Rabu, 30 Mei 2018

Cara Menghilangkan Parut Jerawat Yang Teruk Dengan Selamat Dan Berkesan

Assalamualaikum wrb wbt.

Perkongsian dari salah seorang pengguna Shaklee. Mari baca..


My skin journey.

Gambar 2010,ramai org menyangka saya terkena penyakit cacar air!padahal semua tu la parut- parut jerawat teruk!Saya tempek foundation dan bedak tebal- tebal, namun semuanya tak mampu nak cover jugak!

Sejak berusia 18tahun saya mengalami masalah kulit berjerawat, berparut, tona tak sekata dan kusam.Selama bertahun- tahun saya mencari penyelesaian pada semua masalah saya ini melalui penjagaan luaran. Bermacam2- macam pencuci, krim muka, serum, u name it..saya cuba.

Namun, semuanya hampa. Sampai satu tahap, saya putus asa, yes memang selamanya la saya akan kekal dengan semua masalah ni.

Apabila saya disahkan menghidap penyakit endometriosis , sejenis penyakit yang sangat berkait rapat dengan ketidakstabilan hormon wanita dlm badan yg menyebabkan ketumbuhan di ovari /tiub fallopian tidak putus-putus, saya terus fokus kepada proses penyembuhan secara semulajadi selepas beberapa kali menjalani pembedahan utk membuang ketumbuhan tersebut dan tak fikir dah pasal masalah kulit..

Saban hari saya menanggung kesakitan dek penyakit ni. Setiap kali datang bulan, sakitnya umpama melahirkan anak!Bayangkan sakit sebegini setiap bulan dan kadangkala hampir setiap hari, Saya meneruskan perjalanan saya mencari penawar buat penyakit yang doktor sendiri tidak punya jawapan yang tepat.

Hinggalah saya dipertemukan dgn produk shaklee pada tahun 2012. Kesakitan yg saya lalui saban hari semakin berkurangan.

Alhamdulillah.

Dalam masa yg sama tanpa saya sedar, masalah kulit saya juga semakin pulih! Muka yang berparut teruk membuatkan saya mahu mencuba Collagen Shaklee. 

Alhamdulillah, parut- parut tu hilang mcm dipadam dari kulit! I feel amazed!

Ini antara sebab shaklee sangat dekat di hati saya. Kesakitan, kesedihan dan rasa rendah diri disebabkan semua masalah penyakit dan kulit, shaklee bawa pergi dari hidup saya dengan izin Allah. Alhamdulillah.

Ini juga sebab saya sangat setia pada Shaklee biarpun ada lambakan produk kecantikan dan kesihatan dalam pasaran Malaysia sekarang.

Saya serasi dengan Shaklee.

Alhamdulillah.


Teruja membaca kisah beliau kan? Kalian ingin memdapatkan produk Shaklee boleh saja hubungi MAS 013-6341955 ya .

Salam sayang,
ibum4m

Sabtu, 19 Mei 2018

Cara Elak Lapar Dan Dahaga Ketika Berpuasa Buat Ibu Hamil 38 Minggu

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan yang ketiga. Alhamdulillah Dia beri lagi kesempatan untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini.




Sebenarnya, terasa begitu sayu dan sebak. Inilah Ramadhan pertama kami tanpa bapak. Seluruh keluarga bersedih, ku kira ibu lagi sedih. Bapak sudah meninggalkan kami semua pada 3 Februari yang lepas.

Ku doakan semoga rohnya tenang dan ditempatkan di tempat tertinggi di Jannah. Aamiin.

Untuk diri ini, walaupun sudah menginjak Ramadhan ke tiga, hari ini baru lah mencuba untuk berpuasa. Dalam usia kandungan 38minggu, takut juga ada apa- apa yang boleh menjejaskan diri dan juga bayi.

Alhamdulillah, usai sahur nasi, makan ala kadar sahaja. Tidak lupa mengambil 1 sudu ESP dan 2 sudu Performance Drink yang dicampur dengan jus mangga.


Makan 2 biji kurma. Lepas tu, 1 biji Vitalea, 1 biji Vitamin B dan 1 biji Vitamin C. Minum 2 gelas air suam.

Dan bermulalah puasa hari pertama si Mak yong.

Bila jam menunjukkan pukul 12 tengahari, terasa pening sedikit. Bawa berehat, duduk saja di tepi katil sambil pejam mata.

Akhirnya tertidur pulak sehinggalah azan Zohor. Usai solat Zohor, rasa lebih bertenaga.

Turunlah ke dapur dan buat juadah berbuka. Ehm, buat minuman jeli sedap, resepi dari Tawau.

Emak mertua kata kita goreng mihun saja la untuk berbuka. Aku setuju.

Sebabnya, kalau di Tawau, memang boleh dikatakan setiap hari menu utama berbuka ialah mihun atau mee goreng saja.
Tidak pernah berbuka dengan nasi dan lauk pauk. Ini cuma resepi semasa sahur. 

Alhamdulillah, tidak ada rasa lapar dan dahaga. Cuma hanya si kecil ini sahaja yang kerap kali mengeras, mungkin cuma ingin menyesuaikan diri dengan keadaan berpuasa si ibu.


Berakhirlah puasa pertama Mak Yong dengan jayanya. In shaa Allah, kita cuba lagi untuk esok hari.

Bagiku, jangan terlalu paksa diri. Jika tidak tahan, boleh saja berbuka.

Syukur juga dibantu dengan supplemen tambahan Shaklee. Dapat juga Mak Yong merasa berpuasa di usia kandungan 9 bulan ini.

Dengan izinNya juga.

Ingin dapatkan minuman tenaga untuk elak lapar dan dahaga semasa berpuasa, boleh saja hubungi Mas 013-6341955 ya.

Salam Ramadhan Kareem.

Isnin, 7 Mei 2018

Cara Untuk Menghilangkan Parut Chicken Pox Dengan Selamat Dan Cepat

Assalamualaikum

Perkongsian hari ini adalah mengenai parut chicken pox yang kita tahu amat susah mau dihilangkan.

Di sini Mas share perkongsian salah seorang pelanggan Shaklee yang mencuba Set Chicken Pox ni.

Jom baca kisah beliau, Puan WANA MOHD TAHIR.


[PARUT CHICKEN POX SEMAKIN PUDAR SELEPAS KONSISTEN AMALKAN SET CHICKEN POX SHAKLEE]
.

Nama Saya Nor Hawana Binti Mohd Tahir. Berumur 35 tahun. Bekerja sebagai Pembantu Pustakawan.
.

Pada bulan Oktober 2017, Saya telah dijangkiti virus Chicken Pox. Bayangkanlah bila kena Chicken Pox diusia yang makin sangat dewasanya ni, tahap sakitnya tu berbeza dengan kanak-kanak.
.

Buat pengetahuan semua, Saya tak pernah kena Chicken Pox ni. Kalau kena pun demam campak. Tapi masa tu waktu bayi. Lebih kepada ruam halus lah.
.

Mula kejadiannya, anak sulong yang kena. Berjangkit dari kawan di sekolah. Kemudian berjangkit pula pada anak bongsu. Dan akhir sekali tentulah si ibunnya.
.

Ada bintik merah keluar. Ingatkan Saya kebal takda lah berjangkit rupanya kena jugak. Nasib badan! 😅 . Saya demam sebab chicken pox ni naik di muka, kepala dan badan.
.

Dalam mulut pun ada juga. Mungkin sebab terlalu panas. 😂 Teruk sangat menahan sakitnya. Nak buat apa pun tak larat masa tu. Saya sampai menangis la gara-gara Chicken pox ni.😅
.

Saya adalah pergi klinik untuk ambil cuti sakit dan doktor bagi ubat sapu dan ubat demam. Dalam masa yang sama Saya telah mengambil vitamin set lengkap untuk Chicken Pox ni.
.

Antara vitamin yang Saya ambil adalah Nutriferon, Vitamin C, Garlic, B Complex dan Esp. Saya juga gunakan krim Herbal blend sebagai sapuan dan basic H sebagai mandian.
.

Vitamin C, Nutriferon dan Garlic tu memang Saya ambik untuk tingkatkan imun badan Saya. Esp tu Saya bancuh sejuk-sejuk plain je sebab nak makan takde selera. Tu yang ambik Esp untuk lapik perut dan Esp ni pula protein jadi bagus untuk kulit berparut juga.
.

Dalam masa seminggu bengkak dimuka surut, kuping-kuping Chicken Pox tu pun makin kering. Syukur sangat.
.

Alhamdulillah, akhirnya parut Chicken pox pun makin nipis. Pada mereka yang mengalami Chicken pox di usia macam Saya ni, elok sangatlah amalkan vitamin lengkap tau.
.

Apapun, Syukur pada Allah SWT yang memberikan kesembuhan pada Saya.
Moga kisah Saya dapat memberi manfaat buat semua!
.

Terima kasih Shaklee.

Alhamdulillah gembira baca kisah ini.

Sekiranya kalian perlukan konsultasi dan ingin memesan Set Chicken Pox dari Shaklee, boleh saja hubungi MAS, 013-6341955.

Salam sayang,
MAS
Pengedar Shaklee Shah Alam

Sabtu, 5 Mei 2018

Cara Untuk Kekal Bertenaga Semasa Berada Di Bilik Bersalin


Assalamualaikum.


Tengahari tadi seorang rakan telah selamat melahirkan bayi perempuan, seberat 3.22kg di sebuah hospital swasta di Shah Alam.


Katanya, suami tidak dapat menemaninya kerana terpaksa menjaga 2 anak yang lain.

Teringat masa bersalin anak pertama dan kedua, sememangnya Hospital Tawau tidak membenarkan suami masuk. Ini kerana bilangan bilik bersalin yang amat terhad yang hanya dipisahkan dengan tabir semata.

Ibu menerima dengan redha.

Alhamdulillah anak ketiga, suami dapat menemani dan sekaligus mencipta pengalaman apabila dapat memotong tali pusat dengan bantuan doktor.

Alhamdulillah ibu kekal bertenaga kerana sebelum memasuki bilik bersalin, ibu amalkan 3 biji buah kurma, segelas susu ESP Shaklee dan 3 sudu minyak zaitun.

Tidak lupa juga, ibu mengambil 4 biji Ostematriks iaitu supplemen kalsium untuk memudahkan lagi pengecutan dan pengenduran otot- otot terutamanya di bahagian serviks.

Alhamdulillah bayi lahir tanpa jahitan episiotomi, dan proses penyembuhan berlaku dengan cepat.

Ini pengalaman ketiga ibu.

In shaa Allah kandungan ke empat sudah memasuki minggu ke 38. Mudahan dipermudahkan seperti kelahiran anak ketiga ini.

Buat kalian, ibu hamil, sekiranya ingin mendapatkan Set Berpantang boleh saja menghubungi Mas, 013-6341955.

Mas sedia memberikan konsultasi terbaik buat kalian.

Semoga bermanfaat.

Perjalanan Balik Ke Tawau Bersama 4 Anak Kecil

Assalamualaikum Alhamdulillah penerbangan pertama dari MAS pukul 7.20 pagi ke Tawau Sabah. Syukur anak- anak semuanya mood baik. Dan...