Rabu, 23 Julai 2014

Basic H: Penghalau Semut Paling Berkesan Dan Tahan Lama

Basic H Shaklee sememangnya penghalau semut yang paling mujarab dan berkesan. Umum mengetahui yang Basic H adalah pencuci serbaguna yang sangat memudahkan tugas membersih bagi ibu-ibu di rumah.

Pengalaman sendiri menggunakan Basic H, ibum2m kongsikan di sini ya..

Jatuh Cinta pandang pertama dengan Basic H, kenapa?

1. Jimat kerana kita hanya menggunakan beberapa titik sahaja untuk membersihkan tempat yg ingin dibersihkan. Ada kawan cakap, 6 bulan penggunaan pun belum jugak habis..

2. Serbaguna! Tugas membersih dan mencuci semua boleh guna Basic H sahaja. Cakaplah mo cuci tandas, mop lantai, lap tingkap, bersihkan dapur..semua BOLEH!

3. Cepat! Kenapa cepat? Tugas membersih dengan cepat sebab kita tidak perlu menyental lama- lama untuk hilangkan kotoran degil. Contohnya macam ibum2m, mop lantai kena lagi tekan kuat- kuat kepala mop tu dan tenyeh- tenyeh lg guna kaki tapi sekarang, tidak lagi! Mop sekali harung ja terus berkilat..;-))

4. Penghalau semut paling berkesan. Walaupun ada juga serpihan- serpihan makanan di lantai, maklumlah ada anak kecil, memang semut langsung tiada untuk tempoh 5 hari selepas mop..;-)

5. Bau satu rumah selepas menggunakan Basic H memang wangi dan sangat menyegarkan!

6. Selamat kerana kandungannya yang semulajadi dan sangat membantu dalam menyelamatkan bumi kita. Yeah! Cintailah Bumi Kita!;-)

Bah, Jom ramai- ramai order Basic H yang cuma berharga RM46 sebotol, memang super cleaning yang multipurpose dan tahan lama!

Untuk pesanan, pm segera ibum2m di 013-6341955 ya..

Salam Ramadhan Ke 27!



Isnin, 21 Julai 2014

7 Langkah Mudah Teknik Memerah Susu Menggunakan Tangan

Teknik Marmet merupakan teknik memerah secara manual dengan hanya menggunakan tangan. Teknik Marmet ini WAJIB dipelajari oleh ibu- ibu menyusu sekiranya kita terlupa membawa pam susu atau pam susu kita rosak. Jadi, teknik Marmet ini membolehkan ibu memerah susu mengikut masa yang sepatutnya.
 

 
 
Kelebihan Teknik Marmet
 
1. Lebih efektif kerana kajian mendapati sentuhan kulit ke kulit iaitu tangan dan payudara lebih lancar menghasilkan susu.
 
2. Dapat mengurangkan kerosakan tisu payudara.
 
3. Dapat mengurangkan lebam pada payudara dan melecet kesan daripada penggunaan pam.
 
Jom ikuti 7 langkah demi langkah yang MUDAH dalam teknik Marmet ini..
 
1. Buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1cm daripada areola. Manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan di bahagian bawah areola. Anggap payudara seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari lain berada di posisi 6.
 
 
 
2. Tekan payudara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan jari tengah.
 
 
 
3. Picit ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar dari puting. Kemudian, lepaskan dan ulang semula dengan pergerakan picit-lepas-picit-lepas.
 

 
 
4. Ulangi langkah 1 hingga 3 sehingga aliran susu mula berkurangan.
 
5. Alihkan posisi ibu jari ke arah jam11, 10, 9, 8 dan 7. Manakala jari tengah pula ke arah jam 5, 4, 3, 2 dan 1. Lakukan gerakan memerah sama seperti langkah 1 hingga 4 supaya kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya dengan sebaik mungkin.
 
 
 
6. Tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpanan susu ibu yang bersih.
 
7. Beralihlah ke payudara sebelah pula jika anda benar- benar yakin bahawa susu di payudara anda telah kosong.
 
Kesimpulannya, beginilah cara mudah teknik Marmet dilaksanakan.
 

 
Kredit: Majalah Pa&Ma
 
Semoga bermanfaat!

Ahad, 20 Julai 2014

Petua Yang Senang, Jimat dan Mujarab Untuk Hilangkan Selesema DenganMinyak Bawang Putih

Satu hari tu macam biasa la, tengah scroll- scroll newsfeed FB, tiba- tiba terjumpa satu petua yang memang ringkas, mudah dan paling jimat untuk menghilangkan selesema. Memang sekarang, cuaca yang tidak menentu, selalunya musim panas di waktu pagi dan hujan lebat di waktu petang membuatkan M2M di jangkiti selesema daripada rumah pengasuhnya.

Pada malam tu, memang dengan ibum2m sekali terjangkit flu. Jadi, tanpa berlengah terus ke dapur dan praktikkan minyak bawang putih. Cara- caranya :

1. Bakar seulas bawang putih di atas api sehingga keluar minyak.
2. Lenyekkan dalam pinggan dengan menggunakan garfu.
3. Letakkan beberapa titik minyak zaitun atau minyak kelapa dara atau apa- apa minyak yang ada.
4. Sapukan ke bahagian dada, belakang dan tapak kaki anak- anak.
5. Pakaikan stokin.



Alhamdulillah, esok pagi memang terus kering hingus. Sememangnya petua ini sangat mujarab, syukur Ya Allah...

Tapi harus ingat ya para ibu, jangan sekali- kali bakar bawang putih tu sampai 10 ulas ya, paling maksimum pun 3 ulas sahaja. Sebabnya ada kes yang sampai melecur kaki anak dibuatnya angkara Ibu terlalu ekstrem. Ini kisah benar ya!! Oleh itu, bagi ibum2m, cukup sekadar 1 ulas bawang putih utk penggunaan 3 orang. Minyak ini memang panas sebab ibum2m suda cuba sendiri. Jadi, sebaiknya apabila sapu, hanya amik minyak sahaja, jangan tepek sekali dengan bawang tersebut.

Petua di atas sememangnya untuk membantu apabila anak- anak kita dijangkiti selesema. Tapi sebagai langkah pencegahan, kebiasaannya, Maisha yang berumur 2 tahun setengah akan saya berikan 2 biji Vitamin C cheweable dan 1 biji Omega Guard setiap hari untuk meningkatkan sistem pertahanan badannya dan menggalakkan perkembangan otaknya supaya senang fokus.

Bagi Mikail, 8 bulan yang masih menyusu, sebelum tidur, ibum2m akan makan 1 biji Garlic Complex,1 biji Vitamin C Sustained Release dan 1 biji Omega Guard. Secara tidak langsung, dapatlah Mikail kebaikannya melalui susu ibu..



Ok, moga petua ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pesanan produk Shaklee, bolehlah menghubungi ibum2m di talian 013-6341955 ya..;-)

Salam sayang,
Ibum2m

Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga : Pesanan Buatmu Duhai Suamiku

Sentuhan dari Prof. Dr. Muhaya khas buat sang suami..


 
 
1. Sebagai suami bersyukurlah kalau kita mendapat isteri yang baik dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya. Jika isteri hendak membuat kebaikan dan mengajak kita suaminya membuat kebaikan, ikut sahaja, kerana bukan mudah sebenarnya untuk membentuk isteri menjadi baik dan mendidiknya menjadi wanita solehah, apatah lagi buat isteri yang terpelajar dan berpangkat tinggi.
 
2. Jangan bersaing dengan isteri sebaliknya berikan kerjasama. Anggaplah kejayaan isteri sebagai kejayaan suami juga, perasaan itu membolehkan suami berasa ikhlas hati untuk membantu isteri menjaga keluarga tatkala isteri berjuang mempertingkatkan diri dalam menacapi cita- citanya.
 
3. Sebagai ketua keluarga, suami perlu ada arah tuju kemana hendak dibawa atau dibentuk keluarganya. Sering bertegas dan berwawasan jauh dalam hal ini, dan suami adalah pengkritik yang paling jujur kepada isteri. Tegurlah mana kekurangan isteri dengan baik dan tunjukkan serta nasihatkan cara yang bagaimana yang seharusnya dilakukan oleh seorang isteri bagi menjamin kebahagiaan bersama.
 
4. Suami mesti menjadi pendengar yang baik, tempat isteri mengadu dan memohon jalan penyelesaian dan demikian jugalah sebaliknya, buat isteri pula.
 
5. Jaga keegoan. Suami janglah terlalu menjadi "bos" di rumah hingga mengharapkan semuanya dilaksanakan dan diatur oleh isteri yang juga turut bekerja mencari nafkah, sama dengannya. Bertolah ansurlah antara suami dengan isteri dari segi sikap dalam menangani masalah.
 
6. Semoga kita merenung diri dan merenung cara kita menjalani kehidupan hari ini. Niat untuk bertaubat jika berdosa, dan bersyukur atas keselamatan sampai ke rumah dan anak- anak sihat, rumah tangga bahagia dan badan sihat. Tidak terkira nikmat Allah, semoga niat kita akan lebih bermanfaat.
 
7. Bersangka baik dengan isteri. Jangan terlalu cemburu. Cemburu yang berlebihan akan mengekang isteri untuk membuat sesuatu yang disukainya yang akan membawa kejayaan kepada dirinya dan keluarga.
 
8. Sebagaimana isteri boleh menerima keluarga suami demikian jugalah suami mesti boleh menerima keluarga isteri. Jagalah amanah ibubapa isteri yang menyerahkan anak gadisnya kepada seorang lelaki yang dikasihi anaknya, dan bergelar suami setelah sah akad nikahnya. Jika suami hendak melakukan kezaliman terhadap isteri, bayangkan jika adik perempuan anda apabila bernikah.

Dipetik dari buku 'Sejernih Sinar Matamu' oleh Prof. Dr. Muhaya

Sabtu, 19 Julai 2014

Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga : Pesanan Untukmu Para Isteri

Sentuhan dari Prof. Dr. Muhaya..Pesanan Untukmu Para Isteri..



1. Walau buruk macam manapun suami (dari segi fizikal dan sifat), terimalah dengan redha, jangan sesekali meminta cerai selagi dia tidak membawa kita ke jalan berpaling akidah kepada Allah. Hormati suami kerana isteri tidak akan masuk syurga jika tidak mendapat redha suaminya.
 
2. Sentiasa memberi bukan mengharapkan dapat manfaat daripada perkahwinan.
 
3. Jangan dengan sebab kita (isteri), suami menjadi anak derhaka kepada ibunya. Lebihkan kepada keluarga suami kita dalam memberi layanan, perhatian dan kebaikan. Dengan berbuat demikian, suami juga akan melayani keluarga kita seperti kita melayani keluarganya, konsep "Reset Minda' (Ada- beri- dapat) kerana tidak ada orang yang memberi yang tidak bahagia.
 
4. Suami garang dengan isterinya kerana dia ego. Untuk menurunkan keegoannya, isteri hendaklah memuji suami, memberikan penghargaan kepada suami dan mengakui keberadaan suami di samping isteri. Isteri berasa dirinya selamat dan dilindungi apabila suami bersama- sama, dan berasa dirinya bahagia kerana ada orang yang memberi perhatian kepadanya dan mengambil berat kepadanya dan menyayanginya.
 
5. Isteri mesti menjaga mata suami, dengan menjaga keterampilan diri, sentiasa berpakaian cantik di hadapan suami dan jika perlu berpakaian seksi pada waktu- waktu yang diperlukan untuk suami dengan niat untuk membahagiakan suami, laksanakanlah. Menjaga hidung suami dengan berwangi- wangian ketika di samping suami dan menjaga telinga suami dengan menjaga perkataan yang keluar dari mulut isteri, elakkan daripada berleter, merungut dan menyalahkan.
 
6. Kalau hendak marah atau bencikan suami, ingatkan kembali zaman muda  dahulu, betapa susahnya hendak mendapatkannya dan disatukan secara sah sebagai suami isteri. Kenangkan kembali zaman dan saat manis bersama- sama suami.
 
7. Bersyukurlah kerana kita bergelar isteri dan masih bergelar isteri, biarpun suami kita tidak sehebat suami orang lain. Bandingkan diri kita dengan wanita yang tidak berpeluang menjadi isteri atau sudah dibebaskan daripada menjadi isteri. Nasib kita sebenarnya masih lebih baik berbanding dengan wanita yang sedemikian kerana ladang pahala terbuka luas di hadapan kita jika kita taat dan berbuat baik kepada suami. Tetapi awaslah, jika sikap isteri terhadap suami sebaliknya, kita sebagai isteri sebenarnya sedang membuka pintu neraka untuk diri sendiri, keran isteri yang derhaka tidak mencium bau syurga.

Dipetik dari buku 'Sejernih Sinar Matamu' oleh Prof. Dr. Muhaya

Jumaat, 18 Julai 2014

Minuman Isotonik Penghilang Dahaga Dengan Performance Drink Shaklee

Salam Jumaat yang penuh berkah..

Pagi- pagi ini kita dikejutkan dengan berita terhempasnya MH17 milik Malaysia yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine. Sesungguhnya ujian ini amat berat bagi kita. Perancangan Allah kita takkan tahu. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Al Fatihah untuk semua penumpang MH17 dan doakan juga keselamatan dan kesejahteraan saudara kita di Gaza, Palestin dan tidak lupa buat keselamatan warga Sabah. Aamiin..
 
Perkongsian hari ni di bulam Ramadhan yang mulia ni, sememangnya mengundang rasa dahaga kan lebih- lebih lagi musim panas sekarang.. huhu. Apatah lagi buat ibu- ibu yang menyusukan anak macam ibum2m, memang besar dugaannya. Ok, untuk mengurangkan rasa dahaga di sepanjang bulan Ramadhan ni, ibum2m sarankan kita mengambil  minuman Performance Drink (PD) minuman isotonik yang berperisa oren ni.
 
Minuman ni sungguh menyegarkan, sedap dihidang dan dicampur dengan Twister, sejuk- sejuk minum selepas berbuka puasa..walla..jom tengok apa kebaikan lain PD ni..

# Meningkatkan daya ketahanan badan
# Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat
# Membekal tenaga dan daya ketahanan fizikal- membantu mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh
# Mencegah penyahidratan - mengurangkan kehausan, melembapkan kulit dan kelihatan muda
# Membantu mengekalkan paras gula
# Baik untuk tindakbalas saraf dan otot kita

Minuman ni sangat- sangat sesuai  untuk..

Para atlet
Orang berpuasa
Ibu mengandung
Ibu menyusukan anak
Sebelum dan selepas pembedahan
Sering tidur lewat malam
Sering keletihan
Mengalami cirit- birit
Tiada selera makan
Rendah paras gula

Jom kita tengok testimoni PD pulak..


 
 
 




Jom dapatkan Performance Drink ni dengan hanya RM82.50 untuk 539gram yang boleh tahan sehingga 2 bulan penggunaan.
 
Klik di sini sahaja untuk pesanan segera Performance Drink!
 
Untuk sebarang konsultasi, boleh saja hubungi ibum2m di talian 013-6341955 ya..
 
Semoga bermanfaat!
 

Khamis, 17 Julai 2014

Tips Sayangilah Jantung Anda Dengan CoQHealth Plus Shaklee

Assalamualaikum.

Saiznya sebesar ibarat 'penumbuk lelaki', mempunyai berat anggaran 250gram bagi wanita dan 300 gram bagi lelaki. Akan tetapi kemampuannya bekerja sebanyak 100,000 kali setiap hari, yang membawa kepada 35 juta degupan selama setahun. Bahkan ketika tidur pun, ianya bekerja 30 kali daripada beratnya dalam setiap MINIT!



Itulah JANTUNG kita. Jadi, perkongsian ibum2m hari ni adalah mengenai produk Shaklee yang satu ni, memang TERBAIK buat jantung yang sihat iaitu CoQHealth Plus Shaklee..

Sebelum mengetahui apa itu CoQ10 dan selanjutnya, mari kita tengok
ciri- ciri penyakit jantung yang perlu kita ketahui..




Nah, sudah tahu mengenai penyakit jantung..mari tengok pula apa yang terkandung dalam CoQHealth Plus Shaklee..

Apa itu CoQ10?

CoQ10 adalah zat makanan larut lemak yang ada secara semulajadi dan ditemui di dalam setiap sel tubuh kita terutamanya organ- organ yang bekerja keras iaitu jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

Fungsi CoQ10?

# Pencetus tenaga
Tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan untuk memberikan tenaga kepada setiap sel dalam tubuh kita. Proses penukaran nutrien kepada tenaga memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga sekaligus organ- organ lain tidak dapat berfungsi dengan baik.

# Dapat membantu mengukuhkan otot- otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah Ke seluruh tubuh.

# Menolong menurunkan paras tekanan darah yang sihat/normal. Amat sesuai untuk golongan pesakit darah tinggi/ hypertensi.

# Merupakan anti-oksidan yang kuat

# Membantu melindungi arteri dari masalah  kolesterol 'jahat' LDL dan sekaligus memudahkan pengaliran darah. Amat sesuai untuk golongan yang mengalami masalah tinggi kolesterol.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CoQ, boleh rujuk link di SINI.

Tahukah kita?

Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun tetapi menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2% daripada penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20.

Faktor lain yang menjadi penyebab kemerosotan CoQ10 dalam tubuh adalah diet yang tidak seimbang, pendedahan harian kepada radikal- radikal bebas dan penggunaan sesetengah ubat- ubatan yang tertentu.

Jadi, langkah penyelesaian untuk anda adalah dengan mengambil CoQHealth Plus Shaklee sebiji sehari selepas makan untuk meningkatkan kesihatan anda.
Kandungan CoQHealth Plus?




Jom tengok testimoni pengguna CoQHealth Plus..








Mari miliki CoQHealth Plus sekarang dengan harga RM124 sahaja untuk 30 biji yang tahan penggunaan selama 1 bulan. Boleh juga hadiahkan kepada orang- orang tersayang.

Untuk pesanan, sila klik di bawah ini sahaja.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=575770113bb5f93b2906ef8917facca4


Untuk mendapatkan konsultasi PERCUMA, boleh saja menghubungi ibum2m di talian 013-6341955. Hanya yang terbaik untuk anda!

Semoga bermanfaat!

Salam Sayang,
ibum2m







Rabu, 16 Julai 2014

Sihat Bertenaga, Cergas Dan Kurus Dengan Cinch Energy Tea Mix

Dengan kemenangan Jerman ke atas Argentina, 1-0 , maka berakhirlah World Cup 2014..hee slps ni harap-harap tiadalah suda orang tersenguk- sengguk di pejabat kan? 

Ada satu minuman pencetus tenaga yang ibum2m mo kongsi hari ni. Minuman ni sejenis teh yang sebenarnya khusus untuk golongan yang ingin menurunkan berat badan. Tapi, kepada golongan yang sudah slim tu, boleh jugak mengamalkannya untuk mendapatkan tenaga lebih.



 

Pengalaman first time minum Cinch Energy Tea Mix ni, Allahuakbar, ibum2m berpeluh- peluh ya, tapi balik jak dari ofis, terus macam 'SUPERIBU'. Terasa macam ada tenaga dari dalam yang kasi gerak semua otot- otot dalam badan ni. Balik ofis terus masak, boleh cuci kain, jemur kain dan sapu rumah dan mop sekali tu..Malam sudah jam 10 pun belum rasa mengantuk lagi..Husshh memang HEBAT betul penangan Cinch Tea Mix ni..

Bah, mari kita tengok kandungan dalam Cinch Energy Tea Mix ni..

# Matcha Green Tea Powder
Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan.
Merupakan teh yang paling terMAHAL dan tinggi KUALITI jika dibandingkan dengan pelbagai jenis teh yang lain.
Khasiat nutrien dan kadar antioksida dalam 1 gelas matcha tea adalah bersamaan dengan 10 gelas teh hijau.
 
