Jumaat, 29 Ogos 2014

GLA Complex : Berapa Jumlah Dos Yang Diperlukan Untuk Setiap MasalahDihadapi?

GLA Complex Shaklee mempunyai banyak manfaatnya. Tapi, berapakah jumlah dos GLA yang diperlukan untuk setiap masalah yang kita hadapi?

Jom ketahuinya..

GLA Menjadikan Kulit Terhidrat Dengan sempurna untuk kecantikan luaran dan dalaman
 
Tanpa GLA yang mencukupi, membran- membran sel tidak boleh mengekalkan kelembapan lalu menjadikan kulit kering, kasar dan cenderung kepada kedutan. Kajian mendapati bahawa wanita yang mengambil makanan tambahan GLA mengalami kehilangan lembapan yang kurang serta mempunyai kulit yang lebih berseri dan bercahaya.

Dos terapeutik yang disyorkan : 150mg - 200mg GLA sehari.

GLA untuk menangani Masalah simptom Pra- haid
 
Hampir 90% wanita dengan PMS mendapat kelegaan yang berkesan dengan mengamalkan GLA. Para wanita yang menghadapi simptom- simptom PMS yang teruk boleh mengikuti dos terapeutik selama 3 hari sebelum tarikh jangkaan bermulanya haid anda.

Dos terapeutik yang disyorkan : 200mg GLA sehari

GLA untuk  Masalah Artritis Reumatoid
 
GLA boleh mengawal simptom- simptom keadaan autoimun seperti artritis reumatoid (RA). 73% daripada pesakit mengalami sendi yang lembut dan bengkak yang berkurangan serta menghentikan atau mengurangkan penggunaan ubat- ubatan NSAID di akhir kajian.

Dos yang disyorkan : 540mg GLA sehari

GLA untuk menenangkan Sindrom Menopaus

GLA mampu menyekat aktiviti prostaglandin yang boleh membantu menangani simptom- simptom menopaus seperti panas dan berpeluh malam yang dianggap merupakan akibat aktivti prostaglandin yang berlebihan.

Dos yang disyorkan : 300 - 800mg GLA sehari

GLA untuk memerangi Neuropati Diabetes
 
Makanan tambahan GLA memperbaiki simptom- simptom neuropati diabetes iaitu suatu keadaan yang menyakitkan hasil daripada degenerasi saraf secara beransur- ansur disebabkan oleh tahap glukosa yang tinggi). GLA untuk membantu memulihkan status antioksidan yang biasa dalam tisu- tisu dan mengekalkan fungsi saraf yang sihat.

Dos terapeutik yang disyorkan : 360mg GLA sehari

GLA untuk melegakan Ekzema Kulit
 
Wanita dan kanak- kanak yang terdedah kepada alahan didapati mempunyai tahap GLA yang lebih rendah di dalam susu ibu dan darah. Kajian terbaru menunjukkan bahawa suplemen GLA membantu mengurangkan tanda- tanda ekzema atopik.

Dos yang disyorkan: 500- 900mg GLA sehari.

GLA membantu melawan Kanser Payudara
 
Kajian terbaru mendapati bahawa wanita dengan kanser payudara mendapat manfaat daripada GLA. Kesan positif daripada GLA adalah dari keupayaannya untuk meningkatkan alirah darah ke tisu- tisu kanser,seterusnya membenarkan dos kemoterapi yang lebih besar untuk mencapai tumor.

Dos yang disyorkan : 2.8gram GLA sehari


Nah, tau sudah berapa jumlah dos yang diperlukan untuk mengatasi setiap masalah yang dihadapi kan?

Tapi jangan risau, sebiji kapsul GLA Complex Shaklee mengandungi 798.39mg GLA. Jadi, semua masalah di atas insya Allah boleh diatasi dan dikawal dengan sebiji kapsul GLA Complex Shaklee sahaja sehari!

Tapi bagi membantu melawan kanser payudara, 3-4 biji GLA sehari Insya Allah sudah memadai..dengan izinNya jua..;-)

Jom order GLA Complex Shaklee sekarang!

Hubungi saja ibum2m ya..013-6341955..

Salam sayang,
ibum2m

Khamis, 28 Ogos 2014

Rahsia Kecantikan Kulit Semulus Song Hye Kyo, Aktres Korea "Auntumz In My Heart"

Dipetik dari Wanista, tidak perlu berbelanja besar untuk memiliki wajah yang putih bersih dan gebu dengan hanya mengikuti rahsia kecantikan aktres jelita Korea Selatan iaitu Song Hye Kyo.


Song Hye Kyo


Menurut Hye Kyo, pemakaian 'facial mask' buatan sendiri boleh dihasilkan dengan menggunakan telur, madu dan juga susu.

Selain fungsi telur yang membantu dalam menegangkan dan memutihkan kulit wajah, madu juga turut berfungsi sebagai mengangkat seri wajah dan melembapkan kulit, dan diikuti dengan hasil wajah yang lembut dan licin dengan bantuan khasiat susu.

Mari kita terokai bagaimana heroin drama popular "Autumn In My Heart" ini menghasilkan 'facial mask' sendiri.

Putih telur dicampurkan dengan madu


Hanya perlu campurkan putih telur dengan satu sudu madu. Kacaukan kedua bahan tersebut sehingga kembang dan sapukan pada muka dan biarkan ia kering. Tunggu selama 10 hingga 15 minit dan bilas dengan air. Untuk mendapatkan kesan terbaik, lakukan rutin ini sebelum tidur selang dua minggu. Anda akan dapati permukaan kulit lebih putih dan tegang.

Campuran madu dan air


Cairkan madu dengan air dan sapukan pada keseluruhan muka anda. Kemudian bilaskan sahaja dengan air bersih. Khasiat madu bakal mengurangkan garis-garis halus dan menjadikan kulit lebih cerah. Lakukan sebelum tidur dengan selang yang sama iaitu pada setiap 2 minggu.

Susu

Gantikan pencuci muka anda dengan menggunakan bahan-bahan segar seperti susu. Aktres Korea Selatan ini menggunakan susu untuk mencuci mukanya dan telah membuatkan kulit lebih lembut dan licin.

Kiub ais

Gunakan kaedah mengurut muka dengan menggunakan kiub ais agar struktur kulit lebih tegang dan anjal malah lebih kurus. Tetapi awas, jangan biarkan wajah terdedah lama dengan air kerana akan membakar kulit.

Semoga bermanfaat!
 
Sumber : YahooNews

Rabu, 27 Ogos 2014

Satu Langkah Mudah Supaya Tidak Berejam Di Dalam Toilet Untuk Ibu Berpantang

Satu langkah mudah khusus buat semua termasuklah ibu yang berpantang untuk tidak membuang masa di dalam toilet adalah dengan mengamalkan Ostematriks Shaklee.

Ostematriks Shaklee sememangnya supplemen WAJIB buat semua golongan terutama bagi ibu- ibu selepas melahirkan iaitu semasa berpantang. Ingin ibum2m kabarkan kepada seisi dunia, TOLONGLAH amik Ostematriks ni semasa berpantang duhai ibu- ibu manis.
 
Pengalaman bersalinkan anak pertama, Maisha Nuwairah merupakan pengalaman manis dalam hidup ibum2m selain mengahwini suamiku..huhu. Ibum2m sangat menikmati setiap detik terindah bersama Maisha.
 
Aduss ..ngerinya sembelit!

Tapi sayangnya, pengalaman berpantang bertukar menjadi ngeri disebabkan satu masalah saja. SEMBELIT!!! Oh tidak! Sayang seribu kali sayang sebab pada masa ni, belum lagi sempat berkenalan dengan Shaklee.
 
Huh, pengalaman itu susah sangat untuk diluahkan. Bayangkanlah dengan luka episiotomi lagi, dan masalah sembelit lagi. Setiap kali mau ke tandas, memang takut sangat- sangat. Cuma airmata saja peneman di kala itu.
 
Alhamdulillah, ibum2m diperkenalkan Shaklee oleh rakan setugas yang merupakan mak Shaklee ibum2m iaitu Puan Ainul Malik. Setelah mengetahui setiap satu fungsi supplemen Shaklee, ibum2m pun mengamalkannya sampai sekarang.
 
Semasa berpantang anak kedua, Muhammad Nuh Mikail, ibum2m memang tekad mengamalkan Set Bersalin Shaklee. Alhamdulillah mimpi ngeriku tidak berulang lagi! SEMBELIT tiada!
 
Setiap malam ibum2m mengamalkan makan 4 biji Ostematriks sebelum tidur. Setiap pagi memang hati berbunga riang saja untuk ke tandas. Tiada lagi drama airmata, cuma senyuman yang terukir indah di kala itu! hehe..syukur sangat- sangat.
 
Bonusnya, setiap pagi memang akan rasa lebih cergas walaupun selalu berjaga malam untuk menyusukan Mikail. Sakit belakang dan lenguh- lenguh di badan pun semuanya hilang. Susu pun bertambah meriah.. Alhamdulillah.. Terima Kasih Shaklee! Terima Kasih Allah..dengan izinNya jua!


Maisha dan Mikail

Ostematriks Shaklee dengan hanya RM61 untuk 120 biji, penggunaan 1 bulan.

Cara pengambilan : 4 biji sehari sebelum tidur.

Jom order! Klik saja di bawah dan rasailah perubahannya sendiri :-)..


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=181cf41ce37cf9128e1d95896661c5c9

 
#shakleeeffectoog bersama blog www.anakkuwiraku.com

10 Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Berpantang

Indahnya momen buat si ibu selepas melahirkan kan? Tahniah buatmu kerana telah memasuki alam baru yang bakal dipenuhi dengan warna warni si manja. Sekarang tiba masa untuk menjaga kesihatan diri setelah berjuang selama 9 bulan.



wanita melahirkan anak
Indahnya momen bergelar ibu

Istimewa, tips ni ditujukan khusus buat para ibu yang baru melahirkan anak. Bagi memastikan badan kita kembali normal dan kesihatan betul- betul terjamin, di sini ibum2m berkongsi panduan mengenai 10 jenis makanan yang perlu dielakkan ketika berpantang.
 

1. Sayur- sayuran menjalar, sejuk dan berangin
Contoh : Kangkung, pucuk ubi, kacang buncis, kacang panjang, timun, petai, cili, brokoli, saleri, petola, labu, terung, ubi kayu dan kobis.
Kesan : Sakit tulang, lemah- lemah sendi dan sejuk pada otot.

2. Buah- buahan
Contoh : Tebu, nenas, belimbing, nangka, cempedak, pisang nangka, pisang embun, pisang masak hijau, ciku, langsat dan tembikai cina.
Kesan : Sakit tulang, lemah sendi, angin dalam badan dan sejuk otot.

3. Ikan masin atau ikan kering
Kesan : Boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk dan tidak berkhasiat buat ibu berpantang.

4. Ikan berbisa
Contoh : Bawal hitam, terubuk, pari, duri, sembilang dan parang.
Kesan : Dikhuatiri bisa pada pintu rahim.
 
5. Ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru dan makanan laut.
Kesan : Menyebabkan kegatalan kulit dan alahan serta boleh menybabkan luka pembedahan bernanah.
 
6. Ayam biasa atau 'ayam bandar' dan telur ayam kena elakkan selama 44 hari berpantang.
 
7. Air ais, air sejuk, air berkarbonat, air tebu. air cincau, air kelapa muda dan air jus buah- buahan.
Kesan : Dikhuatiri tajam dan boleh menyebabkan angin dalam badan.
 
8. Teh
Kesan : Boleh menyebabkan angin dan kembung perut.
 
9. Apa jua jenis makanan berminyak, berlemak dan berkolesterol tinggi.
 
10. Daging lembu perlu dielakkan sehingga kira- kira dua minggu selepas bersalin.


Semoga bermanfaat!

Sumber : Pa&Ma

Isnin, 25 Ogos 2014

Selamat Ulangtahun Buat Puteraku, Muhammad Nuh Mikail

Alhamdulillah, hari ni hari yang paling istimewa buat ibum2m. Muhammad Nuh Mikail sudah setahun.
 
Ibum2m dan Muhammad Nuh Mikail
 
Hari ni jugak ibum2m berjaya mendapat 'Degree of Breastfeeding'....Alhamdulillah syukur Ya Allah..Insya Allah setahun lagi perjuangan ni..
 

Mikail berusia 4 hari 

Terasa cepat ja masa berlalu. Macam rasa baru ja semalam mengandungkan Mikail..hari ni setahun sudah dia..Betapa bertuahnya ibu mendapatkan anak secomel dan sihat sepertimu..
 
Harapan ibu, agar Muhammad Nuh Mikail Bin Mohamad Nazim menjadi anak yang sihat selalu, pintar, cergas dan taat kepada Allah, ibu dan ayah. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilindungi olehNya sentiasa. Mudahan beroleh barakah di sepanjang hidupmu anakku, ibu sangat menyayangimu..
 
Saat engkau tertidur
Ku pandangi wajahmu
Masih ingin ku mendekapmu
Masih inginku menciummu
 
Tak pernah ku sadari
Waktu cepat berlalu
Kini engkau menjadi besar
Kini engkaulah harapanku
 
Tumbuh..tumbuhlah anakku
Raihlah cita- citamu
Jangan pernah engkau ragu
Sayang..
 
Doaku selalu bersamamu
Membuat aman di hidupmu
Selamanya... 
 


Mikail berusia 20 hari


Mikail 3 bulan


Mikail 6 bulan


Mikail 8 bulan

Selamat Ulangtahun yang Pertama My Mikail..
 Ibu Sayang Mikail!!!
 

Ahad, 24 Ogos 2014

Tips Menangani Anak Tantrum

Tantrum si anak sememangnya agak menjadi- menjadi apabila umur anak kita menginjak umur setahun hingga dua tahun. Tantrum ni lebih dikenali sebagai perubahan emosi yang berlaku pada anak- anak kita.

Huh, memang kadang- kadang situasi ni sangat menguji kesabaran kita sebagai Ibu Bapa kan? Aduhh, ibum2m pun tidak terlepas dari semua ni.. Tantrum Maisha memang bertambah lagi- lagi ada adiknya, Mikail. Asal bangun tidur, memang menangis la jawapnya..



Di sini ibum2m berkongsi beberapa info penting yang kita sebagai Ibu WAJIB tahu pasal emosi si anak ni..

1. Tantrum adalah salah satu tanda perkembangan anak kita untuk berdikari dan belajar pada usia satu hingga dua tahun.

2. Jika dia mula menunjukkan perubahan emosi yang tidak baik, cuba abaikan atau buat- buat tidak nampak sekurang- kurangnya selama dua minit. Lama- kelamaan amuknya akan terbantut dan hilang.

3. Elakkan daripada perkara- perkara yang membuatkan dia mengamuk.

4. Ibu ayah, cubalah BERTENANG!

5. Jauhkan objek tajam atau berbahaya apabila kita mengagak yang dia akan mengamuk.

6. Pantau dan jangan tinggalkan dia seorang diri ketika sedang tantrum.

7. Adakalanya luahan kemarahan oleh si manja disebabkan dia ingin perhatian daripada kita.

8. Jangan melabel dengan panggilan ' si budak teruk' atau 'budak manja terlebih' ekoran dari perbuatannya.

9. Jangan memukul atau membalas perbuatannya. Jadi Ibu ayah yang rasional. Dia hanya 'sehelai kain putih' yang sedang melalui fasa baru dalam kehidupannya.

10. Dengarlah pendapat si manja. Pastikan dia tidak kelaparan dan mengantuk. Tidak cukup tidur dan lapar adalah punca emosi mereka merundum.

Di antara tips menangani anak tantrum..

# Elakkan dari menjerit atau memarahi kepadanya semula.

# Cuba gunakan lawak jenaka atau kata- kata lucu dalam meredakan mood tidak baik yang di alaminya ketika itu.

# Tunjukkan kasih sayang dalam apa jua keadaan sekali pun. Jangan hanya menyayanginya semasa dia membuat sesuatu yang baik.

# Bantu dia meluahkan emosi marahnya dengan memperakui perasaannya itu.

# Tunjukkan cara bagaimana untuk mengawal kemarahan menerusi amalan yang dilakukan olehnya sendiri.

Sumber: Pa&Ma

Semoga bermanfaat!


Sabtu, 23 Ogos 2014

Tips Meningkatkan Penghasilan Susu

Assalamualaikum dan salam bersama keluarga..

Hari ni saja mo kongsi beberapa tips dengan para ibu bagaimana untuk meningkatkan penghasilan susu. Ini berdasarkan pengalaman ibum2m yang sedikit. Mungkin tips ni ada yang berkesan dan ada yang tidak tapi terpulang kepada diri masing- masing. Yalah, sebab fisiologi kita berbeza bukan?



Apa pun, ibum2m kongsi saja sebab tidak salah bukan kalau kita berkongsi kebaikan!;-)

# Kerapkan Mengepam 
Kalau kebiasaannya kita pam 3kali saja setiap 3jam di ofis, apakata kita pam 4 kali setiap 2 jam. Ini sebab semakin kerap kita mengosongkan payudara, Insya Allah semakin banyak susu yang akan terhasil. Ingat saja konsep 'Demand And Supply'.

# Minum Susu 
Tidak kiralah susu putih ka, susu coklat ka, yang penting susu. Ada pepatah Inggeris mengatakan ' to produce milk, u have to consume milk'. Kalau tidak suka susu, makan saja supplemen kalsium. Bagi ibu menyusu, 1000-1200mg kalsium sudah memadai untuk seharian. Ibum2m setiap malam akan mengambil Ostematriks Shaklee sebanyak 4 biji sebelum tidur.

# Elakkan minuman berais, berkafein dan berkarbonat
Sebaiknya elakkan dari minum minuman berais. Sebaliknya banyakkan minuman panas sebab ianya boleh mempercepatkan dan memudahkan pengaliran susu yang baik. Elakkan minum teh, kopi dan nescafe sebab minuman ni berunsur diuretik yang boleh mengurangkan kandungan air dalam badan.

# Pam guna pam susu diikuti dengan kaedah 'Marmet'
Selepas para Ibu mengepam susu selama 10-15 minit menggunakan Pam susu, sebaiknya untuk memastikan payudara betul- betul kosong, cuba kaedah marmet untuk beberapa minit. 

# Pam pada waktu malam serentak dengan memberi direct feed
Sebaiknya apabila sebelah kita direct feed, sebelah payudara kita pam. Ini lebih menjimatkan masa dan tenaga anda untuk berehat dan tidur pada waktu malam. Kalaupun terlalu letih, para Ibu mesti jugak pam waktu malam biarpun cuma sekali saja. 

# Power Pumping
Teknik ini memang digalakkan bagi Ibu- Ibu yang mengalami susu merundum. Teknik ini menyerupai cara bayi menyusu dengan kerap. Dilakukan secara pam 10 minit dan rehat 10 minit secara berterusan sehingga tempoh masa sejam.Sebaiknya dilakukan pada hujung minggu, di antara waktu tengah malam sehinggalah pukul 6pagi.

# Makan makanan penggalak susu
Makanlah makanan penggalak susu seperti oat, lobak putih, barli, sayur cekup manis, jantung pisang, horlicks, kurma, habattussauda' dan lain- lain lagi yang dipercayai boleh meningkatkan penghasilan susu. Ibum2m juga mengambil Alfalfa Shaklee dan juga Fenugreek GNC.

# Makan coklat
Makanlah apa- apa jenis coklat sebab coklat boleh merangsang hormon kegembiraan iaitu serotonin. Apabila hormon serotonin meningkat, ianya boleh membantu untuk meningkatkan lagi penghasilan susu kita.

# Banyakkan berzikir
Banyakkan berzikir dan beristighfar. Pabila mengepam, selalulah berzikir 'Ya Matiin' supaya susu kita diperbanyakkan dan dilancarkan pengeluarannya. Jangan lupa solat Dhuha jugak ya supaya Allah memberi rezeki susu yang banyak buat anak kita.

# Yakin 'Susu Cukup'
Kita mesti yakin yang susu kita cukup untuk anak kita. Jangan mudah putus asa, sentiasalah berfikiran positif. Senyum selalu dan ucaplah 'Alhamdulillah' sentiasa walaupun susu yang kita hasilkan cuma 1 oz..Insya Allah Dia akan sentiasa memudahkan perjalanan setiap ibu-Ibu yang kuat!

Sesungguhnya perjalanan penyusuan ni umpama kehidupan. Adakala susu banyak, adakalanya sedikit. Memang kita akan sering diuji, tapi percayalah Ibu- ibu, susu Ibu adalah HAK anak! Jadi, berusahalah sedaya mampu, Insya Allah Dia senantiasa ada membantu kita!

Berjuanglah duhai Ibu, Si Pejuang Kental!

Info lanjut mengenai mitos susu badan kurang di sini.

Sayang semua,
Ibum2m

Jumaat, 22 Ogos 2014

DIY 5 Masker Terbaik Buatan Sendiri Untuk Kulit Bebas Jerawat, Halus Dan Berseri

Mood berhujung minggu sudah tiba. Jom buat masker sendiri di rumah. Senang saja, guna bahan- bahan yang ada.. Jimat bukan?
 
DIY Masker
 
# Garam
 

Masker garam
 
- Tidak kiralah mau guna garam bukitka, garam masakan, garam laut ka semuanya boleh asalkan garam! hehe..
- Campurkan sedikit garam bersama air. Biarkan selama 20 minit. Sapukan masker ni ke atas jerawat dan biarkan selama 10 hingga 20 minit. Selepas tu, basuh muka.
- Masker garam ni memang sangat efektif untuk merawat jerawat. Ianya dikenali juga sebagai pencuci semulajadi yang bagus untuk kulit berminyak kerana ianya mampu mengurangkan sebum ke atas kulit wajah.
 
 
 
# Putih telur
 


Masker putih telur
 
- Basuh muka terlebih dahulu dengan air. Asingkan putih telur dan kuning telur. Sapu putih telur ke seluruh kawasan muka dan biarkan selama 20 minit. Kemudian, bilas dengan air suam.
- Masker ni sangat mudah tetapi kena berhati- hati ya, sebab kadang- kadang ada juga jenis kulit yang sensitif kepada telur.

# Baking Soda
 

Masker baking soda
 
- Basuh muka terlebih dahulu dengan pencuci muka yang sesuai. Ratakan baking soda yang dicampur dengan air selama 10 hingga 20 minit ke atas kulit wajah.
- Masker ni bagus untuk menyegarkan kulit muka dan menghindarkan daripada jerawat sekiranya diamalkan selalu.
 
# Yogurt
 

Masker yogurt
 
- Campurkan 1 sudu teh madu bersama yogurt sehingga menjadi pes. Sapu ke kulit wajah selama 10 hingga 20 minit. Kemudian, bilas dengan air suam. Kulit wajah akan terasa segar dan tona kulit pun akan segera berubah.
 
# Oat
 

Masker oat
 
- Campurkan oat bersama sedikit air sehingga menjadi pes. Ratakan ke kulit wajah selama 10 hingga 20 minit. Kemudian, bilas dengan air suam. Kulit wajah akan terasa lembut dan halus.
 
Campuran Masker?
 
Boleh kah sekiranya kita buat campuran masker? huhu boleh saja..
 
Masker Campuran : Putih telur + Oat + Madu
 
Dikatakan putih telur dan madu sangat bagus untuk mengecilkan pori- pori muka dan boleh menghaluskan kulit wajah.
 
Bahan :
1 biji telur ( guna putih telur sahaja), 1 sudu teh oat, 1 sudu teh madu
 
Caranya :
1. Pukul putih telur sehingga sedikit berbuih.
2. Campurkan oat dan madu.
3. Sapu ke kulit wajah dan leher.
4. Biarkan selama 20 minit.
5. Bilas dengan air suam.
 
Jom lihat video di bawah cara membuat masker campuran ni..
 
 
 
Semoga bermanfaat!

Khamis, 21 Ogos 2014

Seleksi Puri Buat Si Comel

Assalamualaikum dan selamat pagi..
 
Perkongsian ibum2m hari ni ialah beberapa seleksi puri buat si comel anda! Ibum2m dulu sememangnya teruja untuk memberi makan pada Maisha dan Mikail apabila m2m menginjak ke umur 6 bulan. Si ibu pulak yang tidak sabar- sabar kan? hehe..
 
puri bayi
Puri buah- buahan
 
 
Perbezaan keduanya, Maisha suka kepada makanan yang masam- masam, Mikail pulak suka makanan yang manis- manis. Kegemaran Maisha dulu ialah puri brokoli, Mikail pula sangat suka puri labu. Padahal, masa mengandungkan Maisha, ibum2m suka kepada benda- benda manis tapi mengandungkan Mikail, suka benda yang masam- masam..Terbalik pulak kan?
 
Ibum2m lagi suka membuat puri ni sendiri di rumah. Setiap hari, ibum2m bangun pukul 5.30pagi untuk siapkan dan masakkan puri ni sebelum bertolak ke tempat kerja.
 


Mikail tengah makan..:-)
 
Ok, lazimnya ada 3 jenis puri iaitu puri nasi, puri sayur- sayuran dan puri buah- buahan.
 
Jom tengok 5 resepi mudah buat si manja anda!
 
# Puri Nasi
- Segenggam beras di cuci bersih. ( Lagi sedap kalau beras wangi..tapi kalau tiada, beras apa- apa pun boleh juga)
- Masak sehingga ianya mendidih dan kembang.
- Siap untuk di blender.
- Bubur nasi ni boleh dijadikan bahan asas untuk dihidang bersama puri sayuran. Kebiasaannya, puri ni bagus dan sesuai diperkenalkan kepada si manja untuk minggu pertama dan minggu kedua sebagai permulaan memperkenalkan makanan mereka.
 
# Puri Sayuran
- Ambil 5 kuntum kecil brokoli.
- Rebus atau kukus sampai lembut.
- 'Blender' hingga hancur dan halus.
 
# Puri Lobak Merah
- Ambil sebatang lobak merah yang bersaiz kecil ( lagi sedap kalau guna 'baby carrot'). Buangkan kulitnya.
- Potong dadu dan rebus sampai lembut.
- Sudah lembut, kisar sampai halus. Boleh tambah sedikit air semasa mengisar tu.
 
# Puri Epal
- Buah epal dipotong dadu dan dibuang kulit.
- Rebus dengan menggunakan air sedikit.
- Masak sampai lembut.
- Kemudian kisar sehingga halus.
 
# Puri Pisang
- Ambil sebiji pisang, buangkan kulitnya.
- Kisar pisang dengan sedikit air sehingga halus.
 
 
INFO PENTING : Jika anak makan sikit tidak mengapa ya duhai ibu. Ini kerana jumlah itu sudah CUKUP untuk anak kita sebab perut mereka masih kecil. Jadi, jangan paksa si manja anda untuk habiskan makanan mereka ya!
 
Si kakak, Maisha tengah menyuap Mikail makan


Sedapnya..nyum nyum ;-)

 
 
Semoga bermanfaat!
 
Sumber : Pa&Ma

Rabu, 20 Ogos 2014

Amaran! Jangan Bagi Air Masak Kepada Bayi Bawah 6 Bulan

Ini sememangnya perkara a BIG 'NO' untuk para ibu yang mempunyai bayi berumur 6 bulan ke bawah.
 
bayi kembar
Comel sungguh bayi kembar ni..:-)
 
Bayi berumur 6 bulan ke bawah tidak boleh diberikan air masak kerana ianya boleh mengundang BAHAYA kepada bayi tersebut.
 
Perbuatan tersebut sebenarnya mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko kesihatan malahan boleh mengancam nyawa si kecil. Perlu diingat bahawa susu ibu sendiri mengandungi 88 peratus air! Jadi, bayi tidak memerlukan air tambahan.
 
Bahkan saiz buah pinggang bayi yang masih belum cukup matang akan membuatkan tubuhnya mengeluarkan garam kesan daripada penghasilan cecair yang berlebihan. Akibat kehilangan garam, ia boleh mempengaruhi aktiviti otak bayi.
 
Antara masalah yang boleh timbul akibat perbuatan memberi bayi yang berusia enam bulan minum air kosong adalah seperti berikut:
  1. Mengancam nyawa
Air kosong yang diberi kemungkinan mengandungi kuman. Air yang dicemari kuman diperoleh daripada sumber yang tidak bersih. Oleh itu bayi terdedah kepada masalah cirit-birit jika amalan kebersihan tidak dititikberatkan.
  1. Menghakis pelindung penyakit
Air kosong akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu. Ini boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai penyakit yang boleh meragut nyawa apabila sistem imuniti yang dibina dirosakkan oleh amalan minum air kosong berlebihan.
  1. Sawan tarik
Bayi di bawah usia lima minggu sangat berisiko untuk mengalami sawan tarik. Hal ini berlaku apabila diberi terlalu banyak air, ia akan menyebabkan garam di dalam tubuhnya cair. Akhirnya mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung dan sawan tarik. Sindrom ini dikenali sebagai oral water intoxication.
  1. Merencatkan tumbesaran
Saiz perut bayi sangat kecil. Apabila perutnya dipenuhi air, ia akan menyebabkan dia kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya, bayi tidak mendapat khasiat susu ibu yang diperlukan. Air kosong tidak mengandungi apa-apa jenis khasiat pemakanan. Ia boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatan bayi.
  1. Menjejaskan akal
Amalan memberi air kepada bayi di awal kelahiran boleh meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Pemberian air kosong pada hari pertama selepas bayi dilahirkan didapati meningkatkan risiko jaundis. Pemberian air kosong hanya akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis sehingga boleh menyebabkan masalah terencat akal.
 
Bayi boleh mula diberikan air kosong selepas berusia enam bulan ke atas tetapi dalam kadar yang perlu sahaja. Pemberian air kosong berlebihan hanya membuatkan si manja kembung perut dan tidak selera untuk makan.
 
Sumber : Pa&Ma
 
Semoga bermanfaat!

Selasa, 19 Ogos 2014

GLA Complex Shaklee Bantu Tingkatkan Kesuburan Wanita Dan Lelaki

GLA Complex Shaklee penting dalam membantu meningkatkan tahap kesuburan bagi pasangan yang ingin dikurniai cahayamata.
 
Maisha Nuwairah
Maisha 3 bulan

Tidak salah sekiranya ibum2m katakan GLA Complex Shaklee adalah supplemen WAJIB bagi setiap pasangan yang menginginkan zuriat dan juga yang ingin menambah 'ahli' keluarga..:-)

GLA complex shaklee
GLA Complex Shaklee bantu tingkatkan kesuburan
 

Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu meningkatkan kesuburan pasangan berkahwin?
 
1. Membantu mengawalatur hormon kesuburan iaitu estrogen dan testosteron dalam badan.
 
2. Membantu menetapkan kitaran haid supaya lebih teratur dan kembali normal.
 
3. Membantu cecair vagina yang berkualiti bagi mengekalkan tempoh hidup sperma di dalam tubuh wanita.
 
4. Membantu dalam proses pembakaran lemak bagi persediaan tubuh badan wanita untuk hamil dengan mudah dan cepat.
 
Ketahuilah bahawa Vitamin Semulajadi adalah yang paling SELAMAT dan Lebih BERKESAN untuk tubuh kita!

Ketahui 3 faktor lain yang boleh meningkatkan kesuburan anda di sini!

Ini berita gembira yang telah dikongsikan mereka yang mengambil GLA Complex Shaklee..






Jom order GLA Complex Shaklee dengan hanya RM91.25 untuk 60 kapsul sekarang!

Promosi untuk bulan Ogos ni, beli 6 botol GLA Complex Shaklee, PERCUMA 1 botol lagi!

Hubungi ibum2m di talian 013-6341955 untuk pesanan segera..

Lagi tips- tips dan nasihat daripada pakar untuk meningkatkan kesuburan anda di sini dan di sini..

Semoga bermanfaat!

Sayang semuanya,
ibum2m

 

Isnin, 18 Ogos 2014

GLA Complex Bantu Lancarkan Haid Dan Kecutkan Cyst

GLA Complex Shaklee terbukti boleh membantu dalam usaha untuk melancarkan haid dan mengecutkan cyst atau ketumbuhan abnormal yang dialami oleh golongan wanita.

GLA Complex
GLA Complex Shaklee atasi senggugut
 
 
Di sini ibum2m berkongsi testimoni GLA Complex Shaklee yang terbukti boleh membantu kita ke arah kesihatan yang lebih baik.






Berkongsi pengalaman dulu, semasa ibum2m form 5, memang pernah kena jugak ovarian cyst ni. Ingatkan golongan yang berkahwin saja boleh kena, tapi tidak disangka, Allah Maha Mengetahui kan? Alhamdulillah selepas buat pembedahan kecil iaitu 'laparoscopy', cyst tu sudah tiada..
 
Seringkali masalah cyst ni dikaitkan dengan masalah kesuburan kan? Bahayakah ovarian cyst ni? Macam mana boleh jadi? Ha..ni ibum2m kongsikan jawapan dari blog Dr. Zubaidi..
 
" Menurut beliau, ovarian cyst ni sebenarnya kantung yang mengandungi cecair yang berada dalam ovari kita. Cecair ni kadang- kadang hanya mengandungi air yang pekat likat dan ada kes lain, ianya mempunyai tisu- tisu lain seperti rambut dan gigi..
 
Ovarian cyst yang normal akan membesar dan pecah lalu mengeluarkan telur yang matang semasa hari ovulasi. Cyst ni dinamakan follicle. Kalau follicle ni tidak pecah, saiznya bertambah besar maka ianya dipanggil sebagai functional ovarian cyst. Kata Dr Zubaidi, ni tidak berbahaya kecuali saiznya bertambah besar.
 
Ada 2 jenis ovarian cyst samaada ianya boleh mengganggu kesuburan dan yang TIDAK mengganggu kesuburan.
 
Ovarian cyst yang boleh mengganggu kesuburan ialah Endometriosis dan PCOS (Polycystic Ovarian Cyst).
 
Ovarian cyst yang TIDAK boleh mengganggu kesuburan ialah Functional cyst, Cystadenomas dan Dermoid cyst."
 
Orang cakap 'Mencegah Lagi Baik Dari Mengubati', jadi sebaiknya bagi ibu- ibu manis yang sememangnya ada masalah cyst ni, ibum2m sarankan pengambilan GLA Complex Shaklee yang KONSISTEN, insya Allah dapat mencegah cyst tersebut dari berulang kembali..dengan izinNya jua..
 
Ada saja masalah period tidak teratur, ingatlah GLA..
 
Masalah senggugut yang teruk, ingatlah GLA..
 
Masalah kesuburan, ingatlah GLA..
 
Tapi jangan INGAT saja, ORDERLAH GLA Complex Shaklee dengan ibum2m..:-)
 
GLA Complex Shaklee hanya RM91.25 untuk 60 kapsul sahaja!
 
Hubungi ibum2m di talian 013-6341955 sekarang!!!
 
 
Semoga bermanfaat, sayang semuanya...;-)
 
 
 

Jumaat, 15 Ogos 2014

Set Kombo Terhebat Alfalfa Dan Lecithin : Hilang 4kg Dalam Masa 30 Hari

Kombo adik beradik alfalfa dan lecithin sememangnya menghasilkan penangan terbaik untuk ibum2m pada bulan Ramadhan baru- baru ni. Terbukti ibum2m hilang 4kg dalam masa 30 hari berpuasa.

hilang 4kg
 
Sebenarnya, ibum2m bukannya nak kurus pun, misi ibum2m sebaliknya sebab memang badan sudah cikeding macam cicak kubing dah..huhu tapi disebabkan beberapa masalah penyusuan, tu lah kenapa ibum2m mengambil alfalfa dan lecithin secara konsisten.
 
Masalah 1 : Saluran Susu Tersumbat
 
Masalah saluran susu tersumbat boleh diselesaikan dengan mengambil lecithin. Lecithin berupaya untuk memecahkan lemak dan melancarkan saluran susu yang tersumbat.
 
Pengambilan : 4 biji sehari, 2 biji selepas sahur dan 2 biji selepas berbuka
Untuk pengetahuan, lecithin boleh diambil sehingga maksimum 6 biji sehari.
 
Masalah 2 : Penghasilan Susu Yang Lambat Dan Kurang
 
Masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan alfalfa yang terkenal sebagai 'penggalak susu' bagi setiap ibu menyusu. Alfalfa yang mengandungi herba boleh mempercepatkan penghasilan susu dan sekaligus meningkatkan pengeluaran susu.
 
Pengambilan : 6 biji sehari, 3 biji selepas sahur dan 3 biji selepas berbuka.
Untuk pengetahuan, alfalfa boleh dimakan sehingga maksimum 10 biji sehari.
 

Set Kombo Lecithin dan Alfalfa ini sememangnya teramat popular di kalangan yang ingin menurunkan berat badan mahupun ibu- ibu yang menyusu.

Set Kombo Lecithin dan Alfalfa ni tersangatlah berbaloi harganya RM 106.25 sahaja. Penggunaan sehingga 3 bulan ya..sangat jimat bukan?

Jom order sekarang!



 

Pm saja ibum2m di talian 013-6341955 untuk mendapatkan konsultasi PERCUMA..:-)

Salam Sayang,
ibum2m

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...