Isnin, 29 Oktober 2018

Takziah Buat Keluarga Penumpang JT610 Lion Air

Allahuakbar

Tiada daya selain Allah SWT

Seluruh rakyat Malaysia turut berduka

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون....

Al Fatihah ....

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهxغَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين


Ahad, 28 Oktober 2018

Krim Malam Bantu Pudarkan Jeragat Yang Degil

Assalamualaikum

Peristiwa malam..

Done packing separuh baju. Anak- anak tidak sabar sudah balik kampung. Nampaknya satu beg tidak cukup. Dengan bertambahnya bilangan anak, beginilah kan.

Alhamdulillah kelulusan cuti sekolah awal sudah diterima dari sekolah Maisha dan Mikail. Gembira betul sebab dapat bercuti sebulan lebih di Tawau.

Syukur juga Maisha sudah habis peperiksaan akhir, esok inshaa Allah ibu dan ayah akan mengambil rekod prestasi Maisha dan Mikail untuk akhir tahun.

Ibu doa yang terbaik ja buat keduanya.

Sebelum tidur, jangan lupa Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus.

Paling penting, krim malam dari Youth. Alhamdulillah semakin pudar jeragat yang ku ternak selama bertahun- tahun ni.


Maisha pun cakap, “Bintik di muka ibu kurang sudah”.

Berbunga- bunga chenta hati ibu nak.

Jumaat, 26 Oktober 2018

Gugur Lagi? Apa Yang Perlu Dilakukan?

Bismillahirrahmanirrahim

Menerima wassap 2 hari lepas. Hati ini diruntun pilu. Setelah lama mengidamkan zuriat, tapi gugur lagi buat kali kedua.

Doktor menyuruhnya untuk bed rest dan kembali semula 2 minggu akan datang.

Apa yanv perlu ibu lakukan?

Bertenang, istighfar dan sabar.

Belum pasti lagi ianya betul atau tidak.

Maka, saya pun menasihatinya supaya mengambil supplemen yang untuk menguatkan pintu rahim.

ESP ternyata sesuai untuk masalah tersebut. ESP minuman soya non GMO lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita.

Mampu membantu dalam pembaharuan tisu dan sel yang rosak, tukarkannya dengan sel yang lebih sihat dan kuat. Kuat untuk menjalankan fungsinya yang tertentu.

Hanya RM161.25 untuk 850gram buat penggunaan selama 2 bulan.

Inshaa Allah.

Semoga ianya bermanfaat untuknya.

Khamis, 25 Oktober 2018

Dari Pensyarah Ke Seorang Surirumah

Assalamualaikum

Seminggu selepas bergelar ex-lecturer, merangkap work- at- home-mom, diri ini dilanda demam.

Badan terasa penat yang teramat sehinggakan waktu tidur pun macam tidur- tidur ayam saja. Tiada rehat yang cukup. Sungguh berbeza dengan situasi sebelum ini.

Setelah melihat kembali, seminggu yang berlalu. Rasanya I was trying so hard to be a PERFECT mom.

Sempurna dari segi berkemas 24jam, menyediakan makanan di atas meja, memenuhi keperluan keluarga sehinggakan terabainya diri sendiri.

Rasanya kalau terus- terusan begini, mahu jadi GILA gamaknya.

Syukur masih berfikiran waras. Terus, SWITCH mood.

Nyatakan pada diri sendiri, “Aku mesti berubah”.

Alhamdulillah minggu kedua ternyata lebih rileks, tidak terlalu mendesak diri dan lebih fleksibel.

Beberapa tips dicuba. Diantaranya:-

1. Mencari group sokongan. Meluah kepada yang benar- benar sahabat setia yang punya profession yang sama, WAHM. Minta nasihat dan pandangan.

2. Lebih fleksibel. Jangan terlalu mendesak diri. Contohnya, sekiranya tidak sempat untuk masak tengahari, beli sahaja di luar. Sekali- sekali membeli di luar tidak akan menjadikan kalian seorang ibu yang gagal atau jahat.

3. Solat di awal waktu. Ini sangat- sangat membantu. Sebab, kalau tidak, jiwa rasa tidak tenang ja, macam ada saja yang belum tercapai.

4. Mulakan hari dengan bacaan surah Yasiin. Sedekah al- Fatihah buat diri sendiri terlebih dahulu, sebelum niatkan kepada yang selainnya.

5. Minum secukupnya. Senantiasa curi masa untuk tidur sekejap atau berehat, bermalasan di katil. Tapi tidak boleh terlalu lama. Cukup 15 minit atau setengah jam sahaja.

6. Jangan skip supplemen. Terkadang disebabkan terlalu memikirkan mau buat apa lepas ini, to-do-list yang berjela membuatkan terlupa ambil supplemen.

Ianya bagus untuk menambah tenaga dan mengelakkan stress dengan rutin harian yang sama yang agak membosankan.

Alhamdulillah juga, sangat berterima kasih kepada penulis buku “ Drama Wonder Emak”, hasil tulisan Puan Salwa Mohd Saleh.

Buku ini sangat memberi inspirasi dikala terasa sangat ‘down’ dan hanyut dilanda kerja yang tidak berpenghujung.

Sentiasa katakan pada diri, “Kau sungguh beruntung, anak- anak di depan mata. Inilah pengorbanan namanya”.

Bukan tidak bersyukur, tapi sebagai insan biasa, tidak akan lari dari perasaan rindu untuk punya masa bersendiri.

Semoga diri ini dan para ibu yang lain senantiasa istiqamah dan terus dikuatkan hati untuk menghadapi hari- hari mendatang.

Be POSITIVE!

Masliani Hj Abdul
Seorang WonderIBU 

Rabu, 24 Oktober 2018

Kenapa Allah Turunkan Hujan?

Bismillahirrahmanirrahim

Pagi tadi, seperti biasa ibu hantar Maisha dan Mikail ke sekolah


Alhamdulillah hari ni mood dorang sangat baik. Senang bangun pagi, mandi pun tiada drama airmata seperti selalu.

Dalam perjalanan ke sekolah, tiba- tiba hujan turun.

Ibu : Allahuakbar hujan pulak hari ni kan!

Maisha: Kenapa ibu cakap macam tu? Kan bagus kalau hujan. Pokok pun mau minum, mesti dorang haus. Itulah Allah bagi turun hujan supaya pokok boleh minum.

Terkedu ibu. Terus puji Maisha betapa pintarnya dia.

Sebenarnya ibu memang pernah cakap begitu dengan Maisha bila hujan turun.

Mikail terus tadah tangan baca doa ketika hujan.
Begitulah kan sahabat sekalian.
Anak- anak senantiasa peka dan menyerap apa yang sering dilihat dan mendengar apa yang kita perkatakan.
Ibu sering berpesan, cakap baik- baik dan terangkan baik- baik kepada anak- anakmu.
Inshaa Allah dorang akan faham juga walaupun beratus kali kita ingatkan.
Fahami fitrah anak- anak.
Tugas kitalah sebagai ibubapa yang rasional, bertanggungjawab untuk membentuk dan mengembangkan fitrah itu dengan batasan dan adab supaya kita dapat mengendalikannya dengan penuh kesyukuran di atas fitrah yang dikurniakan.
Kuncinya adalah SABAR dan tanpa jemu.
Sepertimana HR. Muslim,
“Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Hanya ibubapa lah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani dan Majusi”.

Masliani Hj Abdul,
Masih belajar untuk mendidik

Selasa, 23 Oktober 2018

Cara Atasi Stress Dan Kerisauan Yang Melampau

Salam Isnin yang produktif

Hari Isnin hari yang sangat sibuk

Terkadang nak kejar dateline, boss pulak asyik mencari kesalahan kita.

Anak- anak tidak mendengar kata. Ibu naik stress.

Oleh yang demikian, amatlah disarankan untuk mengambil Vitamin B Kompleks, Ostematriks dan Vitamin C bagi membantu masalah stress yang dihadapi.

Vitamin B Kompleks yang mengandungi B3 penting untuk membantu mengurangkan stress dan kerisauan iaitu anxiety disorder

Ostematriks yang lengkap dengan kalsium dan magnesium bantu untuk membebaskan hormon serotonin iaitu hormon gembira.

Vitamin C pula akan berkurangan dalam tubuh seseorang pabila dilanda stress. Jika berkurangan, badan kita akan lebih mudah jatuh sakit. Itulah kenapa kita digalakkan untuk mengambil Vitamin C setiap hari di samping ianya tidak dapat disimpan dalam badan kita kerana tergolong dalam vitamin larut air.

Bagi yang ingin mendapatkan Set Stress Go Away ini bolehlah menghubungi Mas di talian 013-6341955.

Semoga bermanfaat.


Ahad, 21 Oktober 2018

Cara Mendapatkan Kulit Tanpa Jerawat, Cerah Dan Berseri Dengan Masker Vitamin C

Assalamualaikum

Ramai sudah mencuba membuat sendiri masker Vitamin C dan ESP dari Shaklee.

Sejujurnya, Mas tidak pernah buat pun. Sehinggalah semalam, saja nak buat fblive berkenaan masker ni.

Jadi Mas dan Maisha pun cubalah.

Jom lihat cara membuatnya


1- Patahkan Vitamin C kepada 2 bahagian
2- Campurkan sedikit air
3- Lenyekkan Vitamin C dengan menggunakan bahagian belakang sudu
4- Masukkan satu sudu teh ESP
5- Gaulkan sebati
6- Sapu ke seluruh wajah
7- Tunggu sehingga 15-20 minit. Bilas dengan air suam


Sejurus selepas memakai masker ni, kulit terasa tegang, licin dan halus saja. Jerawat pun mulai terasa kecut. Alhamdulillah.

Lepas ini, bolehlah memakainya secara 2 hingga 3 kali seminggu. Serius. Best sangat.

Mari tengok manfaat Masker Vitamin C dan ESP


1- Mengecutkan jerawat

2- Menutup liang pori muka
3- Mencerahkan kulit
4- Meratakan tona wajah
5- Merawat sunburn dengan cepat
6- Menghilangkan parut jerawat
7- Memudarkan jeragat
8- Menghilangkan jerawat pasir


Pastinya tidak akan daku meninggalkan rutin ini. Sebab hasilnya sangat berkesan.


Harga Vitamin C Shaklee ialah RM97.50 dan mempunyai 180 biji. Penggunaan sehingga 6 bulan. Jimat dan berbaloi bukan?

