Rabu, 7 Jun 2017

Kenali Chemical Pregnancy Buat Wanita

Assalamualaikum

Wanita dan kesuburan, banyak isunya bukan? Terbaru kawan KakMas wassap. Telah dikurniakan dua putera. Sekarang, berimpian untuk mengandung lagi kerana yang bongsu sudah menginjak ke umur 4 tahun.

Kepingin beliau untuk mendapat puteri pulak kali ni. Setelah beberapa hari, katanya periodnya sudah lewat seminggu daripada kitaran yang biasa.

Tidak sabar, beliau terus check UPT. Alhamdulillah menunjukkan 2 line. Satu line itu sangat samar tapi memang ada.

Ku katakan padanya. In shaa Allah menjadi tu.

Tapi, setelah seminggu. Ada palitan coklat dan hari seterusnya, beliau period. Dan seperti ada ketulan darah.

Daku menjangkakan, kemungkinan ini gugur. Tapi, tidak sanggup rasanya untuk memberitahunya.

Secara kebetulan. Dr Zubaidi Hj Ahmad yang merupakan doktor feveretku memuat naik status mengenai 'Chemical Pregnancy'.




Ehm. Kemungkinan inilah yang di alami oleh sahabatku ini. Allahuakbar.

Kenali Lokasi Jerawat Dan Masalah

Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.

4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.


Kredit to : Fb Rahsia Hawa

Selasa, 6 Jun 2017

Tips Menjadi Ibu Bapa Yang Hebat

Assalamualaikum wrt wbt.

Salam ramadhan ke Sebelas. Sudah dua hari kami bersahur di hujung waktu. Jam sudah menginjak  ke lima suku. Apa lagi, melompat lah dari katil. Alhamdulillah. Sempat jugak bersahur. Jika tidak, lembiklah ibu menyusu ini.




Semalam cerita muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa yang terbaik. Sebenarnya, diri ini memang gemar membaca majalah Pa&Ma. Subuh tadi, terdetik mahu membuka majalah itu lagi.

Daripada beberapa banyak naskhah yang ada, tiba- tiba terpilih edisi Jun 2016 yang memang khusus buat Ramadhan tahun lepas. 

Belek- belek, terjumpa artikel mengenai seorang ibu baran yang berusia 34 tahun. Mempunyai 4 orang cahaya mata. Cepat sangat baran, cepat mengherdik dan memarahi anak walaupun dalam isu- isu yang remeh. Paling sedih, kuat juga memukul.

Satu kejadian kecil berlaku. Si ibu tersentak. Seakan terhenti lakonan jahat yang dimainkan. Segalanya berubah apabila dia ditegur oleh anak kecil berusia 4 tahun. 

Kata anak kecil itu. 

"Dulu, ibu bukan begini."

"Ibu sudah tidak sayangkan adik lagi?"

Allahuakbar. Runtun hati si ibu. 

Terkadang sebenarnya bukan salah mereka. Kita marah kepada orang lain tapi kita melepaskan kepada anak kecil ini. Astaghfirullah hal aziiim. Syaitan apa yang merasuk si ibu.




Merujuk kepada kaunselor tersebut, pengaruh gaya asuhan dan sejarah silam sememangnya akan mempengaruhi pola kehidupan dan personaliti yang kita miliki. 

Menurut Erik Erikson, seorang pakar di dalam perkembangan personaliti, tahun asas pembentukan personaliti individu dibentuk seawal 0 hingga 18 tahun. 

Ini bermakna sepanjang tahun asas ini, anak- anak akan mencerap dengan baik segala pengalaman dan pemerhatian yang dilalui oleh mereka. Umpama 'span' yang menyerap sebanyak air yang boleh diserap.

Justeru, kita sebagai ibu perlu belajar menerima kelemahan diri. Banyakkan berdoa dengan penuh kerendahan hati.

Dua tips untuk menjadi ibu bapa yang hebat ialah :

1. Belajar bersabar


Adalah sesuatu yang normal untuk mengulangi arahan yang sama kepada anak beberapa kali atau menunggu anak untuk respon terhadap arahan yang diberi. Belajar untuk tidak menjadi perfectionist pada anak agar kita dapat menyediakan ruang untuk dia berkembang dan belajar.

2. Belajar untuk menghargai


Gunakan tempoh pembesaran anak sebagai ruang untuk berseronok dan mengembara bersamanya. Hargai dan nikmati setiap apa yang anak kongsikan dengan anda untuk membantu membina keyakinan dirinya.




SubhanAllah. semoga kita akan terus diberi kesabaran dan ketenangan dalam mendidik anak- anak kita kelak. Aamiin.

Semoga bermanfaat.

Rasa dari hati,
ibu 3M


Isnin, 5 Jun 2017

Sabar Kunci Untuk Mendidik Anak Anak

Assalamualaikum wrt wbt.

Apa kabar kalian? Sedar tidak sedar sudah 10 ramadhan berlalu. Semoga kita akan lebih istiqamah dan diberi kekuatan olehNya untuk beribadah.

Nampaknya, ibu masih lagi tumbang di asak nafsu. Nafsu amarah terhadap anak- anak masih begitu. Istighfar banyak kali. Insaf. Ya, memang payah. Dengan anak yang berderet, 6 tahun, 4 tahun dan setahun. Rasa sangat hopeless. Down sebab tidak dapat menjadi ibu yang penyayang.

Diri ini tahu. Ramai lagi pasangan di luar sana yang inginkan permata hati sepertiku. Sungguh aku malu pada kalian. Betapa sering terlepas amarahku kepada anak- anak yang tidak bersalah ini.

Ibuku sering berpesan. Jangan dimarahi anak kecilmu itu. Biar seribu kali kau pesan dan nasihat mereka. Walaupun kelihatan semacam air dituang ke dalam cawan yang pecah, tapi In shaa Allah, lama- kelamaan mereka akan faham.

Kau yang kena bersabar. Inshaa Allah satu hari, segala pesanan mu akan masuk dalam minda separa sedar mereka.

Dan kau juga. Sebagai ibu, jangan terlalu menekan diri sendiri. Hanya inginkan segalanya berubah menjadi terlalu sempurna. Sehinggakan dirimu lelah. Rapuh. 

Biarkan segalanya berjalan dengan sendirinya. Cuba sedaya yang termampu. Nikmati setiap saat kerana ianya tidak akan datang semula kepadamu. Kita belajar dan anak- anak juga belajar dari kita. Tentang erti sesuatu kehidupan.

Penuhinya dengan kasih sayang. Lembut. Belas ihsan. Bahagia itu jangan dicari terlalu jauh. Kerana dirimu yang akan menentukan makna kebahagian. Dan sebenarnya, sekiranya kau sedar, bahagia itu ada dalam dirimu sendiri.

Dalam HATIMU.

Allahuakbar. Itu pesanan ibu padaku. Ibu yang melahirkan dan membesarkan SEBELAS adik beradik kami. Semoga aku bisa menjadi seperti ibu. Sabar. Tenang. Tegas. Penyayang.

Rasa dari hati,
ibu 3M
10 Ramadhan

Artikel lain yang di minati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini