Rabu, 20 Disember 2017

8 Tanda Hamil Anak Perempuan Menurut Pengalaman Sendiri

Assalamualaikum kalian..

Setelah dikurniai seorang puteri dan dua putera, kali ini aku disahkan mengandung anak ke empat. Due 27 Mei 2018 dan detik ini, kandunganku sudah menginjak masuk minggu ke 14. Alhamdulillah.

Maisha Nuwairah bt Mohamad Nazim, puteri sulung yang kini sudah berusia 6 tahun


Seperti masalah kehamilan sebelum ini, aku memang trauma untuk mengandung lagi. Ahaks, mesti korang cakap, trauma trauma pun, anak sudah masuk 4 kott!!

Begitulah WANITA.

Walaupun berat dan mengalami kesukaran semasa hamil, tapi apabila melihat anak itu terlahir dari rahim sendiri, Masya Allah SubhanAllah... kiriman dari syurga buat di dunia. 

Tidak tergambar oleh kata- kata kan?

Trauma kenapa pulak? 
Masalah 'morning sickness' yang teruk, bukan setakat morning, malah sepanjang hari. Kadang sehari 4 hingga 6 kali muntah. Badan letih dan sangat kurang bermaya. Kurang darah, bacaan Hb rendah.

Aku tanya dengan ibu. Bagaimana keadaan ibu dulu semasa hamil kami yang keSEBELASan utama ni? 

Percaya atau tidak, ibu lagi teruk dari aku. Katanya, satu makanan pun tidak boleh masuk ke dalam tekaknya kecuali air kelapa. Perghhh, memang sakitnya tuh di sini!

Jadi, aku rasa, setiap kita wanita yang mengandung ni akan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh keadaan ibu sendiri semasa hamil dulu. Kann? Lebih kurang gitu lah.

Dan perkara pertama yang terlintas di fikiran, jantina bayi bukan?

Dari pengalaman sendiri, naluriku kuat mengatakan yang sekarang ini aku tengah mengandung anak perempuan. Kalaulah diizinkan Allah, akan adalah kawan Maisha lepas ni.

Kenapa naluriku rasa sedemikian? Sebab simptom- simptom mengandung Maisha dulu sedang aku rasakan sekarang ini.

Disini aku senaraikan kenapa ya..

1. Tidak boleh makan ayam dan daging. Makan seafood saja.

2. Tidak boleh bau masakan yang kuat.

3. Tidak boleh makan pedas.

4. Mahu makan benda yang manis saja. Jus buah, coklat, gula- gula dan mangga manis. Nyummy.

5. Wajah kurang berseri. Timbul jerawat dan seakan- akan ruam gitu penuh di muka. Betullah kata orang tua, bayi itu akan mengambil 'kecantikan' dari ibunya. 

6. Cenderung baring ke arah kanan.

7. Emosi sangat tidak stabil. Suka marah saja. Maisha selalu cakap, "Ibu ni asyik marah ja, macam 'monster' ..." Bukan salah ibu mengandung, salah hormon hehe.

8. Perut kelihatan lebih bulat berbanding mengandung anak lelaki, lebih bujur.

Untuk lebih tepat lagi, in shaa Allah akan pegi scan jantina bermula minggu ke 20. Berdebar jugak ni.

Mungkinkah ramalanku benar belaka? 

Hanya Dia yang tahu. Wallaua'lam.

Salam sayang,
ibum3m



Isnin, 18 Disember 2017

Tips Makan Ubat Atau Supplemen Tambah Darah Supaya Tidak Muntah Buat Ibu Hamil

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni masuk minggu ke 17 kandungan bayi yang keempat bakal ku lahirkan.

Comel ja Dato Siti Nurhaliza hamil setelah menunggu selama 10 tahun


Masalah yang sama seperti anak sebelum ini, bacaan Hb ku rendah atau lebih dikenali sebagai bacaan darah hanya 10.9, normal reading adalah 11.

Oleh kerana itu, doktor di Klinik Kesihatan Seksyen 7 membekalkan aku pil Zincofer. Pil berwarna merah yang ku rasa amat besar jugak la mau di telan. Pesannya, ini awak MESTI makan ya! Kalau tidak boleh, bagitau kemudian.

Obimin? Sebab sebelum ini, pernah makan Obimin tapi tetap tidak boleh. Sepanjang hari jadi mual dan muntah yang sangat teruk.

Ku fikir, biarlah, mari cuba Zincofer ni pulak.

Hari pertama aku makan Zincofer ni semasa di ofis, tengah kerja. Dalam pukul 9.30 pagi begitu. Setengah jam selepas itu, aku terus rasa mual. 