Energizing Soy Protein berharga RM161.25 unuk 850 gram. Penggunaan sehingga 2 bulan.

Jangan lupa cuba ya.

Nak dapatkan Vitamin C dan ESP, kalian boleh terus klik link di bawah ini.


Perlukan konsultasi? Boleh juga menghubungi Mas di talian 013-6341955.




Semoga bermanfaat.

Tips Dan Petua Bersalin Dengan Mudah Buat Bakal Ibu

Assalamualaikum wrb wbt

Perkara yang paling ditakuti oleh bakal ibu ialah proses bersalin. Walaupun pada hakikatnya, para ibu semestinya sudah tidak sabar untuk menatap wajah cahayamata yang bakal dilahirkan.

Rupa ayah atau rupa ibu?

Tidak sabar rasanya. Tapi suatu proses yang penuh drama akan berlangsung.
Oleh yang demikian, setelah mempelajari teknik pernafasan dan kaedah meneran, ibu perlu TENAGA yang lebih untuk menjalani proses tersebut.

Terdapat banyak petua dan tips yang boleh diamalkan oleh bakal ibu. Di antaranya;

1- Makan telur ayam kampung mentah beserta sedikit madu
2- Minum minyak zaitun dalam 3 sudu makan sebelum bersalin.
3- Amalkan minyak kelapa dara mulai kandungan berusia 7 bulan.
4- Minum milo panas
5- Minum ESP
6- Makan kurma

Semasa bersalinkan anak ketiga, Muhammad memang sangat mudah. Alhamdulillah dia dilahirkan dengan penuh tenang dan paling best, tanpa luka jahitan.

Doktor pun puji sebab Muhammad sangat bersih masa dilahirkan. Ini kerana ibu suka sangat minum air kelapa semasa dekat- dekat nak bersalin.

Alhamdulillah ESP betul- betul berikan tenaga di dalam bilik bersalin.


Para ibu yang ingin mendapatkan minuman ESP, boleh hubungi Mas 013-6341955 ya.

Semoga bermanfaat.

Jumaat, 19 Oktober 2018

Pabila Rindu Bertamu

Salam Jumaat

Alhamdulillah
Maisha sudah merdeka hari ini.
Oleh kerana dia sekolah agama integrasi, jadinya sehari pasti ada 2 atau 3 paper yang dihadapi. Ibu berdoa ja di samping ulangkaji juga sedikit bersama dia

Teringat akan arwah beliau
Terimbau setiap satu memori bersamanya.

Sering panaskan air untuk mandi setiap kali kami ke sekolah. Pabila kami ada ujian penting, beliau selalu mendesak untuk menghantar kami ke sekolah walaupun hari kebiasaannya, akan pergi menaiki bas.
.
Di sepanjang perjalanan, akan selalu berkata,
“Ingat ya nak, kita bukan keluarga senang. Selalu masa sujud terakhir dalam solat tu, bapak mintak doa. Bapak doa supaya semua anak bapak berjaya dalam pelajaran.

Kalau anak orang lain boleh, pasti anak Abdul pun boleh juga. Kalau jawab soalan, baca doa dan minta tolong sama Allah ya nak.”
.
Begitulah juga ibu pesan dengan Maisha. Sebolehnya tidak mahu mendesak, cukup dengan memberi kata- kata semangat yang dia boleh BUAT.

Dua hari lepas, adik kongsikan video lama arwah dengan Maisha.

Allahuakbar, rindu serindu- rindunya. Semoga arwah bapak tenang di sana. Walaupun ku tahu, arwah disana mesti sudah tenang dan tiada lagi sakit yang perlu ditanggung.

Senantiasa mendoakan bapak.

Mudahan diperluaskan kubur bapak, diterangi dengan cahaya, penuh kehijauan seperti taman di syurga dan juga seperti Taman Marannu yang bapak cipta di halaman rumah.

Kasihanilah dia ya Allah.
Kurniakan dia jannah FirdausMu.

Bapak, kita pasti bertemu.
Satu hari nanti.
Inshaa Allah

Masliani Hj Abdul,
Rindu yang tak pernah padam

Khamis, 18 Oktober 2018

Cara Untuk Luka JahitanLepas Bersalin Cepat Sembuh Buat Ibu Berpantang

bismillahirrahmanirrahim

Luka jahitan selepas bersalin sememangnya perkara yang mengerikan buat si ibu bukan?

Pengalaman ini dilalui oleh Mas untuk anak pertama, kedua dan keempat.

1. Buat sitz bath dimana membasuh kawasan genital dengan menggunakan air garam.

2. Memakai seluar dalam jenis kain kapas

3. Jangan biarkan kawasan genital basah dan lembap. Senantiasa keringkan dengan menggunakan tisu atau tuala kecil.

4. Jangan banyak bergerak

5. Jangan meletakkan minyak ke kawasan luka seperti minyak gamat. Bersihkan sahaja dengan menggunakan ubat sapu kuning dari hospital.

6. Amalkan supplemen Zink, Vitamin C dan minuman ESP untuk mempercepatkan luka sembuh sepenuhnya.

Zink berfungsi untuk mengaktifkan 200 jenis enzim dalam tubuh yang membantu dalam proses regenerasi sel.

Vitamin C membantu menyingkatkan proses penyembuhan luka. Elakkan dari terkena jangkitan kuman dan bakteria.

ESP iaitu minuman soya nonGMO membantu mempercepatkan pertumbuhan sel- sel yang baru.

Untuk mendapatkan Set ini, bolehlah menghubungi Mas di talian 013-6341955.

Semoga bermanfaat

Rabu, 17 Oktober 2018

Produk Shaklee Halal

Bismillahirrahmanirrahim

Produk supplemen antarabangsa Shaklee berstatus halalan toyyiban ya.

Selasa, 16 Oktober 2018

Masalah Anemia : Cara Meningkatkan Bacaan Hb Rendah Di Kalangan Ibu Hamil

Assalamualaikum

Ramai para ibu di luar sana yang mungkin mengalami masalah anemia, tekanan darah rendah dan bacaan Hb rendah ketika hamil bukan?

Di antara simptom yang di alami ialah:-

1- Mudah letih, tidak bertenaga
2- Sering pening kepala
3- Loya mual
4- Pitam
5- Degupan jantung menjadi laju
6- Kejang urat
7- Insomnia, sukar untuk tidur

Ini adalah disebabkan kurangnya 2 jenis nutrisi di dalam badan iaitu zat besi dan vitamin B12.

Terkadang tu, follow up di klinik kesihatan ibu anak, ibu diberikan Zincofer, Obimin atau Iberet.

Ada pula para ibu yang sukar untuk menelan vitamin yang diberikan kerana ianya menyebabkan pening dan muntah- muntah sepanjang hari.

Oleh yang demikian, Mas cadangkan agar mencuba Set Anemia atau Set Asas iaitu Vitalea (Multivitamin), Vitamin B Kompleks dan Vitamin C.


Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri.

🌸 Vitalea : Mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral terutamanya zat besi untuk membantu pembentukan sel darah merah

🌸 Vitamin B Kompleks : Mengandungi 8 vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12 asid folik dan biotin untuk pembentukan sel darah merah

🌸 Vitamin C: Membantu memudahkan penyerapan zat besi ke dalam saluran darah.

Terdapat juga pantang larang semasa mengambil supplemen ini.

Perlu elakkan pengambilan 3 supplemen ini beserta susu. Kerana susu akan menghalang penyerapan zat besi dalam saluran darah kita.

Sebaiknya di ambil bersama minuman berasid seperti jus oren. Elakkan dari minum kopi dan teh.

Untuk membuat pesanan Set Anemia, boleh hubungi Mas di talian 013.634.1955.

Semoga bermanfaat buat kalian

Isnin, 15 Oktober 2018

Tiga Perkara Wajib Dijaga Sesudah Bergelar Isteri

Bismillahirrahmanirrahim

Pesan ibu, pabila sudah berumahtangga,ada TIGA perkara yang perlu dijaga.

Satu, bilik tidur.

Bilik tidur merupakan ruang privasi di antara kau berdua. Jangan senang- senang untuk benarkan orang lain memasuki ruang tidurmu. Katil mesti pastikan sentiasa kemas setiap kali bangun pagi. 

Kebersihan harus dijaga. Pasang wangi- wangian supaya jika suami masuk, dia akan tetap tenang.

Setiap pagi, buka segenap tingkap bilik dan juga segenap rumahmu untuk membenarkan cahaya masuk dan rezeki melimpah ruah. Kiranya jika tingkap dibuka, maka udara segar dari luar akan masuk dan bakteria kuman di dalam rumah akan keluar ke persekitaran luar.

Kedua, perut suamimu.

Belajar masak dan penuhi selera suamimu. Biarlah masakan simple tetapi mesti ada. Makanan perlu dihidang mengikut waktu. Jangan biarkan rumah kehabisan beras. Maknanya, beras perlu ada setiap waktu, jangan sampai habis kering kontang, baru hendak membelinya. 

Kena ada stok yang tersimpan. Katanya, ini amalan nenek moyang supaya rezeki itu senantiasa ada buat keluargamu.

Ketiga, hubungan suami isteri. 

Yang ini tidak perlulah diceritakan di sini kan. Setiap pasangan pun perlu faham kehendak masing- masing. Perlu senantiasa bertolak ansur. Kita, sebagai wanita perlu menjaga aset dan kewanitaan.

Itulah sebab sejak kecil, ibu perkenalkan kesemua lapan adik beradik perempuan kami untuk meminum jamu tradisional. Seawal usia 12 tahun lagi ibu sudah menyuruh kami minum jamu gendong yang dijual dari rumah ke rumah.

Jamu ini memang asli kerana setiap ramuannya dibuat sendiri oleh penjual jamu tersebut yang rata- ratanya bangsa Jawa.

Di tempat kelahiran, Tawau memang ramai penjual jamu. Mereka berpakaian kebaya batik dan menggendong jamu dari rumah ke rumah.

Apabila sudah berhijrah ke Semenanjung, aku hanya mengambil Alfalfa Shaklee yang berfungsi seakan ‘Kacip Fatimah’ iaitu jamu moden buat wanita.

Sangat membantu mengecutkan rahim, mengetatkan kembali otot faraj, mengatasi masalah keputihan, menegangkan payudara dan hal- hal kewanitaan yang lain. Juga bagus untuk menambahkan penghasilan susu.

Jagalah hal kewanitaanmu dengan semampunya. Ini merupakan salah satu punca kebahagiaan rumahtangga jua.

Sabtu, 13 Oktober 2018

Seminar Warna Personaliti Di MITIN Conference Centre

Bismillahirrahmanirrahim

Sepertimana Dia menciptakan manusia itu berpasang- pasangan, kita punya personaliti yang saling melengkapi.

Itu RAHSIA Tuhan.


Apabila diselidiki, barulah kita tersedar akan betapa pentingnya mengenali personaliti seseorang itu supaya perhubungan kita akan lebih mesra dan terjalin dengan erat.

Ukhwah terbina di atas nama kepercayaan.


Ya, untuk membina kepercayaan, ianya bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, tidak mustahil untuk diperolehi jika kita bijak menilai seseorang dengan rasional dan waras.


Alhamdulillah di atas ilmu bermakna ini
Alhamdulillah dapat berkumpul lagi sesama kita
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menyerap aura dari insan- insan hebat

Alhamdulillah buat UKHWAH terindah ini

Mari kita terus berjuang buat yang tersayang
Sebarkan manfaat buat semuanya
Buat bekalan kita di akhirat sana

“LillahiTaala”

Masliani Hj Abdul
Jalan terus

Jumaat, 12 Oktober 2018

Penantian 5 Tahun Berakhir Apabila Doktor Mengesahkan Dia Hamil

Assalamualaikum

Pabila bicara soal anak, ianya tanggungjawab keduanya. Tidak kiralah dari segi usaha untuk memilikinya, sehinggalah kepada usaha mendidik, membesarkan dan mencukupinya.

Di saat adik perempuanku yang pertama menyatakan kabar gembira itu. Air mata ini menitik laju. Ya Allah sungguh besar anugerahMu.

5 tahun mereka menanti.

Dia, adik perempuanku yang pertama di antara 5 yang lain. Beza kami setahun cuma.

Sejak kecil, kami selalu dianggap sebagai pasangan kembar. Walaupun rupa kami cukup berbeza, beliau dikatakan punya rupa arwah bapak, aku pula dikatakan memiliki rupa seiras ibu, kami amat rapat.

Pernah sekali, kami bergaduh. Masa itu aku di usia 12 tahun. Kemarahanku yang memuncak kepadanya menyebabkan tanganku naik ke pipinya. Dia menangis semahunya. Tanpa sedar, aku turut menangis dan meminta maaf kepadanya berkali- kali. Benarlah kata orang, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya.

Aku menyesal dan kami berbaik semula.

Kami ibarat isi dan kuku.Senantiasa berkongsi rasa. Senantiasa berkongsi cerita dan pengalaman.

Di saat aku sudah punya anak empat, dia masih lagi menanti kehadiran si comel dengan penuh sabar.

Dan Alhamdulillah. Hari bahgia itu menjelang jua. Sungguh aku menangis gembira. Tiada kata yang dapat diungkapkan.

Sungguhpun begitu. Dia memberitahuku yang dia punya masalah yang lain. Masalah cyst dan fibroid.

Aku cuba untuk berfikiran positif dan menyuntik kata- kata semangat buatnya.

Teruskan lah dengan kekuatanmu. Jaga kesihatan, jangan stress, bergembiralah. Dalam masa yang sama, berhati- hati dan teruskan amalan makanan tambahan iaitu supplemen yang sedia ada.


Kerna kita perlu ikhtiar supaya cyst dan fibroid yang ada tidak mengganggu perkembangan bayi. Mudahan terus hilang dengan ikhtiar ini.



Adikku sayang, kakak doakan semoga dirimu dan bayi yang dikandung senantiasa berada di bawah lindunganNya. Mudahan dipermudahkan buatmu segalanya.

O Allah, jaga dia untukku.

Masliani Hj Abdul
Senantiasa di sisi

Khamis, 11 Oktober 2018

3 Rutin Sebelum Tidur Yang Wajib Korang Turuti

Sebelum tidur wajib amik Ostematrix
supaya tidurku lebih berkualiti
Pagiku senantiasa segar


Sebelum tidur wajib minum ESP
Buat ibu menyusu sepertiku
supaya singkat masa penyusuan
Musa cepat kenyang
Ibu tidur lebih lama

Sebelum tidur wajib tepek Night Cream Youth
supaya kulit wajah senantiasa terhidrat
dan awet muda selalu

Alhamdulillah ❤️
Selamat tidur semuanya

Rabu, 10 Oktober 2018

Cara Untuk Kurangkan Berat Badan Tanpa Mempengaruhi Penghasilan Susu Buat Ibu Menyusu

Bismillahirrahmanirrahim

Tak kenal maka tak cinta.

Seorang customer ingin mencuba supplemen Shaklee buat solusi kepada masalah penyusuannya.

Selepas mencuba ESP,Alfalfa dan OmegaGuard, teruja sangat beliau dengan perubahan yang di alami.



Susu badan bertambah meriah.
Berat kurang sebanyak 7 kg
Wajah bertambah berseri

Alhamdulillah. Begitulah.

