Selasa, 31 Januari 2017

Cara Merawat Kayap Dengan Cepat Dan Mudah

Bismillahirrahmanirrahim

Teringat juga masa kena kayap tahun 2012. Berapi-api rasa. 2 minggu pun masih terasa sakit walaupun kayap sudah kering.
.
Mujurlah kena di tangan dan belakang seja. Klu di muka, Allahuakbar mesti lagi pedih. Jangan lupa makan ubat hospital yang dibagi.

Bagi ku, bagus juga top-up dengan supplemen NUTRIFERON dan VIVIX untuk boost imun sistem, bunuh virus mengganas tu cepat- cepat. Juga untuk pemulihan sel DNA dan kulit supaya tidak ada parut.

Ni ada kisah lagi pasal kayap.
--------------------------------

'Ingat lagi Ramadhan 2011, tragedi diserang penyakit kayap. kene tang muke plak tu. Habis separuh muke sebelah kanan melepuh2. Masuk Wad 5 hari sebab effect pada mata jugak. Makan ubat Anti-Viral Acyclovir 5x sehari. So, mmg tak boleh menunaikan ibadah berpuasa langsung!

Lepas kene discharge, selain teruskan makan Acyclovir dan sapu dalam mata, Along Hadhatina Mkb bagi makan NUTRIFERON.

NUTRIFERON ni untuk boost balik sistem imunisasi yang dah jatuh/lemah. Alhamdulillah, berkat kuat semangat nak sembuh dan tak henti consume ubat & supplement Shaklee dari Along, kayap-kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muke..

LECITHIN pun consume jugak lepas tu sebab kayap ni tinggalkan parut hitam kat kawasan yang di'jajah' kayap tu. Memang jadi "two Face" bile daftar masuk LLB di UiTM. Belajar tetap Belajar. Ubat makan jugak. Dalam 5 bulan berturut-turut makan LECITHIN dan juga B COMPLEX, warna kulit muka dah sekata balik. Dah takde 'two face'.

Thanks to Emak Hajjah Nur Huda yang tak henti2 menjaga kakak time berkayap tu, Along- sebab buat research pasal kayap and bagi supplement SHAKLEE NUTRIFERON, LECITHIN & B COMPLEX tu... serta adik beradik laien yang menggembirekan hati dengan menggelar kakak si KAYAPA. Kikikikiki~

Bila sakit jangan risau, YAKIN PADA ALLAH. Sebab setiap sesuatu tu datang dari Allah. Bila dah cukup time, Allah akan ambil balik yang didatangkan tu. Kayap ni die bagi, then bile dah usaha dan YAKIN PADA DIA akan sembuhkan, dia ambil balik kayap tu.

FAITH IS EVERYTHING!'
----------------------------

Semoga bermanfaat❤️

Jumaat, 27 Januari 2017

Ikhtiar Kesuburan Dengan Vivix

Bismillahirrahmanirrahim


Setiap pasangan yang sudah berkahwin, semestinya mengimpikan zuriat sebagai penyeri dan pelengkap rumahtangga bukan?




Yalah, mau jugak merasa punya generasi sendiri. Seperti juga, sahabatku yang sorang ni.



Banyak usaha sudah di buat termasuk lah IUI yang ku kira terlalu menekannya sehingga merasai sedikit tertekan. Bermula dari hospital swasta, LPPKN sehinggalah hospital kerajaan.



Duit pun tidak payah cakap la, memang berpuluh ribu dihabiskan untuk rawatannya.



Kadang mungkin belum ada rezeki, kadang keadaan kesihatan dan cara hidup, kadang .. banyak sebab Dia menguji kita, mungkin ini tanda kasih sayangNya terhadap kita kan.😍



Buat pasangan yang belum dikurniai cahayamata, berikhtiarlah selagi termampu. Inshaa Allah Dia tolong.



Di antara ikhtiar, mungkin boleh mengamalkan supplemen Vivix dari Shaklee. Ku kira, harganya tidak lah semahal rawatan kesuburan yang beribu- ribu itu.



Vivix merupakan revolusi terbaru dalam pemakanan polifenol dari Shaklee. Minuman botanikal yang kaya dengan polifenol, ada khasiat antioksidan dan sel anti penuaan semulajadi.



Adanya resveratrol yang membantu melambatkan penuaan di peringkat sel, menyokong pertahanan sel dan mampu membaiki DNA.



Ya, ianya mampu sampai ke peringkat sel kita. Sebaiknya, sebelum memulakan sebarang rawatan kesuburan, perlu untuk kita memperbaiki sel yang merupakan akar umbi dalam badan kita. Umpama batu bata yang kukuh, sebelum ianya menjadi sebuah rumah atau bangunan. Jadi, kita kuatkan dulu asas dan 'framework' dalam badan kita.



Sahabat semua, usah diragui kerana bahan- bahan utama Vivix iaitu Muscadine Grape, Purple Carrot, Polygonum Cuspidatum dan European Elderberry telah diuji secara klinikal dan ianya sangat eksklusif.



Saya sarankan kepada semua pasangan yang belum dikurniakan cahayamata, ikhtiarlah dengan Vivix. Mungkin ianya boleh menjadi salah satu ikhtiar yang boleh mendatangkan kemanisan di hujung perjuangan kalian.



Sempena bulan Januari ni, promosi Vivix sangatlah jimat. Harga sebenar satu botol Vivix ialah RM503. Tapi bulan ni sangat ISTIMEWA sebab kalau kalian beli 2 botol, boleh beli dengan harga RM765.32. Boleh dapat FREE MEMBERSHIP, dengan CASH REBATE RM36 pada 15 Februari nanti.



Penggunaan satu botol Vivix 150ml adalah 1 1/2 hingga 2 bulan. Hanya satu sudu kecil diperlukan untuk kesihatan menyeluruh.



Jika beli 6 botol, dapat FREE 1 botol lagi. FREE MEMBERSHIP dan CASH REBATE RM264 pada 15 Februari nanti. Jimat berganda- ganda.



Konsultasi  terbaik hanya buat sahabat kalian. Roger seja, MAS 013.634.1955.



Sharing is loving😍




Khamis, 26 Januari 2017

Ikhtiar Gout Dengan Vivix

Bismillahirrahmanirrahim

Lamanya tidak bersiaran. Alhamdulillah tidak sedar sudah di penghujung Januari tahun baru 2017. Sepanjang menuju tahun baru, banyak kenangan yang sudah tercipta. Sama ada manis atau sebaliknya, semuanya menjanjikan pelajaranyang berguna buat diri ini.

Dimulai dengan incik suami tersayang jatuh motor, anak masuk wad.. sungguh Allah menguji. Nikmat SIHAT itu sangat bernilai. Itulah kenapa bersungguh dalam menyebarkan manfaat kesihatan Shaklee buat kalian. Mati memang sudah pasti, tapi ikhtiar itu lebih bermakna ertinya.

Pengkongsian di bawah ni sangat mengetuk pintu hati saya. Jom kita selami.

-----------------------------------------------

Satu hari saya tergerak hati untuk singgah rdan ziarah seorang makcik yang dikhabarkan sakit teruk. Kali terakhir saya jumpa semasa perkahwinan anak beliau, masa tu dia boleh berjalan dengan baik dan dikhabarkan semakin pulih dari masalah Gout.

Saya singgah dan masuk rumahnya. Kelihatan seorang perempuan terbaring mengiring, dibelakangnya ada kipas angin untuk mengeringkan luka dibelakang badan akibat baring terlalu lama. Ya Allah, teruknya makcik ni. Makcik ini adalah asnaf miskin, terlantar atas sebab menderita sakit buah pinggang kesan daripada terlalu kerap mengambil suntikan dan pain-killer untuk melegakan sakit Gout. Keadaan beliau amat lemah, hanya mampu terbaring, makan bubur dan bersuap, terpaksa didukung untuk ke tandas dan ke mana-mana sahaja. Keadaannya semakin teruk disebakan kesan dialisis yang menyebabkan badan beliau semakin lemah, kurang selera makan, mudah demam dan selsema.

Selepas itu, dalam tempoh 2-3 minggu, saya datang ziarah lagi. Tapi niat untuk hantar Nutriferon untuk anak dan cucu lelakinya yang kerap demam dan selsema. Beliau hanya mampu beli 5 paket dan saya beri beberapa paket tambahan untuk kegunaan beliau. Saya masuk ke rumah dan lihat makcik dah begitu kurus, lemah dan tidak bermaya.

Dalam perbualan kali ini, sambil menitiskan air mata. “Man, tolonglah makcik ini. Carikan ubat untuk sakit makcik ni. Makcik dah tak tahan, sakit sangat. Tolonglah Man.” Jawap saya - InsyaAllah, saya akan ikhtiarkan. Kalau ada nanti saya bagi tahu makcik. Sebelum balik, dipesannya sekali lagi. “Man, tolong makcik pasal ubat tu ya.” InsyaAllah - jawab saya.

Saya terfikir, saya nak bagi makcik sebotol VIVIX. Tapi dengan keadaan kewangan yang begitu, saya tak rasa makcik ni mampu membeli sebotol VIVIX yang berharga RM400+. Akhirnya Allah buka jalan, dan Alhamdulillah saya mampu belikan sebotol VIVIX untuk makcik ni.

Saya hantar VIVIX sebelum Ramadhan, tahun 2015. Masa ni, keadaan makcik sangat lemah. Dia didukung oleh anaknya untuk membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Hatta duduk pun dia tidak mampu. Hanya mampu terbaring. Saya beri penerangan pada anak-anaknya tentang VIVIX, ini sebagai ikhtiar. Moga ALLAH permudahkan urusan yang lain. Makan satu sudu setiap hari dan saya berpesan pada makcik, jika doktor tanya cakap makcik sekarang makan buah-buahan je. Makcik setuju dan mengangguk lemah. Saya terpaksa beredar sebab ada urusan lain.

Sejak dari itu, saya tak berkesempatan untuk menghubungi anak-anaknya untuk bertanya khabar. Sepatutnya, saya datang ziarah selepas 2 minggu tetapi, masa tidak mengizinkan. Akhirnya saya sempat datang sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, tahun 2015. Ada beberapa orang yang menginfakkan duit raya dan saya serahkan kepada beliau. Ketika itu saya lihat makcik sedang duduk di atas kerusi. Saya hanya serahkan duit tanpa borak panjang.

Selepas solat hari raya Aidilfitri, saya singgah untuk bertanya khabar. Alangkah terkejutnya saya bila saya lihat makcik tengah sarapan pagi dan beliau memegang pinggan dan makan sendiri. Keadaannya 100% berbeza dengan apa yang saya jumpa sebelum puasa. Beliau bercerita, dia dapat rasakan semakin sihat, bertenaga dan tidak lagi rasa sakit-sakit badan, demam, selsema serta mampu berdiri dan berjalan dengan bantuan anak-anaknya. Perbualan kami tak lama, sekadar 10 minit sahaja. Selepas itu saya pun pulang kerumah.

Atas pelbagai urusan, saya tidak dapat datang beraya bersama keluarga. Habis Syawal, saya balik ke kampung dan mak bercerita. Dia ada berjumpa makcik ni dalam satu majlis di kawasan kampung dan makcik ni cakap pada mak saya. “Alhamdulillah Hajjah. Ubat yang Aman bagi tu mujarab sangat. Sekarang dah mampu keluar rumah, jalan sana-sini dan tidak lagi menahan sakit.”

Sebelum pulang ke Seremban, kami sekeluarga singgah ke rumah makcik. Memang kehidupan makcik sekeluarga berubah setelah memakan sebotol VIVIX. Kesihatannya semakin baik, luka kesan dialisis di leher telah ditukar semula di tangan. Luka juga semakin cepat kering. Doktor bagi tahu, bacaan darah beliau dah cantik, badan bertenaga, makin sihat dan kuat.

Baru-baru ini saya berjumpa anak lelakinya dan dia bercerita yang kesihatan maknya semakin baik dan posi

Inilah kisah VIVIX buat asnaf miskin yang menderita sakit buah pinggang. Alhamdulillah, saya bantu mana yang mampu. Kini beliau masih mengambil VIVIX dan ESP. ESP diminum setiap pagi untuk beliau lebih bertenaga dan Alhamdulillah tiada kesan sampingan kepada buah pinggang dan gout.

Asalnya makcik ini kerap mengambil suntikan dan pain-killer kerana masalah gout. Alhamdulillah, dengan asbab sebotol VIVIX, ia membantu bukan sahaja kesihatan tapi kehidupan yang lebih ceria dan bahagia. Kini, makcik mampu tersenyum gembira dan ceria menghitung hari untuk menerima menantu. InsyaAllah.

Credit untuk :  FB: Hawatif Ali

___________________________________
Semoga bermanfaat buat kalian :-)

Salam sayang,
ibum3m

Artikel lain yang di minati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini