Jumaat, 27 Julai 2018

Masalah Batuk Kering : Luahan Hati Bekas Pesakit Tibi

Perkongsian saya, seorang bekas pesakit Tibi atau lebih dikenali sebagai batuk kering.


Dulu setiap kali orang tanya, eh ko pernah ada tibi? Aku mesti rasa down.

Yalah, kiranya macam penyakit tibi ni serupa AIDS pulak. Nauzubillah.

Masa mula- mula doktor sahkan ada penyakit tibi, rasa sangat sedih dan down. Terus terbayang kena kuarantin selama 6 bulan, tidak boleh kongsi bekas makanan atau minuman, diasingkan dari keluarga.

Ya betul itu semua.

Tapi ianya bukanlah untuk jangkamasa 6 bulan itu. Kuarantin hanya untuk 2 minggu awal apabila bermulanya rawatan pesakit tibi. Mesti memakai ‘mask’ di sepanjang waktu tersebut.

Seminggu semasa doktor mahu jalankan ujian pengesahan, aku di masukkan dalam wad pengasingan dan agak ber’udara’ sedikit. Tidak boleh berjumpa dan bersentuhan dengan anak- anak dan suami. Bilik ini dipisahkan dengan pintu kaca yang berlainan dengan pintu utama.

Sedih sangat sebab masa tu baru pertama kali berpisah dengan anak ketiga, Muhammad yang masa itu berumur 8 bulan. Masih menyusu sepenuhnya.

Bayangkanlah selama ini asyik berkepit waktu malam, tidur sekatil. Terpaksa berpisah demi kebaikan bersama.

Situasi sebelumnya begini. Aku mengalami batuk- batuk yang on off sejak mengandung anak ketiga, Muhammad. Dari awal mengandung sehinggalah waktu nak bersalinkan Muhammad. Pernah berjumpa pakar respiratori di Hospital Annur, Bangi tapi hanya disahkan bronchitis, dan diberikan turbuhaler.

Tapi apabila Muhammad menginjak umur 6 bulan, batuk itu datang lagi, sehingga 2 bulan dan ada ‘spotted blood’.

Hati rasa cemas.

Pegi klinik dan doktor beri surat refer ke Hospital. Aku terus ke Darul Ehsan Medical centre (DEMC) yang sekarang dikenali sebagai Avisena Specialist Hospital di Shah Alam memandangkan sudah jadi warga sini awal tahun lalu setelah berhijrah dari Putrajaya.

Hasil kahak, 5 sampel semua negatif termasuklah ujian PCR. Mantoux test positif dan xray menunjukkan tompokan putih tapi tidak seberapa pasti.

Maka, doktor mencadangkan supaya ‘warded’ untuk jalankan CT scan paru- paru.

Daripada hasil CT scan lah, mendapati mungkin pernah ada tb sebelum ni tapi tidak diketahui dan tidak dirawat.

Lagi- lagi orang asal Sabah, doktor kata memang kes Tibi di Sabah adalah tinggi.

Maka dengan itu, bermulalah rawatan untuk ubat tibi selama 6 bulan.

Doktor menerangkan dengan sejelasnya, syukur juga aku lulusan Sains Biologi, memang sudah terbiasa dengan sesetengah ‘medical term’. Tambahan lagi, pabila doktor menerangkan struktur badan khususnya peparu sampai ke tahap alveoli, aku cepat faham sebab sememangnya aku mengajar anatomi dan fisiologi di kolej.

Doktor sahkan aku penghidap ‘bronchiectasis’ di mana struktur alveoli pada paru- paru kiri sebelah bawah sudah rosak secara kekal dek akibat kuman Tibi.

Kuman, atau bakteria, Mycobacterium tuberculosis ini sangat berbahaya dan jahat. Ia tak senang duduk di satu bahagian badan, malah dia akan merebak dan berhijrah ke bahagian badan yang lain. Itulah kenapa sesetengah orang ada yang terkena Tibi di mata, tulang belakang dan bahagian badan yang lain.

Haa, kita selalu dengar hanya paru- paru bukan? Paru- paru itu sudah pasti iaitu Pulmonary TB, tapi kalau tidak dirawat, ianya akan merebak ke tempat lain.

Doktor menjelaskan hanya kena patuh pada regimen ubat Tibi selama 6 bulan, in sha Allah awak akan ok.

Apapun, yang merisaukan ialah kena tahan dengan kesan sampingan ubat Tibi kerana ianya adalah gabungan ubat yang kuat dan akan memberatkan buah pinggang dan hati.

Di antara kesan sampingan rawatan intensif 6 bulan ini ialah:

1- Urin berwarna merah bata atau perang
2- Sakit kepala dan pening berpanjangan
3- Loya dan mual
4- Sakit otot dan sendi
5- Jaundis iaitu sakit kuning, mata kulit bertukar warna menjadi kuning

Hari pertama menelan pil itu iaitu Akurit-4 sebanyak 3 biji bersaiz besar dan 1 biji pyridoxine, vitamin B untuk mengurangkan kesan sampingan ubat Tibi. Aku rasa pening dan sakit kepala, mual dan memang rasa nak muntah. Air kencing serta merta bertukar menjadi warna merah bata. Seram rasa.

Terus terfikir, macam manalah nak jalani hidup begini selama 6 bulan dengan keadaan bekerja lagi. Risau.

Oleh sebab itulah, dek kerana tidak tahan dengan kesan sampingan ubat ini, aku mengambil banyak lagi supplemen lain iaitu supplemen Shaklee.

Di antaranya ;

1- Vitamin B Kompleks untuk mengurangkan sakit kepala dan pening
2- Omega guard untuk kurangkan pengeluaran mukus dalam paru- paru
3- Garlic Kompleks bertindak sebagai antibiotik untuk membunuh bakteria secara semulajadi
4- Vitamin C untuk kuatkan imuniti
5- DTX Kompleks untuk mengurangkan toksin di hati, elakkan jaundis
6- Vivix untuk memperbaiki dan memperbaharui tisu dan sel paru- paru yang sudah rosak

Untuk membeli semua supplemen ini memang banyak kosnya. Tapi, aku beli secara berperingkat. Setiap bulan peruntukkan sebanyak RM200 untuk melengkapkan semuanya.

Alhamdulilah, dengan bantuan supplemen ini, badan beransur sihat dan terbiasa dengan kesan sampingan dari ubat Tibi.

Saranan Mas, pergilah dapatkan rawatan secepatnya dengan doktor sekiranya mengalami batuk berpanjangan, mengalami penurunan berat badan yang mendadak, berpeluh pada waktu malam dan sering demam.

Jangan terlalu takut akan pandangan orang lain. Yang penting, kita dapatkan rawatan yang sewajarnya.

Andaikata disahkan menghidap Tibi, patuhlah pada regimen ubat selama 6 bulan itu. Banyakkan berdoa semoga disembuhkan dengan cepat olehNya.

Tetaplah tabah dan bersemangat dalam menghadapi kesan sampingan ubat Tibi tersebut.

Semoga bermanfaat buat kalian.

Kepada yang melaluinya dan ingin berkongsi rasa atau ada sebarang pertanyaan, boleh saja hubungi Mas 013-6341955.

In shaa Allah Mas akan bantu kalian semampunya.

Salam sayang,
Ibu 4M

Isnin, 23 Julai 2018

Masalah Haid Tidak Teratur

Assalamualaikum salam ceria

Sering kita alami masalah haid yang tidak teratur bukan?

Sukar hamil sebab masalah haid yang tidak normal?

Senggugut sangat teruk sehinggakan terpaksa mengambil cuti sakit? Teringat rakan sebilik semasa masih belajar di UiTM Jengka dulu. Setiap bulan, mesti ada sehari dua hari dia terbaring saja di bilik menahan sakit senggugut.

Jalan penyelesaian kepada semua masalah wanita di atas boleh diselesaikan dengan mengamalkan pengambilan GLA sebanyak 200- 300 mg setiap hari.

Tahukah kalian, menurut kajian, 90% masalah wanita iaitu sindrom pra- menstrual boleh diatasi dengan pengambilan GLA setiap hari.

Jom tengok video di bawah ini




Semoga bermanfaat ya..

Salam sayang,
Mas 0136341955
Ibu anak empat M

Isnin, 16 Julai 2018

Benarkah Durian Boleh Meningkatkan Produksi Susu Untuk Ibu Menyusu?

Bismillahirrahmanirrahim.

Masih lagi bersiaran dari Tawau, Sabah untuk menghabiskan cuti bersalin di sini selama 2 minggu.

Sekarang ni sana sini musim durian. Tanya ibu, durian bapak ada ka?

