada 250mg kalsium, jadi ibum2m akan makan 4 biji Ostematriks sebelum tidur. Alhamdulillah, tidur memang sangat berkualiti walaupun selalu terjaga malam dan setiap kali bangun pagi, memang badan akan terasa cergas.
Harga sebotol Ostematriks Shaklee memang sangat Murah iaitu RM61 untuk 120 biji. Sebotol memang cukup penggunaan selama 1 bulan. Dan perlu di ingat!! Inilah produk paling LARIS dalam kedai ibum2m, ala- ala The Most Wanted Product la untuk semua golongan tidak kira usia...khususnya bagi ibu- ibu yang menyusu of course!!! Bole meningkatkan penghasilan susu jugak tau ..;-)

Boleh klik SINI untuk baca pengalaman berpantang ibum2m dengan Ostematriks Shaklee.
Mari tengok testimoni ..


Apa tunggu lagi kawan, mari order..hanya dengan RM61 maka hilanglah penderitaan sakit belakang, sembelit dan tidur nyenyak kita reramai..Insya Allah dengan izinNya jua..
Untuk order, boleh hubungi terus ibum2m di talian 013-6341955. COD Area Putrajaya.
Semoga bermanfaat untuk semua..
Salam Sayang,
ibum2m


Rabu, 7 Mei 2014

5 Sebab Kenapa Ibum2m Suka Gilak Dengan Shaklee?

Raya 2012

Assalamualaikum semua dan salam bahagia..

Hari ni ibum2m mo kongsi kenapalah ibum2m suka betul (sangat) dengan Shaklee ni? Apalah ada pada produk ni yang membuatkan ibum2m jatuh chenta at the first sight katanya..huhu

1. Dekat di Hati

Ibum2m start diperkenalkan produk shaklee ni oleh officemate merangkap Group Leader dalam bisnes Shaklee, group Naila kami iaitu Puan Ainul. Masa tu, baru ja pindah ofis dari Kota Kinabalu ke Cheras dan sedang menyusu Maisha, anak pertama. Pada masa itu, azam memang kuat untuk menyusukan Maisha sepenuhnya selama 2 tahun. Tapi badan selalu rasa letih, selera makan macam dinasour tapi kurang bertenaga. Sejujurnya, mo maintain pengeluaran susu yang meriah setiap hari memang sangat mencabar bagi ibu yang bekerjaya.
 
Tapi alhamdulillah, diperkenalkan starter pack untuk ibu menyusu lengkap Vitamin B, Vitamin C, Vitalea (Multivitamin) dan supplemen ajaib, penggalak susu iaitu Alfalfa. Sangat jatuh chenta dengan Alfalfa sampaikan sehari amik paling maksimum 8 biji dan walla....susu sangat- sangat meriah dan Maisha time tu memang sangat- sangat bam bam. Ibu manala yang tidak semangat kalau anaknya Bam Bam kan..siap digelar Baby Michelin lagi..huhu..Alhamdulillah syukurla nakkk!
 


Maisha Nuwairah, 5 bulan
 

2. Sangat Berkesan

Sejujurnya, bagi ibum2m, produk ni sangat- sangat berkesan. Makan jam segini, tidak sampai sejam suda terasa kesannya.
 
Contohnya Alfalfa. Setiap hari di tempat kerja, ibum2m akan pam susu 3 kali sehari dan setiap 3 jam, sesi 1 : 8/9 pagi, sesi 2: Jam 11.30pagi /12tengahari dan sesi 3 : Jam 3.00/3.30 petang. Ibum2m memang follow tips ekslusif untuk ibu menyusu, setiap abis pam, makan 2 biji Alfalfa. Dan Alhamdulillah, untuk setiap sesi memang akan dapat lebih dari 4oz.Kebiasaannya, sesi 1 dapat 10-11 oz, sesi 2 dapat 4-5 oz dan sesi 3 dapat 5-6 oz. Jadi purata sehari dapat 20 oz. Maisha hanya menyusu 16 oz selama di tempat pengasuh, so ada balance 4 oz tu boleh buat stok deep freezer untuk 6 bulan.
 
Contoh lagi, Ostematriks. Ini lagi ajaib, kenapa? Oleh kerana Maisha baby yg Bam Bam, ibum2m selalu sakit belakang time dukung dia. Jadi, apabila rasa sakit ja, trus telan 2 biji Ostematriks (macam painkiller pulak) dan wallaweiii...tidak sampai sejam, sakit belakang tarakk!! Alhamdulillah syukur  ... ;-)
 
3. Harga Lebih Murah dan Jimat
 
Untuk pengetahuan, harga supplemen Shaklee memang agak murah berbanding produk lain. Contohnya Alfalfa : Hanya RM53.75 untuk 330 biji. Hanya 16 sen untuk satu biji. 330 biji bahagi 8 biji = Penggunaan selama 41 hari ya..so lebih la satu bulan.
 
Contoh lain Vitalea RM88.75 untuk 120 biji. Setiap hari kita hanya makan 1 biji, jadi penggunaan boleh sampai 4 bulan. Hanya 74 sen satu biji. Murah dan sangat jimat bukan?
 
 
4. Penggunaan Lebih Satu Bulan
 
Untuk penggunaan setiap produknya memang lebih dari sebulan, malah boleh tahan hingga berbulan- bulan. Boleh rujuk pengiraan di atas ya..
 
5. Satu Produk, Pelbagai Fungsi
  
Setiap produk tidak terhad kepada golongan tertentu dan mempunyai pelbagai fungsi lain.
Contohnya Alfalfa. Fungsi bukan hanya sebagai penggalak susu bagi ibu- ibu menyusu tapi boleh jugak untuk kaum lelaki sebagai agen detoks, memudahkan sistem pelawasan dan dapat meringankan badan. Bonus untuk wanita, alfalfa jugak bertindak sebagai Kacip Fatimah yang boleh mengecutkan rahim, menegangkan payudara dan mengurangkan keputihan.
 
Lagi fungsi Ostematriks, bukan sahaja untuk menghilangkan rasa lenguh- lenguh badan, sakit belakang, sakit otot malahan boleh mengelakkan sembelit, merangsang pengeluaran susu bagi ibu menyusu dan membolehkan kita tidur dengan lena dan berkualiti.
 
 
Ayah, ibu dan Maisha bambam
 
Haa..sebenarnya ada banyak lagi sebab kenapa ibum2m jatuh chenta dengan Shaklee ni. Tapi buat masa ni, cukuplah ibum2m senaraikan 5 saja ya..Insya Allah, lain kali kita add lagi senarai ni..:-)
 
Semoga bermanfaat untuk semua..
 
Salam Sayang,
ibum2m

Artikel lain yang di minati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini