Sabtu, 28 Oktober 2017

Khasiat Air Kelapa Buat Ibu Hamil

Bismillahirrahmanirrahim

Sesetengah orang dulu dulu cakap, minum air kelapa pada awal trimester tidak bagus kerana dikhuatiri 'tajam' dan boleh menyebabkan keguguran.

Tapi, ianya bergantung pada badan seseorang.

Eh lupa pula mahu berkongsi rasa. Alhamdulillah diri ini hamil anak ke empat yang bakal lahir pada bulan Mei 2018. Alhamdulillah syukur atas nikmatNya.

Berbalik kepada cerita kehamilan. Diri ini melalui fasa yang agak teruk untuk awal trimester ini. Terkadang semua makanan dan minuman dimuntahkan. Syukurlah ada penawar iaitu air kelapa yang bisa mengembalikan tenaga buat diri ini.

Bagiku, ibu sendiri dulu semasa di awal kehamilan, mesti air kelapa menjadi minuman utamanya. Di saat semuanya minuman dan makanan ditolak, dimuntahkan kesemuanya.

Hanya air kelapa saja yang bisa memberi tenaga buatnya.

Ku kira aku pun ikut perangai ibu dulu.

Banyak sebenarnya khasiat air kelapa buat ibu hamil termasuklah:

1- Memenuhi keperluan cecair tubuh yang penting untuk memelihara jumlah cecair amnion dan peredaran janin.

2- Sumber elektrolit yang penting membuat tubuh lebih terhidrat. Banyak mineral penting ada didalamnya termasuklah kalsium, natrium, dan fosforus.

3- Minuman yang sihat kerana ianya minuman semulajadi tanpa pewarna, penyedap atau pemanis.

4- Minuman rendah gula. Jangan kau letak gula sudahh..

Jadi, daripada minum minuman yang manis, baiklah kau pilih air kelapa yang sedap dan nyaman itew.

Doakan Mas ya. Mas juga doakan semua pasangan yang belum dikurniai cahayamata akan berjangkit dengan Mas. Aamiin.

Salam sayang,
ibum3m

Sabtu, 7 Oktober 2017

Majlis Ilmu bersama Ustazah Halimah Alaydrus

Bismillahirrahmanirrahim

Berkesempatan untuk menghadiri majlis ilmu tadi. Sangat terkesan di jiwa.

Rabu, 4 Oktober 2017

Kulit Bayi Seumur Setahun Lebih Melecur Akibat Terkena Eksos Motor Dirawat Dengan Krim Herbal Blend

Assalamualaikum.

Sebulan yang lalu..


Biasanya tepat pukul 6.30 petang, ayah dorang balik. Semua tunggu depan pagar semata- mata untuk naik motor sekejap sebelum masuk dalam rumah.

Muhammad akan duduk di hadapan,
Mikail dan Maisha di belakang ayahnya.
Sudah tu, meluncurlah motor ayahnya masuk ke dalam pagar.


Bukan main gembira lagi budak- budak ini, biarlah dapat naik motor sekejapan cuma.

Mahu dijadikan cerita, sedang Muhammad main di luar, masa tu baru lagi bertatih.

Sebenarnya, masa itu juga, ada ayah mertua dan kakak ipar tengah angkat barang untuk di bawa ke tempat lain.
Tiba- tiba nangis Muhammad, tak sedar dia ada di luar rumah. Rupanya dia terpegang eksos motor ayahnya yang masih panas.

Allahuakbar. 

Tengok tangannya macam tidak ada apa- apa. Tapi ibu terus sapu Krim HerbalBlend.


Nangis tidak berhenti. Cara tenangkan cuma terfikir untuk menyusu saja. Masa menyusu tu, barulah ibu tersedar. Ibu sapu krim di tempat yang salah. Ibu sapu di tangan kanan, tapi melecur di tangan kiri.

Memang melecur dan sedikit hitam jari kirinya. Ibu terus capai krim itu lagi dan sapu banyak- banyak di tempat yang terkena. Mahu dekat sejam juga dia nangis.


Sesungguhnya inilah perkara yang paling digeruni oleh kami.
Selalu beringat, cakap dengan anak- anak. 'Hati- hati ya, jangan dekat dengan eksos motor ayah tu. Panas lagi'.
Tapi kalau Allah cakap jadi, jadi jugaklah kan.

Alhamdulillah, sudah lebih 3 minggu dengan sapu krim itu hari- hari. Tangannya beransur pulih. Isi baru tumbuh dengan cantik dan kesannya pun tidaklah nampak sangat.

Sahabat bertanya, gelembung air tu pecah sendiri atau Kak Mas pecahkan?

Sejujurnya saya takut nak pecahkan, tapi Alhamdulillah, ianya kecut dengan sendiri selepas seminggu.

Ibu perlu sapu sahaja bahagian melecur itu setiap malam sebelum tidur. Sebab Muhammad suka sapu di baju kalau ibu letak krim itu masa dia sedar.

Syukurlah ada Krim Serbaguna Herbal Blend ini. Memang banyak kegunaannya. Ibu kalau ada jerawat tumbuh di muka, memang sapu krim ini saja.

Haritu masa hari lahir Maisha, ibu buat kek Mango Cheese. Tak perasan masa tengah basuh blade food processor, tangan terkena blade itu.

Aduhh, sakit bukan kepalang. Berdenyut- denyut. Darah tak berhenti mengalir.

Terus capai krim ni pastu sapu di tempat luka. Alhamdulillah 3 hari dah sembuh. Tanpa sebarang kesan pun.


Malang tidak berbau bukan? Jadi buat ibu- ibu, sebaiknya wajib ada krim ini di rumah dan kalau boleh, dalam handbag. Bagus kalau ada kes- kes kecemasan.

Berminat?

Terus hubungi MAS 013.634.1955 ya.


Salam sayang,
ibum3m

Masalah Anemia : Cara Meningkatkan Bacaan Hb Rendah Di Kalangan Ibu Hamil

Assalamualaikum Ramai para ibu di luar sana yang mungkin mengalami masalah anemia, tekanan darah rendah dan bacaan Hb rendah ketika hami...