Rabu, 29 Oktober 2014

My Little Butterfly Fairies

My Lil Butterfly Fairy Princess

Maisha memang suka sangat Princess, biasalah anak perempuan, girly sangat..

Kebetulan, pegi DIY, ingat mo beli storage box tapi terjumpa pulak wings ni. Terus teringat dekat Maisha yang memang suka tengok movie Barbie princess terutamanya Mariposa dan Thumbelina. Siap bole hafal dialog tu..


Punya excited dia, setiap hari suruh Ibu pakaikan wings. Pastu menarilah satu rumah, ajak Ibu skali.."Ibu, let's dance!". Tidak payah ke gim, di rumah pun boleh exercise..thanks to My Maisha! Lol..


' Everything is possible if you truly BELIEVE YOU CAN DO IT'

Lots of Love,
Ibum2m

Sabtu, 25 Oktober 2014

Testimoni ESP: Atasi Kulit Bermasalah

Salam ceria..

Hari ni mo berkongsi satu testimoni superb mengenai ESP Shaklee. 


Lihatlah perbezaannya..Nah, apa tunggu lagi..

Kulit yang dulunya kusam, menjadi cerah dan halus berseri. Parut jerawat hilang dan ternyata kulit lebih anjal dan gebu.

Inilah penangan ESP Shaklee. Memang terbaik! Hanya RM150 sahaja..

Mari order sekarang dan rasai perbezaannya..


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c911241d00294e8bb714eee2e83fa475

Hubungi ibum2m di talian 013-6341955 untuk konsultasi PERCUMA sekarang!

'Be Positive, Be Beautiful'

Tips Penjagaan Badan Ibu Semasa Berpantang Secara Tradisional

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..

Hari ini ibum2m ingin berkongsi tips bagaimana menjaga badan ibu semasa tempoh berpantang. Penjagaan kesihatan khususnya penjagaan badan amatlah penting bagi si ibu selepas melahirkan anak. 

Ibu sihat, anak ceria


Kenapa perlu kita menjaga kesihatan badan selepas melahirkan? Ini kerana badan ibu telah mengalami satu perubahan yang besar bermula dari peringkat kehamilan sehinggalah di saat kita melahirkan anak.

Ketika melahirkan, proses meneran itu sahaja sudah memakan  masa berjam- jam dan tenaga yang lebih banyak menyebabkan tubuh si ibu letih dan lesu. Berapa banyak darah yang keluar, banyak jugaklah urat- urat yang putus semasa proses kelahiran. 

Pengalaman semasa melahirkan Maisha, ibum2m menahan sakit bermula dari pukul12 tengah malam sehinggalah pukul 12.27 tengahari, barulah Maisha dilahirkan. Bayangkan lebih kurang 12 jam menahan sakit untuk anak yang pertama. Kebiasaannya, anak pertama memerlukan 10 hingga 12 jam untuk proses kelahiran sebab orang tua- tua kata, dia baru hendak mencari dan membuka jalan. Alhamdulillah untuk anak kedua, Mikail, sakit tu berkurangan iaitu selama 6 jam sebelum Mikail dilahirkan tepat pukul 11.15 pagi.

Besarnya pengorbanan ibu kita bukan? Justeru, disebabkan keletihan, kelesuan dan segala jerit perih yang teramat inilah yang menyebabkan kita kehilangan seri wajah dan juga kekuatan fizikal kita.

Jom lihat apakah tips yang diperlukan oleh si ibu untuk mengembalikan kesegaran dan kekuatan semasa dalam tempoh berpantang.

1. Amalkan pengambilan sumber protein, kalsium dan serat untuk proses pemulihan badan yang cepat.

Sesungguhnya air sangat penting khususnya bagi ibu- ibu yang mahu menyusu badan. Kebiasaannya, alasan yang susu tidak cukup adalah dek kerana pengambilan air yang kurang oleh si ibu. Penting untuk kita mendapatkan air yang secukupnya untuk menggantikan air yang keluar melalui darah nifas dan penyusuan. Air ni penting jugak untuk mengelakkan sembelit semasa berpantang. Ada juga orang tua- tua kata, jangan minum banyak air, nanti perut akan jadi 'kembang'. Pelbagai alasan diberikan tapi kita mesti elakkan daripada dehidrasi tubuh. Sebenarnya, tiada kajian saintifik yang mengatakan minum air banyak akan buatkan rahim kita lebih kembang.

3. Meminum air rebusan serai, halia dan kulit kayu manis.
Sediakan air rebusan serai yang dititik, halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Minum air rebusan ini setiap pagi, para ibu akan merasa badan kembali ringan dan tambah bertenaga.

4. Ikan Haruan
Makan ikan yang segar dan yang tidak gatal seperti ikan haruan dan ikan sardin (bukan daripada tin). Ikan haruan dipercayai dapat memulihkan luka luaran dan dalaman dengan lebih cepat. Elakkan juga makan ikan yang berbisa dan tajam seperti ikan cencaru, ikan tongkol, kembung, bawal hitam, terubuk dan ikan parang. Kesannya boleh menyebabkan kegatalan, alergi dan bisa atau bentan pada pintu rahim.

5. Kunyit
Air kunyit boleh diminum pada setiap hari kerana dapat mengecutkan pintu rahim dam memcuci darah ibu selepas bersalin. Ada juga yang memakan kunyit bersama nasi panas selama tempoh berpantang untuk mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka dalaman.

6. Sayuran penambah susu seperti lobak putih dan sayuran hijau
Tiada makanan khusus bagi meningkatkan penghasilan susu. Tetapi ibu boleh mencuba pelbagai jenis makanan yang dipercayai mampu meningkatkan penghasilan susu di SINI. Bagi memastikan pengeluaran susu yang berterusan, bekalan air yang diminum mestilah mencukupi, diet yang betul dan berkhasiat serta rehat yang sempurna adalah kunci utama penyusuan susu ibu  untuk berjaya.

Untuk info lanjut berkaitan nutrisi yang diperlukan oleh ibu menyusu ada di SINI.

Apapun amalan yang diberikan, mahupun secara tradisional atau moden, cubalah disiplinkan diri untuk mematuhi peraturan dan pantang larang semasa berpantang. Ini adalah untuk kebaikan diri sendiri. Kelak, kita takut nanti si ibu akan berdepan dengan kesan negatif yang berpanjangan. 

Jadi, disiplinkan diri untuk tempoh 44 hari ini dan jangan lupa pakai stokin ya! :-)

Semoga bermanfaat.

Sayang Semua,
ibum2m

Sumber : Pa&Ma

Jumaat, 24 Oktober 2014

ESP Bantu Atasi Masalah Susu Badan Kurang

Assalamualaikum..salam Jumaat yang barakah..

Khusus buat para ibu yang menyusu, sekiranya anda tercari- cari produk untuk menambahkan susu badan, ESP adalah jawapannya.



Ibum2m bercerita bukan kerana semata- mata sebagai seorang pengedar tapi disebabkan BERKESANnya ESP ini yang banyak membantu ibum2m menyelesaikan masalah susu badan kurang. 

Pengalaman hampir 2 tahun tidak pernah putus bekalan ESP, ianya sememangnya menjadi amalan ibum2m pada setiap pagi dan setiap malam. Sampai tika ini, Mikail sudah menginjak setahun 2 bulan, rasa bersyukur sangat sebab ESP banyak membantu dalam perjuangan penyusuan terdahulu, Maisha dan sekarang Mikail pula. Alhamdulillah Maisha dulu, ibum2m berjaya menyusukan sepenuhnya selama setahun 3 bulan dan diteruskan sehinggalah usia kandungan anak kedua, Mikail mencecah 38 minggu.

Di antara kesan yang paling ketara, sehingga di kala ini, setiap kali direct feeding Mikail, masa itu juga lah sebelah payudara akan terasa basah. Hanya ibu yang menyusu sahaja yang dapat merasai nikmat kegembiraan dan kepuasan ini walaupun anak sudah berusia SATU TAHUN! Syukur kepadaMu Ya Allah..

Selain itu, dengan mengamalkan ESP ni, perut tidaklah terasa lapar sangat di antara waktu penyusuan dan mengepam. Pengambilan makanan harian dapatlah dikawal walaupun diakui sememangnya mengalahkan nafsu makan "Dinosour", tapi Alhamdulillah ibum2m masih dapat kekalkan  berat badan sebelum kahwin iaitu 43kg. 

Perubahan yang ketara juga adalah dari segi kesihatan kulit. Kulit ibum2m sememangnya tergolong di antara kulit sensitif dan berminyak. Masalah wajah yang ditumbuhi oleh jerawat halus atau lebih dikenali sebagai jerawat pasir memang banyak di kawasan dahi. Jerawat ni memang tidak pernah lekang dari kawasan tersebut sehinggalah selepas melahirkan Mikail, Alhamdulillah jerawat pasir ni beransur hilang selepas mengamalkan ESP selama setahun. Bahkan, kulit tidak lagi terasa sensitif, kulit wajah dan badan lebih cerah dan parut jerawat semakin pudar. 

Bagi semua ibu menyusu di luar sana, ESP adalah di antara PILIHAN TERBAIK bagi memenuhi impian penyusuan selama DUA TAHUN buat si kecil anda. Walaupun polisi penyusuan EKSKLUSIF hanya disarankan selama 6 bulan pertama tapi ibum2m yakin yang setiap ibu MAMPU meneruskannya untuk tempoh DUA TAHUN sepenuhnya. 

Berkat usaha, doa dan dorongan dari semua, insya Allah segalanya PASTI BOLEH!
Jom rasai keberkesanan ESP sekarang! Hanya RM150 sahaja untuk penggunaan selama 2 bulan.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c911241d00294e8bb714eee2e83fa475

Sesungguhnya kita berikhtiar, dengan izinNya jua segalanya berhasil!

"BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING"

Semoga bermanfaat!




5 Sebab Kenapa Ibum2m Suka ESP?

Salam ceria dari ibum2m. Hari ni mo berkongsi mengenai Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee yang meletop2 tu.


Di sini ibum2m senaraikan 5 sebab kenapa ibum2m sangat suka ESP ni. Rutin seharian memang tidak pernah lepas dari minum ESP sejak tahun 2011. Jom tengok, mana tau, para ibu yang lain pun turut menyukainya atas alasan yang sama..:-)

  
1. Susu Bertambah Meriah
Inilah sebab paling utama kenapa ibum2m tidak putus dan tidak culas untuk minum ESP setiap hari. Alhamdulillah, walaupun Mikail sudah berusia  1 tahun 2 bulan, tapi bekalan susu tetap mencukupi. Realitinya, sekarang, setiap hari memang akan bekalkan susu 'fresh' ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' buat Mikail tapi tetap ianya CUKUP! Apa yang penting, minda kena POSITIF dan sentiasa GEMBIRA supaya hormon serotonin dibebaskan bagi meningkatkan penghasilan susu.

Info lanjut mengenai masalah susu badan kurang dan tips untuk menambahkan susu badan di sini. 
2. Mikail Cepat Kenyang
Susu yang terhasil pada awal waktu ialah foremilk dan yang di akhir penyusuan ialah hindmilk. Alhamdulillah, hindmilk ni sentiasa bertambah dan membuatkan keseluruhan susu bertambah pekat dan berlemak. Ni lah sebab kenapa Mikail cepat kenyang jika menyusu direct. 
3. Mikail Bertambah Bambam
Hindmilk bersamaan dengan lemak! Jadi, susu yang terhasil dengan bonus hindmilk yang banyak menyebabkan Mikail lagi bambam dan lagi gebuss! Ai loikeee...ibu sangat suka!
4. Parut Jerawat Pudar dan Hilang
Wah, parut jerawat semakin pudar dan nda payah pakai foundation or BB cream segala..huhu. Tepek bedak ja sudah cukup. Ada jugak segelintir para ibu yang mengesahkan parut 'stretchmark' mereka hilang selepas konsisten minum ESP untuk 3 bulan berturut- turut. Wah, ini memang TERBAIK!
5. Kulitku Bertambah Cerah
Bukan sahaja kulit ibum2m bertambah cerah, tapi kulit Mikail pun bertambah- tambah cerah macam anak Cina. Alhamdulillah, anak sihat ibu ceria sesangat!

Klik untuk info lanjut mengenai ESP yang sangat meletops ni..

Satu canister hanya RM150 sahaja, biasanya cukup untuk penggunaan 1 1/2 hingga 2 bulan.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c911241d00294e8bb714eee2e83fa475

Jangan lepaskan peluang PROMOSI OKTOBER ESP, Beli 6 PERCUMA lagi 1 canister.. Mari pakat- pakat dengan member sekarang!!!

Hubungi ibum2m ya, 013-6341955 :-)

'BE POSITIVE, I LOVE BF'

Lot of Love,
ibum2m

Khamis, 23 Oktober 2014

Petua Mudah Lawas Setiap Pagi

Assalamualaikum..

Hari ni ibum2m bercuti selama 2 hari sempena Deepavali..forced leave katakan. UKM pulak cuti pertengahan semester untuk seminggu ni, Alhamdulillah. Bolehlah ada lebih masa bersama m2m.


Ibum2m mau berkongsi satu petua oleh ibu sendiri. Petuanya, mudah saja. Setiap kali bangun pagi sebelum sarapan, minum segelas air putih atau air masak beserta selawat 3 kali ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Petua ini memang ibum2m amalkan sejak dari remaja lagi.

Petua ni bukan sahaja untuk memudahkan pelawasan pada hari tersebut malah boleh dijadikan petua awet muda juga. Alhamdulillah setakat ni, ianya memang membantu dari segi melancarkan 'pembuangan' dan 'pembersihan' sistem penghadaman ibum2m setiap pagi.

Terasa badan ringan dan lebih segar selepas mengamalkannya. Alhamdulillah..

Jom baca kelebihan lain minum air masak di sini..

Semoga bermanfaat!

Rabu, 22 Oktober 2014

IbuM2M Bertemu Heliza Helmi


Assalamualaikum dan salam ceria..
Selamat bercuti semua..Plan apa hari ni? Mesti ada yang plan bawa anak jalan- jalan, plan kemas rumah ka, plan berehat di rumah sambil mencuba resepi baru ka.. Apapun plan ibu- ibu sekalian, ibum2m harap semoga urusan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya. Aamiin..

Happy Diwali buat rakan- rakan India yang meraikannya. Plan ibum2m hari ni, kemas rumah, dan mau sapu dan mop lantai dengan Basic H Shaklee. Mentang- mentanglah sudah seminggu tidak mop lantai, bukan main semut- semutan 'berkawad kaki' sambil ber'cheerleading' lagi ya. Geram jugak tengok tapi sebab memandangkan berkejar masa, tiadalah dayaku untuk mengemas rumah. Alhamdulillah dengan Basic H ni, bolehlah bertahan 3 sampai 4 hari untuk semut tu datang..huhu

Plan di waktu petang, memang mau bertandang ke rumah ofismate di Kajang, Puan Ainul Malik. Usai bertemu, teruslah bawa m2m ke Jusco Cheras Selatan sebab sudah janji untuk belikan 'playdoh' untuk Maisha. Sorilah Maisha, ibu tak sempat sudah buatkan 'playdoh' homemade kita macam sebelum ni.

Time makan di Orchid Bistro, excited nih sebab ternampak kelibat seorang gadis kecil molek berjubah hitam, bertudung litup. Dalam hati, eish macam kenal ja ni, pastu perasan yang kelibat tu memang adik Heliza Helmi. Ibum2m memang minat betul dengan lagu Jom Zikir Lailahaillallah, nih memang lagu favourite ibu bersama Maisha dan Mikail.

Dengan tanpa segan, minta lah izin untuk amik gambar, kesian Heliza, terganggu kejap makan malamnya. Dan inilah hasilnya..



Thanks ya adik Heliza, ramah comel kenit dan ayu gitew..Ibum2m senyum sampai tak nampak telinga..hehe



Maisha pun hairan ibunya ter'over' excited. Alhamdulillah sejuk mata memandang. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang diredhai olehNya.. Aamiin..:-)

Jom dengar lagu Heliza ni, boleh lah jadi lagu favourite para ibu dan anak- anak kita lepas ni..insya Allah..

Jom Zikir by Heliza Helmi

Semoga bermanfaat! 


Artikel lain yang di minati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini