Jumaat, 20 Mac 2015

5 Tanda Hendak Bersalin Yang Ibu Hamil Perlu Tahu

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah, hari ni ibum2m mau kongsi 5 tanda- tanda hendak bersalin yang ibu hamil patut tahu.
Mesti berdebar bercampur excited untuk menunggu si comel bukan? Jom baca..
 
 

#1 Bayi turun ke bawah
 
Perut kita akan menjadi ringan sekitar 2 minggu sebelum kelahiran sebab kepala bayi mula turun ke dalam rangka tulang pelvis.
 
#2 Keluar lendir pekat/ berdarah
 
Lendir pekat seperti gam akan keluar daripada laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula membuka.
 
#3 Sakit belakang
 
Bayi akan beralih dan mula menekan tulang belakang kita. Untuk kurangkan rasa sakit ni, kita dinasihatkan untuk banyakkan berjalan.
 
#4 Kontraksi Rahim
 
Kalau ada kontraksi, tengok dan perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak di antaranya. Kontraksi yang sebenar akan berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten iaitu setiap lima minit. Teringat masa pregnant Mikail, memang sela masa sakit sudah 5 minit, berkejar ke hospital dan lepas Doktor check " Nah, 8cm suda ni, bole beranak sudah ya ibu"..terus ditolak ke bilik bersalin..huhu
 
#5 Pecah air ketuban
 
Haahh, yang ini memang selalu etrjadi di kalangan rakan- rakan ibum2m..huhu. Air ni biasanya keluar dengan banyak dari faraj. Warnanya jernih ja dan memang tiada bau. Ini mesti SEGERA pegi hospital ya bakal ibu..:-)
 
 
Semua kesakitan akan hilang selepas melihat wajah si comel :-)
 
Momen bersalin sememangnya momen yang tidak dapat dilupakan. Setiap detik amat indah untuk dilalui. Kita semua Ibu yang KUAT dan BERTUAH skali. Terima kasih Ya Allah atas nikmatMu yang satu ini..:-)
 
 
Semoga bermanfaat!
 
Salam Sayang,
ibum2m

Khamis, 12 Mac 2015

Suami Liat Telan Vitamin, Tapi Supplemen Yang Satu Ini Pulak Yang Dicarinya..

Alkisahnya si suami sememangnya liat sunguh mau makan supplemen aka vitamin ni..



Diriku bekalkan dia dengan pillbox untuk seminggu pada hari Isnin, sudahnya tidak dimakan pun. Bukan mau menge'check' tapi mau mengambil pen dalam beg kerjanya, ternampaklah pillbox yang masih penuh dengan pil 'colorful' yang diriku bekalkan..memang kedapatan sungguh la..

Akan tetapi yang peliknya, satu hari, dia datang..

"Dear, mana Ostematriks tu? Sakit belakang la.."..

Dalam hatiku berbunga riang, hehe pandai pulak, supplemen yang satu ni memang pantang dia tinggal..

"Ingat dear, supplemen ni bukannya ubat ya, mesti dimakan hari- hari, untuk maintain kesihatan. Bukannya time sakit baru di cari.." balasku..

"Ya la bah.." usainya..sekadar mau mematahkan 'nyanyian merduku' padanya..mau lari litewww!

Sebenarnya, Ostematriks aka pil kalsium ni memang penting untuk kehidupan kita seharian. Bayangkanlah 99% kalsium ada dalam badan kita, banyak dalam tulang dan gigi (of course) darah dan tisu penghubung.

Mineral kalsium ni penting jugak untuk otak, sistem saraf supaya ianya senantiasa berhubung, membantu dalam pergerakan otot- otot dan membantu dalam proses pembekuan darah. 

Menurut kajian saintifik, kalsium juga boleh membantu menstabilkan tekanan darah kita yang amat sesuai sekali buat pesakit hypertension atau yang mengalami tekanan darah tinggi.

Nah..

BONUS ada lagi khasiat kalsium ni.. ianya boleh jugak melegakan PMS (Pre-Menstrual Syndrome) aka senggugut, elak daripada kaki 'cramp' semasa mengandung, darah tinggi semasa mengandung (pre-eclampsia) dan juga boleh menurunkan risiko kanser kolon.

Realitinya, badan kita senantiasa memerlukan kalsium dan vitamin D untuk pembentukan tulang yang sihat dan kuat. 

Tahap kekuatan tulang kita mencapai peringkat tertinggi pada umur 30 tahun (oh diriku dalam lingkungan ini lah.. huhu). 

Tapi sampai ja umur 40 tahun, tulang kita akan mula kehilangan kalsium. Nah di sinilah, kalau terlebih hilang kalsium tu, tulang akan jadi lemah dan menjadi "fragile" iaitu mudah rapuh yang biasa dikenali sebagai osteoporosis.

Jadi, pokok pangkalnya, semua golongan perlu kalsium ni terutamanya kanak- kanak yang membesar terutamanya yang berumur 9 hingga 18 tahun, ibu mengandung, ibu menyusu, 'beliau- beliau' yang sudah 50 tahun ke atas, wanita menopause dan lelaki serta wanita yang aktif bekerja.

Ehm.. berapa pulak keperluan kalsium yang perlu kita ambil? Ini bergantung kepada umur kita. Jom tengok carta di bawah ni..




Ibum2m nda dapat bayangkan kalau sehari nda dapat makan Ostematriks, memang rasa lain la.. Sebab kalau makan Ostematriks 4 biji sebelum tidur tu, esok bangun pagi mesti rasa segar dan bertenaga ja. Sakit belakang dan lenguh- lenguh badan memang HILANG!

Proses 'pembuangan' pun begitu lancar sekali. Tidak hairanlah masa berpantang, Alhamdulillah tiada sembelit lagi..

Ostematriks ni kadang- kadang ibum2m akan makan 4 biji sekali sebelum tidur, tapi boleh juga di makan 2 biji selepas makan tengahari dan 2 biji lagi selepas makan malam. Tapi, kalau kita sudah menjadikan rutin dan rajin minum susu 2 gelas sehari, jadi bolehlah makan 2 biji saja Ostematriks ni sehari.

Sebab dianggarkan kalau satu gelas susu bersamaa 300mg kalsium, jadi kalau sudah 2 gelas susu sehari diminum bersamaan dengan 600mg kalsium, 600mg lagi boleh la telan Ostematriks ja walaupun setiap kapsul Ostematriks hanya mengandungi 250mg kalsium..Tapi memadailah kan, 600mg + 500 mg = 1100 mg kalsium sehari..:-)

Kesimpulannya, hehe Alhamdulillah ibum2m berjaya memujuk incik suami untuk konsisten mengambil Ostematriks ni setiap hari. Yalah, isteri mana la yang sanggup mo tengok ja suami dia asyik sakit belakang ja selepas balik keja, bukan?

Semoga bermanfaat!

Salam Sayang,
-ibum2m-
MAS 013-6341955
Pengedar Shaklee Putrajaya/ Bangi/ Hulu Langat

Artikel lain yang di minati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini