Isnin, 21 Julai 2014

7 Langkah Mudah Teknik Memerah Susu Menggunakan Tangan

Teknik Marmet merupakan teknik memerah secara manual dengan hanya menggunakan tangan. Teknik Marmet ini WAJIB dipelajari oleh ibu- ibu menyusu sekiranya kita terlupa membawa pam susu atau pam susu kita rosak. Jadi, teknik Marmet ini membolehkan ibu memerah susu mengikut masa yang sepatutnya.
 

 
 
Kelebihan Teknik Marmet
 
1. Lebih efektif kerana kajian mendapati sentuhan kulit ke kulit iaitu tangan dan payudara lebih lancar menghasilkan susu.
 
2. Dapat mengurangkan kerosakan tisu payudara.
 
3. Dapat mengurangkan lebam pada payudara dan melecet kesan daripada penggunaan pam.
 
Jom ikuti 7 langkah demi langkah yang MUDAH dalam teknik Marmet ini..
 
1. Buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1cm daripada areola. Manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan di bahagian bawah areola. Anggap payudara seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari lain berada di posisi 6.
 
 
 
2. Tekan payudara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan jari tengah.
 
 
 
3. Picit ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar dari puting. Kemudian, lepaskan dan ulang semula dengan pergerakan picit-lepas-picit-lepas.
 

 
 
4. Ulangi langkah 1 hingga 3 sehingga aliran susu mula berkurangan.
 
5. Alihkan posisi ibu jari ke arah jam11, 10, 9, 8 dan 7. Manakala jari tengah pula ke arah jam 5, 4, 3, 2 dan 1. Lakukan gerakan memerah sama seperti langkah 1 hingga 4 supaya kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya dengan sebaik mungkin.
 
 
 
6. Tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpanan susu ibu yang bersih.
 
7. Beralihlah ke payudara sebelah pula jika anda benar- benar yakin bahawa susu di payudara anda telah kosong.
 
Kesimpulannya, beginilah cara mudah teknik Marmet dilaksanakan.
 

 
Kredit: Majalah Pa&Ma
 
Semoga bermanfaat!

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...