Khamis, 28 September 2017

5 Tips Untuk Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu Supaya Anak Tidak Kerap Bangun Pada Waktu Malam

Bismillahirrahmanirrahim

Sejak Muhammad menginjak umur setahun 5 bulan ini, dia kerap bangun malam untuk menyusu. Kebiasaannya, sebelum ini hanya 2 kali sahaja dia bangun untuk menyusu.



Ini menyebabkan si ibu rasa sangat penat, yalah sungguh tidak cukup tidur. Sudahlah kena bangun untuk kerja keesokkan harinya.



Tapi aku perasan yang susu memang drop sejak akhir akhir ini. Mungkin disebabkan hormon ku yang baru mahu stabil. Setelah setahun 5 bulan tidak period sebab menyusukan Muhammad, sahabat karib ini datang menjengah bulan lalu.

Sebelum ini, Mikail dan Maisha pun begitu. Asal saja period kembali, confirm susu akan jatuh. Bangun beberapa kali untuk menyusu malam adalah salah satu tandanya.

Tanpa lengah, masalah ini mesti diatasi segera. Azam di hati mahu menyusukan Muhammad 2 tahun penuh sepertimana Mikail dulu. Jadi, segala usaha untuk menyelesaikan masalah perlulah dengan cepat dan tangkas. Hehehe.

Jadi apa yang ibu lakukan?

1. Minum ESP sebelum tidur malam

Sebelum ini, Mas hanya minum ESP sekali sehari sahaja iaitu sebelum sarapan pagi. Oleh sebab ini, kenalah rajin untuk membancuh ESP pulak pada sebelah malam supaya Muhammad akan cepat rasa kenyang dan kurang terjaga untuk menyusu. 

ESP ini banyak membantu untuk meningkatkan lemak yang ada pada susu supaya bayi cepat kenyang pada waktu malam. Ibu pun dapatlah berehat dengan jayanya. Walaupun tidaklah juga lena tidur sangat tapi sekurang- kurangnya dapatlah memendekkan masa penyusuan.

2. Tingkatkan pengambilan air masak 3 hingga 3.5 liter

Kena banyak minum air masak pada waktu malam. Bangun malam bukan hanya untuk menyusukan malah kena minum air selepas sesi penyusuan malam. 

Yalah, terkadang kita terlalu penat, sehinggakan lupa nak minum air selepas menyusukan anak. Jadi, kenalah rajin ya ibu..

3. Kurangkan makanan pedas

Sangat tidak tahan tapi oleh kerana tidak sangggup mahu bangun malam untuk beberapa kali, jadi ibu kena kurangkan dan berhenti terus untuk makan sambal dan yang pedas pedas.

4. Amalkan penggalak susu iaitu Alfalfa Shaklee

Untuk mempercepatkan penghasilan susu, ibu kenalah rajin makan alfalfa setiap hari sekurang- kurangnya 10 biji sehari. 

Sebab sebelum ini, Mas hanya ambil 3 biji sehari sahaja. Jadi, perlu tingkatkan pengambilan Alfalfa sekarang ke 8 atau 10 biji.

5. Muhammad perlu makan roti sebelum tidur malam

Ini sudah semestinya. Mungkin kalau sudah makan nasi, nak dekat masa tidur bagi lagi makan roti. KahKahKah. 

Muhammad memang sangat kuat makan. Itulah ibu terasa beratnya semakin bertambah sejak akhir akhir ini. Sakit belakang ibu mendukungnya.

JOM usaha! Alhamdulillah 7 bulan lagi ya Muhammad.

BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING

Salam sayang,
ibum3m

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...