Ibu cakap, kali ini, tidak sempat pun durian tu gugur ke tanah, sudah habis dimakan tupai. Rezeki tupai tahun ini.
Wah sungguh bertuah ko tupai! Kami pun tidak dapat merasa durian dari arwah kebun bapak kami sendiri.

Sudahnya, beli saja la untuk orang cakap ‘feel’ musim durian tu.

Satu pertanyaan, Bolehkah ibu berpantang makan durian?

Bagiku, kena cukupkan dulu pantang 44hari tu baru boleh makan durian. Ini terpulang juga kepada individu. Kaedah cuba jaya ataupun try and error katanya.

Dulu masa berpantang Mikail, anak kedua, merasa 1 ulas durian pun sudah cukup membuatkan aku demam seharian. Terus takut mau rasa durian lagi masa berpantang.

Tapi Alhamdulillah kali ni, sudah masuk 54hari berpantang, jadi bolehlah makan durian. Yang penting asalkan sudah lebih 44 hari.

Persoalan kedua, benarkah durian boleh meningkatkan produksi susu si ibu?

Bagiku, sama juga. Terpulang pada individu. Try and error katanya.

Bagi aku, memang durian merupakan salah satu daripada penggalak susu atau ‘milkbooster’ buatku.

Alhamdulillah. Memang menjadi.


Sudahnya, ku makan la durian sampai berkoyan- koyan. Eh, tidaklah. Kebiasaannya, 6-8 ulas durian pun sudah memadai untuk makan satu sesi.

Lebih- lebih nanti, muak pulak kan.

Baby Musa pun ku tengok sudah semakin berisi. Lebih- lebih lagi, sejak ibu makan durian ni, semakin lemak berkrim la susu ibu di samping ESP Shaklee yang ibu minum tu.

Semoga kau cepat besar ya nak Musa, dikurniai kesihatan yang terbaik dan jadi anak soleh.

Baby Musa merupakan anak ke empat dalam keluarga kecil kami. Alhamdulillah sudah ada 1 puteri yang dikelilingi oleh 3 putera.

Besar nanti boleh jadi Imam Besar masjid ya nak, saham akhirat kedua ibu ayah.

Inshaa Allah. Aamiin.

Ahad, 15 Julai 2018

Pengedar Sah Shaklee Shah Alam

Assalamualaikum dan salam hujung minggu

Kalian risau akan masalah kesihatan yang dialami?

Jom tengok video ini



Jangan segan untuk hubungi Mas, 013-6341955. Konsultasi kesiahatn percuma buat kalian.

In shaa Allah dengan pengetahuan nutrisi dari Shaklee dan pengalaman sebagai pensyarah Biologi, saya sedia membantu kalian.

Salam sayang semuanya.

Sabtu, 14 Julai 2018

Cara Atasi Masalah Urat Timbul Semasa Hamil

Assalamualaikum salam ceria

Alhamdulillah sudah lebih 50 hari usia anak ke empat, Musa dilahirkan.

Sekarang ibu menghabiskan masa berpantang di Tawau, Sabah. 2 minggu pulang ke kampung untuk mempertemukan Musa dengan neneknya dan juga famili tersayang di sini.

Teringat masa mengandungkan Musa, ibu mengalami masalah urat timbul yang samgat ketara di bahagian kaki kiri. Orang tua- tua kata, sememangnya bayi lelaki akan memberat ke bahagian kiri perut ibu, manakala bayi perempuan sebaliknya.

Justeru apa yang ibu lakukan sepajang hamil untuk mengurangkan kesakitan urat timbul ini. Setiap pagi selepas mandi, ibu akan menyembur ubat sembur, Perskindol ke atas kaki. Sapu dan memakai stokin ‘compression socks’ yang sudah dibeli di farmasi berdekatan.

Setelah itu, tidak lupa ibu memastikan bekalan kalsium yang mencukupi buat ibu dan si bayi. Maklumlah, bayi akan mengambil atau erti kata lain, mencuri kalsium dari si ibu. Makanya, ibu amalkan Ostematrix Shaklee 4 biji setiap hari sebelum tidur.

Tidur nyenyak, sakit pinggang dan lenguh badan pun hilang.

Jom lihat video di bawah.





Semoga bermanfaat buat kalian.

Salam sayang,
Ibu4M

Cara Menghilangkan Ketuat Tanpa Setitik Darah Dengan Selamat Dan Berkesan

Assalamualaikum Semasa mengandung anak ke empat Musa, terkejut tengok di tapak kaki sebelah kanan ada benda terbonjol. Masa tu sudah menginj...