Perkara yang dijangka, apa lagi. Sarapan yang ku makan pagi itu, ku muntahkan semuanya. Bersyukur pada masa itu, aku tiada kelas. Pesan dengan ofismate, kalau ada student atau sesiapa cari, aku berehat kejap di surau.

Pening betul masa itu. Berlanjutan pulak sesi memuntahkan segalanya sampailah ke petang dan malam. Sangat lemah badan. 

Esoknya. aku amik keputusan untuk teruskan sahaja makan Vitalea dari Shaklee. Zincofer aku ketepikan dan akan beritahu doktor yang aku memang tidak dapat telan Zincofer ni.

Untuk Vitalea pulak, sememangnya lepas makan Vitalea, mesti ada rasa loya dan pening sedikit.

Apa yang aku buat? 


1. Makan Vitalea selepas makan berat contohnya sarapan dan makan tengahari. Sebab sekarang ini hanya mampu makan bubur nasi kosong saja untuk malam.

2. Minum air sebanyak dan semampunya selepas makan Vitalea. setiap 15 minit 1 gelas.

3. Lepas makan Vitalea, cuba untuk tidak buat apa- apa kerja. Walaupun hanya dengan tengok handphone atau skrin komputer. Hanya rehat dan ambil masa untuk tidur sekejap.

Walaupun kesannya mungkin lambat sedikit, tetapi apabila kita konsisten, in shaa Allah bacaan Hb akan kembali kepada normal. 

Demikianlah yang berlaku pada diri sendiri iaitu semasa hamil Muhammad, anak ke tiga, bacaan Hb ku memang rendah iaitu skala 10 saja. Tapi Alhamdulillah konsisten mengambil Vitalea sepanjang hamil, bacaan Hb menjadi normal bermula minggu ke 30 dan seterusnya sehinggalah Muhammad dilahirkan.




Vitalea atau Multivitamin Shaklee ini memang lengkap untuk mengisi lompang nutrisi yang kita perlukan.

Sangat selamat sebab inilah vitamin yang pertama di cipta dari Shaklee pada tahun 1915. Bahkan perkataan vitamin yang kita sering sebut sekarang ini berasal dari perkataan "Vitalised- Mineral" dan disingkatkan menjadi VITAMIN.

Harga sebotol dalam RM90 lebih saja, ada 120 tablet. Untuk kesihatan optimum, di sarankan untuk makan 2 biji sehari.

Terkadang Mas makan sebiji ja sehari, tahan lah penggunaan selama 4 bulan. Tapi memandangkan tengah mengandung dan ada masalah Hb rendah, maksimum boleh makan sehingga 3 biji. tapi jarakkan saja waktu makan. mesti selepas makan makanan berat.

Alhamdulillah memasuki fasa trimester akhir, Hb naik ke 10.9 menghampiri normal. Berkat dari ubat Iberet dan juga ditambah dengan Vitalea Shaklee ni.

Penting untuk para ibu punya Hb normal sebab nanti dalam proses bersalin, badan kita perlukan sel darah merah yang cukup untuk berikan bekalan oksigen yang mencukupi, untuk menambah tenaga dan untuk 'cover' balik proses bersalin nanti, akan kehilangan banyak darah.

Risiko bagi ibu yang rendah Hb ini boleh menyebabkan kekurangan berat bayi, kelahiran bayi pramatang dan boleh juga membawa maut.

Boleh baca risiko bacaan Hb rendah atau anemia di SINI.


Kepada ibu- ibu yang ingin mendapatkan VITALEA SHAKLEE, boleh hubungi Mas, 013-6341955 ya.

Semoga dengan perkongsian ini mendapat manfaat buat ibu- ibu. Sentiasalah berbincang dengan doktor kalian ya. 

Semoga dikurniai kesihatan yang baik buat ibu hamil di luar sana.

Salam sayang,
Ibum3m

Sabtu, 28 Oktober 2017

Khasiat Air Kelapa Buat Ibu Hamil

Bismillahirrahmanirrahim

Sesetengah orang dulu dulu cakap, minum air kelapa pada awal trimester tidak bagus kerana dikhuatiri 'tajam' dan boleh menyebabkan keguguran.

Tapi, ianya bergantung pada badan seseorang.

Eh lupa pula mahu berkongsi rasa. Alhamdulillah diri ini hamil anak ke empat yang bakal lahir pada bulan Mei 2018. Alhamdulillah syukur atas nikmatNya.

Berbalik kepada cerita kehamilan. Diri ini melalui fasa yang agak teruk untuk awal trimester ini. Terkadang semua makanan dan minuman dimuntahkan. Syukurlah ada penawar iaitu air kelapa yang bisa mengembalikan tenaga buat diri ini.

Bagiku, ibu sendiri dulu semasa di awal kehamilan, mesti air kelapa menjadi minuman utamanya. Di saat semuanya minuman dan makanan ditolak, dimuntahkan kesemuanya.

Hanya air kelapa saja yang bisa memberi tenaga buatnya.

Ku kira aku pun ikut perangai ibu dulu.

Banyak sebenarnya khasiat air kelapa buat ibu hamil termasuklah:

1- Memenuhi keperluan cecair tubuh yang penting untuk memelihara jumlah cecair amnion dan peredaran janin.

2- Sumber elektrolit yang penting membuat tubuh lebih terhidrat. Banyak mineral penting ada didalamnya termasuklah kalsium, natrium, dan fosforus.

3- Minuman yang sihat kerana ianya minuman semulajadi tanpa pewarna, penyedap atau pemanis.

4- Minuman rendah gula. Jangan kau letak gula sudahh..

Jadi, daripada minum minuman yang manis, baiklah kau pilih air kelapa yang sedap dan nyaman itew.

Doakan Mas ya. Mas juga doakan semua pasangan yang belum dikurniai cahayamata akan berjangkit dengan Mas. Aamiin.

Salam sayang,
ibum3m

Sabtu, 7 Oktober 2017

Majlis Ilmu bersama Ustazah Halimah Alaydrus

Bismillahirrahmanirrahim

Berkesempatan untuk menghadiri majlis ilmu tadi. Sangat terkesan di jiwa.

Rabu, 4 Oktober 2017

Kulit Bayi Seumur Setahun Lebih Melecur Akibat Terkena Eksos Motor Dirawat Dengan Krim Herbal Blend

Assalamualaikum.

Sebulan yang lalu..


Biasanya tepat pukul 6.30 petang, ayah dorang balik. Semua tunggu depan pagar semata- mata untuk naik motor sekejap sebelum masuk dalam rumah.

Muhammad akan duduk di hadapan,
Mikail dan Maisha di belakang ayahnya.
Sudah tu, meluncurlah motor ayahnya masuk ke dalam pagar.


Bukan main gembira lagi budak- budak ini, biarlah dapat naik motor sekejapan cuma.

Mahu dijadikan cerita, sedang Muhammad main di luar, masa tu baru lagi bertatih.

Sebenarnya, masa itu juga, ada ayah mertua dan kakak ipar tengah angkat barang untuk di bawa ke tempat lain.
Tiba- tiba nangis Muhammad, tak sedar dia ada di luar rumah. Rupanya dia terpegang eksos motor ayahnya yang masih panas.

Allahuakbar. 

Tengok tangannya macam tidak ada apa- apa. Tapi ibu terus sapu Krim HerbalBlend.


Nangis tidak berhenti. Cara tenangkan cuma terfikir untuk menyusu saja. Masa menyusu tu, barulah ibu tersedar. Ibu sapu krim di tempat yang salah. Ibu sapu di tangan kanan, tapi melecur di tangan kiri.

Memang melecur dan sedikit hitam jari kirinya. Ibu terus capai krim itu lagi dan sapu banyak- banyak di tempat yang terkena. Mahu dekat sejam juga dia nangis.


Sesungguhnya inilah perkara yang paling digeruni oleh kami.
Selalu beringat, cakap dengan anak- anak. 'Hati- hati ya, jangan dekat dengan eksos motor ayah tu. Panas lagi'.
Tapi kalau Allah cakap jadi, jadi jugaklah kan.

Alhamdulillah, sudah lebih 3 minggu dengan sapu krim itu hari- hari. Tangannya beransur pulih. Isi baru tumbuh dengan cantik dan kesannya pun tidaklah nampak sangat.

Sahabat bertanya, gelembung air tu pecah sendiri atau Kak Mas pecahkan?

Sejujurnya saya takut nak pecahkan, tapi Alhamdulillah, ianya kecut dengan sendiri selepas seminggu.

Ibu perlu sapu sahaja bahagian melecur itu setiap malam sebelum tidur. Sebab Muhammad suka sapu di baju kalau ibu letak krim itu masa dia sedar.

Syukurlah ada Krim Serbaguna Herbal Blend ini. Memang banyak kegunaannya. Ibu kalau ada jerawat tumbuh di muka, memang sapu krim ini saja.

Haritu masa hari lahir Maisha, ibu buat kek Mango Cheese. Tak perasan masa tengah basuh blade food processor, tangan terkena blade itu.

Aduhh, sakit bukan kepalang. Berdenyut- denyut. Darah tak berhenti mengalir.

Terus capai krim ni pastu sapu di tempat luka. Alhamdulillah 3 hari dah sembuh. Tanpa sebarang kesan pun.


Malang tidak berbau bukan? Jadi buat ibu- ibu, sebaiknya wajib ada krim ini di rumah dan kalau boleh, dalam handbag. Bagus kalau ada kes- kes kecemasan.

Berminat?

Terus hubungi MAS 013.634.1955 ya.


Salam sayang,
ibum3m

Jumaat, 29 September 2017

The Radiant 4 Set Tunaikan Impian Wanita Untuk Tampil Cantik, Menawan Dan Awet Muda

Salam Jumaat kalian

Promosi the radiant 4 set sangat memukau


Jeles tengok ibu yang sibuk menguruskan rumahtangga punya badan yang kurus, kulit yang sihat dan senantiasa berseri.



Di samping kerja yang tidak pernah akan habis.

Itulah wanita. Kagum dengan ketabahan dan kecekalan kalian.



Jadi seharusnya diri kalian itu dihargai. Cantik itu subjektif. Sihat itu Anugerah.

Jangan lepaskan peluang promosi bulan ini ya yang bakal berakhir esok.

Kerna dirimu begitu BERHARGA❤️

Salam sayang,
ibum3m

Khamis, 28 September 2017

5 Tips Untuk Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu Supaya Anak Tidak Kerap Bangun Pada Waktu Malam

Bismillahirrahmanirrahim

Sejak Muhammad menginjak umur setahun 5 bulan ini, dia kerap bangun malam untuk menyusu. Kebiasaannya, sebelum ini hanya 2 kali sahaja dia bangun untuk menyusu.



Ini menyebabkan si ibu rasa sangat penat, yalah sungguh tidak cukup tidur. Sudahlah kena bangun untuk kerja keesokkan harinya.



Tapi aku perasan yang susu memang drop sejak akhir akhir ini. Mungkin disebabkan hormon ku yang baru mahu stabil. Setelah setahun 5 bulan tidak period sebab menyusukan Muhammad, sahabat karib ini datang menjengah bulan lalu.

Sebelum ini, Mikail dan Maisha pun begitu. Asal saja period kembali, confirm susu akan jatuh. Bangun beberapa kali untuk menyusu malam adalah salah satu tandanya.

Tanpa lengah, masalah ini mesti diatasi segera. Azam di hati mahu menyusukan Muhammad 2 tahun penuh sepertimana Mikail dulu. Jadi, segala usaha untuk menyelesaikan masalah perlulah dengan cepat dan tangkas. Hehehe.

Jadi apa yang ibu lakukan?

1. Minum ESP sebelum tidur malam

Sebelum ini, Mas hanya minum ESP sekali sehari sahaja iaitu sebelum sarapan pagi. Oleh sebab ini, kenalah rajin untuk membancuh ESP pulak pada sebelah malam supaya Muhammad akan cepat rasa kenyang dan kurang terjaga untuk menyusu. 

ESP ini banyak membantu untuk meningkatkan lemak yang ada pada susu supaya bayi cepat kenyang pada waktu malam. Ibu pun dapatlah berehat dengan jayanya. Walaupun tidaklah juga lena tidur sangat tapi sekurang- kurangnya dapatlah memendekkan masa penyusuan.

2. Tingkatkan pengambilan air masak 3 hingga 3.5 liter

Kena banyak minum air masak pada waktu malam. Bangun malam bukan hanya untuk menyusukan malah kena minum air selepas sesi penyusuan malam. 

Yalah, terkadang kita terlalu penat, sehinggakan lupa nak minum air selepas menyusukan anak. Jadi, kenalah rajin ya ibu..

3. Kurangkan makanan pedas

Sangat tidak tahan tapi oleh kerana tidak sangggup mahu bangun malam untuk beberapa kali, jadi ibu kena kurangkan dan berhenti terus untuk makan sambal dan yang pedas pedas.

4. Amalkan penggalak susu iaitu Alfalfa Shaklee

Untuk mempercepatkan penghasilan susu, ibu kenalah rajin makan alfalfa setiap hari sekurang- kurangnya 10 biji sehari. 

Sebab sebelum ini, Mas hanya ambil 3 biji sehari sahaja. Jadi, perlu tingkatkan pengambilan Alfalfa sekarang ke 8 atau 10 biji.

5. Muhammad perlu makan roti sebelum tidur malam

Ini sudah semestinya. Mungkin kalau sudah makan nasi, nak dekat masa tidur bagi lagi makan roti. KahKahKah. 

Muhammad memang sangat kuat makan. Itulah ibu terasa beratnya semakin bertambah sejak akhir akhir ini. Sakit belakang ibu mendukungnya.

JOM usaha! Alhamdulillah 7 bulan lagi ya Muhammad.

BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING

Salam sayang,
ibum3m

Rabu, 27 September 2017

Set Radiant 4 Merubah Wajah Menjadi Lebih Cerah, Berseri Dan Awet Muda

Assalamualaikum

Bersempena dengan promosi The Radiant 4 Set Shaklee bulan ini, kalian akan mendapat e-voucher berjumlah RM60.

Perkongsian ini adalah daripada beberapa pengamal tegar The Radiant 4 Set yang sangat berpuas hati dengan perubahan kulit yang di hadapi.

#Testimoni 1 : Puan Azrina

2014 - hadapi masalah berat badan, kulit kusam

2015 - mempunyai masalah ekzema yg teruk di muka dan tangan ketika hamil anak yg keempat menyebabkan kulit berparut. Berat badan kian bertambah

2016 - mula amalkan ESP, VIT C, GLA COMPLEX & COLLAGEN SHAKLEE utk rawat masalah yg di hadapi

2017 - masalah ekzema semakin berkurangan, kulit semakin lembab, parut makin berkurangan dan dah dpt berat ideal. Yeayy!!!



#Testimoni 2 :


Mengalami masalah jerawat dan kulit yang agak sensitif.

Mula consume esp dgn vita c sejak tahun 2013, time tu rasa kulit lembut je. Then sejak thn 2015 jerawat asyik naik non stop, mgkn sibuk dgn keje kat site.

Wpun jerawat naik silih berganti, kulit maintain lembut dan takde parut2 berkawah yg jadi. Time tu mmg trus je konsisten dgn esp dan vita c. Gla dan collagen pun ambik jugak sekali sekala.

Skrg alhamdulillah, jerawat dah takut nak naik.



#Testimoni 3:


Dahulunya berkulit gelap dan kusam. Kini, kulit bertambah cerah, berseri dan awet muda.


#Testimoni 4:


Dahulunya kulit gelap dan tekstur kulit tidak sekata.
Kini, masalah kulit berkurangan. Sunburn pun cepat hilang.


#Testimoni 5:


Dahulunya kulit lebih gelap berbanding adik beradik yang lain.

Kini, lebih cerah pula dari mereka.



Wah, jeles pulak tengok kesemua jelitawan di atas selepas mengamalkan The Radiant 4 Set ini.


Berminat? Hubungi saja MAS 013.634.1955.


Sedia memberikan konsultasi terbaik buat kalian.


Salam gojes,
ibum3m

Selasa, 26 September 2017

Hamil Anak Pertama Selepas Dua Bulan Mengamalkan Supplemen Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim

Zuriat permata hati kedua ibu ayah. Saat menanti kehadiranmu, sememangnya sangat menguji iman dan emosi keduanya.

Bermacam usaha dilakukan, segala ikhtiar dilalui hanya untuk mendapatkan kabar gembira buat pengikat kasih dua sejoli.

Perkongsian dari Puan Shima Zainal buat kalian yang inginkan kehadiran si kecil di dalam hidup kalian..