Kita kena ikhtiar juga dengan mencuba sesuatu yang baru. Yang baru semestinya yang lebih selamat, semulajadi dan berkesan bukan?

Nak order?

Wassap saja Mas, 013-6341955 ya.

Salam semuanya.

Selasa, 9 Oktober 2018

Cara Atasi Masalah Anak Mengempeng 24 Jam Dan Tak Puas Menyusu

Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah dapat membantu dalam perjuangan susu ibu seorang customer ni.Kita ikhtiar, dan sangat serasi dengan beliau.


Masalah anak mengempeng setiap sejam dan rasa minum tak puas. Malam ibu sangat terganggu kerana tidak cukup tidur dan anak tak mahu lepas susu. Sangat letih katanya.
.
Alhamdulillah setelah mencuba ESP dan OSTEMATRIKS. Anak menyusu tak sampai sejam. Singkatkan masa penyusuan.

Selepas 3 jam, baru anak nak menyusu semula. Syukur sangat.


Bulan depan katanya nak cukupkan Set Penyusuan Premium. Inshaa Allah mudahan dimurahkan rezeki..Aaminn
.
Pm saja MAS 013.634.1955 untuk konsultasi penyusuan kalian ya 😍

BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING
.
Salam sayang
Ibu anak Empat

Kekuatanku, Kesayanganku

Bismillahirrahmanirrahim

Anak pertama memang sangat di sayang. Maisha Nuwairah Bt Mohamad Nazim, cucu pertama sebelah asben, cucu ke lapan sebelahku. Anak Malaysiaku yang lahir tepat pada 16 September 2011.


Anak pertama, biasalah. Semuanya serba baru, pengalaman baru dan buat pertama kali dapat tinggal bersama dengan ayahnya. Alhamdulillah dapat berhijrah dari KK ke Semenanjung. Tiada lagi istilah PJJ buat kami.

Dari dialah, aku mengenal dunia perjuangan penyusuan. Gugel sana, gugel sini. Try itu, try ini. Beli majalah Pa&Ma, beli buku penyusuan, berkongsi cerita dan kisah perjuangan yang sama dengan sahabat seperjuangan.

Dia banyak mengajar aku erti tabah, sabar, kuat, ilmu, ceria, sentiasa positif dan tenang dalam menghadapi sesuatu.

Dengan pengalaman berharga inilah, aku cuba untuk berkongsi seberapa yang mampu dengan sahabat yang lain. Ya gelanggang kami memang sama.

Sungguh rasa puas dan gembira jika dapat membantu mereka untuk sentiasa sama- sama usaha dan fikir positif ja dalam perjuangan kami. Dan di jalan ini jugalah aku dipertemukan dengan bisnes ini. Sungguh ianya memberi semangat buat diriku.

Alhamdulillah aku tidak mau berhenti di sini. Sekurang- kurangnya inilah kebaikan yang ingin ku tabur kepada mereka bagi menambahkan lagi saham akhiratku di sana nanti.

Semoga kami semua tabah dalam perjuangan ini.. Aamiin

'BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING'

Masliani Hj Abdul
Pejuang penyusuan tiada terhenti

Sabtu, 6 Oktober 2018

Buku Bijak Parenting Wajib Dimiliki Oleh Ibubapa Masa Kini

Assalamualaikum

Di hujung minggu, rancang untuk berehat saja di rumah dengan suami dan anak- anak.


Buka telefon, barulah tersedar incik asben ada share perkongsian mengenai ‘Bijak Parenting’ bersama Ustazah Isfadiah Dasuki di surau berdekatan pada hari ini.

Walaupun agak terlambat setengah jam, nasiblah telefon pihak penganjur, ceramah baru bermula jam10 pagi tadi.

Kelam kelibut ibu bersiap dan membawa Musa.

Banyak isu yang dikupas. Di antaranya adalah baik dan buruk penggunaan gajet, tips pengurusan gajet dan tips keibubapaan yang lain.

Semua isu adalah ulasan daripada buku terbaru beliau iaitu ‘Bijak Parenting’. Alhamdulillah dapatlah beli tadi dengan harga RM25. Dapat juga autograf dari beliau.


Untuk pengetahuan, buku ini boleh juga dibeli melalui online www.karyabestari.com.my atau mall.karangkraf.com. dalam bentuk e-book.

Diantara 6 intipati cara didikan Rasullullah SAW ialah:

1- Bina reputasi
Ibu dan ayah perlu bina reputasi yang baik di hadapan anak- anak mereka. Menjadi ‘role model’ dan contoh terbaik. Berikan mereka kepercayaan melalui didikan penuh kasih sayang dan santuni anak- anak.

2- Bina halatuju kehidupan
Tujuan hidup ini adalah semata- mata kerana Allah. Pupuk rasa cinta kepada Allah SWT dengan mengajarkan kepada mereka cara mengenal Allah dengan lebih sempurna.

3- Ibadah
Perkenalkan dan pelajari serta lengkapkan mereka dengan mendirikan solat, puasa, zakat dan sebagainya. Ajari mereka dengan peranan tanggungjawab kepada Allah SWT.

4- Nilai- nilai murni
Tanamkan sifat akhlak yang baik dengan menunjukkan nilai- nilai murni yang perlu ada dalam diri mereka. Contohnya melalui solat, anak- anak perlu mengetahui bab kebersihan, logistik seperti arah kiblat dan waktu solat. Di samping cara- cara yang betul menutup aurat.

5- Pendidikan seks
Tiga perkara penting dalam pendidikan seks buat anak- anak ialah ajari mereka tentang perbezaan di antara lelaki dan perempuan, kenapa adanya Baligh? Dan peraturan pergaulan diantara lelaki dan wanita, lelaki sesama lelaki dan wanita sesama wanita.

6- Etika bersosial
Langkah terakhir sekali dimana setelah semua diperlengkapi, baru lah mereka mendatangi dunia luar untuk berkomunikasi.

Jangan lupa share sebanyaknya buat ibubapa yang lain.

Jumaat, 5 Oktober 2018

Benarkah Amalan Vitamin C Setiap Hari Akan Menjadikan Kulit Lebih Cerah?

Assalamualaikum

Sering kita dengar bahawa amalan Vitamin C setiap hari akan menjadikan kulit lebih cerah dan cantik?


Tidak hairanlah kenapa ramai yang sanggup bergadai nyawa mengumpul duit semata- mata untuk mendapatkan suntikan vitamin C. Suntikan Vitamin C ini dikatakan lebih cepat kesannya daripada mengamalkan memakan Vitamin C tablet setiap hari.


Ya, kesannya memang cepat. Akan tetapi ianya mengundang bahaya kerana dos vitamin C yang disuntik adalah melebihi dari yang sepatutnya.

Ianya akan memberi kesan teruk kepada buah pinggang dalam masa yang panjang.

Selain itu, suntikan vitamin C yang disuntik secara langsung dalam salur darah boleh mengakibatkan embolisma.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada suntikan vitamin C yang diluluskan di Malaysia ini.


Terlalu memikirkan soal kecantikan dari kesihatan sendiri bukanlah perkara yang BIJAK.

Itulah kenapa Mas lebih memilih untuk mengamalkan Vitamin C tablet untuk dimakan setiap hari.

Pilihan utama ialah Vitamin C Sustained Release 500mg dari Shaklee. Diekstrak dari jagung dan mengandungi bioflavonoids yang berasal dari lemon, buah oren dan limau gedang.

Sumbernya asli semulajadi dan tidak akan mengalami kesan sampingan yang berbahaya untuk jangka masa panjang.

Kekal selama 5 jam di dalam badan kerana ianya bertindak mengikut teknologi pelepasan masa.

Sebanyak 533mg askorbik asid yang terdapat di dalam Vitamin C Shaklee ini, ianya akan dilepaskan sebanyak 100mg setiap jam di dalam tubuh kita.

Ianya lebih selamat dan ternyata berkesan buat pengamalnya.

Khamis, 4 Oktober 2018

Cara Untuk Mendapatkan Bekalan Vitamin C Yang Mencukupi Secara Semulajadi, Selamat Dan Berkesan

Assalamualaikum
Selamat Datang Oktober yang penuh warna warni. Sebenarnya sangat teruja untuk berkongsi kepada kalian, pembaca blog ini berkenaan dengan promosi bulan Oktober dari Shaklee.

Pertama, ada promosi Vitamin C Sustained Release 500mg. Siapa peminat tegar Vitamin C? Angkat tangan. Sekiranya peminat tegar, sememangnya tidak mahu ketinggalan untuk meneruskan amalan Vitamin C ini setiap hari.
Banyak sangat manfaatnya.
Siapakah yang seharusnya mengambil Vitamin C? Bagi ku, setiap seorang dari kita mesti mengamalkan vitamin ini kerana badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendirinya.
Itulah kenapa, vitaminr C ini tergolong dalam kumpulan vitamin larut air. Dimana ianya tidak boleh disimpan di dalam badan kita, kita kena dapatkannya daripada sumber makanan atau supplemen tambahan.

Vitamin C ini banyak hilang melalui air peluh dan air kencing manusia.

Pernahkah kalian mengalami simptom seperti di bawah?

1- Rambut kering dan bercabang
2- Masalah gusi berdarah
3- Kurang darah merah iaitu Anemia
4- Kulit bersisik
5- Luka lambat sembuh
6- Mudah lebam
7- Kulit wajah bermasalah

Sekiranya Ya, pastinya kalianlah orangnya yang perlu mengamalkan Vitamin C ini.

Apakah pula manfaat Vitamin C selain meningkatkan imun sistem atau askar dalam badan kita. Diantaranya ialah:

1- Menyokong pertumbuhan gigi dan gusi yang sihat.
2- Meningkatkan penghasilan sel darah merah dimana vitamin C bertindak bersama ion untuk mengikat oksigen lebih efektif agar dapat disalurkan ke seluruh bahagian badan.
3- Membina antibodi yang lebih kuat dimana sel darah putih dapat bekerja dengan lebih baik.
4- Memperolehi kulit yang cantik kerana Vitamin C berfungsi untuk mengikat kolagen dengan efektif supaya kulit lebih kelihatan anjal dan tegang.
5- Bantu mencerahkan kulit terutamanya untuk mengelakkan sunburn.
6- Membantu pertumbuhan kuku dan rambut yang lebih cantik.