Matcha green tea powder
 
 
# Red Tea Extract
Polifenol adalah bahan anti oksidan yang ada dalam teh merah ini. Polifenol yang dikenali sebagai PEJUANG KANSER YANG KUAT membantu mengelakkan kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal- radikal bebas. Ianya merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai agen pencegah kanser yang boleh menghalang tumor daripada merebak.
 



# Rooibos Red Tea Extract
Tumbuhan unik dari Afrika Selatan, kaya dengan sebatian polifenol, antioksidan terkuat.

 
 
Red tea extract
 
# White Tea Extract
Dikenali sebagai teh hijau bayi yang mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.
 

White tea extract
 

Apa KEBAIKAN Cinch Energy Tea Mix?
 
# Perangsang tenaga yang semulajadi dan selamat
# Membantu meningkatkan metabolisma badan
# Pilihan alternatif kepada kopi dan snek bergula untuk tenaga
# Membantu mengurangkan selera makan

 
Perbezaan Cinch Energy Tea Mix dengan produk yang lain di pasaran?

1. SELAMAT dan merupakan PENGGALAK TENAGA SEMULAJADI
2. Ditambah dengan TAURINA- meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
3. Pilihan ALTERNATIF TERBAIK menggantikan kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan KECERGASAN tubuh.
4. Tanpa GLUTEN, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis.
 
Siapa perlukan Cinch Energy Tea Mix?
 
Selalu letih dan cepat penat
Selalu mengantuk pada siang hari
Tidak bertenaga dan kurang cergas
Ingin menurunkan berat badan
Ingin tenaga berpanjangan
Golongan yang mencari alternatif lain selain kopi
Golongan yang mempunyai selera makan yang kuat
 
Untuk info lanjut mengenai jenis- jenis teh dan manfaatnya, sila rujuk di SINI.

Mari tengok testimoni mereka yang sudah cuba Cinch Energy Tea Mix ..






  
Nah,apa tunggu lagi! Jumpa sudah minuman tenaga untuk sehari- hari kan? Cinch Energy Tea Mix ni didatangkan dalam bentuk sticks 'slim' yang senang di bawa ke mana- mana. Harganya cuma RM131 sahaja untuk 28 sticks.
 
Mari miliki Cinch Energy Tea Mix untuk TENAGA TAMBAHAN SEMULAJADI ANDA sekarang!!! Hanya dengan satu klik sahaja di bawah ini..
 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=59ec100f89336aa58068896ec732b099
 
 
Untuk sebarang konsultasi, boleh saja menghubungi ibum2m di talian 013-6341955 ya!
 
Semoga bermanfaat!
 
Salam ceria,
ibum2m

 
 
 

 
 

Isnin, 14 Julai 2014

Kek Nutella Cheesecake Vs Kek Flourless Nutella

Assalamualaikum semua..

Aga kareba? (Apa kabar? dalam bahasa Bugis) hee..Harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat. Mari kita sama- sama berdoa untuk saudara kita di Gaza, Palestine, semoga mereka tabah dan diberi kemenangan olehNya.
 
Hari ni ibum2m mo share resepi pulak..huhu..resepi kek yang menggunakan Nutella, jem coklat yang kita makan dengan roti tu..memang sedap! Tengah scroll FB tetiba sorang kawan share resepi ni, memang sangat senang. Nda payah bakar lagi..insya Allah mo try la resepi. Nanti suda try ibum2m post gambar ya..Kita tengok dulu resepinya..:-)
 
 
 
Nutella Cheesecake
Makes 1 cake | Prep Time: 20 mins | Bake Time: None (refrigerate for at least 4 hours)
Recipe Source:
Nigella Lawson
Contributor: CP Choong


Ingredients:
10 oz graham crackers (digestive biscuits)
5 tablespoons soft unsalted butter
1 13-oz jar Nutella (at room temperature)
¾ cup chopped toasted hazelnuts
1 lb cream cheese (at room temperature)
½ cup confectioners’ sugar (sifted)
 
Method:
Break the graham crackers (digestives) into the bowl of a processor, add the butter and 15 ml or 1 tablespoon of Nutella, and blitz until it starts to clump. Add 25g/3 tablespoons of the hazelnuts and continue to pulse until you have a damp, sandy mixture.
 
Tip into a 23 cm/9-inch round springform and press into the base either using your hands or the back of a spoon. Place in the fridge to chill.
 
Beat the cream cheese and confectioners’ sugar until smooth and then add the remaining Nutella to the cream cheese mixture, and continue beating until combined.
 
Take the springform out of the fridge and carefully smooth the Nutella mixture over the base. Scatter the remaining chopped hazelnuts on top to cover and place the tin in the fridge for at least four hours or overnight. Serve straight from the fridge for best results.
 
Lagi satu resepi menggunakan nutella ni, lagi senang, guna 2 bahan ja iaitu telur dan nutella semata- mata. Ibum2m sememangnya minat dengan kak Azlita ni, boleh dikatakan klu try resepi keknya, insya Allah mesti menjadik punya!!
 


http://www.azlitamasammanis.com/2014/04/flourless-nutella-cake-with-caramel.html
Credit : www.azlitamasammanis.com
 
 

Bahannya
4 biji telur Gred A
250 gram Nutella

http://www.azlitamasammanis.com/2014/04/flourless-nutella-cake-with-caramel.html
Credit : www.azlitamasammanis.com
 
 
Caramel Sauce

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan krim ( tick cream, double cream. whipping cream)
25 gm mentega
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

Panaskan gula hingga larut dan berbuih
Tuangkan krim ( berhati-hati ketika melakukan proses ini)
kacau rata.
Tutup api masukkan garam, esen vanilla dan butter
Biarkan sejuk

Taraa, caramel sauce ni trus tuang di atas kek nutella tadi..Aduhh, lagi- lagi time posa ni, nampak sedap ja semua makanan..tapi serius ni mesti sedap!!


 
Jom try!
 
Love,
ibum2m

Pesanan: 7 Sunnah Terhebat!

Very nicely written 😊

Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Ahad, 13 Julai 2014

Inovasi Terbaru Set Penjagaan Kulit Nutriwhite Untuk Kulit Lebih Cerah, Berseri Dan Sempurna

Hari ni ibum2m memperkenalkan kepada anda, tidak kira kaum Hawa mahupun Adam, rahsia kecantikan wajah yang terbukti berkesan untuk menjadikan kulit anda lebih cerah dan berseri secara semulajadi.
 
Set Penjagaan Kulit Nutriwhite  yang terhasil daripada 16 nutrien hebat yang terbukti berkesan berfungsi untuk mencerahkan kulit dan menghilangkan kesan- kesan gelap pada wajah. Hasilnya, kulit anda akan tampak lebih cerah, warna kulit yang rata dan seimbang serta cantik berseri.
 



Kombinasi 16 nutrien herba botani yang tulen yang dikenali sebagai WhiteN-16 ini terdiri daripada bearberry, kacang soya, scullap, pokok bic, mulberi, strawberi begonia, peony, rosemary, aloe vera, mountain arnica, cat's claw, kudzu, linden, marshmallow, rumpai laut dan alga hijau. WhiteN-16 yang kini menanti paten bertindak dengan LIMA Cara iaitu Mencegah, Mengurangkan, Menyekat, Mencerahkan dan Memperbaharui sel- sel kulit wajah anda!



 
Dengan hanya beberapa langkah, anda akan memiliki kulit wajah yang lebih cerah dan berseri dengan Nutriwhite.

# Membersihkan :
 Gentle Action Makeup Remover, Gentle Deep Foaming Cleanser
 
# Memperbaharui :
Soothing Radiance Whitening Softener
 
# Mencerahkan :
Daily Defense Whitening Essence
 
# Merawat :
Spot Whitening Treatment
 
# Mencegah :
Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15
 
# Memulihkan :
Overnight Renewal Whitening Cream

Hasilnya, kulit anda akan lebih cerah dan berseri, mengurangkan warna kulit yang tidak sekata, dan dijamin dengan penggunaan yang berterusan, kulit wajah anda akan kelihatan lebih sempurna.

Jom mulakannya dengan 3 Langkah Asas iaitu:


Langkah seterusnya, anda boleh menambah mana- mana produk di bawah yang memberikan perlindungan selama 24 jam mengikut fokus penggunaan anda!


1. Gentle Action Makeup Remover
 
Fungsi : Menghilangkan sel- sel kulit mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan. Menegangkan, menyegarkan dan melembutkan kulit wajah. Lembut, tidak berminyak dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri.
 
2. Daily Defense Whitening Essence
 
Fungsi : Mencerahkan dan menegangkan kulit. Mengimbangkan pigmen, mengurangkan tompok- tompok hitam dan Vitamin C yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki tekstur kulit dan mengembalikan seri wajah. Sangat lembut dan mudah diserap oleh kulit.
 
3. Spot Whitening Treatment
 
Fungsi : Memperbaiki kesan- kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat. Membantu mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit di samping membantu menegangkan kulit wajah. Sangat berkesan.
 
4. Overnight Renewal Whitening Cream
 
Fungsi : Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur. membantu melembapkan, mencerahkan dan menghilangkan radang kulit. Mengurangkan tompok- tompok hitam dan mengembalikan seri wajah. Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang cantik dengan kelembutan, kehalusan dan kecerahan yang baru.
 
 
Mudah bukan?

 
Mari kita lihat keberkesanan Nutriwhite ..











JOM MILIKI DAN RASAI PERUBAHAN POSITIF KULIT WAJAH ANDA SEKARANG!

Perlu diingat!!!Produk- produk penjagaan kulit yang lain lazimnya tidak merawat kulit daripada pelbagai dimensi. Hanya Nutriwhite yang boleh mencerahkan, menyihatkan serta memanjakan kulit anda dengan kombinasi eksklusif nutrien WhiteN-16.

Klik di bawah ini untuk pesanan segera..


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=82a008560ab8fa4bd01994e2ff52bb6a
 
 
Untuk sebarang konsultasi, boleh menghubungi ibum2m di talian 013-6341955 (sms/whatsapp/wechat). Sedia membantu anda!
 
 
Kerana Dirimu Begitu Berharga!!!
 
 
Salam sayang,
ibum2m
 

 

Sabtu, 12 Julai 2014

Testimoni Vivix Dan Kanser : Penawar Alternatif Semulajadi Terbaik

Salam ceria...

Tahukah semua diantara 4 ramuan yang terdapat dalam Vivix Shaklee, salah satunya terbukti berkesan dalam melawan sel - sel kanser dalam tubuh manusia? 
4 ramuan terpenting di dalam Vivix adalah anggur muscadine, karot ungu, elderberry dan polygonum cupsidatum (knotweed Jepun).
Yang mana satukah ramuan antikanser tersebut?
Jawapannya adalah anggur muscadine. Ini adalah kerana anggur muscadine adalah satu- satunya jenis anggur yang mempunyai asid ellagik (ellagic acid), antioksidan semulajadi yang terdapat dalam buah- buahan mahupun tumbuhan.
Anggur muscadine yang terdapat dalam vivix sememangnya mengandungi asid ellagik yang berkepekatan tinggi yang mempunyai ciri- ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lannjut mengenai Vivix Shaklee.
Mari kita lihat keberkesanan Vivix menghalang tindakbalas sel- sel kanser tersebut..

Law Chu Hian, bekas Pengacara ntv7 penghidap kanser yang telah pulih sepenuhnya









Kita berikhtiar, hanya Allah sahaja yang menyembuhkan..

Ianya mampu mengubah hidup anda ke arah yang lebih baik dan lebih sihat!

Jom order sekarang dengan cepat dan mudah dengan hanya satu klik di bawah ini sahaja..



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=37953cab902d1f698bfb59b54d5e6369


Inginkan konsultasi daripada ibum2m, hubungi sahaja di talian 013-6341955(sms/whatsapp/wechat). Ibum2m sedia membantu anda!

Salam sayang,
ibum2m

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...