Seperti pasangan suami isteri yang lain, kehadiran zuriat adalah sangat dinanti-nantikan selepas berkahwin. Begitu juga dengan saya, Noor Hasyimah, dan suami, Mohd Syarikin..
Kami bernikah pada Disember 2011. 3 tahun kami menanti, sebelum dikurniakan anak pertama kami. Macam-macam dugaan kami lalui dan tempuhi bersama. Pelbagai usaha kami lakukan supaya saya dapat hamil. Semoga perkongsian kami ini dapat memberi inspirasi dan motivasi serta semangat pada mereka yang sedang berusaha untuk hamil seperti kami dahulu.Ini cerita kami..
Sebenarnya di awal usia pernikahan kami, saya disahkan hamil. Iaitu seawal bulan kedua pernikahan. Seperti pasangan lain, kami tidak menyangka sebegini cepat saya akan hamil. Namun bersyukur dan gembira dengan amanah yang Allah berikan ini. Saya tidak mengalami sebarang morning sickness. Tidak muntah-muntah, loya. Tiada masalah masa tu. .
Namun, apabila masuk minggu ke-8, saya mengalami masalah discharge. Saya terus rujuk ke salah satu klinik swasta disini. Doctor scan dan masa tu heartbeat janin sudah pun mula kelihatan. Alhamdulillah, tiada masalah lain masa tu. .Doctor kata, discharge adalah masalah biasa. Doctor berikan ubat untuk menguatkan rahim. Saya makan, namun perancangan Allah Maha Hebat. Di saat usia kandungan hampir mencecah 12 minggu, saya bleeding. Kali ini saya terus ke hospital pakar. Apabila scan, doctor sahkan janin dah tak ada dan saya mengalami miscarriage. Ukuran janin di dalam rahim saya tidak seperti 12 minggu. Ukurannya seperti 8 minggu sahaja. Lalu kami membuat keputusan untuk “cuci” (DnC). .
Kami redha dengan ketiadaan rezeki untuk kali ini. Sedih, memang sedih. Tapi kami redha dan teruskan usaha. Sahabat saya memperkenalkan saya dengan product Shaklee. Pada asalnya sukar juga untuk saya percaya sebab saya berfikir, “bagaimana ubat ni boleh buat saya hamil? Hamil kan kuasa Allah?”. Namun, saya tetap mencuba. Bermula dengan saya sendiri, pada tahun 2012. Saya amalkan ESP, Vitalea, Vitamin C, B Complex, GLA Complex..
Bila hati tidak yakin, bila hati tidak bersungguh-sungguh, maka saya pun seakan endah tak endah saja mengamalkan supplement Shaklee. Saya culas, saya selalu skip (tak consistent). Selama 2 tahun lebih saya ikhtiar mengamalkan supplement Shaklee seperti itu, selain dari ikhtiar yang lain..
Apabila usia pernikahan kami mencecah hampir 2 tahun, kami bercadang untuk merujuk pakar. Pelbagai pemeriksaan kami lakukan. Doctor periksa ovum saya, tube saya, rahim saya. Doctor juga periksa keadaan sperma suami saya. Apabila keputusan keluar, doctor kata kami tiada masalah serius. Justeru, doctor menyarankan kami mengamalkan vitamin. Doctor menerangkan bagaimana vitamin tu bertindak, terutama untuk suami. Doctor menyarankan Vitamin E dan Zinc untuk suami, asid folic dan protein untuk saya. .
Menurut doctor, ovum dan sperma memerlukan nutrisi secukupnya supaya dapat berfungsi dengan baik. Contohnya Vitamin E yang dapat membantu menyokong pengeluaran sperma dan mencegah kerosakan sperma. Dan isteri perlu cukup nutrisi protein supaya rahim kuat dan sel juga sihat. Apabila nutrisi mencukupi, barulah senang untuk ovum dan sperma dapat disenyawakan..
Maka kami pun bertambah yakin dan tekad. Kami consistent amalkan supplement Shaklee, tidak seperti sebelum ini. Kami tak culas. Hari-hari saya ingatkan suami untuk makan supplement. Masa tu ada lagi Zinc Complex. Suami amalkan Vita-E Complex dan Zinc Complex Shaklee. Saya meneruskan supplement saya sebelum ini (ESP, Vitalea, Vitamin C, B Complex, dan GLA Complex). .
Kali ini kami yakin, kami faham bagaimana supplement membantu mereka yang inginkan zuriat. Saya juga menggunakan ovulation kit untuk mengetahui bila waktu subur saya. Ini kerana doctor juga ada menerangkan bahawa tempoh kesuburan wanita hanyalah 24 jam. Jadi, kemungkinan untuk persenyawaan berlaku pada masa itu adalah lebih tinggi. .
Alhamdulillah, selepas 2 bulan berusaha (tahun 2014), saya disahkan hamil anak pertama kami. Semasa kehamilan, saya tidak mengalami sebarang masalah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dan tanggal 28 Februari 2015, lahirlah Muhammad Syafi Aisy, putera sulung kami. Dilahirkan dengan berat 3.68 kg (subhanallah…), secara normal. .
Dan dengan izin Allah jua, tidak lama selepas itu, saya disahkan hamil anak kedua kami. Nur Syafaa Ayra, nama diberi untuk puteri kami. Dilahirkan pada Hari Raya Haji 1437H, 12 September 2016. Seberat 2.99 kg, juga secara normal..
Kami bersyukur dengan nikmat Allah berikan ini. Allah uji kami di awal usia pernikahan kami. Namun kami tak pernah putus semangat dan terus berusaha. Saya pernah je menangis bila dapat tahu kawan saya hamil, padahal mereka kahwin selepas saya. Namun masa tu, cepat-cepat saya solat dan berdoa, moga Allah menjaga kandungan kawan saya, dan jangan biarkan mereka merasakan pengalaman seperti saya. Memang benar, apabila kita mendoakan orang lain, in shaa Allah, Allah berikan yang terbaik untuk kita..
Sahabat-sahabat semua yang sedang mengalami apa yang pernah saya alami sebelum ini, nasihat saya hanya satu. Sabar. Allah memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar. Yakinlah akan ada hikmah menanti.

Nikmatilah kegembiraan bersama pasangan anda. Teruskan usaha, teruskan berdoa. Banyakkan bersedekah, mengeluarkan zakat. In shaa Allah, Allah pasti makbulkan doa anda..
Dan sebagai ikhtiar, cubalah amalkan supplement Shaklee secara consistent (makan hari-hari, jangan miss). Pastikan anda yakin dan jangan ragu-ragu. Teruskan momentum positif. In shaa Allah, rezeki itu milik anda..
Inilah #ShakleeEffect kami.


Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi cahaya buat pasangan di luar sana.

Salam sayang,
ibum3m

Isnin, 25 September 2017

Tidak Memakai Sunblock Aka Krim Pelindung UV, Inilah Akibatnya

Assalamualaikum.

Tidak kiralah kalian sesibuk manapun, ada dua perkara yang amat penting yang WAJIB kalian amalkan apabila bercakap mengenai penjagaan wajah.




Dua perkara tersebut ialah pemilihan pencuci muka yang sesuai dan pemakaian pelindung UV atau sunblock mahupun sunscreen.


Kenapa keduanya sangat penting dan jangan dianggap enteng.

Kesannya antaranya ialah:

1. Bakteria akan terperangkap dan menyebabkan jerawat timbul.

2. Pigmentasi akibat dari sinaran UV akan terjadi dan menimbulkan jeragat di wajah.

3. Kulit wajah akan kehilangan 'protective lipid barrier' yang akan menyebabkan kulit menjadi kasar dan menipis.

4. Kulit akan ke menjadi kering dan lebih ketara kesan penuaan ke atas wajah seperti garis halus di hujung mata dan di bahagian dahi.

Jangan risau sahabatku sekalian.

Belum terlambat lagi untuk kalian mengamalkan The Radiant 4 Set untuk mengembalikan kulit wajah yang SIHAT dan lebih cantik di luar dan dalam.

The Radiant 4 Shaklee ini bertindak melalui 4 cara iaitu:

1. Membina (Build) dan menggantikan sel kulit yang baru melalui ESP (Energizing Soy Protein). 

ESP merupakan sumber protein daripada soya nonGMO berupaya membantu menggantikan sel kulit mati dengan sel kulit yang baru yang lebih sihat.


2. Melindungi (Protect) sel kulit melalui Vitamin C. Vitamin C berupaya melindungi sel kulit dari radikal- radikal bebas yang boleh menyebabkan kesihatan kulit terjejas. 

Kulit akan lebih cerah, bebas dari pelbagai masalah seperti jerawat, jeragat, pigmentasi dan kesan penuaan.

3. Melembap (Moisture) dengan GLA. Mampu melindungi protective lipid barrier dan membantu membran kulit untuk mengikat molekut air dengan lebih kemas. 

Agar kulit tampak lebih terhidrat, berseri dan kekal muda.

4. Menganjalkan (Firm) kulit melalui kolagen semulajadi yang berasaskan dari sisik ikan merah. Molekulnya yang sangat ringan mampu bertindak secara efektif jauh ke dalam kulit untuk memberikan keanjalan kepada wajah kalian. 

Agar wajah kalian nampak lebih muda, tegang dan bebas dari garis- garis halus dan kedutan akibat proses penuaan. Juga membantu mengecilkan pori- pori wajah agar lebih berseri dan glowing.




Wah, ternyata kalian tidak perlu ke spa kecantikan untuk mendapatkan rawatan wajah. 

Kerna wajah impian boleh dimiliki dengan hanya mengamalkan The Radiant 4 Set dari Shaklee ini.




The Radiant 4 Set ini hanya RM 697.70 sahaja beserta pos. Harga yang cukup berbaloi apabila dibandingkan dengan rawatan yang berharga ribuan di spa.







Perlukan konsultasi? 

Hubungi saja Mas ya, 013.634.1955

Jom CANTIK luar dan dalam dengan Radiant 4 Set dari Shaklee. 

Kalian pasti akan rasai perubahannya.

Salam sayang,
ibum3m

Jumaat, 22 September 2017

Testimoni The Radiant 4 Set Dari Shaklee


Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah 1439H

Berikut testimoni pengguna set The Radiant 4 Shaklee.





Selasa, 19 September 2017

Kenapa Segelintir Kaum Ibu Takut Nak Makan GLA Kompleks Shaklee?

Assalamualaikum.

Pelik bukan. Segelintir kaum ibu takut nak amalkan GLA Kompleks Shaklee.

Kenapa?

1. Takut terpregnant tanpa sengaja

GLA vitamin kesuburan buat wanita. Kandungan GLA daripada borage oil ini dikatakan mampu meningkatkan tahap kematangan sel telur (ovum). Ini bermakna ianya lebih bersedia sekiranya ada persenyawaan pada waktu subur wanita.

