Isnin, 18 September 2017

Panduan Memilih Pelindung Matahari Atau Suncreen Yang Betul Dan Sesuai

Assalamualaikum.

Baru- baru ini, muka ini breakout dengan penuh ruam- ruam di muka.


Ini tidak boleh jadi ni. 

Alhamdulillah syukur dapat tengok promo Cleopatra 4+1 di fb Hannan Medispa Shah Alam. Daripada harga RM250, jatuh ke RM99 sahaja sempena Hari Malaysia.


Maka, dengan lajunya aku pm di fb. Katanya 100++ orang terawal komen akan diutamakan.

Alhamdulillah, dapat.


15 September 2017

Kebetulan aku ada temujanji dengan Specialist di DEMC, maka aku pun mengambil kesempatan untuk membuat temujanji facial itu pada pukul 2 petang.


Anak- anak aku tinggalkan di rumah bersama mertuaku. Lepas itu, aku pun pecut ke spa tersebut 5 minit sebelum temujanji.

Pertama, aku di bawa ke Hannan Klinik yang ter letak bersebelahan dengan spa itu juga.

Membuat skin analysis. Dia menerangkan satu persatu masalah kulitku dengan jelas dan terperinci.

Aku memiliki jenis kulit kombinasi. Di zon T kelihatan berminyak manakala di bahagian lain ternyata kering. Maka, disimpulkan kulitku jenis kulit kombinasi.

Masalah utama ialah jeragat dan juga pori- pori yang besar.


Dia bertanya, guna suncreen apa ya? 

Aku pun terus terjelupuk sebab selama 2 tahun ini, aku memang tidak memakai apa- apa suncreen atau sunblock pun. 

Hanya memakai pelembap dan tepek bedak terus. Bedak tu pun kadang pakai kadang tidak.


Jeragat ini sangat banyak di sekitar pipi kedua belah. Menurutnya lagi, jika tidak dijaga, ianya akan bercantum dan menjadi besar. Pigmentasi namanya.

SERAM dengar!!!

Nasihatnya, kalaupun sibuk menguruskan rumahtangga, dua benda penting untuk wajah yang tidak boleh diabaikan ialah :


1. Memilih pencuci muka yang sesuai
2. Memakai sunscreen atau sunblock.

Alhamdulillah sudah bertemu dengan pencuci muka oleh Nutriwhite Shaklee.

Jadi, untuk perkara kedua. 

Mari berkongsi bagaimana untuk memilih suncreen atau sunblock yang terbaik?


🌼 Pilih yang ada perlindungan UVA dan UVB. Penting untuk menyelamatkan kulit dari dua spektrum cahaya untuk elak kanser kulit.

🌼Pemilihan SPF (sun protection factor) bergantung kepada berapa lama kita berada di luar.

Kebiasaannya jika berada beberapa minit sahaja di luar, SPF 15 sudah memadai kerana ianya memberikan 93% perlindungan daripada radiasi UV.

SPF 30 untuk 97% UV radiasi dan SPF 50 untuk 98% perlindungan UV radiasi. Kan tidak banyak beza di situ.

🌼 Untuk kulit yang sensitif, elakkan pelindung UV yang ada pewangi dan pengawet contohnya PABA dan oxybenzone.

🌼Jenis krim atau lotion. Sebaiknya untuk kulit sensitif, gunakan jenis yang lotion.

Jangan guna krim kerana ianya akan menyebabkan 'breakout' kepada kulit. Bentuk gel atau lotion, teksturnya lebih ringan.

🌼 Untuk kulit kering, lebih baik memilih suncreen yang ada pelembap sekali iaitu 'moisturizing suncreen'.

Paling penting, pilih produk yang SELAMAT.

Mesti ada kelulusan FDA (Food Drugs Association)dan juga kelulusan KKM ya 😍

Sharing is loving❤️


Salam sayang,
Ibum3m

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...