7- Membantu penyerapan kalsium dalam badan, bagus untuk sesiapa yang mengalami masalah sakit sendi dan tulang patah.
Kenapa kalian mesti memilih untuk mengamalkan Vitamin C dari Shaklee?
Apa istimewanya Vitamin C Shaklee dari Vitamin C yang berada di pasaran?
1- Sumber askorbik asidnya diekstrak daripada bahan semulajadi iaitu jagung.
2- Nilai tambah ‘bioflavonoids’ berfungsi untuk meningkatkan keupayaan antioksida, diambil dari khasiat lemon, buah oren dan limau gedang.
3- Mempunyai teknologi Sustained Release dimana ianya mampu berada di dalam tubuh seseorang selama 5 jam. Setiap 100mg Vitamin C akan dilepaskan secara berperingkat dan sedikit demi sedikit melalui teknologi sistem pelepasan masa.
4- Mengandungi 180 biji. Penggunaan selama 6 bulan kerana pengambilan hanya satu biji sehari.
Apakah promosi bulan Oktober yang melibatkan Vitamin C ini?
Sekiranya kalian membeli 3 botol Vitamin C, kalian akan mendapat diskaun 5%.
Harga sebenar satu botol vitamin C ialah RM97.50. Sekiranya 3 botol, jumlah kesemuanya RM292.50.
Akan tetapi, bulan ini sahaja, harga 3 botol Vitamin C menjadi RM277.88 sahaja. Jimat bukan?

Mari kita lihat testimoni pengguna tegar Vitamin C ini.

Rabu, 3 Oktober 2018

Kencing Berbuih Tanda Buah Pinggang Bocor, Apa Nak Buat?


Bismillahirrahmanirrahim

Nama saya Muhamad Rosdi Ismail,38 tahun.


Pada bulan September 2015, saya telah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom iaitu buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing.

Sesuatu yang agak mengejutkan dan merisaukan saya sebenarnya. Siapa tak sayang buah pinggang kan??

Sebenarnya sebelum tu lagi saya perasan air kencing berbuih tetapi saya tak fikir ia sesuatu yang pelik dan tanda penyakit ini.

Tetapi bila tangan dan kaki membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak normal. Saya membuat pemeriksaan di Hospital.

Dan semasa di hospital doktor menahan saya di wad kecemasan dan membuat pemeriksaan air kencing 24jam, juga pemeriksaan darah. Setelah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom doktor memberi “sebeban” ubat yang pada saya sangat banyak untuk ditelan.

Dengan ubat surut bengkak, ubat kolesterol, ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut memberi saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini saya memang tidak pernah menghidapinya.

Doktor turut memberi steroid tetapi menyatakan jika saya bersetuju untuk membuat Biopsi iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang maka saya tak perlu mengambil steroid.

Saya berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu Doktor kami ingin membuat Biopsi.

Hakikat yang sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin tapi dengan Vivix saya sangat konsisten.

Maka saya meneruskan suplemen dan juga ubat doktor kecuali steroid. Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak maka perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah.

Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol Vivix bacaan protein di dalam urin menampakkan penurunan.

Dan setelah 3botol Vivix iaitu lebih kurang 3bulan saya ada temujanji dengan Doktor pakar di Selayang.

Dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result yang cantik.

Doktor juga stopkan semua ubat dan yang paling best Doktor sendiri yang beritahu TAK PERLU BUAT BIOPSI.

Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya.

Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser.

Ikhtiarlah dengan VIVIX.

Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah.

Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.

Muhamad Rosdi Ismail

-------------
Testimoni Pesakit buah pinggang bocor.

Semoga membantu customer ni usaha ke arah yang lebih sihat.

Aamiin.

Boleh hubungi Mas 013.634.1955 untuk pesanan segera.

Selasa, 2 Oktober 2018

Cara Untuk Meningkatkan Tenaga dan Stamina Buat Lelaki

Assalamualaikum

Wah, Zink Shaklee sudah kembali.


Sangat ditunggu sebab banyak sangat khasiat Zink ni.

Zink ni bagus untuk membantu dalam masalah kesuburan, khususnya buat si suami.

Bagus juga untuk ibu berpantang dan pesakit diabetes sebab ianya bantu dalam proses penyembuhan luka dengan cepat.

Bagus juga buat ibu berpantang yang mengalami keguguran rambut disebabkan hormon yang tidak stabil.

Lebih bagus digabungkan dengan ESP untuk menguatkan akar rambut dan GLA untuk menstabilkan kembali hormon wanita yang bercelaru dek proses kehamilan itu.

Jangan lupa dapatkan segera Zink ni tau.

Haa, ni cadangan set buatmu lelaki sebenar.

CoQ- trol : Untuk menambahkan tenaga
OmegaGuard: Untuk kestabilan hormon lelaki
Zink : Untuk pertumbuhan sperma yang baik, normal dan aktif
Vitamin E: Untuk membantu masalah kesuburan seperti air mani yang cair dan tidak likat.

Wassap saja MAS 013-634.1955 ye.

Salam Oktober yang ohsem!

Perjalanan Balik Ke Tawau Bersama 4 Anak Kecil

Assalamualaikum Alhamdulillah penerbangan pertama dari MAS pukul 7.20 pagi ke Tawau Sabah. Syukur anak- anak semuanya mood baik. Dan...