2. Cepat Datang Haid bagi ibu selepas berpantang

GLA mampu membantu untuk menstabilkan hormon wanita. Ini bermakna sistem pembiakan wanita lebih cepat subur dan kebarangkalian untuk hamil dalammasa terdekat amatlah tinggi.

3. Produksi Susu Merudum

Pabila sudah ter'pregnant' tanpa sengaja, sudah pasti produksi susu akan jatuh menjunam.

4. Pipi Jadi Pinkish, Kulit Senantiasa Lembab


GLA juga mengandungi vitamin E yang membantu mengurangkan parut jerawat. Paling best, pipi menjadi pinkish secara semulajadi tanpa pakai blusher. Wajah lebih berseri, glowing dan lembap sentiasa.


Berani cuba?



Salam sayang,
ibum3m

Isnin, 18 September 2017

Panduan Memilih Pelindung Matahari Atau Suncreen Yang Betul Dan Sesuai

Assalamualaikum.

Baru- baru ini, muka ini breakout dengan penuh ruam- ruam di muka.


Ini tidak boleh jadi ni. 

Alhamdulillah syukur dapat tengok promo Cleopatra 4+1 di fb Hannan Medispa Shah Alam. Daripada harga RM250, jatuh ke RM99 sahaja sempena Hari Malaysia.


Maka, dengan lajunya aku pm di fb. Katanya 100++ orang terawal komen akan diutamakan.

Alhamdulillah, dapat.


15 September 2017

Kebetulan aku ada temujanji dengan Specialist di DEMC, maka aku pun mengambil kesempatan untuk membuat temujanji facial itu pada pukul 2 petang.


Anak- anak aku tinggalkan di rumah bersama mertuaku. Lepas itu, aku pun pecut ke spa tersebut 5 minit sebelum temujanji.

Pertama, aku di bawa ke Hannan Klinik yang ter letak bersebelahan dengan spa itu juga.

Membuat skin analysis. Dia menerangkan satu persatu masalah kulitku dengan jelas dan terperinci.

Aku memiliki jenis kulit kombinasi. Di zon T kelihatan berminyak manakala di bahagian lain ternyata kering. Maka, disimpulkan kulitku jenis kulit kombinasi.

Masalah utama ialah jeragat dan juga pori- pori yang besar.


Dia bertanya, guna suncreen apa ya? 

Aku pun terus terjelupuk sebab selama 2 tahun ini, aku memang tidak memakai apa- apa suncreen atau sunblock pun. 

Hanya memakai pelembap dan tepek bedak terus. Bedak tu pun kadang pakai kadang tidak.


Jeragat ini sangat banyak di sekitar pipi kedua belah. Menurutnya lagi, jika tidak dijaga, ianya akan bercantum dan menjadi besar. Pigmentasi namanya.

SERAM dengar!!!

Nasihatnya, kalaupun sibuk menguruskan rumahtangga, dua benda penting untuk wajah yang tidak boleh diabaikan ialah :


1. Memilih pencuci muka yang sesuai
2. Memakai sunscreen atau sunblock.

Alhamdulillah sudah bertemu dengan pencuci muka oleh Nutriwhite Shaklee.

Jadi, untuk perkara kedua. 

Mari berkongsi bagaimana untuk memilih suncreen atau sunblock yang terbaik?


🌼 Pilih yang ada perlindungan UVA dan UVB. Penting untuk menyelamatkan kulit dari dua spektrum cahaya untuk elak kanser kulit.

🌼Pemilihan SPF (sun protection factor) bergantung kepada berapa lama kita berada di luar.

Kebiasaannya jika berada beberapa minit sahaja di luar, SPF 15 sudah memadai kerana ianya memberikan 93% perlindungan daripada radiasi UV.

SPF 30 untuk 97% UV radiasi dan SPF 50 untuk 98% perlindungan UV radiasi. Kan tidak banyak beza di situ.

🌼 Untuk kulit yang sensitif, elakkan pelindung UV yang ada pewangi dan pengawet contohnya PABA dan oxybenzone.

🌼Jenis krim atau lotion. Sebaiknya untuk kulit sensitif, gunakan jenis yang lotion.

Jangan guna krim kerana ianya akan menyebabkan 'breakout' kepada kulit. Bentuk gel atau lotion, teksturnya lebih ringan.

🌼 Untuk kulit kering, lebih baik memilih suncreen yang ada pelembap sekali iaitu 'moisturizing suncreen'.

Paling penting, pilih produk yang SELAMAT.

Mesti ada kelulusan FDA (Food Drugs Association)dan juga kelulusan KKM ya 😍

Sharing is loving❤️


Salam sayang,
Ibum3m

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...